CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 8, 2011

HidupKaN seMuLa HoBi LaMa


Bermula 4 Jun lalu,
walaupun aku sibuk dengan tugasan luar namun aku masih mampu meluangkan masa untuk hobi yang setelah lama kutinggalkan akibat terlalu sibuk sebelumnya. Aku tahu, masaku agak terhad namun seminggu sekali (walaupun hanya beberapa jam cuma), aku pasti akan meluangkan masa untuk bercucuk tanam di kebun comelku itu.

Halaman depan rumahku kini dipenuhi dengan pokok buah-buahan yang pastinya boleh dimakan bila ia berbuah kelak.

Pokok-pokok tersebut termasuklah ciku, limau bali, limau kasturi, delima, kacang kelisa, kacang tanah, ubi kayu dan rambutan anak sekolah. Walaupun dah ada tiga pohon rambutan di sebelah rumahku (yang kini sedang lebat berbuah) namun aku rasa aku patut menyemai sepohon lagi rambutan hasil tanamanku sendiri. Dan yang terbaru, aku berhasrat untuk menanam buah naga dan malberi kerana aku sudah dapat mengenalpasti tempat untuk mendapatkannya.

Melihatkan anak-anak saudaraku yang masih kecil,
terlintas di fikiranku untuk menanam pelbagai pokok buah-buahan bagi menghidupkan suasana kampung dirumahku.

Apabila pokok-pokok yang ditanam berbuah kelak,
maka bolehlah aku mengajak anak-anak saudaraku pulang ke kampung untuk memetik buah. Ayuh anak-anak sekalian, kita balik kampung dan kait buah ciku sama-sama ye (^-^)

(^-^) Sukanya (^-^)

2 comments:

ct_saggie said...

akk...
siti suka dgr lagu blog akk
apa tajuknya dan siapaa nyanyi

CikLieYzaOnline said...

Saya tujukan lagu ini untuk anda di blog sana. Segalanya MilikMu by Mestica :D ....Dengar-dengarkan ~