CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pin Pin




Saya ada impian.
Saya ada cita-cita.
Dan..
Saya ada harapan.

Ini impian saya.
Ini cita-cita saya.
Dan..
Ini harapan saya.

Ini impian saya sejak dahulu.
Bukan sejak dari sekolah kerana saya sendiri tak pasti nak jadi apa bila disoal oleh cikgu-cikgu.

Kata mak,
masa kecik-kecik dulu, bila mak tanya nak jadi apa..saya jawab, nak jadi doktor sebab saya tak takut darah. Bila terpijak kaca dan darah mengalir-ngalir deras, saya cuma relaks dan selamba sahaja sedangkan mak dah hampir pitam.

Bila saya sayangkan ayam,
saya rasa saya nak jadi doktor veterinar dan taknak jadi doktor yang merawat orang.
Sebab bila ayam saya sakit, saya pandai bubuh minyak angin dan sembuhkan penyakit ayam.

Bila ayam saya hilangkan diri,
saya rasa saya nak jadi 'SPY' atau ejen 006.
Saya nak siasat siapa yang curi ayam saya.

Bila saya dah meningkat remaja,
saya sangat minat menulis dan terdetik di hati saya untuk menjadi seorang penulis novel.
Cikgu dan kawan-kawan saya selalu berkata,
"Liza, suatu hari nanti kalau buat novel jangan lupa beritahu. Nak beli buku."
Huhehu~

Hari demi hari,
saya suka berkebun dan saya berhasrat untuk menjadi seorang petani yang berjaya.

Saya pernah apply bidang pertanian di UPM ketika proses permohonan untuk memasuki universiti suatu masa dahulu.

Namun, nasib tidak menyebelahi saya.

Saya gagal.

Sebaliknya, saya mendapat tawaran untuk memasuki bidang Komunikasi Media di UKM.

Saya mula bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan.
Tetapi, impian hanya tinggal impian apabila assignment pertama saya yang mana saya terpaksa menemubual seorang artis dan artis tu datang lambat sehingga saya penat menunggunya berjam-jam lamanya. Saya mula naik angin dan taknak jadi wartawan lagi. Saya taknak tunggu orang dan saya taknak kejar-kejar orang. Biarlah orang yang kejar saya huahuahua.

Suatu hari, saya memasuki kelas Penulisan Kreatif.
Saya dapat rasakan ayat-ayat saya dah kurang berbunga dan saya tak mampu nak hasilkan novel yang indah-indah belaka. Saya rasa saya lebih suka menulis ayat-ayat yang ringkas dan saya mula menyimpan harapan untuk menjadi penulis skrip pula.

Saya begitu teruja untuk menjadi seorang penulis skrip dan saya mendapat tawaran untuk menulis sebuah drama. Saya mula menulis sinopsis dan menghantar ke sebuah produksi dan saya mendapat respons yang agak baik daripada pihak berkenaan (tapi, sampai sekarang skrip saya tergendala akibat kekangan masa)

Saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan saya juga ditawarkan untuk menjadi pengurus di sebuah kedai tetapi saya tak berminat walaupun saya dijanjikan dengan pelbagai tawaran.

Saya mula melibatkan diri dalam bidang penyuntingan dan akhirnya saya diterima bertugas sebagai penyunting di salah sebuah jabatan kerajaan (tapi kontrak huahuahua)

Saya juga pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara perkongsian tetapi akhirnya menarik diri kerana saya ditipu muahaha. Habis duit saya.

Namun begitu,
saya tetap menyimpan satu impian, satu cita-cita dan satu harapan.

"PENERBIT RANCANGAN"

Apapun yang akan hadir di masa depan..
Itulah yang memang seharusnya terjadi di plot cerita saya.
Itulah yang telah Allah tuliskan untuk saya.
Itulah memang yang terbaik untuk saya.
Tak perlu ada kata menyesal untuk sesuatu hal yang terbaik.

Saya bersedia !