CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 10, 2011

SiRi aWaK & Dia : 3 MiNiT aiR MaTa


Awak sayang dia
awak sayang dia sepenuh jiwa
awak sayang dia kalah awak sayang nyawa
awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.

Awak cinta dia
awak cinta dia sampai tahap buang manusia
awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuklah kerja
awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.

Awak suka dia
awak suka dia sangat sampai tidur tak lena
awak suka dia tiada tolok bandingnya
awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.

Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

******************************************

Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa
tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia
awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria
bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera
dalam hidup dia
dalam kisah mereka.

Awak sudahpun menitiskan air mata
walau secepatmana pun awak seka, ia tetap tumpah juga
tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira
perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak sengsara
kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aneh bukan?
awak simpan perasaan
awak duduk menyulam kedukaan keseorangan
tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan
awak diam dan menoleh pun enggan.

Awak cuba pertahankan persahabatan
tetapi dia bila mula bernyawa sudahpun berperangai macam 'bajingan'
bukan awak yang dia perlukan
bukan awak yang berikan dia kegembiraan
walaupun awak sudah banyak berkorban
tetapi ternyata, awak terkorban
permainan?

==========================

Awak, sakit dada?
menahan perasaan yang mencengkam jiwa
menahan sakit yang terpendam di lubuk atma
menahan tumpahnya air mata
mengalir tiga minit dan awak seka
tiga minit untuk hilangkan sakit berapa lama?

Awak, masa untuk tinggalkan segala duka
masa untuk tinggalkan segala nestapa
masa untuk hentikan air mata
masa untuk lupakan segala.

Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu cuma mimpi
kerana bila susah sahaja awak akan dicari
bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri
bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri
bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri
bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.

Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh
gunakanlah senjata awak yang paling ampuh
kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh
sebab awak kuat untuk rempuh.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Awak, di saat awak mahukan secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam
janganlah awak simpan perasaan dendam
bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
bukankah awak masih lagi mampu untuk tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
**...simpanlah...dan jadikan pengajaran mendalam.. **

Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira
sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila
tiada lagi hati yang perlu awak jaga
tak perlu lagi awak membuang masa
mengambil berat pada orang yang tak tahu hargai jasa
mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia
tak perlu lagi awak jaga atas dasar keluarga
tiada.

Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan
awak tidak mampu kawan
awak tidak mampu hadir sebagai lawan
masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.

Selamat jalan.
selamat menemui kebahagiaan
selamat merasai apa itu kesakitan
selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.






0 comments: