CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 9, 2009

HANTU BUNGKUS YANG TAK GUNA!!!!!

Gggggrrrrrrrrrrrr!!!!!!! Geramnyaaaaaa!!!!!

Di sebuah daerah,
terdapat dua ekor hantu bungkus yang suka mengutuk, mencaci, menghina, memaki, mencari kelemahan orang, menjaga tepi kain orang, mengumpat orang dari belakang, mengipas kuasa besar di depan, menghasut orang, menjaja nama orang, menjatuhkan maruah orang sesuka hati dan bermacam-macam lagilah..!!!!

Boleh dikatakan semua perbuatan terkutuk yang bermula dengan huruf 'M' ,
semuanya menjadi sifat 'kekal' mereka dua ekor.

Tugas mereka hanya mengutuk orang tanpa soal selidik.
Tidak cukup dengan itu,
mereka gemar menggembar-gemburkan sesuatu perkara sehingga ia tumbuh menjadi subur ibarat pokok lalang di tepi jalan yang merimbun-rimbun.

Oleh sebab mereka ingin membuktikan bahawa mereka benar-benar hantu yang brutal,
maka mereka kerap kali mengganggu pemikiran manusia sekaligus menghasut manusia-manusia ni semua untuk masuk ke dalam kelompok mereka,
yakni kelompok "hantu bungkus brutal yang tak guna"...!!!!

Mereka melompat dari satu tempat ke tempat yang lain,
terloncat-loncat ibarat ulat nangka yang kegelisahan.
Selagi nama orang tak dijaja, tak dibusukkan dan tak diburukkan,
mereka akan terus melompat dan terloncat-loncat sehingga ke malam...!!!

Suatu hari,
mereka bertemu dengan seekor kupu-kupu yang sedang terbang di taman.
Mereka bercerita tentang keburukan orang kepada kupu-kupu tersebut.
Hantu-hantu bungkus ni semua terlupa bahawasanya walaupun kupu-kupu suka terbang,
akan tetapi..
kupu-kupu cuma seekor haiwan.
Kupu-kupu bukannya hantu yang suka berkeliaran.

Kupu-kupu yang tadinya sihat terus kebingungan.
Kupu-kupu ini telah bertukar wajah menjadi kura-kura yang "gila"..
dek kerana hasutan si hantu bungkus yang tak guna..

Kupu-kupu mulalah bermasam muka.
wajah yang ceria bertukar durjana.
Akhirnya,
kupu-kupu sendiri kebingungan.
Adakah dia hantu ataupun seekor haiwan.?

Kupu-kupu segera berjumpa Pak Belalang.

Pak belalang bilang,
kupu-kupu dah termakan kata-kata fitnah si hantu bungkus tak guna.
Si kupu-kupu menceritakan perkara sebenar kepada Pak belalang.
Pak belalang menasihati si kupu-kupu,
Seandainya diri sendiri tak berdosa,
mengapa harus mencela nama orang lain pula???

Tuhan kan ada..
Mengapa harus menghukum orang sesedap rasa???
Dosa pahala biar Tuhan yang tentukannya.
Buat apa tangan bersalaman di depan..
seandainya di belakang kaki ditendang-tendang???

Hidup ini ibarat roda.
Sedarlah, tiada siapa pun yang sempurna.

Dunia hanya persinggahan,
tiba masa, semuanya kembali ke sana.

Tak perlu nak jadi hantu bungkus tak guna..!!!

Kalau nyawa dah diambil Tuhan,
biarlah bersemadi dengan aman.
Buat apa nak jadi hantu bungkus yang terbang melayang di angkasa.
Bumi tak pijak, langit tak gapai.

Manusia ada batas kesabaran.

Mengapa perlu menjadi talam dua muka???
Lebih baik jadi tepung talam,
buat kuih, boleh juga orang makan....!!!!!

Ada FAHAM??????!!!!!

"Tak guna punya hantu bungkus,
dapat kat aku..
siap laaaaa..
aku rendam dalam telaga...!!!!!"


PESANAN IKHLAS BUAT HANTU BUNGKUS:

“Aku manusia, kau pun manusia.
Aku ada akal, kau pun ada.
Aku berfikir, kau pun berfikir.
Tapi, aku lain, kau pun lain.
Realiti kita nyata berbeza.”

13 comments:

Hidayah@FxyzGirlz said...

hehe..hntu bungkus ek.. sirius sgt sye baca cerita nie.. huk3.. dpt kat sye, sye habiskan teruss!! hik3

Anonymous said...

Hehehe.....salam perkenalan, hantu bungkus...eh, Cik LieYza =)

daud.montak.zakaria said...

Apa pulak tajuk hikayat ni liza....macam2 hikayat ado sekarang ni....

CikLieYzaOnline said...

kalau dpt,mmg nk belasah..kita habiskan dia cukup2..tp,malangnya,hantu2 ni semua dok dlm bungkusan.susah nk knl pasti wjh sebenar.ala2 halimunan cmtu.

hmmm...
hikayat kupu2 terbang di angkasa agaknya...sesat mngembara terjumpa si toyol gila.

Unknown said...

kalau ada hantu bungkus, apa kata kamu baca ayatul qursi. mesti dia terbakar dengan laju. try lah...

p.s. ini adalah entry lepas geram yang paling kool yang saya pernah jumpa.

wulan said...

hayooooo...lps gram thp cipan nampak....cooool liza, ak sangt suka cite hantu ini, blh wat drama ni ....

adul said...

Gggrrrr!!!!

sape lak yg bungkuskan antoo neh?
mrh ni..mrh....!!!

eh,antu bungkus eh?
igtkan de owg bgkus antu..
huhuw

ct_saggie said...

wah..
antu bungkus yg berpelajaran tinggi..
tp xth nak guna pelajaran yg ada...
hehee..mcm tu ke kak liza..
hehehhe

CikLieYzaOnline said...

emm..

tabiat agaknya..
stp kali nk lepas geram,
ada saja hikayat yg nk dicerita..
huhuuu....

dh bc ayat kursi,
tp antu ni hantu gila gamaknya..
luar smpurna,dlm penuh kekaratan..
karat di sni sna..

moon,
aku kool dh moon..
kool tahap cipan..
huhu..

dul,
huhhuhu..
dpt kt aku,
aku buang dlm sawah,
biar kena gigit ngan lintah.

em,
antu bungkus ni pelajaran je tinggi,
tp otak xde..
eeeiiiiiiii..
skt ati megingatknnya...

sabar liza...sabar...!!!!
Putus asa bukan caranya!!!


tkasih semua!!!

huhu..terharu pula.
(perasan lagi)

daud.montak.zakaria said...

Hmmm...inilah hikayat yang paling den ngeri membacanya....den bayangkan bila den baca den macam terlihat Liza bertukar jadi "HULK". Nampak sangat marahnyeee..Hmmm...tapi den taklah bayangkan Liza koyak2 baju macam cerita "HULK" tu...heh...heh...heh..jangan mare Liza, yang ini cuma gurau je...

CikLieYzaOnline said...

heeeeeeeeee...

bukan takat HULK,
dh undertaker gamaknya..
xpun stonecole (betul ke ejaan ni?lantak la)..

the rock xleh,
sbb dh jd actor popular..

=)

Anonymous said...

antu bungkus yang baca hikayat hg ni of course bengang tahap gaban n panazz bontott grenti dia mrasuk lg ganaz bin brutal la kiranya bukan stakat kupu2 yg suka mengipas hmmm silap2 rama2 yang sentiasa bsama pun bleh jd histeria kna rasuk...hu.hu..byk2 la bc ayat kursi pasni bg tbakar n lenyap trus kan...sbb antu bungkus jenis ni katogeri yg susah nak jd baik..

ct_saggie said...

hello..
the kupu2 itu tidak akan kena rasuk dek perbuatan manusia yg tidak berhati perut mcm hantu bungkus itu..

erm....

hanya sekadar coretan buat kali ini