CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 19, 2008

Andai Kutahu...


"Andai kutahu biru di langit hanya sementara...
Takkan kutunggu senja berlabuh tiba..
Andai kutahu awan di langit takkan kekal putihnya..
Takkan kutunggu gugurnya renjisan mutiara..
Andai kutahu begini akhirnya..
Takkan kumulakan segala-galanya..
Namun..
Takdir itu bukan milik kita..
Siapalah aku untuk mengubahnya..
Siapalah aku untuk bersuara..
Kutahu hidup di dunia hanyalah sementara..
Selagi hembusan nafas masih terasa..
Selagi denyutan tiada hentinya..
Langkahan kaki perlu kuteruskan jua..
Biarpun tiada siapa yang membela..
Perjuangan ini perlu kuteruskan jua.."
Pilu dan sebak menghimpit dada. Terasa diri ini serba tak kena. Bagaimana harus aku hadapinya? Sudah pelbagai cara kucuba namun resah yang kualami tiada penghujungnya. Terasa diriku dihimpit derita. Derita yang tak pernah kuduga akan mengalaminya. Andai kutahu inilah penghujungnya, takkan kumulakan segala-galanya. Tak ingin aku nak buat drama. Benarlah kata pepatah, "sesetengah perkara yang kita inginkan, apabila kita mendapatnya..tak semestinya kita akan bahagia." Drama..!!! Itulah impian aku sejak lama. Aku benar-benar mengimpikan untuk menghasilkan drama. Namun, apabila impianku menjadi kenyataan..apa yang kualami tidaklah seindah apa yang kuharapkan. Pelbagai dugaan datang menerpa. Pelbagai cemuhan, kutukan, hinaan dan tuduhan bertimpa-timpa. Diriku seolah-olah tiada lagi daya untuk menahannya. Kalaulah aku tak buat drama...mesti takkan begini jadinya. Hmmm..entah apa yang ingin kukata.. Biarlah takdir yang menentukan segala-galanya.

0 comments: