CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 26, 2009

Limau Nipis Yang Manis




"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."
(Surah Al-Baqarah:216)

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan yang benar-benar membuatkan anda tertekan? Kalau ada, sila anggukkan kepala anda secara perlahan-lahan.


:angry:Jauh di sudut hati anda..
silalah berkata, "waktu tu memang aku tension gila!!!"


JADI ...
Apakah tindakan yang kerap kali anda lakukan ???



PERTAMA
:cry:anda menangis sepuas-puasnya...waaaaa...
KALAU ada, silalah angkat jari anda.


KEDUA

:phonecry: Anda menelefon keluarga, rakan-rakan, pakwe, makwe dan sewaktu dengannya bagi meredakan rasa tension anda..
Jauh di sudut hati anda, silalah berkata..
"waktu tu tak siapa yang nak layan aku. semua busy2 belaka"


KETIGA

:look:Anda duduk termenung sepanjang hari tanpa memikirkan apa-apa.
Taknak makan, taknak minum, taknak sembahyang, taknak bersembang.
Apa yang anda lakukan hanyalah bermenung sepanjang hari dan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.

Maklumlah, pepatah glamor ada mengatakan
"biarlah takdir yang menentukan segala-galanya"


KEEMPAT
Anda terlalu sedih sehingga seluruh anggota badan terasa begitu tidak bermaya.
Anda melangkah ke katil dan terus tidur dengan harapan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala tatkala mata yang terpejam dibuka semula.
"Hmm..takmau pk apa-apa..aku nak lena!!!":sleep:


WAKTU ITU ANDA RASAKAN BAHAWA DUNIA NI DAH GELAP-GELITA.
ANDA DAH TAK PUNYA SESIAPA.
RASA SEDIH, MARAH, KECEWA DAN SEUMPAMANYA MULA MENGHANTUI DIRI ANDA.
ANDA DAH TAK PERCAYA TENTANG HAKIKAT BAHAGIA.
ANDA RASAKAN BAHAWA HIDUP INI PENUH DERITA!!!!


BETUL ???
:what:



Hmmm...
Yang sebenarnya..
semua itu tak betul..
Jangan asyik tiru Upin dan Ipin..Asyik betul..betul.betul..
(walaupun ceritanya best kan!!!


TAK FAHAM ???

Tak mengapa.
Biar aku jelaskan kepada kalian semua.

Menurut pandangan Cik Liza,
"Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa kita, berzikirlah kepada Allah, sebutlah nama-Nya, mohonlah bantuan-Nya dan mintalah jalan keluar dari-Nya. Tundukkan wajah untuk mensucikan nama-Nya demi mendapat mahkota kebebasan dari-Nya."

"Rapatkan hidung pada tempat anda bersujud kepada-Nya supaya anda mendapat keselamatan. Angkat kedua-dua tangan anda, buka kedua-dua tapak tangan anda, banyakkan memohon kepada-Nya, jangan sekali-kali bosan meminta kepada-Nya dan jangan sekali-kali berpaling dari depan pintu-Nya."

"Sentiasalah berbaik sangka kepada-Nya. "

Begitu jugalah sepatutnya sikap anda. Sentiasalah lihat kesedihan itu melalui sudut lain dari pandangan biasa.

Kerana belum tentu semuanya menyedihkan.
PASTI ada kebaikan..
secercah harapan..
jalan keluar..
SERTA
pahala......

Kawallah diri anda dalam apa jua bentuk dan jenis kesusahan yang anda hadapi. Dengan itu, anda akan dapat menghadiahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.
Renung-renungkan...

:flower:-Cik LieYza Director Perasan-

9 comments:

adul said...

insaf aku ble bace sume neh..huhu

CikLieYzaOnline said...

keinsafan hanya lahir dari hati yg terbuka.heeeeeee.
sbnarnya,hanya org2 yg pernah mengalami benda2 ni smua ja yg akan tau apa ertinya derita.tp,di sebalik derita itu,yakinlah ia hanya sekadar ujian yang melanda diri anda.sbg tanda masih ada yg menyayangi anda di ATAS SANA.sbb tu anda sentiasa diuji..dan diuji...

daud.montak.zakaria said...

Dalam maksudnya...hmmm...patut jadikan panduan. Tapi kalau den sendiri ado masalah den akan diam jo...malas nak kongsi dengan sapo2. Den raso diam lagi baik... kadang2 kalau kito cito kek orang lain pun tak guno...kalau kongsi ngan orang lain pun tak guno jugo tambah pulak dengan orang yg selalu kato..boto..boto...boto..dah tu yang tak botonyo apo..?????heh...heh...heh...sekadar nukilan ringan awal pagi je ni....

kamarul said...

haha!!
boto.boto.boto!!!!
kalo aku lak,
aku akn main gitar dan melalak spnjg masa..nyanyi kuat2 dan xnk peduli pe yg org kate.sukati aku r nk buat pe...smpai ler aku nye tension dh xde..huhu

Unknown said...

mana de limau nipis yg manisss!!
sume msm ler..
aku rs,ko nye title:
limau
manis
yg
nipis!!!
kalo
ikut
gambo
ler...
huhuhu

CikLieYzaOnline said...

adeh la...kalo mkn cmtu je,mmg masam.tp,kalo nak limau nipis yg manis,cubala kaedah lain.perah je buat air.letakla gula.baru manis.xcaya?try la.slmt mncuba.

ct_saggie said...

huhu..'\
kena sebijik dgn kak liza
kak liza mmg pndi
hehhehe

CikLieYzaOnline said...

hehehe...
biasa la...
tgk org la...
hahaha...
berlagak plak..
heeeeeeeeeee

ct_saggie said...

amboi..pantang kena puji...