CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Maafkan Saya.. (Skemanya)

Hmmm..
Hari ini bertarikh 31 Mac 2009 jam 2.47 pagi..
Saya yang bernama Nurul Azliza Binti Nordin,
bernombor kad matrik A112812,
nak buat pengumuman..
dan juga pengakuan..

Tak pernah saya buat keterangan bertulis macam ni seumur hidup saya.
Tak pernah saya tulis seskema ini kepada sesiapa termasuklah diri saya sendiri.
Jawab exam pun tak seskema macam ni rasanya.
Tapi, kalau saya tak tulis skema macam ni,
takut nanti orang anggap saya main-main.
Inilah kali pertama dan mungkin juga terakhir saya tulis macam ni.

Saya akui..
saya memang seorang manusia yang suka main-main.

Itulah perangai saya sejak azali.

Mungkin itu juga kelemahan diri saya sendiri.

Susah untuk saya 'serius' melainkan keadaan benar-benar memaksa saya berbuat demikian.

Selama ini,
kalau saya rasa marah kepada sesiapa,
tak pernah saya luahkan secara berdepan.
hanya pensil, pen atau keyboard yang menjadi sasaran..
tempat untuk saya luahkan apa yang terpendam.

Hanya dengan tulisan saya dapat luahkan isi hati saya.
Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata.
Namun,
menulis adalah sebahagian daripada hidup saya.
apa yang ditulis..
itulah yang tersirat di jauh sudut hati..
tulus suci lagi murni.
heeeeeee..
(macam iklan minyak masak pulak)

Semalam yakni 30 Mac 2009 hinggalah ke hari ini setakat jam 2.47 pagi,
saya akui,
ramai yang terluka dek kata-kata saya.

MAAFKAN SAYA.
SAYA TAK BERNIAT MACAM TU.
TAK PERNAH TERLINTAS DI HATI SAYA UNTUK MENGGURIS PERASAAN SESIAPA.
APATAH LAGI NAK MELUKAKAN HATI SEMUA.

Saya tak pernah cuba nak lukakan hati sesiapa..
sebab mak saya pernah berpesan,
kalau kita lukakan hati orang,
kalau orang tu tak maafkan kita,
mati nanti kita akan berada di awang-awangan..
bumi tak pijak, langit tak gapai.

Hari ini,
saya agak 'tension' sebab banyak benda yang menimpa saya.
satu demi satu perkara yang tak diingini berlaku.
penat saya habiskan masa selama 2 hari untuk tulis skrip dan tukar program baru.
terpaksa merayu-rayu cari tetamu.
tapi bila jumpa lecturer hari ni,
dia nak saya buat program lama balik.
walau apa jua alasan yang saya beri,
dia nak juga program lama.
dengan mula malunya terpaksa hubungi ustaz yang nak tolong tu.
cakap tak dapat ambil dia sebagai tetamu.
kesian dia.
hmmm..
terpaksa pula saya pujuk tetamu lama masuk program tu balik.
tapi ya la..
dia dah cakap yang dia ada hal lain.
dia carikan saya tetamu ganti.
bila pergi jumpa,
punyalah berlagak macam serigala.
layan kami sebelah mata.
acuh tak acuh je.
lepas tu, demand tinggi mengalahkan ct nurhaliza.
bila tanya tentang statistik ka apa,
suruh cari sendiri.
padahal, kajian tu kajian dia.
cakap dah la berlagak,
ditambah pula dengan gayanya yang macam 'King',
lagi la tertekan jiwa ni.
lepas tu dia cakap program tu kena mula tepat-tepat pukul 11.30 dan berakhir tepat-tepat pukul 12.
sebab pukul 12 dia nak makan tengahari.
kalau mula lambat,
dia takkan tolong masa program tu nanti.
apa boleh buat,
nak tak nak,
terima je la syaratnya.
masa cakap,
langsung tak pandang mata.
apatah lagi untuk pelawa duduk.
lenguh kaki ni berdiri.

Pastu,
tertekan dengan nadi bangi.
hmmm...
yang ini lagi la.
asyik ubah itu ubah ini.
malas nak ingat hikayat nadi bangi yang pening.

Sejak beberapa hari ini,
banyak perkara yang tak diduga terjadi.
satu demi satu kejutan saya terima.

Saya cuba mengukir senyuman walaupun hati saya agak menderita.
Kadang-kadang,
pernah terlintas di hati saya untuk berdiri di tengah jalan.
biar kena langgar dengan kereta.
biar Tuhan cepat-cepat ambil nyawa.
rasa macam hidup ni dah tak bermakna.

Tapi,
patutkah saya fikir macam tu?

Sepatutnya,
saya bersyukur..
sebab sayalah yang Allah pilih untuk diuji dengan ujian-Nya..

Moon kata..
Mira pesan kat dia,
"Ujian yang Allah berikan adalah tanda Allah sayang"
"Allah takkan uji sesorang itu kalau seseorang itu tak boleh hadapinya"

Jadi,
maknanya saya boleh hadapi ujian tu.

Kalau saya rasa marah,
saya akan merapu..tulis yang bukan-bukan.
sejak kecil memang saya macam tu.

Mungkin sebab saya sukar untuk berterus-terang dan banyak berkiasan..
ramai yang salah sangka dengan tulisan saya.

MAAFKAN SAYA.

SAYA TAK BERMAKSUD BEGITU.

DI SINI, SAYA NAK MINTA MAAF SEKALI LAGI.

MAAFKAN SAYA.

Maafkan saya andai tulisan saya selama ini banyak mengguris hati.

MAAFKAN SAYA LAGI DAN LAGI.

Mungkin dah tiba masanya untuk saya berubah.

Selama ini,
dah ramai orang yang saya kenal,
tapi tak pernah seorang pun yang 'terasa' dengan kata-kata saya.

Tapi bukan untuk hari ini.
Nampaknya...
saya dah buat salah.
saya dah lukakan hati orang yang tak pernah buat salah dengan saya.
Maafkan saya.....

Saya dah salah..
saya tak bermaksud demikian.

Namun,
mungkin salah saya sebab tulisan saya agak samar-samar dan mengelirukan.

MAAFKAN SAYA SEKALI LAGI.

Jauh di sudut hati saya,
tak pernah terniat untuk saya lukakan hati sesiapa.

Inilah kali pertama saya lukakan hati orang yang secara 'direct'..
rasa macam wajar terima 'piala'.
piala terburuk untuk Nurul Azliza.

Apa saya dah buat ni???
Maafkan saya...
Saya tak sengaja...

HARAP DAPAT MAAFKAN SAYA.

Sebab saya takut..
mungkin esok atau lusa Tuhan akan ambil nyawa..

Jadi,
sebelum apa-apa berlaku,
maafkanlah saya.

Saya taknak jadi kelawar yang terbang di angkasa.

MAAFKANLAH SAYA.

Kejadian pagi tadi benar-benar menginsafkan saya.
Hati manusia mudah terluka.
Tulisan manusia amat berbisa.
Terutamanya tulisan saya.
Ya ka?
Heeeeee...

Mulai saat ini,
saya nak berubah.
saya dah insaf.

Tengok..skema tak saya???

MAAFKAN SAYA.



Monday, March 30, 2009

Sampai hati...

Sedih hati ni..
sampai hati buat macam ni..
ingat seronok ke aku nak kesana kesini..
ingat seronok ke aku asyik tukar program tu program ni..
ingat seronok ke aku nak buat skrip hari-hari..
ingat seronok ke kepala aku ni berpusing-pusing..
ingat seronok ke aku tak tidur malam fikirkan mcp..
ingat seronok ke aku call orang tu..call orang ni..
ingat seronok ke aku merayu-rayu kat orang tu..merayu kat orang ni..

Mentang-mentang la aku ni student..
ikut suka je nak main-main..
kalau nak, cakap la betul-betul..
kalau tak nak..bukannya aku nak paksa pun..

Tau la diri tu pangkat tinggi..
tapi takkan tak boleh nak cakap baik-baik..
bukan nak minta layan aku macam anak raja..
layan macam manusia pun jadi la..
jangan la berlagak sangat..
demand tinggi..
nak itu..nak ini..
ingat kami ni cap duit ka apa..

Takpa la..
kalau nak datang, datang la..
kalau takmau..tak payah mai takpa..
biar pengacara kami cakap sorang-sorang macam orang gila..
biar program tu jadi program 3 suku..
biar semua orang kenang sampai bila-bila..

Takpa la..
apa boleh buat..
sapa la kami ni..
menumpang kasih pada yang tak sudi..

Yang sudi datang ada..
tapi ada pula yang tak sudi terima..

Yang tak sudi datang..
yang tu la nak juga..

Takpa la..
hina la kami ni..
kalau tu saja caranya untuk kami dapatkan engkau kembali..
wahai raja duniawi.

Hmm..
malas nak komen panjang-panjang..
komen panjang pun,
aku juga yang bacanya..
yang dikomen tetap tak tau juga..

kadang-kadang,
teringin nak jadi singa..
nak telan orang hidup-hidup tanpa bicara,
nak marah orang sampai pedih telinga mendengarnya.

tapi, tak sampai hati pula.
marah orang..bukan itu cara aku..

kena marah..itu yang aku kena selalu..

padan muka aku..

hmm..
nasib baik hang ada wahai blog..
jadi la..ada juga tempat aku nak mengadu.

kesian hang..
banyak posting aku yang sedih-sedih belaka..

takpa la..
padan muka hang..
sapa suruh hang jadi blog aku..
hahahahaha...

dah macam tak betul aku rasa.
cakap sesorang ngan blog tak bernyawa.
hmmm...
liza..liza..

Astagfirullah....

Sekali lagi kumulakan hariku dengan penuh kejutan !!!
Pagi ni aku nak buat surat untuk tetamu MCP yang baru..
Terlupa pula dah berapa haribulan.
terus tengok kalendar.
sebelum ni bukan tak tengok..
tengok tapi tak perhatikan saja..

Astagfirullah....
dah 30 Mac hari ni..
ingatkan baru 23 Mac..
lupa nak pangkah kalendar kat dinding..
patutlah semua orang pakat kalut tanya MCP...

Astagfirullah...
apa nak jadi ni..
liza...liza..
teruk sungguh aku ni..

Pandang ke hadapan !!!

Teruskan perjuangan !!!!

Haih....

Titik.

Sunday, March 29, 2009

Oh MCP ku lagi...dan lagi...

Keranamu MCP,
Cik tiMoon kata aku dah macam "kelawaq".
Siang tidur malam terbang.
terbang mencari ilham.

Keranamu MCP,
Pei Yee kata dah tak sabar nak menanti..
Menanti waktu bertukar menjadi si katak hijau.
Melompat secara rasmi keluar dari UKM.
Teng..Teng..Teng...

Keranamu MCP,
dengan tidak semena-mena 'gerimis' berkumandang di dalam gua,
batinku menjerit namun tiada suara.
HAHAHAHAHAHA...

Keranamu MCP,
kadang aku suka kadang aku benci.
bukan benci meluat tapi benci tanda sayang...
(betul ke benci tanda sayang???)
sebab banyak dugaan yang datang.

Bukan salahmu MCP..
Engkau hanyalah sekadar nama.

Tapi,
manusia di sekitarmu yang menjadikan engkau mangsa.

Oh MCPku..
Akan kuteruskan usaha walau apa jua cabaran yang melanda !!!

Yaaahhhhh...
Sambung buat kerja !!!

Cayok..CaYok Liza !!!


Oh MCP ku lagi...

Kepada semua krew MEDIA PRODUCTION..
Ampunilah PENGARAHmu ini..
Ini sahaja yang dapat kufikirkan untuk MCP.

Demi memudahkan kerja anda semua.
Demi tak menyusahkan sesiapa.
Demi diri kita semua.

Semoga program kita BERJAYA !!!

Wahahahahahaha...

Apa program la yang aku buat ni..

Liza..Liza..

Haih..

Khas untuk MEDIA PRODUKSI.

Fahamilah luahan hati PENGARAHMU ini.

"Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna.."

Hehehehehe

Thank You

Oh MCP ku...!!!!

Media Production yang kusayangi.


MCP
Sebuah rancangan TV..
Nampak mudah dalam TV..
Tapi orang yang berada di dalam konti bagai nak 'mati'..
Tapi tak adalah sampai mati betul-betul.
Mati olok-olok je...

MCP
Bagai suatu mimpi ngeri..
Tiba-tiba tetamu tarik diri.
Menangis hati ini.
Tapi kucuba fikirkan jalan lain untuk atasi masalah ini.

MCP
Hari-hari aku kena 'practice'..
Supaya segala-galanya berjalan lancar masa final nanti.
Aku taknak menjadi punca markah semua orang terjejas kerana PENGARAH tak bertauliah ini.

MCP
Aku nak kena buat skrip..
Kerana kesemua rakanku balik kampung 'makan kenduri'.

MCP
Aku nak kena buat balik VT..
Montaj, Teaser dan satu lagi VT..
Berusaha siapkan segala-galanya sebelum hari rabu nanti.
Tak pun, hari khamis ke..
Minta tunda satu hari lagi.
Huhuhu

MCP
Banyaknya duit aku keluar nak beli kain..
Nak beli itu.
Nak beli ini.
Nak fotostat itu.
Nak fotostat ini.

MCP
Aku akan buat yang terbaik..

MCP
Aku nak pi mandi..
Nanti sambung buat lagi..

Hmm..
MCP..MCP..

Selamat Menyambut Earth Hour


Hari ini yakni 28 Mac 2009,
kumulakan hariku seperti biasa.

Semalam,
agak awal juga aku tidur.
Dalam pukul 2pagi,
aku dah "hanyut" entah kemana.

Lepas subuh,
aku sambung tidur balik.
rasa macam kepala ni "pening" semacam je.

Pukul berapa entah,
pukul 9 pagi agaknya.
aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seseorang yang bertanyakan tentang MCP.
Hahahaha...
aku pandai-pandai la cover suara konon-konon dah lama bangun.
konon-konon la...

Lepastu,
terus kusiapkan skrip MCP.
Alhamdulillah, skrip dah siap.

Kawan aku, Ain..
pagi-pagi dah "cabut lari".
entah kemana lesapnya.
tiada sebarang "nota" ditinggalkan.
wallahualam.

Lepas zuhur,
kepalaku tiba-tiba pening.
sakit yang teramat sangat.
sakit tak henti-henti.
rasa macam nak "meletup" kepala ni.

Terus aku masuk bilik dan baring di atas katil.
Aku pejamkan mata rapat-rapat.
Badanku dah mula berpeluh walaupun masa tu aku buka kipas berkuasa 3.

Akhirnya,
aku "hanyut" entah kemana.

Bila aku buka mata,
jam menunjukkan pukul 5petang.
Terus aku bangun dan sembahyang Asar.
Kepalaku masih lagi sakit.
Rasa macam dunia ni berpusing-pusing.
Lepas sembahyang,
aku sambung tidur balik.

Bila aku buka mata,
jam menunjukkan dah pukul 7.45.
terus aku berwuduk dan sembahyang maghrib.

Selesai sembahyang,
kepalaku masih lagi sakit tak henti-henti.
Kusambung tidur lagi.

Bila sekali lagi kubuka mata,
terasa dunia ini gelap-gelita.

Ya Allah,
aku kat mana ni???
Jeritku seorang diri.
Takut aku dibuatnya.
Tiba-tiba terdengar suatu suara.

"Elektrik tak ada laaaaa...."

Suara yang datangnya daripada orang bawah bilik aku.

Oh, baru aku ingat..
hari ini "Hari Apa Entah Namanya"
Elektrik akan ditutup buat seketika.

Dalam hati,
teringin aku nak tengok KLCC yang gelap-gelita.

Jadi,
aku sambung tidur semula.

Masa aku tidur tadi,
aku telah bermimpi..
mimpi yang indah sekali.

Dalam mimpi aku,
aku pergi ke suatu tempat.
tempat tu memang gelap-gelita.
lepas tu, dihadapanku terpampang bangunan KLCC yang indah dan romantik sekali.
ada lampu lip lap lip lap berkelip-kelip.

Masa aku pergi kat tempat tu,
ada seseorang yang menemaniku.
tapi aku dah tak ingat siapa orang tu.
siapa ya???
entah la..
tak apalah..
sapa-sapa je lah.

Lepas tu,
tiba-tiba aku terdengar pengumuman dibuat.

"Sebentar lagi lampu KLCC akan ditutup buat beberapa ketika"

Suara yang datangnya dari mana entah laaa..

Lepas tu,
lampu KLCC pun ditutup..
waaaaaahhhhhh..
gelapnya....
tapi kan,
masa tu....
cantikkkkkkkk....

sebab,
masa tu aku nampak cahaya bulan dan bintang berkelip-kelip di angkasa sana...
cantikkkkkk...
cantik sangatttt.....
sempat juga aku tangkap gambar..

lepas tu kan..
ada orang buat pengumuman..
katanya kejap lagi lampu KLCC akan dibuka semula..

Masa lampu KLCC dibuka semula..
cantikkkkkk....

masa tu..
nampak gambar Detective Conan terpampang kat KLCC..
Pastu ada gambar kartun apa lagi entah kat KLCC tuu..

Cantikkkkkkkkk....
samar-samar cahayanya..

Banyak gak gambar yang aku sempat tangkap...

Lepas tu,
tiba-tiba seluruh tempat tu terang-benderang..

Waaaaaa...dah tak cantik dah laa....

Dan aku pun terus pulang membawa hati yang gembira..
kerana impianku untuk melihat KLCC yang gelap gelita telah tercapai....

Adakalanya,
kegelapan tak bererti "gelap"..

Dari kegelapanlah kita akan menemui cahaya.

Saturday, March 28, 2009

Kakngah Takdak Kredit !!!

Kepada insan yang bernama Mohd Fitri bin Nordin,
pesanan ini membuktikan diriku benar-benar tiada kredit untuk menghubungimu.
Wuwuwuwuuuuu...

Apatah lagi untuk menderma kredit ke handphone canggihmu yang ada sampai dua tu.
Ooooo..handphone sampai dua,
kredit mintak kat aku.
Ceh...
tu la, kata handphone aku kuno nooo..
last2 kredit mintak kat aku gak.
hehehahahahaha....

Nasib baik la hang ada kakngah yang menggunakan handphone kuno ni haa..
Kalau aku pakai handphone canggih,
belum tentu aku berhati mulia untuk derma kredit kat hang tau !

Ni nak habaq ni,
kakngah tak confirm gi bila boleh balik.
banyak kheja tak siap lagi.
nak kena siapkan semua kheja dulu.
dah beres,baru boleh balik.
mungkin masa cuti study week tu kakngah balik.
InsyaAllah...

Lepas tu,
nanti kalau abg balik,
abg habaq kat mak,
kakngah dah dapat surat dah.
dah confirm dah.
InsyaAllah...nanti kakngah pi la tengok camana.
jangan risau, diriku baik2 aja kok.

lepas tu,
yg pasai software tu,
kakngah pakai mozilla firefox.
xtau la betoi ka dak,
tp org kata kalau pakai mozilla,
virus x byk sgt yg serang komputer kita.
orang la kata..
kalau org tu muhong,
maknanya kakngah pun muhong gakla..
hehehehe

pastu,
kalau hang nak download software papa,
try pi bukak kat bitcomet.com
kat situ byk gak software yang ada.
tp hati2 la sama.
satgi kena virus ka..
bahaya.
tp setakat la,kakngah ok ja.

pastu,
apa lagi yg hang tanya td..
hmm..lupa plak dh.

haaa..
yg pasai facebook, my space, frenster dan papa ja la tu,
selain blog ni dan blog yang lagi satu tu, kakngah ada facebook ngan frenster ja.

tapi, xpernah guna pun..
jarang dan teramatlah jarang...
xtau la pasai apa..
tak berminat sgt..
kalau terdesak, baru guna.
dh tinggai nyawa ikan agaknya semua tu.
hanya blog saja yang "istimewa" dan sentiasa bertakhta di hatiku.
mungkin juga diriku ini jenis yang "setia pada yang satu".
huhuhu

kalau hang nak tag ka apa benda ka,
toksah la nak tag kat aku,
aku x respon punya,
aku sndiri pun xtau apa yg syok sangat dgn tag tu,
langsung x menyentuh jiwaku.
heeeee
ikut suka hang la nak kata aku skema ka,
macam orang tua ka,
apapun, aku tetap setia pada blogku.

hmmm..
tu ja la nak habaq..

Selamat Maju Jaya !!!

Muah..muah..muah !!!


ずっと探してたよ僕の消えない虹を

もう帰りたくなくなるよしょぼん
私はもともと帰りたくなかったよ
ここに帰って、そしてまたあそこへ行かないといけないなんて~汗


でも帰っちゃった。
人生はそんなもんだね
会うってことは別れの始まるだもんね
時はどんどん流れて、一秒も待ってくれない砂時計


ラブラブ"Mungkinkah kita terlupa,
bertemu berpisah kita,
ada rahmat dan kasihNya"ラブラブ

夢のような人だから
夢のように消えるのです
-福山雅治
MyHotComments.com

Friday, March 27, 2009

Putus Tunang .. Wuwuwuwuu...


Haih..

Pagi ni, seawal jam 8 pagi..
Aku terima satu lagi kejutan..
Kejutan yang amat mengejutkan !!!!

Hampir melemahkan semangatku yang baru nak pulih ni.
Aduhai la sayang...
Nampaknya hidup aku sekarang ni penuh dengan kejutan gamaknya.
Eeeeiiiii...menggerunkan....

Tiba-tiba dapat panggilan daripada tetamu undangan untuk MCP nanti..
Dia cakap dia terpaksa tarik diri sebab ada hal yang lebih penting..

Alahai..
mengapa di saat-saat akhir begini kau putuskan pertunangan denganku sayang...

Hohohohohoho..
Tersedak aku mendengarnya !!!
Walaupun waktu tu aku belum minum air walau setitis.

Hmm..
Apa boleh buat.

Siapalah diriku tak siapa yang tahu.

Terus aku berfikir dan berfikir.
Berfikir memikir apa yang ada dalam pemikiran aku ni.
Mencari idea tanpa henti.

Kawan aku, Ain tengah nyenyak tidur.
Kesian pula nak kejutkan.
Kawan-kawan yang lain pula balik kampung.
Ada perayaan Chin Peng.
Takkan la nak mengganggu orang tengah syok-syok kan.
Nasib badan...

Akhirnya,
tiada cara lain.
Disebabkan aku telah diberi kuasa mutlak sebagai pengarah tak bertauliah..
aku dah buat keputusan.
Tukar program !!!

Haih..
penat buat VT sebelum ni.

Tapi,
alhamdulillah..

Fikir punya fikir..
teringat kat seorang ustaz.

Terus mesej dan minta bantuan.
Nak call tak boleh..
kredit ada 8 kupang.
Merayu-rayu aku kat ustaz tu.
Macam-macam ayat drama aku guna.
Nasib baik la ustaz tu sempoi macam aku.
Kepala kami ala-ala 3 suku.

Akhirnya...

Dia setuju nak jadi tetamu.

Terima kasih ustaz.

MCP AKU DAH BERUBAH.

Dari Mat Rempit di jalanan ke Masjid keinsafan.

Masih dalam proses mengarang skrip.

Anda Boleh Lakukan !!!!!

Kuatkan semangat Liza !!!!!!

TERUSKAN PERJUANGAN !!!!

Sesumpah Siri II


Alkisah maka tersebutlah sebuah cerita di sebuah daerah.

Di negara Mantaulin, terdapat sebuah gua bernama Sialap. Gua ini merupakan gua terbesar di benua Kamsat. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda dunia hari ini, maka kebanyakan penduduk Mantaulin menghidap penyakit lemah jantung yang dikenali dengan nama "semanagt".

Setelah mendapat nasihat daripada ahlil nujum, hanya satu ubat yang bisa menyembuhkan penyakit "semanagt" yang dihidapi oleh penduduk tersebut.

Ubat yang dimaksudkan ialah dengan memakan sayap kelawar dan kelawar tersebut perlulah ditangkap sendiri di dalam Gua Sialap.

Kesemua penduduk Mantaulin berasa gerun untuk memasuki Gua Sialap kerana terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa wujudnya seekor sesumpah yang sering bertukar wajah.

Setelah bermusyawarah, maka mereka mengamanahkan tugas menangkap kelawar kepada enam orang budak Afrika yang cun-cun belaka.

Maka, bermulalah ekspedisi menangkap kelawar di dalam Gua Sialap.

Keesokkan harinya, keenam-enam budak Afrika segera membawa peralatan untuk meredah masuk ke dalam gua. Mereka bertemu dengan pemilik gua, si Kobad. Si Kobad memberikan tunjuk ajar tentang cara-cara menangkap kelawar dengan betul agar diri si budak Afrika tidak terluka dek kuku kelawar yang tajam lagi panjang dan menggerunkan.

Pada awalnya, banyak juga calar-calar yang terpaksa si budak Afrika terima kerana tidak mempunyai kemahiran menangkap kelawar dengan lengkap. Peralatan yang mereka gunakan juga agak purba sehingga menjadikan mereka gelisah tak tentu arah.

Bagaikan itik tempang, mereka cuba terkedek-kedek di dalam gua buat beberapa ketika demi mendapatkan sayap kelawar sebagai ubat kepada penduduk Mantaulin yang kian menderita.

Sedang mereka leka mencari kelawar, tiba-tiba mereka terserempak dengan sesumpah yang dahulunya bertukar warna.

Dengan hati yang berdebar-debar, mereka cuba menegur dan menghulurkan senyuman manja kepada sesumpah berkenaan. Senyuman manja mereka dibalas dengan lirikan mata yang menyentuh jiwa.

Kerana mata, hati tergoda.

Ditambah pula dengan sopan-santun ketika berbicara.

Akhirnya, sesumpah berkenaan menjadi kawan baik si budak Afrika.

Hilanglah segala duka dan nestapa serta syak-wasangka yang sebelum ini bisa mengundang bahaya.

Pada suatu malam,
sedang si budak Afrika menangkap kelawar,
mereka terpandang segerombolan kuda putih yang berterbangan di angkasa.

Hmm..
nampaknya Gua Sialap ni tak ada bumbung gamaknya.

Terbang dan terbang.

Kali pertama mereka menyaksikan kuda terbang di angkasa.

Agak kelakar kerana kebiasaannya kuda putih memang indah di pandangan mata tatkala berlari dengan gagahnya bagaikan seorang perwira.

Namun, tatkala kuda putih terbang,
lebih baik kiranya menyaksikan tayangan kuda kepang.

Si budak Afrika hanya tersenyum melihat gelagat kuda putih yang menari-nari di angkasa.
Bagi mereka, itulah keajaiban dunia.

Sesumpah yang melihat gelagat mereka seraya berkata,

"si budak Afrika bagaikan seekor cicak jahat yang suka ketawa"

Hehehehehe.

Nampaknya sesumpah dan cicak tiada bezanya.

Sekian, wassalam.



Thursday, March 26, 2009

KAMI DAH BAIK

Hmm...

"Manusia sentiasa berubah"

Mungkin tak semua yang setuju dengan kenyataan di atas.

Tapi...

ITULAH KAMI.

Lebih kurang 5 jam lalu,

KAMI dah BERTEKAD untuk jadi JAHAT.

Tapi kini,
KAMI dah BAIK.

Jauh di sudut hati KAMI,
ingin saja KAMI jadi JAHAT.

Bak kata orang (tak tau la sapa yang kata sebenarnya)

"KEJAHATAN PERLU DIBALAS DENGAN KEJAHATAN"

Dan itulah yang kami ingin pegang..
5 jam yang lalu.

Tapi,
5 jam kemudian...

Jeng..Jeng..Jeng..

Hmm..
Tak sampai pula hati ni nak jadi jahat.

Selalu saja jadi macam ni,
bila nak buat jahat kat orang..
walaupun hati dah bertekad dan berazam dengan penuh keyakinan..

Namun,
akhirnya terpaksa kembali ke pangkal jalan.

Tak apalah,
mungkin KAMI SEMUA dikurniakan HATI yang BAIK gamaknya.
Cewah... Heeeeee..

Redha je la apa yang orang buat sebelum ni.

Sebab KAMI percaya dengan JANJI TUHAN.

KEBAIKAN pasti dibalas dengan KEBAIKAN.

Kalau tak sekarang,
mungkin 1 hari nanti.

Siapa tau?

Kan?

Lagipun, hidup kita ni bukannya lama..

Esok lusa mungkin kita dah tak ada kat dunia ni..

Apa sekalipun,

KAMI AKAN JADI BAIK.

KAMI TETAP KAMI.

KAMI YANG TAK SAMPAI HATI.

KAMI YANG BUKANNYA MENJADI TUMPUAN DI MUKA BUMI INI.

Namun,

KAMI BANGGA DENGAN DIRI KAMI.

KERANA KAMI ADALAH KAMI.

SYABAS BUAT KAMI.

Kenapa KAMI JAHAT ???

Kami JAHAT sebab kami PENAT.

Kami JAHAT sebab kami TAK LARAT.

Kami JAHAT sebab kami dah HILANG SABAR.

Kami JAHAT sebab kami nak "AJAR".


Maafkan KAMI kalau kami JAHAT.

Nak anggap apa.. anggap laaa...

Apapun, KAMI akan tetap JAHAT.

Itu MUKTAMAD.

Warna Bulan

Inilah Cik Moon..
Cik Bulan yang mengambang di waktu kelam..
Waktu cerah, dia tenggelam...
Tenggelam dek mentari di sebelahnya yang menyinar terang..
Heeeeeeee..

Cik Moon ni, pantang ada gosip baru, dia la orang pertama yang nak tau..
Huhuu..patut la orang salah sangka kat kita Moon..
sebab "aksi" kita ni gamaknya..
Dah tersebar luas di studio alam maya..



Ini pula kembar nama tapi berbeza..
Ain nama mereka.
Kanan Utara, kiri Selatan asalnya...
Depa dua orang ni baik ja..
sopan santun tak macam orang kat atas sana...
sapa yang berminat,
silalah hubungi kerani MENTION dengan segera...
sementara stok masih ada !!!!
heeeeeee...



Ha..yang 4 orang budak hitam ni pulak..
kalau nak tau..inilah hasil keluaran beras jati..
Jelapang Padi mari...
Diketuai oleh Cik Mira Maya..
Dan diakhiri dengan cik Nina si anak mami.
Depa ni sedang menangisi banjir yang melanda kedah la ni.
Padi tak menjadi..
Berkabung sakan la depa la ni....
heeeeee..


YANG SEBENARNYA,
TADI AKU PI SINGGAH KAT BLOG CIK WULAN..
AKU DAPAT "CURI" SESUATU..

JADI,
HASILNYA AKU LETAK KAT SINI UNTUK TATAPAN SAPA SAJA YANG NAK TATAP.

TAKMAU TATAP TAKPA..
TAK PAKSA..

SEMUANYA TERPULANG KEPADA DIRI ANDA.



WARNA-WARNA KEHIDUPAN


Itulah kehidupan

penuh warna

ada duka

ada suka

ada sedih

adakalnya kita gembira

adakalanya duka menguasai kita

itulah kehidupan

sesunguhnya apa yang kita alami

adalah asam garam kehidupan

hadapilah apa jua cabaran dengan hati yang tabah

hadapilah dengan fikiran yang positf
insyaallah kebahagian akan mengiringi kita..


"Aku tuju puisi ni kt hg tau liza, 1st time tau aku tulis ayat sepuitis ni..hehehehehe,,pape pun ak ttp tak boleh lawan ayat hg..."
-Kata Moon-


Hehehehehe....
bangganya..hang puji aku Moon???
Hahaha..puji la lagi dan lagi...
Heeeeeeee..

Apa sekalipun,
terima kasih Moon...
Hang la orang pertama yang tujukan puisi kat aku.
Aku terharu.

Buat semua kawan-kawan...
Terima kasih kuucapkan.

Sekian, wassalam.

BERTUKAR !!!


Ready VTR for Determined ...

Sound on heart...

10 seconds from now...

9, 8, 7, 6, 5, 4, 2, 1

Roll VT....

Take VT.

"Aku boleh hadapi dunia ini dengan tenang"

"Aku boleh tangani semua masalah yang datang"

"Aku boleh laksanakan apa jua tanggungjawab yang diamanahkan"

"Aku masih boleh mengukir senyuman seikhlas-ikhlasnya"

"Berbekalkan hati yang tenang, semangatku perlu pulih semula"

Apa sekalipun yang terjadi..

PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN !!!!

TABAHKAN HATIMU LIZA..!!!

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !!!

Stop VTR.

Fade out audio.

Okey, all clear.

Good Job Ultraman !!!!


Wednesday, March 25, 2009

KEMBALI...

"Tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana telah pergi
dia yang pernah menemani disisi

Kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi"


Hari ini yakni 24 Mac 2009, suasana terasa seakan-akan sayup dan sunyi. Sayu dan sepi menyelubungi hati. Hujan turun dengan lebat tanpa henti seawal subuh lagi. Guruh berdentum diiringi panahan kilat yang seakan-akan bercahaya di angkasa sana.


"Gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali..."


Pagi ini, kurasakan seluruh tubuhku tidak bermaya. Tiada daya untuk melakukan apa jua bentuk kerja. Lidah kelu untuk berkata-kata. Hati kosong tanpa bicara. Fikiran melayang tak tentu arahnya. Sepi. Tiada lagi senyuman yang dapat kuukir buat sang suria. Kubiarkan waktu berlalu begitu sahaja. Hanya selimut biru yang menjadi teman setiaku. Sesekali mengalir mutiara jernih membasahi pipi. Walaupun hatiku sudah bertekad untuk tidak sesekali menggunakan cara kuno itu, namun tiada daya untukku tahan lagi. Kubiarkan ia mengalir tanpa henti.


"Menyekat gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi"


Jasadku di sini. Rohku entah kemana. Pandangan mataku juga disini. Namun, bayangan yang kulihat entah jua dimana. Aku keliru. Mengapa ini yang terjadi? Mengapa diriku? Mengapa waktu ini? Terasa seolah-olah suatu mimpi. Mimpi ngeri yang sepantas kilat ia terjadi. Satu demi satu bayangan menerpa mindaku. Tangisanku semakin menjadi-jadi. Semakin deras ia gugur ke pipi.


"Kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukar kubohongi
kehilanganmu tak berganti..."


Ku akui, tiada daya untukku harungi semua ini. Aku hanya insan lemah. Walau setabah mana hatiku sebelum ini, ia berbeza dengan keadaanku kini. Berbeza sekali. Sungguh tak kusangka, tanah yang kupijak selama ini bisa mengundang air mata. Bisa merubah hidupku dalam sekelip mata. Bisa memutuskan hubungan antara dua insan. Pertalian yang dipenuhi kasih sayang. Kasih sayang yang tak kesampaian.

Tanah. Tanah yang kini memisahkan antara dua jasad. Suatu jasad yang hidup. Suatu lagi jasad kaku yang kini sudah tidak lagi bernyawa.

Dan aku kini masih teguh berdiri di sini. Kukesat air mata walau sesukar mana. Kutabahkan hati walau hakikatnya aku memang tidak berdaya. Kuteruskan langkahku walau apa jua cabaran yang melanda. Kutahu, tiada sesuatu pun yang kekal di dunia yang fana. Suatu saat, aku jua akan kembali kepada-Nya.

"Gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba...."



Tuesday, March 24, 2009

Kuatkanlah semangatku...

Baru sampai kat UKM.

Baru lepas sembahyang.

Baru lepas baca quran.

Rasa macam letih sangat.
Tapi, tak dapat nak lelapkan mata.

Rasa macam nak menangis.
Tapi, dah tak ada air mata.

Rasa macam nak demam.
Tapi, tak tau nak buat apa.

Rasa macam nak rehat dan tenangkan fikiran.
Tapi, tak tau la fikiran ni melayang ke mana.

Ya Allah..
Kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segala dugaan yang Kau berikan padaku.
Sekiranya inilah takdir yang telah ditentukan untukku..
Aku redha akan ketentuan-Mu...

Kuatkanlah semangatku...

Amin.


Sunday, March 22, 2009

Kurang Asam !!!!

Eiiiii...
marah ni..marah....

Tadi, entah sapa entah masuk dalam pingbox..

Pastu,
sempat lagi orang tu dok mengutuk aku...

Oho..
sib baik la aku x reti nak detect..
kalo x...siap la aku kerjakan...

Aku luku-luku pala org tu...

Amboi..
sesedap tangan ja nak tulih nooo...

Kata MCP aku teruk laaa...
Tak akan berjaya la...
(walaupun teruk la juga..sikit..sikit)

Tapi,
sekurang-kurangnya aku cuba.

Pastu..siap lagi komen..

Kata posting gambaq aku lam blog ni x pandai bergaya la...

kuno la... posing sama je la.. x reti berfashion la...

Siap suruh aku romantik sikit laa...
suruh free hair la..

Diri aku..
Aku punya pasal la..
Apa kalut-kalut????

Oho..
xpa...xpa....
x dapat x pa..

Kalau dapat kat aku..
siap la..
aku rendam dalam telaga...

KAWAN ?

Apa itu KAWAN?
Manusia, haiwan, tumbuhan, peralatan???

KAWAN..

Apa erti KAWAN?
Sahabat, teman, rakan???

KAWAN..

Adakah umur membataskan pergaulan???

Tadi...
Aku terdengar sebuah perbincangan.
Melalui saluran radio (tak perlu sebutkan di sini).

Siapa la DJ tu...
Siapa la yang tulis skrip tu.
Nasib baik aku bukan penerbit..
Kalau tak, dah lama aku edit-edit skrip tu...

Haih..
Katanya kawan hanya terbatas pada MANUSIA.
Yang lain, bukan KAWAN tapi perlu diletakkan nama lain..
khas untuk kita labelkan mereka.

Katanya,
hanya orang yang sama umur sahaja dikatakan "KAWAN"..
Kalau jarak umur berbeza..
kita perlu letakkan gelaran.

Pada pendapat aku,
tak perlu kita nak sempitkan erti kawan.

Sesiapa sahaja boleh jadi KAWAN.

Haiwan, pokok, barang mainan dan apa-apa makhluk kat dunia ni pun boleh jadi KAWAN kita.

Dari segi umur pula,
jarak umur bukanlah suatu faktor yang boleh membataskan pergaulan.

Selagi kita tidak menyimpang dari ajaran Islam,
kawan la dengan sesiapa pun yang kita nak kawan.

Kalau nak sedapkan gelaran,
letak la panggilan kak ke, abang ke, pakcik ke, makcik ke, tokwan ke, tok nek ke,
ikut suka la,
terpulang kepada diri masing-masing.

Tapi,
tak bermakna kalau mereka lebih tua daripada kita,
maka kita tidak boleh berKAWAN.

Renung-renungkan.


Saturday, March 21, 2009

Gambar Bergerak..!!!

Inilah Pei Yee.. Jurufoto merangkap jawatan si paparazi.


Ini pula kawan baik Pei Yee iaitu tuan punya kamera, Ain.


Pada malam ini, yakni 20 Mac 2009, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (MENTION), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Hotel Equatorial, Bangi.

Bertemakan 'Muhibah', aku hanya berbaju kurung seperti biasa. Maklumlah, memang aku ni simple orangnya. Cewah. Walaupun sepanjang hari ini demamku masih belum kebah, dari pagi hingga ke petang, namun kugagahkan jua diriku untuk turut serta dalam menjayakan majlis tersebut. Maklumlah, duit dah bayar. Rugi pula kalau tak pergi. Tak ke membazir namanya.

Akan tetapi, yang sebenar-benarnya, aku langsung tak ingat bahawasanya hari ini akan diadakan Malam Perdana MENTION ni. Aku hanya tidur sepanjang hari. Nadi Bangi pun aku tak pergi. Tak berdaya rasanya nak melangkahkan kakiku keluar dari bilik ini.

Mujurlah Ain bertanyakan kepadaku sama ada nak pergi atau tidak hari ini. Walaupun waktu tu dah pukul 5 petang. Jadi, aku terus mandi dan bersiap. Pukul 6 petang dah kena tunggu di fakulti untuk menaiki bas bagi orang-orang yang macam kami ni. (Tak ada transport sendiri..huu..siannya..terpaksa pergi awal sebelum mentari melabuhkan tirainya lagi).

Jadi, aku pun pergi la....

Bila dah pergi, macam-macam la cerita yang terjadi.

Kalau nak tahu, ayuh saksikan sendiri.


Sebelum bertolak ke Equatorial Bangi.


Sebaik tiba di Hotel Equatorial, Bangi.


Tahniah Liza..!!! First time dalam hidup aku menang cabutan bertuah...!!! Penantian sejak tadika akhirnya kini tercapai jua... Tak sangka rupa-rupanya aku akan memenangi hadiah cabutan bertuah pada usia 22 tahun, 5 bulan dan 11 hari.. Akan kuingat detik ini sampai bila-bila..HAHAHA.


Inilah anak-anak muda kelahiran MENTION UKM. Menggoda tak? Hahaha..


Ni Dr Asiah... masih anggun walaupun usianya dah senja. Hehehe. Alamak, tengok muka Dr Asiah, tetiba terkenangkan MCP.. Adeh laaa... waaaaaaa....


Ni Junior kami, Fitri UNIC. Penyanyi nasyid remaja yang kian mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. Kalau tak kenal tu, nasib la..cari sendiri...


Inilah Marcos.. Comel kan??? Tergoda hati si Pei Yee..


En Hasrul dan Mira. Amboi.. secocok pulak rasa... Kedua-duanya segak bergaya.


Inilah rakan-rakan Jelapang Padi yang muncul dengan pakaian serba hitam pada malam ni. Sedondon je. Mungkin cuaca asyik hujan. Jadi, sawah dilanda banjir. Semua padi tak menjadi. Maka, mereka sedang menangisi cuaca yang melanda dunia hari ini. Hahaha... Sooorrrriiiiieeee...hehe.


Bergambar bersama-sama Geng 3 Serangkai.. Kimi, Pearl dan Intan. Wah.. comel gitu.. huhuu..


Bersama HERO MALAYA..Rosyam Nor.. Hohoho.. Syoknya.. Cari punya cari, inilah satu-satunya gambar yang aku ada. Yang lain, semua kabur belaka. Hampeh.. siapa la yang tangkap tu. Tak berkaliber langsung.. Huhu. Soriiii.. hehehe. Jadi la daripada takda..kan..kan...Macam sepadan pulak.. Hahaha. Jangan gosip-gosip ye...


Ini pula abg kepada Rosyam Nor.. Rosyam Mie namanya.. Ni pun HERO gak.. HERO MAYA ANDA...heeeeeee.... Jangan jeles cik ct...kuakuakua...


"Cepat la Pei Yee.. Cepat la tangkap gambar aku. Tumpang ada chance ni.. Rosyam Nor dah ada dekat tu..."
-Tercari-cari abg Mie mana perginya si Pei Yee-


Abang Mie tersenyum gembira tatkala berjaya bergambar bersama kembarnya...
"Seronoknya, jeritnya di dalam hati...hehe."


Aku pun tak ketinggalan juga. Di apit oleh dua orang jejaka.. Hahahahaha.. Jangan jeles yeeee....


Kak Liza pun nak juga.. muahahahaha!!!!


Huhuhu.. waaaa.. cedihnya.. gambar aku tak ada.. time ni, aku yang tangkap. Time orang tangkap gambar aku, semuanya kabur belaka. Tak dapat nak paparkan kat sini. Huh.. tak aci..!!!


Detik yang dinanti-nanti. Dr Faridah, Dr Asiah dan abg Zack yang sedang menyanyikan lagu dangdut...goyang..goyang..lalalala...


Ewah.. gelek.. gelek.. inilah lecturer MENTION yang sporting tahap dewa..ehehe..


Bagai pinang dibelah dua. Dr Asiah dan Dr James Bo...Sempat lagi bergambar mesra.


Inilah wajah-wajah comel lagi menawan dan cantik bergaya yang sempat dirakam sebelum majlis bersurai.


Hmm.. sampai di sini saja. Hingga ketemu lagi.. Tata...


Ops...lupa pulak...

INILAH HADIAH YANG AKU DAPAT HASIL DARIPADA CABUTAN BERTUAH TU..

NO. 0127

Heeeeeee =)

Sebenarnya,
banyak gambar yang kami ambil malam ni.
guna kamera Ain.

Tapi, yang frustnya...
huhuhuuuu...
waaaaaaaaaaaa....
banyak gambar bergerak...
kabur-kabur belaka...

Anak siapa la yang tak bertauliah tangkap gambar tu..

Hishhhhh.....

Tapi,
yang lagi sedih...

Bila aku tangkap gambar orang..
semuanya elok..
clean and clear..

Tapi,
bila orang ambil gambar aku...

semuanya bagaikan ada 4 mata...

Apapun,
jadi la..
yang ada ni pun..
kira dah bersyukur la..

Lagipun,
Ada orang pernah berkata,

"DARIPADA TIADA, BIARLAH ADA"

Sekian, wassalam.

Friday, March 20, 2009

Soal Hati


Hmmm...

Susah sungguh bila nak berbicara tentang HATI ni..

Adakalanya,
bila nak bercakap tentang soal HATI,
rasa macam tak sampai HATI.

Kadang-kadang kena berHATI-HATI,
kalau tidak ada pula yang terasa HATI.

Bila terasa HATI,
nanti semua pakat sakit HATI.

Kalau dah sakit HATI,
nanti diri sendiri pula terpaksa makan HATI.

Bila dah makan HATI,
terpaksa la nyanyi lagu..
"patahlah HATI...merajuklah diri..."

Haih..

susah juga rupanya nak jadi KETUA dalam organisasi.

Nak kena jaga HATI pihak ni,
jaga HATI pihak tu.

Tapi,
siapa pula yang nak jaga HATI ni???

Haih....

Bila kita luahkan apa yang terpendam dalam HATI,
ada pula yang berkecil HATI.

Haih...haih..haih...

Nak mengeluh jap...

Hmmm...

HATI...

Tempat tersimpannya segala naluri tersembunyi...

Bila kerja tak menjadi,
mudah sangat nak terguris HATI.

Bila apa yang diharapkan tak seperti yang diingini,
Terasa HATI ini telah dilukai.

INILAH HATI.
ORGAN DALAMAN YANG SENSITIF SEKALI.

HATI-HATI...!!!

Thursday, March 19, 2009

Hari yang teruk.


Hmm..
Hari ni rasa macam teruk sangat.

Pagi tadi,
demam teruk.
Janji nak jumpa kak Salmi untuk Nadi Bangi jam 10pagi.

Tapi,
sebab tak tahan sangat,
terus pergi PK ambil ubat.

Bertolak ke PK jam 9pagi.
Kena tahan kat bilik rawatan sampai petang.
Ambik darah, masukkan air dalam badan.

Terpaksa ponteng kelas U3 sekali lagi.

Bila balik bilik,
Berehat kejap sebab tak larat.
Pastu mesej minta maaf kat kak Salmi sebab terpaksa mungkir janji.

Kemudian,
Tengok skrip MCP.

Baiki apa yang perlu dibaiki.

Dah baiki skrip,
YM Mira.
Minta dia tolong datang untuk MCP.
Minta dia carikan juga kawan-kawan lain untuk datang bersama-sama.
Nak mesej orang, kredit dah habis.
Belum beli lagi.

Alhamdulillah,
Mira, Ain, Moon dan Nina sudi datang untuk tolong kami.
Kesemuanya anak kelahiran jelapang padi.
Bila lagi padi nak tolong padi.
Huhuhu.

Lepas tu minta Ain mesej Pei Yee.

Pei Yee pun sudi tolong kami.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG SUDI HADIR MALAM INI.

Termasuklah abang Hatta, talent kami.

Rasa macam tak larat.
Tapi, kugagahkan juga diri untuk MCP malam ni.

Tiba di studio lambat.
Semua orang dah datang.
Aku saja yang lambat malam ni.
Sebab aku pergi kedai fotostat skrip.
Tapi, rasa macam aku ni tak bertanggungjawab pula gara-gara aku yang paling lewat.
Maafkan aku sekali lagi.

Mulakan latihan macam biasa.
Tapi, dengan tiba-tiba aku tak boleh nak buat.
Rasa macam teruk sangat.
Tak taulah sebab apa.
Padahal krew semua dah cukup lengkap.
Banyak kali salah bagi arahan.
Salah itu, salah ini.
Sebutan salah, kiraan salah, arahan salah..
Rasa sejuk dengan tiba-tiba.

Hmm..
aku dah cuba...

Bila krew-krew yang tolong semua balik,
aku mulakan latihan sekali lagi.

Waktu tu,
rasa macam boleh pula buat.

Bila ada orang,
tak boleh buat.

Bila tak ada orang,
macam lancar pula.

Hmm..
perkara yang tak sepatutnya terjadi.

Dah habis latihan,
tunggu kereta pakwe Ai Yung kat luar dewan.

Waktu tu,
Entahlah...
bila bercakap tentang MCP,
Rasa macam tak tenteram.

Banyak masalah yang terpaksa kami hadapi.

Masalah itu, masalah ini.

Ya Allah,
kuatkanlah semangatku untuk meneruskan MCP ini.

AMIN.

Episod Hari Ini


Yahhhhhhhh... Dishhhhh...!!!!!

Ambik hang....
hmmmmmm..
geramnya.......!!!!

Bagaikan melepas anjing yang tersepit.
Dah tolong lepas pun tapi tetap kena gigit.

Eiiiiii....
Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul,
berat lagi otak yang memikir,
berat lagi hati untuk terima,
berat lagi diri ini untuk hadapi segala-galanya.

Apa kata aku balas dendam,
baru hang tau langit ni tinggi ka rendah !!!
(Ishhh.. ayat jahat ni.. sabaq2 Liza... Relaks, bertenang..)

Tapi,
kalau tak bagi pengajaran,
nanti depa akan pijak kepala.
Mau tak mau,
kena ajaq jugak ni.
Tapi..
payah sikit bab2 ilmu kejahatan ni,
tersilap langkah,
diri sendiri yang kena.

Last2 diri sendiri yang padan muka.

Adeh laaaaa...

Pi la sembahyang.

Mintak doa kat Tuhan.

Moga segala-galanya dipermudahkan.

Wahai hati..bertenanglah dikau...

AMIN


Jangan Pernah Berubah

Semalam (yakni 18/3/09),
merupakan hari yang paling letih.
(hari-hari lain pun letih juga sebenarnya).

Semalam,
semalaman aku tak tidur.
selalunya kira ok la lagi sebab kebiasaannya lepas subuh dapat la aku lelapkan mata sebentar walaupun cuma 2 hingga 3 jam.

Semalam,
aku siapkan beberapa kerja yang "karam di lautan" sejak beberapa lama kerana bimbang nakhoda kapal akan mati bersama kelasi-kelasinya jika tiada bantuan dihulurkan segera...

Kira-kira pukul 8.15 pagi,
selesailah sudah kerja-kerja penyelamatan pada hari berkenaan.

Tanpa membuang masa,
aku cuba melelapkan mata walaupun hanya sesingkat cuma.

Pukul 8.20 pagi aku pejam.
Pukul 9.30 aku celik semula.

Selepas mandi dan bersiap,
tepat jam 10 pagi,
aku berjalan ke fakulti tercinta untuk perjumpaan Nadi Bangi.
Nak serahkan semua berita yang telah siap di edit.

Alhamdulillah...
Bila save saja berita dalam Local D En Shafiai..
Terasa dunia ni aku yang punya.
Kak Ili cakap,
tak perlu nak fikir apa-apa lagi dah.

Huh...
suatu kelegaan tatkala mendengar jaminan sedemikian...!!!

Lepas tu,
aku dapat panggilan daripada kerani MENTION.
Ada surat untuk aku katanya.
Aku pun pergi la ambil.
Mana la nak tau kot-kot surat cinta.
Hehehehe.
Merapu saja ni.

Tiba di sana,
Cik Umi kata,
aku dapat praktikal di Kedah F.M.
Hehehehehe...

Bertuahnya aku...
Mungkin juga berkat nama blog aku ni..
maka aku akan kembali ke Jelapang Padi tidak lama lagi.
Impian aku untuk memasuki studio jelapang padi kini menjadi realiti.

"Jelapang Padi, I'm Coming!!!!"

Apapun,
tetiba rasa sebak nak tinggalkan UKM ni..
Nak tinggalkan STUDIO MENTION dan STUDIOUKMDECTAR yang amat kusayangi..

Namun,
memang sudah adat dunia,
dari mana kita datang..
ke situ jualah kita kan kembali.
Cewah..Hehehe.

Kemudian,
aku masuk kelas seperti biasa.

Bila masuk kelas Dr Asiah,
tak sangka pula ada 'pitching' untuk MCP pada hari tu...

Aku sebagai Pengarah apa lagi,
terpaksa la keluar untuk bercakap kat hadapan semua orang.

Aku minta Pengurus Produksi,
Joe Ai Yung..
untuk keluar bersama-sama.

Walaupun kerja kami dah hampir siap sebenarnya,
skrip, grafik, proposal dan apa-apalah..
tapi entah mengapa aku tiba-tiba gelabah tak tentu pasal.
aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap semasa 'pitching' tersebut.
terasa teruk sangat...
'pitching' yang paling teruk pernah aku alami seumur hidup.

Pada mulanya,
aku minta ahli kumpulan aku yang keluar,
sebab aku sendiri pun dah macam nak demam waktu tu.
bila nak demam, mulalah aku nak merapu...
takut, gelabah..semua ada waktu tu..

Tapi, tak siapa yang nak keluar waktu tu..
maka terpaksalah aku keluar juga dengan muka yang tak malu.

Minta maaflah buat semua ahli produksi aku.
sebab Pengarah tak bertauliah ni merapu masa 'pitching' tu..
jadi, satu produksi dikira merapu...
huhuhuhuuu....
ampunkan aku....

Teruk juga kena komen dengan Dr Asiah.
Sebenarnya semuanya dah ada dalam otak ni.
Lengkap dan jelas.
Tapi, entah mengapa aku tak dapat terangkan bagi orang faham.
Mujur Ai Yung tolong backup aku.
LiLian dah mula pandang semacam..
Bila aku duduk saja,
LiLian pun kata..
"Aiya Nurul..U banyak tak cakap perkara yang ada dalam proposal kita laaa..."

Hm..
apa boleh buat..
aku sendiri pun tak faham apa yang aku cakap...

Tepat pukul 7.12 petang,
aku berjalan kaki pulang ke Kolej Aminuddin Baki.

Sampai di bilik lebih kurang pukul 7.30 agaknya.

Terus sembahyang dan bersiap untuk ke studio pula.

Jalan punya jalan.
akhirnya sampai juga aku kat studio tercinta.

Tapi, pintu pulak dah berkunci sini sana..

Puas tawaf satu Dectar.
Akhirnya, pintu utama juga yang aku guna..

Waktu tu,
BSMM ada buat dinner.
jadi, segan juga nak masuk melalui pintu tu mulanya.
terasa macam VIP yang tak diundang pula..
tapi, dah tak ada pilihan lain,
maka aku masuk sajalah dengan muka selambanya...

Sampai di studio..
bila semua ahli produksi dah ada,
(walaupun kami tiba lewat..tak ikut masa..ampunkan kami ya)
kami mulakan latihan walaupun ibarat "itik tempang".
apa boleh buat,
tempang pun...tempang la..
jadi la daripada takda kaki langsung...

kalau tempang,
masih boleh berjalan walaupun terpaksa meminta sedikit bantuan..
kalau takda kaki,
mungkin juga orang akan lambung-lambung macam main bola keranjang..

Jadi, itik-itik tempang ni pun mulakan latihan dengan penuh cabaran..
terpaksa berimaginasi bagaikan sedang mandi di dalam kolam yang dipenuhi air kebiru-biruan..
hakikatnya, itik-itik ni semua hanya berenang di atas lantai besi tanpa setitis air yang dapat memberi kesegaran.

Berenang dan terus berenang...
Adakalanya tersalah haluan.
terkedek-kedek sendirian...
maklumlah, itik tempang..
bukannya macam itik gemboi-gemboi yang bebas meluncur di dalam sungai.

Namun,
segala-galanya dapat diatasi tatkala munculnya itik swan yang sudi memberikan pertolongan..

Itik swan yang sayapnya cantik..
mukanya comel dan bulunya putih..
kiranya itik swan yang sempurna sifat sebagai seekor itik sebenar.

Itik swan cuba membantu itik tempang agar dapat berenang dengan betul.

Maka..
itik tempang akhirnya dapat juga berenang walaupun kadang-kadang terjatuh di sini sana buat beberapa ketika...

Itik-itik tempang ni semua bangun semula setelah mendapat dorongan daripada itik swan.

Lebih kurang nak dekat pukul 11 malam agaknya.
Itik tempang pun selesai berenang.

Hmmm..
tu kisah itik tempang.
sekarang,
sambung kisah aku balik.

Tadi tu,
iklan saja tu...

Lebih kurang pukul 11 mlm,
latihan di studio dihentikan buat sementara waktu dan akan disambung semula pada malam ini jam 8 bersama-sama satu lagi produksi iaitu kumpulan 3. Harap-harap begitulah hendak-Nya.

Sampai di Kolej,
aku dan Ain singgah di kafe.
Lapar pula rasa.
Selesai beli makanan,
kami berjalan pulang ke bilik K6R114.

Terus sembahyang dan makan.
Rasa macam nak demam.
Dah mula selesema sampai sekarang tak lega-lega.
Tapi, kugagahi jua untuk menyiapkan sedikit kerja walaupun dah macam tahap beruang koala.

Lebih kurang pukul 12.30mlm,
sedang aku siapkan assignment,
tiba-tiba kak Salmi YM..

Oh tidak....!!!!!!!!!!!!
"Pn Shazlin nak jumpa esok sebab Nadi Bangi dia nak ubah pula.
Tak nak border, tak nak ini, tak nak itu, berita pun banyak yang nak kena tukar dan akan di edit semula..Liza, akak dah nak menangis. Cik Ili dah cuba pertahankan kita sebab itu semua kehendak Pn Shazlin. Dia yang nak kita buat border tu semua. Tapi, sekarang dia taknak pula. En Hasrul dah edit berita. Ok saja. Dua tiga ayat saja yang kena edit. Tapi, Pn Shazlin edit dan macam-macam nak kena ubah lagi."
-Kata Kak Salmi dengan penuh tangisan di hati-

Asyik nak ubah..nak ubah..nak ubah..
orang ni cakap macamni..
sampai kat orang tu..
lain pula cakapnya nanti..

sampai pula kat orang yang lagi satu,
lain pula yang berkenan di hati.

sampai lagi kat mana-mana orang,
suka pula nak ubah sana sini.

Ternyata manusia memang suka berubah.
manusia perlukan perubahan.

Hati manusia memang tak tetap.

Asyik nak berubah sajaaaaaa.........

Aku pun apa lagi,
mulalah menangis di dalam hati.

Air mata mengalir tanpa henti.
Bukannya menangis kerana sedih tetapi selesema dah meresapi seluruh anggota badanku ini.
Mata dah berair, merah mata ni macam buah ceri.

Hmmm..
kepala pun dah mula pening.

Tanpa berfikir panjang,
terus kumatikan komputer kesayanganku ini.

Aku melangkah masuk ke bilik dan memejamkan mata buat pertama kalinya dalam minggu ini iaitu pada pukul 1.32 pagi.

Kali pertama juga kutidur dengan selimut menyelubungi badanku ini.
selalunya elok saja selimut tu terlipat tanpa usikkan olehku kerana malas nak selimut bila tidur waktu pagi. sekadar memakai stoking untuk menghilangkan sejuk.

Hmm..
nampaknya demam tak kebah-kebah lagi hingga ke saat kumenulis warkah ini.
Hidung ni pun asyik berair.

Apapun,
perjuangan perlu diteruskan.

SELAMAT BERJUANG!!!


Wednesday, March 18, 2009

Pesanan Untuk Nurul Azliza Nordin

INGAT LIZA...
Apa sekalipun yang bakal terjadi esok,
Jangan lupa tekad yang telah kau lafazkan.....

SMILE........ (^-^)........SMILE

Tuesday, March 17, 2009

KAYU pun KAYU laaaa....


Di dalam sebuah hutan,
ada seorang pakcik tua yang kerjanya menebang pokok untuk mendapatkan kayu yang boleh digunakan untuk membuat kayu api.

Setiap hari,
pakcik tua ini akan menebang sebatang pokok besar hinggalah kayu yang diperolehi dirasakan mencukupi untuk bekalan kayu apinya sepanjang hari.

Pakcik tua inipun tebang dan tebang...
Kemudian dibelahkan kayu itu hingga mencapai saiz yang dirasakan perlu untuk dipikulnya pulang ke rumah nanti.

Pada suatu hari,
seorang tauke kedai runcit datang menemui pakcik tua tersebut.

Tauke tersebut meminta agar pakcik tua ini mencari kayu yang boleh digunakan untuk membuat pensil ajaib.

Pakcik tua itupun segera menuju ke hutan dan meneliti segala jenis pokok kayu yang berpotensi untuk dijadikan pensil oleh tauke kedai runcit.

Alangkah gembiranya hati pakcik tua kerana dia berjaya menemui pokok kayu tersebut.

Proses penebangan pokok pun bermula.

Tebang dan tebang.
Maklumlah, pakcik tua itu bukannya mempunyai mesin atau apa-apa peralatan canggih sebaliknya hanya menggunakan kapak lusuh demi menyiapkan kerjanya.

Daripada pokok teguh yang besar,
pakcik tua itu jadikan ia sebatang-sebatang.

Daripada sebatang-sebatang,
pakcik tua itu menukarkannya ke bentuk kepilan-kepilan kecil pula.

Daripada kepilan-kepilan kecil,
pakcik tua itu tukarkan pula kepada saiz yang lebih kecil agar selesa dipegang oleh pengguna yang membeli kelak.

Sebahagian daripada kayu itu pula dijadikan serbuk kayu agar dapat dicampurkan ke dalam batang pensil untuk melengkapkan erti "PENSIL" sebenar.

Setibanya pakcik tua itu di rumah,
proses menghasilkan pensil dijalankan dengan serta-merta.

Proses dan terus memproses hinggalah ia siap dan dapat digunakan dengan jayanya.

Keesokkan harinya,
tauke kedai runcit datang ke rumah pakcik tua.

Tauke kedai runcit amat berpuas hati dengan pensil yang dihasilkan oleh pakcik tua.

Maka,
tauke kedai runcit segera menempah seribu batang pensil untuk dipasarkan di kedainya.

Alangkah gembiranya hati pakcik tua kerana pensilnya berjaya mendapat tempat di hati pengguna.

Pakcik tua itupun menghasilkan lebih banyak lagi pensil agar ia dapat digunakan oleh orang ramai dan memudahkan lagi kerja-kerja penulisan.
(Agaknya la)

Pada suatu petang,
ketika pakcik tua ingin menghantar pensil kayunya...
Tiba-tiba kelihatan sebuah van berhenti di hadapan kedai runcit.
Van tersebut mengeluarkan sebuah kotak yang berisi pensil picit.

Tauke kedai runcit amat tertarik dengan pensil picit lalu membuang kesemua pensil kayu pakcik tua.
Katanya, ia sudah tidak berharga.
Terus dicampakkan kesemua pensil kayu ke dalam tong sampah tanpa memikirkan hati dan perasaan pakcik tua.

Kasihan pakcik tua,
penat-penat dia buat....
senang-senang saja tauke tu campak pensilnya ibarat pensil tak berharga.

Mengikut kata si tauke kedai runcit,
pensil picit lebih bergaya,
pensil picit lebih tahan lama,
pensil picit lebih untung jualannya,
pensil picit mudah dibawa ke mana-mana,
pensil picit tak perlu nak asah kalau dah patah,
pensil picit bla..bla..bla...

Mungkin benar kata-katanya.

Akan tetapi,
Mata pensil masih menggunakan habuk kayu yang sama.

Adakah kerana ia kayu maka ia dibuang begitu sahaja?

Adakah semata-mata ia besi maka kayu langsung tiada nilainya?

Bukankah kedua-duanya ada kegunaannya?

Hmm..
apa boleh buat...
kayu pun kayu laaaaa....

Asal boleh tulis sudah.......

Kisah Si Kucing Hitam


Alkisah maka tersebutlah cerita di sebuah daerah.

Di dalam sebuah bandar,
terdapat enam ekor kucing jalanan yang dikutip oleh pihak kebajikan kerana berkeliaran tanpa tujuan...

Keenam-enam ekor kucing ini bukanlah berasal daripada baka yang sama.
Ada yang putih, ada yang oren, ada bertompok, ada celoreng, ada berbelang, yang kelabu asap pun ada juga..
Tapi...
kucing kurap tak adalah ya..
heeeeeee =)

Kucing-kucing ini semua sentiasa berada di dalam kegelisahan dek kerana terpaksa dipindahkan ke rumah kebajikan haiwan.

Tiba di sana,
mereka bertemu dengan pelbagai haiwan lain yang dikutip di seantero dunia.

Bukan sahaja daripada kelompok kucing yang sama bahkan juga daripada kelompok singa, tikus, panda, beruang koala dan juga itik angsa.

Mereka cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran di tempat baru mereka.

Mereka sedaya upaya berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai cara demi membolehkan wujudnya hubungan mesra terjalin sesama mereka.

Ternyata usaha mereka berbaloi akhirnya.

Oleh sebab mereka sahajalah kucing yang ada di sana,
maka mereka membentuk satu komuniti yang diberi nama
Persatuan Kucing Sedunia.

Kini, mereka sentiasa bergerak bersama-sama dan mereka yakin bahawasanya merekalah satu-satunya kucing yang tinggal di sana.

Pada suatu petang,
sedang mereka asyik bermain-main..
tiba-tiba datang segerombolan kucing hitam....

Mengikut kata si itik angsa (yakni kawan mereka),
kucing-kucing hitam itu telah ditangkap oleh pihak kebajikan juga kerana kes yang sama iaitu berkeliaran tanpa arah tujuan.

Maka,
bertambahlah lagi komuniti kucing-kucing di sana.

Kucing-kucing yang menerajui rumah kebajikan dengan hati terbuka menerima kehadiran kucing-kucing hitam ini semua.
Mereka cuba bertegur sapa namun ternyata kucing hitam memang tinggi egonya.

Ketua rumah kebajikan yang mengetahui akan kewujudan Persatuan Kucing Sedunia meminta agar pasukan kucing hitam turut serta dan memantapkan lagi persatuan tersebut.

Mungkin juga kerana terpaksa, maka kucing-kucing hitam ini hanya menurut perintah tanpa sepatah kata.

Pada suatu hari,
ketua rumah kebajikan ingin mengadakan majlis rumah terbuka.

Maka,
ketua rumah kebajikan meminta agar Pasukan Kucing Sedunia menguruskan segala persiapan bagi menjayakannya.

Bermulalah suatu detik yang memeningkan kepala tatkala kucing-kucing hitam enggan memberi kerjasama.

Kucing-kucing lain berasa dukacita dek kerana perangai kucing-kucing hitam yang sedemikian rupa.

Mereka cuba menegur namun teguran mereka langsung tidak diendahkan oleh kucing-kucing hitam yang ternyata tinggi tahap kedegilannya.

Maklumlah..
kata orang..
HITAM ITU HEBAT.

LAMBANG MUTU, GAYA DAN KEUNGGULAN.
(Iklan yang kata)

Bukan sekali malah berkali-kali mereka mengulangi perkara yang sama dalam pelbagai bentuk cara hingga menyebabkan hati dan perasaan kucing-kucing lain tercalar bagai dicakar-cakar dek kuku yang tajam lagi panjang.

Walhal, bila berhadapan dengan ketua rumah kebajikan..
mereka mula bercakap bagaikan segala-galanya telah dirancang. Tiada masalah dan segalanya berjalan mengikut perancangan.

Mereka langsung tidak memikirkan perasaan dan hati kucing-kucing lain yang terluka dek perbuatan mereka.

Ternyata hitam itu memang hitam.
Takkan ada warna lain yang boleh mencorakkannya.

Kuat Liza...Kuat!!!


Kuat Liza.....!!!!

Kuatkan semangat!!!

Kuatkan badan!!!

Kuatkan hati!!!

Kuatkan tekad!!!

Kuatkan sabar!!!!

Kuatkan iman!!!!

Kuatkan minda!!!!

Kuatkan akal!!!!

Kuatkan otak!!!!

INGAT LIZA.....!!!!!

Hadapi segala kenyataan biarpun ia sepahit arang!!!!!!!

Tempuhi segala rintangan biarpun diundang seribu macam dugaan!!!!

Kuat Liza.. Kuat..!!!!

Teruskan perjuangan selagi ia belum selesai!!!!!!!

Ayuh...teruskan langkahmu...

Maju terus kita maju....

Negeri Kedah Negeriku !!!!

Monday, March 16, 2009

Bertuahnya Den....

Alhamdulillah..

Hari ni den nak cito satu cito yang dalamnya ado banyok cito..
den sengajo jo tulis guno bahaso noghori..
walaupun darah den takdo setitis pun yg samo ngan org noghori ni..
den sengajo jo nak cubo pelbagai bahaso.
kalau salah tu..
maaf jolah yo..

Alkisah beginilah mulonyo..

Den nak cito pelbagai kejadian aneh yang den dapek sejak den hidupkan kembali blog den yang dulunya hampir mati terkubo..
bukannya apo..
dulu..bilik den takdo internet ni sumo..
sekarang ni jo UKM canggih sikit..
dah dapek wireless sampai ke bilik..
boleh access bilo2 maso jo den suko..

sojak den memberi nafas baru buek blog den ni..
den kona ramai org..
org jo yg tak kona den adokalonyo..
maklumlah..sapo la den ni kan..
huk..huk..
sodehnyo...

den kona cik ct...
(hehe..mmg kona lamo doh pun)

den kona pemilik guo yg baik hati..
(hehe..mmg baik pun..tp guonyo byk tersimpan khazanah berharga)

den jugo jumpo abih kwn2 den yg lamo terpisah...
kiro-kiro 20tahun lalu tak jumpo..
(tipu jo ni..jgn cayo)

baru-baru ni..
kelmarin agaknya..
lupo pulak bilo..
den dah dapek sorang lagi adik..
tp bukan mak den yang lahirkan adik ni..

den dapek melalui alam maya ni la..
adik den ni namanya hidayah..
comel..dah tingkatan 4..
tapi mukonyo macam kanak-kanak tadiko..
huhuhu..

den dan adik den ni dah pun berikrar..
akan menjadi adik beradik sampai bilo-bilo..
walau apapun dugaan yang tibo..
hubungan kami akan kekal buek selamo-lamonyo..

moga-moga begitulah hendak-Nya..

Amin..

Tadi..
lebih kurang pukul 2ptg kot..
kwn den dtg bilik..
dio ni budok cino..
kwn baik den sejak 1st year lagi..
Ai Yung namonyo..
dio datang bawak keyboard baru..
dio tolong belikan kek den.
kasihan dio tengok den menaip..
katonyo laaa..

ado jugok org yg prihatin kek den ni ruponyo..
ish..ish..terharunyooo..

lopeh tu..
dalam pukul berapo ontah..
den dapek mesej bergambar..
daripada adik den yg darjah 2..
katonyo..
dio sayang kek den ni..
rindu kek den gamaknya..
heeeeeeee...
tersenyum den nengok mesej tu...
den simpan jo la takkan nak delete pula...
nanti kalo dh tuo-tuo..
kalo dio gaduh ngan den ko..
boleh gak den tunjuk balik mesej dio tu..
tak jadi la dia marah kek den lagi...
kannn...heeeee

sebenarnya..
den selalu gak ngusik dia..
selalu jo den kono marah ngan mak den..
asyik kacau adik den sampai nangis-nangis...
siannya..sori la..mmg den sengajo...
heeeee

kemudian,
ado la sapo ontah..
salah nombo agaknya..
mesej den siap cakap arab lagi..
mulo2 tu den phm la jugak.
kaifa haluka...
den jwb jo la..
alhamdulillah..toyyibbb..
pastu ontah apo2 jo dio tanyo den..
duo tigo soalan dio..
den layan jo...
bls jo apo yg den phm..
last2..den xtau jawab doh..
den ckp kek dio..
den ni bukannya arab tp malaysia.
ngaji pun beso2 jo.
terus dio lak ngajo den tetibo..
ontah la sapo ontah.
den tanyo..x nk jwb..
last2 den pun x layan dah la..
sori yooo..
banyak kojo..
kalo den tak kona tu.
mls sangat den nak layannya..
lain kali..
kalo nak mesej den ko..
gtau la namo yooo..
kalo den kona..
bole la den borak2 panjang yoooo...
kalo x kona..lain kali jolah yooo..

lopeh tu..
tadi..dlm pukul 1 pagi agaknya..
raso-raso den la..
den ado la tanyo soalan yg den tak fhm kek sesorang yg baik hati..
walaupun letih..
tapi dio sanggup juga jawab soalan den tu..
raso mcm den ni teruk plak..
apo boleh buek..
memang den tak fhm pun..
terpakso la den tanyo..
den memang berterima kasih kek dio sebab sanggup jwb soalan den ni haa..
walaupun dah pukul 1 pagi gamaknya..
terima kasih yoo..

Tadi..
lebih kurang pukul 2pagi..
den dan roomate den, Ain lapo beno rasonyo..
den suruh la kawan den ni minto tolong sapo2 yang rajin gi belikan makanan kek mano-mano..
hari ni seharian menghadap komputo ni ha buek kojo..

tetiba jo perut ni lapo..
kwn den ni mesej la kwn2 yang ado kenderaan..
maklumlah..kami duo ni..
guno bas zon 11 jo selalunyo..
start enjin...
mulo jo la perjalanan kek mano-mano..
dah 3 tahun dok UKM ni..
gi mano-mano pun guno kaki jo..
jimat belanjo...

lepastu..
ramai yg dah tido gamaknya..

kwn den ni..mesej la kwn dio yg tinggal kek bangi sano..
tp banyok pulo alasan yg kwn dio bagi haa..
dah paham pun maksud kwn dio..
cumo buek2 tak paham jo..
maklumlah..pukul 2pagi..
sapo la yg rajin nak gi beli makanan semato-mato utk kami ni..

lepastu..
kwn den ni tetiba terfikir satu idea..

kwn den kato..
dlm YM dio..
ado budak mano ontah yg tinggal kek bangi..
seksyen 4..
mano ontah..den bukannya tahu sangat area bangi ni haa..

maka..
kami berduo pun cubo jo la YM dio..
mencubo nasib orang kato..

kami ni tak pernah kona dio pun..
yang tahu..dio ni laki..nama Wan..
ontahlah namo boto ko namo samaran..
kwn den kato..
ontahlah..dio pun xtahu mcm mano namo budak ni ada dlm senarai YM dio..
dio sndiri pun lupo..

tapi..
bilo YM jo..
dio cakap..
dio boleh tolong..apo salohnyo..

jadi..
den ngan kawan den ni apo tggu lagi..
posan la makanan konon-kononnya sarapan pagi la ni..
lapo bebenor tak tahan dah ni..

pukul 3 pagi..
budok tu pun tibo kek kolej Amin..

den ngan kwn den ni pun turun la gi amik makanan..
apo tggu lagi..
doh kebulur sangat ni..

lopeh tu..
den dan kwn den ni pun ucapla terima kasih kek dio..

maklumlah..
mcm ajaib plak dapek makan pepagi buto ni..
dibeli oleh org yg ontah sapo-sapo jo..

sampai jo kek bilik..
den ngan kwn den ni pun baco la bismillah banyak kali..
takut gak den..
kalo-kalo kono jampi ko..
tak ko nayo jo nanti..

lopeh tu..
kwn den ni tak tau la buek apo..
yg den nampok..
dok YM ngan budak yg tolong beli makanan kek kami tadi..
apapun, den memang terharu la kek budok ni..

mano taknya..
kona pun tidak..
jumpo pun tak pernah..
kesimpulannya tak tahu menahu apo-apo la pasal budak ni..
dio pun bukannyo kona kami..
masing-masing tak kona antara satu sama lain..
tapi..sanggup plak dia keluar gi beli makanan kek kami berduo ni.

terimo kasih banyok-banyok la yo..

secara kesimpulannya..
apo yang den nak cito ialah...
sebenarnya, hidup kito ni takdo la teruk sangat..
kalo kito baik..
InsyaAllah..
Allah akan balas kebaikan pado kito..
kalau tak sekarang..
mungkin 1 ari nanti agaknyo..
samo-samo jo la kito berdoa..

den bukannya baik sangat..
tapi...den pun taklah jahat sangat...
sesikit tu..ado jugakla..
biasolah..manusia kan tak sempurna...

hehehehe..

bagi sesapo yang suko ngutuk orang tu..
lain kali..suluh la cormin tu dulu..
kalau raso diri tu perfect..
cubo la ajar orang jadi perfect jugo..
bukannya dengan menjatuhkan lagi maruah orang di khalayak ramai yoo..

kalau nak perli-perli tu..
nak menghasut orang ko..
ingat-ingatlah samo..
hidup ni bukannya lamo..
esok luso..
ontah-ontah dah takdo ko...
kan..kan....

samo-samolah kito renungkan yo...

den nak sambung siapkan skrip ni..
hmmm..
bilo tahun la nak sudoh ni...
hingga ketemu lagi..
ponat den nulih guno bahaso noghori ni..
banyak sungguh huruf O kek sini..
tatatatata...

Sekian, wassalam.


Sunday, March 15, 2009

Jeng..Jeng..Jeng...!!!!!


TARAAAAA..!!!!!

Hahahahaa...

Tahniah Liza.. Tahniah..!!!

Akhirnya..
Aku kini berjaya memiliki keyboard baru..!!!!

(Gambar kat atas tu "action" saja)

Tapi,
keyboard aku lebih kurang mcm kat atas tu jugak la..
warna hitam..
RM22 tunaiiiii......

Sah..Sah..Sah...

Amin...

Sekarang..
ayuh kita melunaskan "hutang-hutang" assignment yang belum "dibayar"..

Good Luck Liza..!!!!

Roger & Out.

Rileks Liza..Hadapi Dengan TENANG..!!!


Waaaaaaaaaaaaaaaaaa........!!!!!!
Takutnya....
MCP dah nak dekat..
Tapi keyakinanku untuk jadi PENGARAH makin lama makin menurun..

Berserabut kepala ni...

Sekarang ni tengah siapkan skrip MCP..
Asyik tak siap-siap lagi..

Penat sangat rasa kepala ni...

Rasa takut pula nak jadi PENGARAH...
Tak tau la pasai apa...
Selalu untuk SCP ok saja...

Mungkin sebab tak buat latihan gamaknya...
Bukan mungkin tapi itulah jawapan yang sebenar-benarnya..
CLEAN AND CLEAR.

Tak perlu nak cop JAKIM lagi.

Haih...
Janganlah macamni Liza...

Rileks laaa..
dalam UKM ni..
belum pernah lagi ada orang mati gara-gara jadi PENGARAH MCP..
betul.......
tak percaya ka???
Sungguh....!!!!
Tak tipu laaa...

Hmmm..
macammana kalau time MCP nanti,
aku gelabah tak boleh nak mengarah???

Jantung aku ni pun asyik berdegup-degup dari tadi bila fikirkan pasal MCP..
Berdegup-degup tak henti-henti...

Takpa Liza..
Rileks...Rileks...
Memang la jantung hang berdegup..
Kalau tak..
tak ke mati nanti...
Jantung tak berfungsi..

Haih..
Macamni laaa...
Cadangan aku...
Hang practice laaa...
Practice dan practice...
InsyaAllah..boleh punya...!!!!

Huhuhuhuuuu...
Tapi..
Kenapa takut sangat ni???
Time buat skrip pun dah rasa "bahangnya"..
Time betul-betul nanti..lagi la..

Buat pula semua orang ada time tu..
Dr Asiah..orang studio..
haaaa..pasang...
aku tak tau laaa...

Dr Asiah pun dah kata..
kalau PENGARAH gelabah..
tak tau nak mengarah..
kalau PENGARAH dapat markah rendah..
satu produksi akan terima kesannya...

Alamak...
macammana ni???

Takpa..takpa Liza...
bertenang...

tarik nafas perlahan-lahan..
hembusss....

tarik.........
hembus.......

sekali lagi..

tarik.......
hembus........

Hmmm...

lega tak???

Lega..lega....lega...

Ok..
dah lega dah kan???

Cepat..teruskan buat skrip tu sampai siap..

Jangan gelabah-gelabah..
Rileks Liza...
Hadapinya dengan tenang...!!!!

INSYAALLAH....
BERJAYA...

Berjaya ka???
Ish...
hang ni..banyak tanya la..
Tak kisahlah berjaya ka apa...
Yang penting,siapkan skrip tu dulu..

Lepas tu,
baru fikirkan strategi lain pulak.

Ok...???

Tenang...Tenang....

Rilekss......

Cooll...

Buat macam biasa saja........

Hmm..

Ok..ok...

AKU CUBA!!!