CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 8, 2009

Hanya Untukmu... Embekkkk....


Assalamualaikum w.b.t

Buat semua rakan-rakan yang dikasihi.

Sebelum diriku melangkah pergi jauh ke negeri Padi Paddy,
izinkan diriku menulis warkah terakhir buat semua yang kusayangi.
(kalau tak izin pun aku nak tulis jugak sebab ni kan blog aku.. heeee)

Emmm...
hilang lak idea nak tulis apa kat sini..
wuwwuwuwu...

Jauh di sudut hati,
terasa agak berat untuk kumelangkah pergi meninggalkan kalian semua "disini"..
walaupun "disini" itu berbeza buat semua..
ada yang di utara, selatan, timur mahupun barat..

Namun,
percayalah..
"disini" itu tak pernah menjadi sempadan antara kita semua..

Bahkan..
"disini" itulah yang menyatukan kita semua.

Sepanjang aku disini,
banyak benda yang aku dapat.

Dapat ilmu pengetahuan..
Dapat informasi berguna..
Juga dapat menyelami isi hati manusia..

Dapat kawan..
dapat adik..
dapat abang..
tapi tak pernah dapat kak..
selalu je aku yang jadi kak..
dah macam tua lak rasa..
heeeeeeee

...Untuk pengetahuan umum..
..umurku belum genap 23 tahun..
-9 Oktober 2009 nanti tepat jam 12.04 tengah malam baru aku akan matang-

Tapi,
tak kisahlah..
kakak atau adik..
ia sekadar panggilan manja..
kan..kan..kan..

Hmmmm...

Buat adikku Mak Yam aka Bing Mary..
Jaga diri baik-baik.
Maafkan diriku kerana tak berkesempatan untuk mengotakan segala janjiku padamu.

Dulu,
diriku pernah berjanji untuk membuatkanmu bahagia..
Ingin ku "brainwash" mindamu tentang hakikat erti kebahagiaan..

Namun,
di dalam proses untuk melaksanakan kata2ku..
diriku juga pernah membuat dirimu terluka tanpa kusengaja..

Sememangnya manusia tiada yang sempurna.
Adakalanya kita tak sedar bahawa perbuatan kita selalu menyebabkan orang lain terasa.

Apapun,
percayalah..
diriku tak pernah bermaksud sedemikian rupa.

Ia adalah suatu kejadian yang tak disengajakan.

Maafkan aku lagi dan lagi.

Maafkan aku kerana dah tak berkesempatan untuk bergelak ketawa lagi denganmu lepasni.

Ingat satu pesan den,
adakalanya dari kesedihan itulah kita akan dapat kenal erti kebahagiaan.

Itupun kalau corak pemikiran kita dipusingkan sedikit daripada cara berfikir yang biasa.

"Bila ekau sedih atau buntu dengan sesuatu perkara,
ekau cuba fikirkan idea gila.
den pasti.. ekau akan mengukir senyuman semula.
biarlah ekau senyum kambing sesorang..
biarlah apa orang lain nak kata..
asalkan hati ekau bahagia..
ia sudah lengkap untuk ekau kenal erti bahagia.."

Terima kasih kerana sudi menjadi kawan den selama ini.

Jauh tak semestinya dekat.
Dan dekat tak semestinya jauh.

Bagi den..
perkenalan den secara dekat ngan ekau..
langsung den tak dapat memahami apa-apa..
hanya kaku tanpa kata-kata..
adakalanya hanya sekadar menghulurkan senyuman skema.

Namun,
bila jauh didekatkan melalui perkongsian taman permainan yang sama..
den lebih memahami segala-galanya.
cewah.. konon-kononnya la..
heeeeeee

Dulu,
ekau pernah kata kat den..
ekau sangsi ngan den..
sebab ada 2 ekor antu bungkus gila yang telah melompat-lompat macam tora di kebun bunga..
mengacau si kupu-kupu yang sedang menikmati madu segar free tak berbayar.

Waktu tu,
den tak kisah walaupun jauh di sudut hati ada terpalit sedikit kecewa.

Siapa diri ini tak pernah kupinta untuk dimengerti.

Siapa yang ingin dipercayai,
segala-galanya terpulang dan menjadi hak peribadi masing-masing.

Kanan atau kiri,
ia adalah pilihan masing-masing.

Den akui,
ada rahsia yang den terpaksa rahsiakan.
Dan biarlah rahsia itu menjadi satu rahsia bagi makhluk-makhluk terlibat.
Usah dipanjangkan lagi kisahnya.
Manusia tak sempurna.
Manusia seharusnya diberi peluang kedua untuk bertaubat.
(Kalau insaf nak bertaubat la..)

Apa sekalipun,
jangan terlalu mudah untuk menilai erti kemanusiaan.

"HANYA YANG MENGERTI AKAN MEMAHAMI"

Den akan sentiasa sayangkan ekau Cik Ct.
Selamanya di hati..
Bling.. Bling..
Moga ekau akan temui bing yang lebih baik dari den suatu hari nanti.

Buat kawan den si studio aka Bing Dady,
pertama kali den masuk blog ekau,
tujuan den adalah untuk bertanyakan tentang MCP semata-mata..
tiada niat lain selain itu.

Den ni pemalas sikit orangnya.
Sebab itulah den masuk blog ekau dan bertanyakan itu dan ini.
Sebab den malas nak cari sendiri.
Heeeeeee.

Sengaja den nak susahkan ekau dan menambahkan kepeningan di kepala ekau sebagai si tokey guo.

Tapi,
lama kelamaan..
apabila dah kerap kali den masuk ke sana..
den dah mula buat perangai..
den yang asalnya skema mengikut rentak lagu Varsiti Kita juga telah bertambah miang tatkala lagu Jatuh Cinta berkumandang di blog ekau.

Kemiangan den juga telah bertukar tragedi tatkala lagu Gerimis dikeudarakan pada waktu malam yang sunyi sepi tiada berteman.

Maafkan den kerana dah banyak menyusahkan ekau selama ini.

Den pun dah tak ingat macammana den berani panggil ekau "Si Studio" walaupun ekau adalah PENERBIT den yang den sayangi dan hormati.

Darjat kita umpama langit dan bumi tapi dengan suka sukinya den menjadikan ekau sebagai kawan den secara tak rasmi.

Terima kasih kerana sudi belanja den dengan sebiji Clorets memori abadi.
(Sebenarnya bukan ekau belanja, den yang mintak.. heeee)

Den memang macam ni..
den ni jenis yang cepat teringin.
kalau den tengok orang makan apa-apa,
pasti den akan mintak dengan muka tak malunya.
nenek mana la yang akan sudi terima den sebagai cucu nanti.
heeeeeeeeee.

Sebenarnya.
den pun tak sangka boleh jadi kawan ekau..
eh, bukan..
den pun tak sangka ekau boleh jadi kawan den..
bila den cakap pasal ekau kat kengkawan semua..
semua akan kata..
"MCP dah lepas, dah tak nak ingat apa-apa.."

Tapi,
bukan untuk den..
den takkan sesekali lupakan ekau..
penerbit kedua den yang den sayangi dan hormati..

Maafkan den atas segala kesalahan yang den lakukan dan halalkan apa sahaja yang ekau kasi sama ada atas kerelaan sendiri atau atas desakan den yang suka mengada-ngada ni yo...

"Hang ni ado-ado jo lahhh"

Hahahaha..

Den takkan sesekali lupa ayat keramat yang ekau selalu kata kek den tu.

Den sayangkan ekau sebenarnya.
Sebab tu la den akan menyusahkan ekau.
Jenis den, kalau den sayangkan seseorang..
den akan melakukan keganasan.

Kalau den skema ala-ala beruang koala yang malu-malu tu,
maknanya sayang den belum sepenuhnya.

Tapi,
kalau den dah tunjuk belang,
itulah tanda den menyayangi seseorang.

Maafkan den yo.

Dan tahniah kerana telah berjaya mengembangkan loghat negeri sembilan.
Tak sangka den..
walaupun kito bukanlah orang nogori tapi ia satu-satunya pengikat hubungan dan kasih sayang.
Den pun dah berjaya mempengaruhi semua pengunjung den dengan loghat yang ekau perturunkan kek den ni.

Den dah takdo nanti,
ekau cari la kawan baru sebagai pengganti..
(macam la den sorang jo kawan ekau.. hahaha. perasan sungguh den ni. heeee)

Hmmmm..
Untuk adikku Mejie aka Bing Go tak bertali..

Terima kasih kerana selalu jenguk kakngahmu disini..

Den sayangkan ekau walaupun ekau tak pernah menetap di dalam rahim omak kandung den sepanjang proses nak jadikan ekau manusia yang comey lotey macam apek longsi kek bumi ni.

Den pun dah tak ingat macam mana ekau boleh terlepas masuk ke kandang Padi Paddy ni untuk meragut rumput bersama-sama den kek taman permainan den ni.

Mungkin dah jodoh agaknya.
Dah takdir bahawasanya ekau akan jadi adik den kek alam maya ni.

Wuwuwuwuwu.
Sodehnya den..
terharunya den bila ekau masuk sini berulang kali sejak pagi tadi semata-mata nak cari den ni.

Ekau jangan sayangkan den..
sebab den ni mudah rasa terharu bila orang sayangkan den..
nanti den nangis..
kalau ekau nyakat den..den tak kisah..
sebab dengan cara tu..
den akan gembira dan golak guling-guling.

Den buek ekau sodeh boleh..
tapi ekau jangan buek den terharu laie..
nanti den nangis..amik masa yang lama untuk pulih.

Sebab den taknak guna cara kuno tu kalau boleh..
den taknak nangis walau apa sekalipun yang terjadi..
kalau den dah takdo nanti...
ekau cari la kakngah baru sebagai pengganti..

Ekau jaga diri baik-baik yo..
Ekau tambahkanlah kenakalan ekau tu..
den akan sentiasa sokong apa saja yang ekau lakukan.

Terima kasih kerana sudi menjadi adik lelaki den..
sebab kek umah den, den cuma ada sorang jo adik lelaki.
sekarang den dah ada dua orang adik yang nakal.
den sayangkan ekau Mejie..

Jaga diri baik-baik yo..
Makan nasi ingat Padi Paddy.

wuwuwuwuwuwu..
sodeh..sodeh...

Hmmm..
untuk adik hidayah aka bing Yiyi,
terima kasih kakliza ucapkan atas pengisytiharan dan angkat sumpah yang telah kita lakukan untuk menjalinkan pertalian adik beradik di alam fantasi berkonsepkan realiti.

Jangan lupa huruf "i" yang telah terpatri.

"i" adalah kasih sayang..
"i" adalah pengubat lara di hati..
dan
"i" akan sentiasa bertakhta di hati..

"i" untuk dikongsi..
bukan untuk kepentingan peribadi..
bukan juga untuk kepentingan diri sendiri..

"i" akan sentiasa meninggalkan kenangan abadi.

Selamanya...di hati...

Sayang "i"..

Adik jaga diri baik-baik..
Kalau sakit, makan ubat..
Ada apa-apa,
bagitau kakliza..

Adik tolong smackdown tikus kakliza kalau dia malas sapu sampah kat blog ni ok !!!

Pastikan dia sapu bersih-bersih dan takkan ada secebis habuk pun yang akan menjadi kabus penghalang antara kita lepasni.

Sayang adik...
selamanya....

Terima kasih kerana rela memanjakan kakakmu yang dah tua ni.

Heeeee.

Kakliza hargainya.

Hmmm..
Untuk Adul aka bing dodol..

Maafkan aku ye Fatah sebab tak dapat menerima cintamu yang main-main..
hahahaha..
sesungguhnya Bing Lily adalah anak kambing jalanan yang akan sentiasa bertakhta di hatimu selagi ia mampu.
hahahahaha...
apapun, kenanglah daku dalam doamu..
(ayat cinta darjah 6 aku dulu-dulu)

Terima kasih sentiasa support drama aku..
Menanti di Sayup Rindu..

Aku dah takdak nanti,
nantikanlah aku dengan penuh rindu..
heeeeeeeeee.

Untuk Blue Epal aka bing Biby,
terima kasih sudi masuk sini semata-mata nak pantau aku.
aku tau hang adalah sahabat sejati.
terima kasih kerana sudi bersahabat denganku sejak tadika lagi.
tiada kata-kata yang dapat kuluahkan melainkan ucapan terima kasih tak terhingga atas segala-galanya.
moga persahabatan kita akan kekal buat selama-lamanya.
InsyaAllah..

Buat Kamarul aka bing Kiky,
terima kasih kerana sudi berterus terang segala-galanya tentang siapa penghantar misteri emel, chat dan hadiah di MIDAS..

Terungkailah sudah tanda tanya di hatiku sejak sekian lama.

Pesanan aku,
kalau boleh, elok sekiranya ia dibuat secara terbuka di lain masa..
adakalanya rahsia mungkin menimbulkan syakwasangka..

Apapun,
aku hargainya..
engkaulah lelaki sejati yang berani..!!!

Untuk Cik Tie aka bing Cicy,
makasih yo sudi kawan den..
wuwuwuwuwu..
den dah luahkan perasaan den kek ekau di suatu tempat..
ekau carilah sendiri tempat tu..
den tak boleh luahkan kek sini..
nanti emo den datang lagi.

Untuk Mixfar aka Bing Mimy,
terima kasih juga sebab nak pantau aku walaupun aku sebenarnya yang pantau hang sebab hang ni ganas macam lintah gunung..
suka hisap darah orang tanpa orang sedari..
hahahaha..
apapun, thanks jadi kawan aku..
aku juga dah luahkan perasaan aku di suatu sudut yang lebih "tepat" untuk kuluahkan.
selamat membaca dan memahami.
heeeeeeeee

Untuk Moon aka bing Momy,
makacih Moon atas segala-galanya...
Nadi Bangi paling mantap sem ni..
heeeeeeeeeee
tkasih tak terhingga dari awal hinggalah ke saat kumenulis warkah ini.

Untuk Cik Teho aka bing E..eiiiii...
makacih suka kasi den award..
dan makasih sebab sudi masuk blog den ni..
dan tkasih atas sarangheomu suatu ketika dahulu..
dan juga tkasih kerana sudi melayani kerenah den yang suka mintak macam2 kek ekau ni..
dan tkasih kerana sudi memahami perangai den yang gila2 ni..

Untuk Wan, Ochie, Chah, Hasni, Malau, Zaim, Wawi, Abg Fauzan, Abg Hafiz aka bing bik sebagai bibik rasmi blog ni...
tkasih atas kunjungan kalian kesini dan sudi menjadi temanku disini..
semoga ukhwah kita berkekalan abadi..

Haih..
lenguh tangan ni untuk menaip kata-kata lagi..

Den akan berlepas menaiki Kapal terbang di Hentian Bas Kajang tepat jam 11 malam ni.
Kapal terbang cap KEJORA platform 9.
Kepada sesiapa yang nak hantar cincin pertunangan atau rumput segar di taman,
silalah berbuat demikian sebelum diriku terbang jauh ke daerah Padi Paddy nanti.

Hahahaha.
Sengal kata cik ct..

InsyaAllah..
Umur panjang..kita jumpa lagi..

Salam sayang untuk semua.

Ucapan khas ini dibawakan untuk anda oleh Bing Lily..
Kambing comey si Jelapang Padi.

Sekian, wassalam.

4 comments:

ct_saggie said...

kesedihan itu sentiasa bersarang dalam hati kita..

keraguan tentang persahabatan ini selalu bermain di jiwa..

tetapi biarkan ia pergi seperti berlalu angin bayu..

yang hanya menjengah kita untuk menduga rasa..

kerana percaya lah pada diri bahawa kasih sayang ini adalah yang terindah..

ingatkah sahabatku..

saat kita menghabiskan masa bersama..

senyuman dan gelak ketawa antara kita..

merasainya tanpa ada satu bait kata yang dapat mentafsirkannya..

kebahagiaan, kedukaan kita hanya difahami setelah kita bersama..

kerana jauh di sudut hati kita semua, keikhlasan telah menjelma..

yang memimpin tangan kita untuk terus menjaganya..

saat aku terluka kehibaan,

saat aku ingin terus berpaling dengan semuanya..

saat aku ingin terus terbang dan berlari ke awan..

dengan membawa rasa hati ini..

tetapi...

akhirnya aku rebah pada kenangan...

yang bisa membuat aku terus bernafas dan menyedari betapa bernilai semuanya...

menangis dalam kerinduan yang tidak bisa aku gambarkan..

yang aku tahu..

aku benar-benar menyayangi kamu semua..

aku tidak sanggup putuskan ukhuwah ini..

kerana tanpa kamu semua..

aku benar-benar sepi...

tidak lain yang aku pinta..

kemaafan atas segala kekhilafan diri ini..

menjauh bukan kerana kebencian..

tetapi mencari erti sebenar makna persahabatan..

hakikat yang aku tolak adalah sebenarnya yang terbaik untuk aku..

tetapi berilah aku sedikit masa untuk aku bangun sebagi hafizah yang baru..

yang mampu mencipta satu persahabatan yang terindah seperti pelangi..
kerana aku benar2 tidak mampu untuk bersendirian...

~dirimu akan ku kenang selalu
plz don't lost contact...
ada pape..col ct...

daud.montak.zakaria said...

6HA...HA...HA...HA...HA...HA...HA...
Den taknak ucapkan apa2 ucapan selamat...kepada Liza ko, kepada Yam ko dan kepada semua yang tak kisah kat den tu, pelajar mcp yang lain yang dah mula tunjuk belang tu..
Kalau den kata selamat tinggal, den belum meninggal laie begitu juga dengan liza, yam dan yg lain2 tu. Kalau den kato selamat jalan, ekau semuo bukan nak meninggal laie, begitu juga dengan den. Sapo pun kalau boleh taknak meninggal lagi kan.
Oleh tu den taknak ucap apo2, kalau senang2 masing2 masuklah ke blog den dan ucapkanlah salam...mano2 yang dah mulo tunjuk belang tu, den ingatkan dunio untuk kito sendiri sebenarnye tak lamo, abis tinggi pun usia kito cumo 63 tahun, jadi toksahlah sombong..itu cumo pesan bukan ucapan selamat....sekian, jangan lupo semuo, masuklah ke blog den, itupun kalau tak lupo diri, tapi biasanya orang Melayu ni cepat lupo diri, sekian jumpo lagi dan jangan ucap selamat tinggal atau selamat jalan kepada den....ASSALAMMUALAIKUM...

♥Hidayah♥Novelis♥ said...

Assalamu'alaikum kak...

Adik x tau, naper tadi hati adik tetiba memaksa adik tuk menjenguk blog akak, bagai ada ikatan tali yg menarik adik ke blog manja akak..

Akak, naper adik rasa sedih m'baca post akak yg panjang nie? Seakan-akan ada 'sesuatu' yg akak cuba rahsiakan..

Hmm.....

Makasih coz terima adik sbgai adik angkat kak Liza.. Saper lah adik nie tanpa akak angkat yg manja nie..

Uwaaa... apa2 pun, kak liza tetap akan angkat sye, yg t'baek, yg t'manja, yg t'cute yg sye jumpe..

Dunia blog ini lah menemukan kita b'dua sbgai adik beradik angkat.

Walau tdk b'sua muka, wlau tdk m'dengar suara, namaun tgn akak yg menaip p'kataan2 itu lah yg m'hubungkan silaturrahim antara kita semua..

Sye x suka menilai org hanya dgn pndangan mata ini,...tapi..., sye akan menilai sorang itu ngan pandangan hati ini...

Sesungguhnyer, Allah lebih mengetahui...

Kak Liza still akak sye.. akak memang baek..

Kalo pasal tikus kat blog nie, akak x usah risau ler, kang sye hembat ngan penyapu, kalo dia mlz kejer..

Dannn.... huruf 'i' itu akan sntiasa diingati...
Kerana huruf "i" tanda family,
Kerana huruf "i" tanda adik beradik"
Kerana huruf "i" tanda p'shbtn,
Kerana huruf "i" tanda kasih syg...
Take care kak...

CikLieYzaOnline said...

wuwuwuwu..
sedih lak baca kat sini.
hmm..
nak kena buat posting baru la x lama lagi supaya ceria kembali menyinari blogku ini...
wuwuwuwuu...

tkasih semua...
den x sampai hati nk masuk sini..
entah kenapa mcm sayu je rasa..
wawawawawawa....

sayang semua..