Aku manusia, kau manusia.
Tidakkah kita sama???
Aku dilahirkan cukup sifat,
ada akal, ada kudrat.
Kenapa hanya nak serah kepada takdir semata-mata???
"Takdir hidup dah memang macam ni".
Bukan itu yang patut kita kata.
Ingat,
Allah telah berfirman,
"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha untuk mengubahnya."
Kenapa perlu lemah?
Kenapa perlu tunduk pada orang yang sama taraf "hamba" di dunia yang fana?
Kenapa taknak bangun semula dan sentiasa membiarkan hati terluka?
Kenapa nak biarkan hati terluka dan terus terluka?
Kenapa nak menyeksa jiwa dan sentiasa membiarkan mata dibasahi mutiara berharga?
Manusia ada akal, boleh berfikir dan mengubah keadaan.
Tenangkan hati.
Luahkan apa yang terpendam.
Bukannya hanya memendam rasa.
Tak ada kesudahannya.
Andai satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain akan dibukakan.
tapi, sering kali kita terpaku terlalu lama kepada pintu yang tertutup itu hingga tak nampak pintu lain yang dibukakan untuk kita.
Percayalah,
diri kita cukup sifat.
kita berhak tentukan jalan hidup kita.
jangan serahkan kepada takdir semata-mata.
Kita boleh pilih apa yang kita nak.
Kita mampu mencoraknya.
Kita bukannya lemah hingga hanya perlu menangis dan membiarkan kegelapan menghantui hidup kita buat selama-lamanya.
Kalau nak menangis,
menangislah betul-betul.
Kalau nak ketawa,
ketawalah seikhlas hati.
Jangan berpura-pura kerana ketawa dan menangislah yang melengkapkan fungsi hidup kita.
Ketawa boleh mendatangkan bahagia.
Usah biarkan hidup kita dibaluti sengsara hingga memaksa kita tersenyum dan menipu diri sendiri bahawa kita sedang bahagia.
Bahagia ada di mana-mana.
Cuma,
terpulang kepada kita untuk mencari dimana ia berada atau sebaliknya.
Terpulang kepada kita sama ada nak mendapatkannya atau nak membiarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.
Fikirlah baik-baik.
Harap mengerti.
Apapun, diriku tetap tak puas hati sekiranya dirimu masih ingin hidup begini.
Hidup yang diulit kesedihan setiap detik dan masa.
Tengok la...satu hari nanti..
Aku akan berjaya ubah dirimu menjadi seorang yang ceria semula.
Itu janji aku.

8 comments:
terima kasih atas coretan ini..
smg ada masa kita berbicara lagi....
aduh waduh waduh...nape lak korg nih?aduh duh duh.....
gado pulak ke?aduuhhhhhhh
Memang kita manusia adalah sama...terpulang kepada kita untuk mencorak kehidupan kita sendiri berasaskan panduan dariNYA.....
kita manusia yg dikurniakan akal fikiran....fikirlah sebaik mungkin agar kehidupan kita lebih bermakna.
xperlu menangisi org yg x mmbawa erti kpd kita.xperlu nk menghina diri sendiri disebabkan insan yg langsung x berkualiti kpd kita.xperlu nk menyalahkan takdir diri sekiranya itulah yg sememangnya menjadi pilihan kita.
erm...
apa erm..erm..nk kono luku palo ko..
Post a Comment