CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 29, 2009

Satu bintang di langit kelam

Hai blog.
Hmm..
Sekarang dah pun pukul 4.15 pagi..
Hmmm..
Sebenarnya, apa aku nak tulis ni???
Tiada apa-apa yang istimewa.
Sekadar bercerita segarkan minda.
Tadi kan,
lebih kurang pukul 9.25 malam,
aku teringin sangat nak tengok bintang.
Jadi,
aku minta Ain temankan.
Kami keluar dari bilik lebih kurang pukul 9.25 malam.
Kami berjalan kaki menuju ke jalan belakang Amin.
Penat juga mendaki bukit di tengah malam camni..
Jalan yang berbukit-bukau lampunya kurang.
Agak gelap sedikit dan juga menyeramkan.
Kata orang (walaupun aku tak tau sapa yang kata sebenarnya)
"berdua lebih baik"..
ya betul..!!!
memang pun berdua lebih baik.
Kalau seorang,
hehehehe..
tak beranilah aku nak mengembara di tengah malam camni.
Puas kami mencari bintang..
Malangnya,
satu bintang pun tak muncul malam ni.
Entah kemana ia menyepi..
Selalunya,
bertaburan bintang berkerlipan di angkasa sana.
Dekat bilik pun dah boleh nampak cahayanya..
Hmmm..
sedihnya..
tak capai juga hajatku nak tengok bintang..
Lepas tu,
disebabkan memang tiada bintang walaupun satu di langit kelam,
aku dan Ain teruskan perjalanan mendaki bukit yang suram..
Huhuhu..
takut juga sebenarnya..
sebab kami berjalan di dalam hutan..
kesian Ain..
selalu aku buat dia macamni..
hehehehe..
Mujur Ain tu jenis yang sporting..
Ikut je aku tanpa banyak bicara..
Tapi,
seronok juga rupa-rupanya berjalan di kawasan bukit pada waktu malam..
angin malam terasa begitu dingin..
Tapi kan,
bila sampai kat atas bukit,
tetiba rasa macam dingin semacam..
jadi, kami pun cepat-cepat la patah balik untuk pulang ke bilik..
huhuhu..
laju juga kami jalan..
rasa macam lain macam je..
tunggu apa lagi..
pakat lawan lari sambil tarik tangan masing-masing..
hehehehe
Sampai kat bilik,
terasa lenguh pulak kaki ni..
terus sapu minyak angin..
Dah puas sapu minyak angin,
kami pun sambung study..
Itu je la sebenarnya aku nak cerita..
Hehe.
Boring kan?
Haha.
Kesian hang blog..
menjadi mangsa tuanmu yang boring ni untuk bercerita..
Hmm..
Tapi kan blog,
sedihnya tak boleh tengok bintang..
wuwuwuwu
Semalam kan,
aku ada bermimpi..
mimpi tengok bintang di langit..
cantik sangat..
bersinar-sinar dan bercahaya terang..
dan bintang-bintang tu telah menghasilkan satu ayat al-Quran..
masa mimpi tu,
aku ada baca ayat tu sambil memandang ke arah langit..
tapi, bila dah jaga..
terus terlupa apa ayat yang aku baca..
hmmmm...
ayat apa agaknya???
sampai sekarang aku masih memikirkannya..
Beberapa hari yang lalu,
aku bermimpi seorang lelaki berjubah putih datang jumpa aku..
sambil senyum dia bawa aku pergi..
Pergi mana entah la..
Belum sempat aku sampai ke destinasi yang dibawa..
mata aku dah tercelik dengar bunyi azan..
tak sempat aku nak ber'dating'..
hehehe
Hmm..
sebelum ni pun aku ada mimpi..
mimpi arwah seseorang datang sambil senyum kat aku..
aku pun balas la senyuman dia tu..
moga-moga rohnya tenang di sana..
aminnn...
Huhu..
sejak beberapa hari ni,
aku asyik mimpi yang pelik-pelik saja..
Jadi,
untuk mengelakkan aku bermimpi lagi..
sebab tu la aku tak tidur malam..
hehehehe...
Hmm..
sebenarnya kan blog..
ada beberapa perkara yang aku teringin nak buat..
Hmm..
aku teringin nak memancing di sungai..
airnya yang sejuk...sambil menikmati suasana hutan..
waaaa... seronoknya...!!!
Lagi kan..
hmmm..
kalau bila aku bangun pagi,
tiba-tiba aku dapat hadiah..
bila celik je mata,
ada hadiah kat tepi katil aku..
waaaaaaaa....
bertuahnya rasa..
Lagi,
emmm..
aku teringin nak makan chicken chop..
hahaha..
dah lama kempunan..
emmm..yummy !!!
Lagi,
emmmm...
apa ya???
Emm..
dah la..
tetiba rasa macam tak larat pulak nak senaraikan..
Babai blog..
Sekian, wassalam

Monday, April 27, 2009

Ohooo.. Keris Mas tuuuuu....

Hai blog.
Hmm..
Hari ini merupakan hari kedua aku menduduki peperiksaan akhir UKM..
Oho..
pelbagai dugaan terpaksa kutempuh demi menjejakkan kaki ke Bilik Seminar Keris Mas, yakni tempat peperiksaanku bakal berlangsung..
Tepat jam 11 pagi,
aku yang secara tak sengajanya telah melakukan suatu kes pembunuhan di bilikku..
Ain, rakan sebilikku masuk ke bilik air.
Aku pula masuk ke bilik untuk bersiap.
Tatkala keluarnya Ain dari bilik air,
kedengaran satu suara memanggil namaku..
"Liza !! Liza !!"
"Haih..
apa pula si Ain ni nak.."
Bisikku di dalam hati.
"Liza... tu.. tengok tu..!!!"
Hahahaha..
Oh, tidak !!!
Seekor cicak kobeng yang kepalanya telahpun kemek melekat di celahan pintu bilikku.
Darah beku masih merah di situ.
Huhuhu
Ain yang kegelian mula la suruh aku angkat mayat cicak tu untuk dikebumikan.
Ain tu memang...
Kalau benda2 yang geli geleman ni semua dia serah kat aku..
Kalau nak cuci tandas ke, nak bersihkan sinki yang tersumbat ke,
memang semua tugas tu diberikan kepadaku..
Tapi,
kalau nak sapu bilik ke,
nak mop lantai ke..
kerja tu semua..Ain la yang buat..
Hmm..
jadi, aku pun apa lagi..
terpaksa la ambil masa sikit untuk mengeluarkan mayat cicak yang tersepit di pintu bilik tu..
Kesian sungguh la..
tapi nak buat macam mana..
ajal dah tiba agaknya.
Tepat jam 11.08 pagi,
pengebumian cicak pun selesai..
aku dan Ain melangkah keluar dari bilik menuruni anak tangga untuk ke hentian bas.
Tapi,
bila sampai saja kat bawah,
bas langsung tak ada.
Haih,
tak boleh jadi ni.
Dah pukul 11.10 pagi.
Aku dan Ain saling berpandangan.
Nak tunggu kat sini atau nak jalan kaki???
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan.
Tiba di FSSK,
jam menunjukkan pukul 11.15 pagi..
Huhuhuhu..
gelabah sungguh aku dan Ain waktu tu..
Kami berjalan punyalah laju..
terasa sengal kaki ni..
betis kering ni rasa macam sakit je..
tapi, exam punya pasal..
kami tetap jalan juga..
Masa kami tiba di depan FSSK,
Ain bercadang nak naik tangga Ibu Zain untuk shortcut..
tapi, malangnya kami bukannya tau jalan..
buat sesat dalam hutan..
lagi la tak pasal-pasal exam dengan simon kan???
Jadi,
kami pun apa lagi..
tetap teruskan perjalanan tanpa henti..
Masa kami tengah berjalan,
sempat lagi kami gelak kat Pak Arab yang naik 'tenggiling'..
hehehee..
padahal.. diri sendiri tak sedar hanya jalan kaki..
tenggiling2 pun, cepat lagi sampai dari kami ni..
Lepas tu,
kami berjalan dan terus berjalan..
Setibanya kami di hentian bas FSSK,
ada la bas Zon 2 berhenti kat situ..
Mulanya, kami nak naik..
Tapi setelah berfikir panjang..
Kami tak jadi..
Sebab bas Zon 2 nak pergi Zaba..
Oho..
kalau naik, lagi la tak pasal-pasal menangis tanpa henti..
Elok-elok dah sampai FSSK..
sengaja cari pasal nak patah balik ke Zaba di hujung dunia tu..
huhuhu..
Jadi,
kami pun teruskan perjalanan kami..
Berjalan dan terus berjalan..
Kami pandang kanan dan juga kiri..
wuwuwuwu..
semua naik motor dan kereta..
hanya kami yang berjalan kaki..
semua bawa laju-laju..
kami yang jalan kaki ni cuma boleh merasai asap hitam je yang berterbangan kat udara tu..
Sampai di hadapan Rahim Kajai..
jam dah pukul 11.30 pagi..
Kaki ni dah naik lenguh berjalan tanpa henti..
belakang baju ni pulak dah basah macam orang yang baru mandi..
Nafas pun dah tercungap-cungap dah..
Ain kata kepala dia dah pening..
Dahaga tekak ni kering saja rasa..
Apa tidaknya..
Tengahari camtu rajin nak berjoging..
Panas terik lagi la tak tau nak kata apa..
Aku kata kat Ain,
Takpa Ain, jom kita teruskan juga perjalanan kita ni..
Dah nak dekat dah tu..
Sambil berpandangan,
masing-masing gelak kat diri sendiri..
ni semua cicak punya pasal la tu..
mati pun kat pintu bilik kami..
mati la kat tempat yang strategik sikit..
haih...
Jam dah pukul 11.35 pagi,
masih lagi dalam kawasan Rahim Kajai..
sejurus kemudian,
kelihatan Zilla dan Hindun lalu di sebelah kami..
memecut laju menaiki motor..
meninggalkan kami di belakang..
kesian..
Selang beberapa minit kemudian,
kelihatan kereta kak Salmi pula yang memecut laju..
tinggal la kami lagi yang berjalan..
wuwuwuwuwu..
Waktu tu,
sedih sangat..
terasa macam kami ni kerdil sangat..
3 tahun dok UKM..
bukan kata motor,
basikal pun kami tak mampu beli..
Lepas tu,
tiba di hadapan DG,
jam dah pukul 11.40 pagi..
masa tu, memang penat sangat..
dah penat tahap apa tak tau la..
tiada perkataan untuk menggambarkannya..
Masa tu,
aku nak tahan je kereta sesiapa yang lalu lalang..
takut tak sempat nak ke Keris Mas..
Tapi,
Ain kata dia segan..
setiap kali aku nak angkat tangan tahan kereta orang,
Ain mula la gelak kat aku..
aku pun tak jadi la nak teruskan niat aku tu..
malu la juga rasanya nak buat macam tu..
huhhuhu
Lepas tu,
Ain yang keletihan sangat ni suruh aku berhenti dulu.
sebab kepala dia dah pening..
Tapi,
disebabkan jam dah pukul 11.42 pagi..
aku tarik juga tangan Ain untuk berjalan..
asalkan berjalan tanpa henti,
perlahan-lahan pun takpa..
janji tetap berjalan..
jangan sesekali berhenti..
takut nanti tak sempat nak sampai..
Maka,
kami pun teruskan perjalanan..
masa kami nampak bangunan buruk Keris Mas yang terbengkalai tu,
rasa macam nak melompat saja..
tapi, waktu tu pun,
kaki ni dah rasa macam tak pijak tanah..
kaki ni macam automatik pulak berjalan tak boleh nak henti..
rasa macam tak boleh nak control kaki ni..
penat woooo..
Lepas tu,
kami pun jalan dan jalan..
Tepat jam 11.45 pagi,
kami tiba di hadapan Kolej Keris Mas..
Masa tu,
elok-elok kami sampai..
dengan peluh yang membasahi pipi dan semua anggota tubuh ni..
kelihatan sebuah kereta Gen 2 parking kat depan kami..
Oho..
budak-budak media satu kelas dengan kami..
Waktu tu kan,
ish...tak tau la nak kata apa..
lagi la rasa yang kami ni kerdil sekerdil-kerdilnya..
apa yang kami boleh buat..
sekali lagi kami gelakkan kat diri sendiri...
Dengan peluh yang mengalir tap..tap..
kami pergi mencari Bilik Seminar..
dan kami terus masuk untuk menjawab peperiksaan...
Fuh..
bila duduk saja dalam dewan yang ada air-cond tu..
nyaman...aman...tenteram...
tapi, kaki ni mula la rasa sengal semacam..
Hmm..
sempat juga kami sampai tepat pada waktunya..
Lepas tu,
bila balik,
kami dah bertekad..
kalau kena tunggu bas 2jam pun kami sanggup..
asalkan kami tak lagi berjalan..
Tapi,
ada pula bas waktu tu.
Kami pun naik la bas sampai ke FSSK sebab kami ada hal sikit nak ke pejabat MENTION.
Masa pergi pejabat kan...
hehehehe..
terserempak dengan abang Mie..
hehehehe..
sukanya..lama tak jumpa..
hahahaha
Lepas tu,
pergi jumpa Kak Liza..
hehehe..
Kak Liza dah selamatkan aku daripada 'dibaham' dengan Dr Mus..
hhuhuhu..
Nasib baik Kak Liza ada..
kalau tak,
mati la aku nak kena present Kertas Projek tu..
Alhamdulillah..
itu la..
aku ni..selalu saja bernasib baik..
hehehe
syukur....
Lepas tu,
disebabkn perut ni tak tahan sangat dah..
tekak ni pula dahaga..
aku dan Ain singgah makan di PUSANIKA.
Dah kenyang,
kami berjalan pulang ke bilik.
Masa berjalan tu,
kami pun mula la bersembang tentang angan-angan kami nak beli kereta..
dan kereta pilihan aku..
macam biasa la..
WIRA AEROBACK dan HYUNDAI GETZ
warna silver..
Ain pula suka kereta SWISS..
warna merun..
hehehe..
sepanjang kami berjalan kaki nak balik Amin..
macam-macam kami sembang pasal kereta idaman kami ni..
Ain pun ada cakap..
kalau aku diberi pilihan sama ada untuk memilih WIRA atau HYUNDAI..
apa yang aku nak beli..
Huhuu..
aku pun tak tau..
sedihnya..
kalau aku terpaksa buat keputusan sama ada nak ambil WIRA atau HYUNDAI..
mesti aku menangis tak tau nak buat keputusan..
sebab kedua-duanya aku suka..
(tapi,macam la aku ni ada duit nak beli kan? hahaha)
Tapi kan,
sedar-sedar je kami dah berada di hadapan Amin..
hmmmm..
sekali lagi kami ketawakan diri kami sendiri..
berangan je lebih..
last-last naik kaki jugak..
huhuhu..
Jadi,
disebabkan kami ni dah penat sangat nak gelak kat diri sendiri..
kami pun hanya memerhatikan kereta yang lalu lalang tanpa bersuara lagi..
Akhirnya kami tiba di bilik lebih kurang pukul 3.30 petang..
Kami sembahyang zohor dan rehat sebentar.
Ain tengah tidur tu..
Aku ni pula,
hehehehe...
ni la kerja aku..
update blog kesayanganku !!!
Sekian, wassalam

Saturday, April 25, 2009

Aku dan U3 !!!


Hehehehe...

Hai blog.

Petang semalam kan,
aku dah mula menjejakkan kakiku ke DG untuk jawab exam..

Subjek U3..

Hehehehe..

Oleh sebab aku ni diserang virus demam yang degil takmau lega..
Jadi, aku terpaksa la bungkuskan badan aku demi menjawab juga exam tu..

Aku bawa kain selimut tebal warna oren dan aku bungkuskan semua anggota badan..
aku cuma tinggalkan ruang untuk tangan saja...
yang lain, semua aku bungkus..
macam buah nangka pun ada..
hahahaha...

Malunya muka aku..

Semua orang pandang aku waktu tu..
tapi aku buat muka sekupang..
hehe

Muka aku merah sangat waktu tu..
entah sebab apa entah..
mata aku ni pulak dah lebam..
macam burung hantu ja aku rasa..
tangan aku ni pula berbalut dengan kain putih..
sebab doktor dah cucuk tangan aku..
macam zombi ja aku rasa diri aku ni..
hehehe

Tapi,
apa boleh buat..
Exam punya pasal..
selimut pun selimut la..
janji aku dapat hadirkan diri juga..
dengan terketar-ketarnya..
seakan-akan seperti seorang nenek tua..
sambil memegang pensil kayu..
aku tandakan juga jawapan..

Tapi kan,
masa tengah menjawab soalan nombor 12..
tetiba ja aku rasa macam nak tergelak..
entah kenapa entah..
puas aku kawal perasaan aku ni..
akhirnya, berjaya juga..
aku tak jadi gelak.
aku cuma senyum simpul je..
tapi, lama juga aku terpaksa melayan senyum aku tu..
dalam 5 minit macam tu..
pastu baru aku dapat sambung jawab soalan balik dengan tenang..

Lepas tu kan blog,
masa aku tengah jawab soalan nombor 27..
tetiba aku mengantuk sangat..
asyik menguap dan kepala tersengguk-sengguk..
puas aku geleng-geleng kepala ni..
tapi rasa macam dah nak lali nak tido..
nak pusing-pusing pun tak boleh sebab aku ni dah berbungkus..
haih..letih...letih...

Lepas tu,
masa tengah jawab soalan nombor 38,
aku tetiba terkenangkan seseorang..
nak tau tak sapa dia?
haaaa...
ni la orangnya...
Entah macam mana entah tetiba terkenangkan hero korea ni..
Jadi, aku pun tersengih la kejap sambil mengenangkannya..
Dah puas aku kenangkan dia..
Aku sambung balik jawab soalan periksa..

Lepas tu,
aku dapat jawab la soalan peperiksaan aku tu sambil la ke akhirnya..

Alhamdulillah..
Boleh juga aku jawab walaupun macam-macam dugaan yang terpaksa aku tempuh demi menyelesaikan kesemua soalan..

Amin..
Sekian,wassalam


Abah


Abah..
Abah ingat tak?
Masa kecil-kecil dulu,
mak kata...
abah yang mengasuh kakngah..
sebab mak kena tahan dekat wad..
masa mak lahirkan kakngah..
Jadi,
abah yang bagi kakngah minum susu..
mak kata..
abah beli susu yang paling mahal waktu tu..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kecil-kecil dulu..
kakngah suka tengok tarian naga masa Tahun Baru Cina..
tapi kakngah takut nak tengok..
Jadi,
abah dukung kakngah ke simpang jalan..
abah bawa kakngah pergi tengok naga menari..
waktu tu, kakngah suka sangat..
sebab kakngah dah tak takut dah..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 4 dulu,
abah larang kakngah mandi sungai..
sebab sungai tu ada lintah..
sungai tu pula ada batu tajam-tajam..
tapi kakngah mandi juga..
akhirnya kakngah balik dengan luka dan calar-calar di badan..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 5 dulu,
abah larang kakngah main dengan budak laki..
tapi kakngah main juga..
kakngah balik waktu senja..
muka comot..baju kotor..hitam legam..
abah marah-marah..
tapi kakngah buat tak kisah..
kakngah tersengih tak kata apa-apa..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah 6,
abah larang kakngah main dekat bendang..
tapi kakngah tetap main juga..
akhirnya kaki kakngah terseliuh tak dapat nak jalan..
kawan kakngah panggil abah kat rumah..
abah datang dengan muka garang..
tapi akhirnya abah dukung kakngah bawa balik ke rumah..
satu minggu kakngah tak pergi sekolah..
sebab kaki tak boleh jalan..
abah cari orang ubatkan kakngah..

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah berapa entah..
abah larang kakngah main kat hutan..
tapi kakngah degil main juga..
akhirnya kakngah kena gigit dengan tebuan..
tapi kakngah tak beritahu abah..
kakngah pergi rumah sebelah..
kakngah minta dia sapukan minyak angin..
bila balik..kakngah buat muka sekupang..
hehehehe

Abah,
Abah ingat tak?
Masa kakngah darjah berapa entah..
abah larang kakngah panjat pokok..
tapi kakngah panjat juga..
kakngah panjat pokok kabu..
sampai kat atas dahan patah..
kakngah jatuh atas kawad berduri..
huhhuhu..sakit sangat masa tu..
tangan dan kaki habis berdarah..
tapi kakngah tak beritahu abah..
kakngah pergi rumah tok..
kakngah minta dia balut..
bila balik rumah..
kakngah jalan dengan steady..
hehehehe

Abah,
Abah nak tau tak?
Dulu, abah pernah bawa balik buah manggis..
ada satu manggis tu kakngah suka..
tapi abah ambil dekat abah..
bila kakngah berebut nak manggis tu..
abah ambil dan terus makan..
sejak hari tu sampai sekarang..
kakngah tak pernah makan buah manggis dah..
sebab kakngah tak boleh nak telan..
bila abah bawa balik manggis sekarang ni..
selalu abah paksa kakngah makan..
tapi kakngah tetap tak makan..kan?
abah selalu sedih sebab abah kata..semua salah abah kan?
hehehehe
itu la..kenapa abah berebut dengan kakngah?
kenapa abah makan gak manggis yang sebiji tu?
sampai sekarang dan buat selama-lamanya kakngah takkan makan manggis lagi..
sebab bila kakngah tengok manggis..
kakngah akan sebak..
huhuhu..
manggis yang sedih..

Abah,
Abah nak tau tak?
Sebenarnya..masa kakngah sakit tak sedarkan diri dulu tu...
kakngah tak boleh kata apa-apa..
tapi kakngah masih boleh dapat rasa apa yang terjadi..
kakngah masih boleh dengar suara abah..
kakngah tau abah yang dukung kakngah masuk dalam kereta..

Abah,
Abah nak tau tak?
Sehari sebelum kakngah koma,
abah marah kakngah kan?
dan masa kakngah berada di hospital,
abah datang melawat sambil bawa hadiah..
abah kata, hadiah tu kawan abah yang bagi..
tapi sebenarnya kakngah tau abah tipu..
hadiah tu abah yang beli sendiri..

Abah,
Abah nak tau tak?
Kakngah nak buat pengakuan..
Sebenarnya kan abah..
burung merbok abah tu bukannya dicuri orang..
tapi kan..
masa kakngah balik rumah bulan 1 hari tu..
kakngah kesian tengok dia terkurung dalam sangkar tak berteman..
jadi, kakngah panjat tingkap dan kakngah lepaskan..
huhuhuhu..
ampun ya abah..
kakngah suka tengok burung terbang..
sebab tu kakngah lepaskn burung tu tanpa pengetahuan abah..

Abah,
sebenarnya kan..
kakngah sayang kat abah..
tapi kakngah tak boleh nak ucap secara berdepan..

Semua orang cakap muka kakngah macam muka abah..
muka kita nak sama..
sebab tu kita selalu tak sefahaman..

Abah,
maafkan kakngah ya abah..
lepas ni, kakngah janji kakngah akan jadi anak yang baik..
tapi, kalau ter'jahat' sikit tu..
hehehehehe..
maafkanlah kakngah ya..
kakngah cuba...

Hmm,
abah nak tau tak?
kakngah suka sangat..
sebab tahun lepas kita semua pergi sembahyang raya sama-sama..
tahun ni boleh tak kita pergi lagi bersama-sama agaknya?



Tuesday, April 21, 2009

Penyiasatan Bemula.....!!!!



To find the TRUTH...

You must BELIEVE....

Demam exam kini kembali..!!!

Di dalam kesibukan nak study,
sempat lagi aku nak membuka satu file baru yang langsung tiada kena mengena dengan soalan yang bakal ditanya di dalam kertas subjek-subjek yang telahpun aku daftarkan sejak awal semester dahulu.

Sengaja aku nak buat kerja tambahan ni.
Hehe.

Dah la,
nanti aku sambung tulis lagi.

Ada hal ni.
Tata titi ..
Tak titik kali ni..
heeeeeee

Aku dan 2.15 pagi


Hai blog.
Hehehehehehe.

Sebenarnya,
aku tengah study ni.
Tapi, macam letih pulak.

Dah rasa macam nak termuntah bila study lama-lama camni.
(walaupun study tak habis lagi.wuwuwu)

Jadi,
bila dah penat camni,
nak berehat seketika untuk 'bertemu' dengan studio tercinta.

Sambil-sambil tu,
aku tengah menenangkan fikiran aku dengan mendengar
"Solatullah Salamullah"
Tenang ja rasa...

Haih,
tadi kan blog,
ada orang kena histeria.
Tu ha kat depan bilik aku.
Lebih kurang pukul 1 pagi tadi.
Ish..aku yang duduk sorang ni lagi la seram.
Musim-musim exam camni,
macam-macam benda pulak yang jadi.
Haih...
Apa la nak jadi.

Lepas tu kan,
tadi masa aku keluar pi tengok,
pastu bila aku nak masuk bilik,
entah sapa entah gantung 'hadiah' kat tombol pintu aku tu.

Siap berbalut cantik lagi.
Kotak kecik ja tak besar mana.
Tapi cantik.
Bila aku buka,
kosong ja...
HUHUUHU.
Terus aku buang dalam tong sampah.
Takut aku nak bawak masuk dalam bilik.
Terus aku masuk bilik.
Kunci pintu sekunci-kuncinya.

Haih,
takpa...cubaan..
biasalah..
dok sorang macam ni,
macam-macam benda nak menguji aku.

Takpa Liza,
relax...cool..cool...

Tapi kan blog,
Bila dok sorang-sorang lama camni,
tetiba aku terfikir sesuatu..
alangkah indahnya kalau ada sesapa yang sudi menjadi penyeri hidupku..
menemaniku di malam yang sepi ni..
heeeeeeee...
malam ni kan,
katak pun tak bunyi..
agaknya, dia sakit tekak kot macam aku ni.
sunyi..sepi..sendiri..

Em,
sememangnya hidup aku amat sunyi sekarang ni..
semua dah pakat balik kampung..
tinggallah aku sorang kat sini..
kawan-kawan yang lain,
semua dok kolej jauh..
kalau tak, boleh aku pi jumpa depa.

Mujur juga bilik aku ni dekat ngan jalan,
sekurang-kurangnya boleh juga aku tengok motor dan kereta yang lalu lalang,
dah sunyi sangat tak tau nak tengok apa dah.
Motor dan kereta pun jadilah....

Pastu kan,
bilik aku ni berdepan ngan gelanggang badminton.
Petang-petang,
sesekali aku dok menjerling gak pemain-pemain badminton yang turun padang.

Kadang tu, rasa gak nak pi main sekali.
Tapi tak bestlah..
sebab aku tak kenal pun pemain-pemain tu semua.
segan pulak tetiba masuk gelanggang.
wuuwuwu

Lagi kan,
em..aku ni malas nak berchatting..
kadang tu,
aku bukak ja YM tu..
tapi kalau orang YM,
aku tak balas pun..
hahahahaha..
(sori..memang sengaja)

Sebab tu la aku suka invisible.
Kalau ada benda-benda penting ja aku balas.
Buat sesiapa yang dah terkena tu..
Ampun ye...huhu

Em,
tadi kan...
disebabkan dah lama aku tak mengaktifkan pingbox aku tu,
jadi, aku pun sengaja la meng'available'kan diriku kat situ.

Pastu,
entah sapa entah masuk.

Heran sungguh la..
setiap kali orang masuk,
mesti akan keluar nama Guest..

Dan,
orang tu pulak takmau nak perkenalkan diri dia.

Jadi,
aku pun tak layan la.

Tapi,
hamba Allah tadi tu,
jenis yang degil gamaknya.

Dia tulis macam-macam,
panjang-panjang..
aku baca ja la..

Tapi,
salah satu ayat yang nak buat aku ketawa,
dia kategorikan KAMI macam cerita Kuch Kuch Hota Hai.
Dia kata,
KAMI ni macam hero dan heroin filem hindustan tu.

Dan,
dia juga ada bertanya,
macam mana KAMI boleh berbaik dan menjadi agak rapat padahal kebanyakan orang lain TAKUT kat 'sorang' tu.

Dan,
kebanyakan orang lain juga SEGAN kat 'sorang' tu.

Hairan juga aku,
kenapa nak takut kat 'sorang' tu..

Dan (ish..banyak pulak guna 'DAN' kat ayat ni..hehe),
kini barulah diriku mengerti mengapa timbulnya pelbagai spekulasi, kontroversi dan apa2 jelah yang macam MELODI tu...
Dulu..sampai sekarang..
Hmmm..
aku dah faham.

Tadi,
aku tak jawab pun soalan manusia pingbox tu.

Tapi,
sekarang ni tetiba aku rasa nak jawab.

Sebenarnya,
BERKAWAN tu mudah kalau kita tahu apa itu erti KAWAN.

Selagi boleh BERKAWAN,
kawan jelah..apa susah..

Lagi satu,
nak MEMAHAMI orang,
kita kenal KENAL,
nak kenal, kena la BERKAWAN.

Tak payahlah nak sempitkan skop KAWAN.

KAWAN adalah KAWAN.

Tak kisahlah siapa dia atau dari mana asalnya.

Kalau niat kita baik dan ikhlas,
InsyaAllah..
persahabatan kita akan kekal hingga ke akhirnya.

Dan tak perlulah kita nak 'memanaskan' hubungan KAWAN tu sendiri.
KAWAN tetap KAWAN,
GOSIP tetap GOSIP.
Kan blog kan....???

Soal kasih sayang pula,
tak perlulah nak digembar-gemburkan dan dipandang serong.
Sayang menyayangi antara satu sama lain tu kan dituntut dalam Islam.

Bak kata Raihan,
"Kasih sayang itu tali..
Kasih sayang penghubung hati.."

Acewahhh...
Berfalsafah pulak pagi-pagi buta camni.

Lagi satu kan manusia pingbox,
sayang tu tak boleh nak paksa,
kalau kita sayang kat orang,
belum tentu orang tu akan sayang kat kita.

Tapi,
apa salahnya sesekali kita menyayangi orang tanpa mengharapkan apa-apa balasan kan..
barulah hati kita akan lebih tenang...

Hahahahahaha
(Terima kasih manusia pingbox kerana ayat hang tadi memang amat menggelikan hatiku yang tengah suram ini)

Dah la,
aku nak sambung study.

Sekian,wassalam.


Monday, April 20, 2009

Mustaqim IV

Hai la blog..

Kalaulah betul hang boleh bercakap,
memang aku akan bersembang dengan hang sekarang ni juga..

Haih...

Dah la,
cerita Mustaqim biarlah berakhir di sini.

Tak ingin ku memikirkannya lagi.

Semoga suatu hari nanti,
akan kutemui jua MUSTAQIM yang kuingini.

"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati."

(Surah Luqman:34)

-TAMAT-


Mustaqim III

Hai blog.

Haih.

Hmmmm...

Alangkah bagusnya kalau hang boleh bercakap..

Dapat juga aku bersembang dengan hang di waktu pagi yang hening ni.

Haih.

Apa aku nak buat ni?

Fikiran aku ni dah serabut tak dapat nak fikir dah.

Kenapa waktu ni?

Kenapa macam ni?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

"Orang yang lari dari kematian itu akan menemukan kematian itu sendiri."

Sunday, April 19, 2009

Mustaqim II

Hai blog.

Hmmmmm....

Haih.....

Nampaknya,
tiada lagi pilihan.

Tiket dah beli.
Perjanjian dah pun ditandatangani.
(walaupun aku tak tau..wuwuwu. siannya kat aku ni)

Patutkah aku bersedih?

MUNGKIN.

Patutkah aku gembira?

ENTAH.

Patutkah aku bersedia?

SEMEMANGNYA.

Hmmmm..
apa aku nak buat sekarang ni?

Menunggu masa?

TENTULAH TIDAK.

HAIH...

APA BOLEH BUAT.

LAPANGKAN DADA.

TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA.

INILAH TAKDIRNYA.

Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!!!!

"Hidup adalah anugerah sementara dalam menuju jalan yang hakiki."

Mustaqim I

"Bagi yang mengerti hakikat awal sebuah kehidupan.."

Hai blog..

Hmmmmmm.....
Hari ni tetiba rasa nak tulis sesuatu walaupun hakikatnya tiada apa yang nak dikhususkan.

Letih sangat study sepanjang hari,
jadi rehat sebentar menulis diari.

Haih...
Lupa pulak nak tulis apa.
Nanti la sambung cerita....

Wuwuwuwu.

Tata

Saturday, April 18, 2009

Ohoiiiiiiii......

Sesungguhnya,
sewaktu aku menulis warkah ini,
sememangnya aku sedang BENGANG, GERAM, TAK TAHAN..!!!

Bermula semalam,
aku yang satu hari keletihan,
terpaksa tidur awal untuk mengembalikan semula tenaga.

Lebih kurang pukul 1 pagi,
aku melelapkan mata.

Dan aku kembali membuka mata pada jam 3 pagi.
Niat aku adalah untuk study dan nak buat sedikit nota.

Masa tengah study tu,
lebih kurang pukul 3.57 pagi,
aku yang keseorangan tiada berteman ni telah terdengar suatu bunyi.

Waktu tu aku sedang menghadap komputer,
tetiba aku terdengar bunyi loceng,
seolah-olah loceng kaki.

Ohoooo...seram sangat waktu tu.

Mula-mula,
aku buat-buat tak kisah.

Tapi,
loceng tu pula asyik berbunyi seolah-olah berada di sebelah kiri aku ni.

Aku menoleh ke arah tingkap.
Dah la tingkap aku tu luas tak berlangsir.
Tingkap bilik aku,
kalau nak ukur,
sila depakan tangan anda.
Haaaaa...
keluasannya adalah dua depa tangan anda.

Bunyi tu semakin dekat menghampiri.
Semakin kuat ia berbunyi.
"Ting..ting..ting...."
Bila loceng tu berbunyi,
aku segera toleh ke arah tingkap.
Dan bunyi tu terus hilang.
Bila aku pandang komputer ni,
bunyi tu datang lagi.

Begitulah situasi yang terjadi berulang kali.

Ohoiiiii...
seram sejuk aku dibuatnya.

Tapi,
aku masih lagi buat-buat berani.
masih tersenyum konon-kononnya tiada apa-apa yang terjadi.
(walaupun dalam mulut ni dah macam nak tercabut gigi)

Lama-kelamaan,
bunyi tu semakin kuat dan terasa seakan-akan terlalu dekat dengan aku,
macam berada di sebelah aku saja.

Fuh...semangat..!!!

Masa tu,
dalam fikiran aku ni,
aku cuma ingat Surah Ar-Rahman.

Apa tunggu lagi,
terus aku baca surah tu walaupun sepatutnya aku baca ayat Qursi.

Alhamdulillah,
bila aku buka saja mulut baca surah tu,
terus tak dengar apa-apa bunyi lagi dah.

LEGAAAAAA...

Tapi,
lepas tu,
aku tak tunggu dah.
terus aku masuk bilik,
kunci pintu dan lena.
(walaupun agak payah untuk aku lena sebenarnya)

Haih..
tergendala niat aku nak study.

Lepas tu,
pagi tadi pulak,
cadang nak study.

Tapi,
dekat bilik aku ni,
satu hari bising !!!

Ada mamat mana entah dok pasang kabel apa entah.
Kalau setakat bunyi mesin tu, aku tak kisah.

Ni tak,
siap lagi mamat tu dok pasang lagu jiwang karat...
kuat pulak tu sambil dirinya sendiri melalak kuat-kuat...

Dari pagi tadi,
sampai la sekarang ni,
Pak Mamat tu masih lagi berkaraoke di hadapan pintu bilik aku ni...

Arrrrrggghhhhhh...
TAK TAHAN LA MACAMNI...!!!!

MACAM-MACAM BUNYI YANG ADA KAT DUNIA NI !!!

Ohoooooiiiii....
Tak tahan aku dibuatnya.

Alangkah indahnya kalau aku dapat pergi ke suatu tempat yang tenang tanpa ada kebisingan...

Haih....


Selamat Hari Lahir MAK......!!!


Kehadapan emak yang amat kusayangi dan kurindui selalu..
Setiap detik dan waktu..

Di sini,
anak kandung kelahiranmu yang kedua ini ingin mengucapkan
"SELAMAT HARI LAHIR KE-51"

Khas untuk mak yang amat kusayangi dan kusanjungi selalu.

Sesungguhnya,
ketahuilah mak..
anakmu ini amat menyayangimu,
biarpun anakmu berada jauh di perantauan..
tetapi tidak sesekalipun anakmu ini melupai dirimu,
walaupun secoet...takdak mak..sungguh..
anakmu tak tipu !!!!

Anakmu sedar,
anakmu bukan keseorangan di sini,
tetapi anakmu ini juga turut membawa "amanah" yang telah diamanahkan oleh mak kepada anakmu ini.

Buat pengetahuan mak,
sewaktu anakmu sedang menulis warkah ini,
anakmu ini demam lagi buat kali ke berapa..tak tau la.
Anakmu ini sedih sangat sebab kalau kat rumah,
boleh juga mak jelum kepala,
kat sini..takdak sapa-sapa pun nak jelum kepala ni.

Anakmu dah tak larat nak makan panadol.
Anakmu tak suka...

Jadi,
boleh tak kalau anakmu ini mencari "seseorang" yang boleh menjelum kepala anakmu ini?
Hihihihihihi.

Mak,
kakngah dah nak exam lepas ni.
24 haribulan nanti, mula la exam tu.

Mak doakan kakngah tau.
Mak doakan moga segala urusan kakngah dipermudahkan dan segala-galanya berjalan lancar.
Harap-harap, kakngah dapat teruskan perjuangan terakhir ni dengan jayanya.
Dan moga-moga tiada lagi ujian yang melanda kita lepasni.

Mak,
kakngah sayang mak.

Dan kakngah sentiasa doakan mak.

Doa kakngah,
biarlah kakngah dan Allah saja yang tau.

Mak,
kakngah rindu kat mak.

Kakngah selalu teringat kat mak.

Tapi,
kakngah tak tau nak buat apa.

MAK,
KAKNGAH SAYANG MAK.

ITU SAJA YANG MAMPU KAKNGAH KATAKAN.

Dan,
suatu hari nanti,
kalau diizinkan Tuhan,
kalau kakngah masih berpeluang,
kalau umur kakngah masih panjang,
kakngah akan kotakan segala janji yang telah kakngah lafazkan.

Dan,
kakngah akan tunaikan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dan,
waktu tu,
kakngah harap mak dapat kembali mengukir senyuman.

Mak,
mak banyakkan bersabar..
segala-galanya adalah ujian Tuhan..

Tuhan uji kita,
sebab Tuhan sayang kita.

Dan,
tak kira apa sekalipun yang terjadi,
kita kena hadapinya.

Ayuh mak,
kita bangkit semula..!!!!

MAK,
BANYAKKAN BERSABAR MAK...

INSYAALLAH,
SEGALA PENGORBANAN MAK SELAMA INI BUKAN SIA-SIA.

SUATU HARI NANTI,
SEGALA-GALANYA AKAN TERBALAS JUA.

MAK..
KAKNGAH SAYANG MAK.

Mak,
mak baca tau apa yang kakngah sampaikan ni.

Mak kena baca.
Tak kisahlah apa cara sekalipun,
mak kena baca.

Mak baca tau !!!!

MAK,
SELAMAT HARI LAHIR.

SESUNGGUHNYA,
MAK ADALAH EMAK YANG TERBAIK KAT DUNIA NI.
DAN ANAKMU AMAT BERTUAH KERANA EMAKLAH YANG MELAHIRKAN DIRIKU INI.
ANAKMU AMAT MENGHARGAINYA.
SEIKHLAS HATI.

(Kalau orang lain yang lahirkan, mesti anakmu tak secomel ini kan? Hihihihi)

DAN YAKINLAH MAK,
ANAKMU INI TAKKAN SIA-SIAKAN SEGALA PENGORBANAN MAK SELAMA INI.

ANAKMU TAKKAN LUPA.

MAK,
MAK JAGA DIRI BAIK-BAIK TAU.

SAYANG MAK...
SELAMANYA.....

"Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan
kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dari kecil lagi.

Ya Allah,
Engkaulah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan,
Engkaulah yang lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batin,
Aku bermohon kepada-Mu Ya Allah,
Berkatilah perjalanan hidup kami sekeluarga di dunia ini,
dan andai kami ditakdirkan berpisah di dunia ini,
Kau SATUKANLAH kami kembali di SYURGAMU yang kekal abadi."

Amin...

Salam Sayang Anakmu Yang Jauh,
-Kakngah-

Thursday, April 16, 2009

Untuk Kak Salmi

Ini adalah senarai yang diminta...

Senarai Institut:

1-Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
2-Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
3-Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
4-Institut Sel Fuel
5-Institut Islam Hadhari (HADHARI)
6-Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
7-Institut Kajian Etnik (KITA)
8-Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
9-Institut Kajian Oksidental (IKON)
10-Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
11-Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
12-Institut Perubatan Molekul (UMBI)
13-Institut Sains Angkasa (ANGKASA)
14-Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI-UKM)


Senarai Pusat

1-Pusat Islam UKM
2-Pusat Pembangunan Akademik
3-Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat
4-Pusat Pengajian Umum
5-Pusat Pengurusan Siswazah
6-Pusat Teknologi Maklumat
7-Pusat Penerbitan dan Percetakan
8-Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
9-Pusat Perkembangan Pelajar
10-Pusat Perubatan UKM

P/S: Jumlah edaran, masih lagi dalam proses pencarian dan perbincangan. Yang warna oren adalah tempat-tempat yang saya belum tahu di mana lokasi strategiknya. Hehehehe. Ada sesiapa boleh bantu? Itupun kalau tahu. Pencarian bermula..Tata. Roger and Out !

Kan dah kata.....

Hahaha..
baru saja kata nak buat posting terakhir tadi..
tiba-tiba dapat satu khabar berita...

Heeeeeeee...
syoknya...
lalalalalalala...

NADI BANGI DAH SIAP CETAK...

Esok nak edar..
lalalalalalalalalala.....

ALANGKAH GEMBIRANYA HATIKU TAK TERKATA....

NANTIKAN KEMUNCULANNYA DI PASARAN..
Heeeeeeeeeee...

Yey.. Yey.. !!!

Sekian, wassalam.

Cinta Dalam Hati... Hehehe

Sengaja letak gambar aku kat sini. Feel...Feel...Heee


Kepada semua pembaca blog
(Kalau masih ada yang baca. Kalau tak baca, takpa, diam2 saja).

Atas permintaan ramai
(hehe..perasan sungguh aku ni),
aku buat satu lagi posting kat sini.

Dan kemungkinan ini merupakan posting terakhir aku sepanjang aku berada di UKM ni dengan menggunakan perkhidmatan Jaring.
(Baca baik2, aku tulis 'mungkin'...Jadi, mungkin ya, mungkin tidak. Lagipun, aku ni jenis yang suka berubah orangnya. Kalau aku terasa lagi nak buat posting, aku buat la lagi pasni. Mana nak tau kot2 esok aku buat lagi ka posting kat sini. Heeee..Jangan nanti asyik timbul kontroversi pulak. Penat nak layan sih....)

Sebenarnya,
aku sendiri tak tau nak tulis apa kat sini.

Nak buat catatan mengembara,
aku langsung tak menjejakkan kaki ke mana-mana.
Hanya berada di dalam bilik sepanjang masa sambil menghasilkan sesuatu yang belum siap sepenuhnya.
Lainlah ada beberapa orang kawan aku yang ke Pizza Hut untuk makan Pizza Cinta,
ada yang ke Cameron Highland untuk bersuka ria,
ada yang ke Bukit Merah untuk bermandi-manda,
ada juga yang ke Fraser Hill semata-mata untuk bermain ping pong tatkala hujan turun dengan lebatnya.

Kata orang,
"perjalanan itu menghilangkan kesedihan..."
(wuwuwu..sedihnya..aku tak berjalan...)

Jadi,
disebabkan tiada isu utama yang aku nak bangkitkan kat sini,
aku akan tulis mengikut kata hati.

Aku mulakan dengan ayat ini,
"Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda jadi salah. Sebaliknya, apa yang membuat anda jadi salah maka ia tidak akan membuat anda jadi benar."

Dalam kehidupan ini,
kita akan bertemu dengan bermacam-macam orang,
ada yang baik, ada yang kureng, ada yang macam tak cukup suku, ada yang skema dan macam-macam lagi la. Adakah kita patut menyalahkan mereka seandainya kita ditakdirkan untuk bertemu dengan mereka?

Mungkin kita akan memaki hamun mereka..
(tahap ni, aku belum sampai lagi)

ATAU

Mungkin juga kita akan berkata kepada diri sendiri,
"apalah nasib aku jumpa orang yang macam ni....haih.."
(ayat kesukaanku.huhu)

Tak kisahlah apa ayat yang kerap kali kita guna sekalipun,
apa yang paling penting adalah kita "check" balik diri sendiri.

Sememangnya manusia tidak sempurna walaupun cukup sifat dan akalnya.

Hadapilah hidup kita sebagaimana adanya.

Ingatlah bahawa kita tidak akan menjumpai seorang ayah, ibu, kakak, abang, adik, kawan, cikgu, pensyarah, penerbit, tempat tinggal, pekerjaan atau apa-apa jelah yang padanya tidak terdapat sesuatu yang menyukarkan. Lebih dari itu, adakalanya sebaliknya pada setiap hal itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak kita sukai.

Justeru,
padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal itu dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya. Yakinlah, setiap luka ada harganya. Cewah.

Ingatlah,
"Orang yang berbuat baik tidak akan lenyap pahalanya dan tidak akan sia-sia kebaikannya di sisi Allah dan manusia."

Em,
mungkin juga ayat ni sesuai dan sama maksudnya dengan peribahasa,
"Ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya."

Lagipun,
Ali bin Abi Talib pun pernah berkata,
"Nilai setiap orang ialah kebaikan yang dilakukannya."

Sepanjang aku menjadi blogger ni,
aku dah temui pelbagai jenis manusia di alam maya ni.
Rata-rata yang menjadi "rapat" denganku,
adalah yang lebih kurang juga perangainya dengan aku.

Tak adalah sama sepenuhnya...
tapi sipi-sipi tu ada jugalah.
2x5.
Hehehehe.
(Jangan marah ye)

Dulu,
ustazah aku selalu berpesan.
"Orang yang baik akan dipertemukan dengan orang yang baik dan begitulah sebaliknya."

Waktu tu,
aku tak berapa nak endahkan pesanan ni,
pesanan ni tak begitu bermakna bagiku.

Tapi,
sekarang ni, aku dah faham.
Makna tersirat yang nak disampaikan amat mendalam.

Kalau kita baik,
InsyaAllah orang di sekeliling kita juga adalah baik-baik belaka dan begitulah sebaliknya.

Sepanjang hidup aku,
ada jugalah beberapa orang yang entahlah baik atau tak (selalu mengacau hidup aku).

Maknanya,
aku ni pun taklah sebaik mana agaknya.
Patutlah aku selalu kena kacau,
sebab aku pun suka kacau orang gamaknya.
(wuwuwu.. dah tua-tua camni baru nak sedar diri)

Tak apalah,
lepas ni, aku akan berusaha lagi untuk menjadi lebih baik dan menambah kebaikan!!!

Em,
cinta dalam hati...

Apa kaitan dengan tajuk posting ni?

Sebenarnya,
cinta itu indah jika ia dihayati dengan penuh erti.

Dan biarlah cintaku ini sentiasa bersemi di dalam hati.

Mekar dan berseri sepanjang hari.

Cinta untuk semua.

Semua yang aku sayangi.

Tata titi titik.

(Sebenarnya, takdak kaitan pun cerita dan tajuk posting ni. )

Sekian, wassalam.

Monday, April 13, 2009

Ku Ukir Indah Namamu

Pelangi di hujung jari...


Even let you go
Something had a long
Forever will we go
The love is never shine

It's so hard to say
Since you far a way
Nothing got to do
The love is only end
To the end of time
I'll be missing you

Cinta kemana
Akan kucari
Rasa cinta yang pernah kumiliki
Janji setia
Sehidup semati
Dan hanya waktu yang memisahkan kita
Namun semua telah berakhir untukku......

Harus kuakui
Sampai detik ini
Tak akan kulupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan kuukir indah....


Menggapai cinta di langit tinggi...


Even let you go
Something had a long
Forever will we go
The love is never shine

It's so hard to say
Since you far a way
Nothing got to do
The love is only you
To the end of time
I'll be missing you

Harus kuakui
Sampai detik ini
Tak akan kulupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan kuukir indah namamu........

Harus kuakui
Sampai detik ini
Tak akan kulupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan kuukir indah namamu........


Hari ini bukan besday aku. Hehehehe.

Harus kuakui
Sampai detik ini
Tak akan kulupa
Kisah cinta kita
Abadi untukmu
Kan kuukir indah namamu....

Abadi untukmu...
Kan kuukir indah namamu.....

KHAS UNTUK SEMUA

"Terima kasih kerana memberikanku sedikit ruang di sudut hatimu sebagai seorang teman sama ada baru kenal atau telah berkurun lamanya."

SAMPAI DI SINI SAHAJA.
-TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA-

No Aedes No Dengue


Hari ni kita berkenalan pula dengan nyamuk Aedes dan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes, iaitu Demam Denggi. Perkataan aedes berasal daripada perkataan Greek, iaitu AEDES yang bermaksud “tidak menyenangkan”.

nyamuk-aedes

Nyamuk Aedes berperut buncit kekenyangan

virus-denggi

Virus Denggi



Niat aku adalah untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia, betapa bahayanya demam denggi ni sehingga boleh membawa maut! Tapi, itu sekiranya anda diserang oleh nyamuk aedes spesis binatang berkaki berapa entah la (lupa pulak, tak sempat nak bilang).

Bagaimana pula seandainya anda diserang oleh nyamuk aedes versi manusia berkaki 2, bertangan 2 dan berkepala 1? Walaupun tak bersayap dan tak dapat nak terbang sesuka hati macam haiwan bertubuh belang si penghisap darah manusia tu, tapi aedes versi manusia juga amat berbisa dan boleh mendatangkan musibah kepada manusia di sekelilingnya.

Kecanggihan teknologi pada era globalisasi kini membolehkan nyamuk aedes versi manusia menyebarkan segala bentuk kuman dan bakteria dengan cepat sepantas kilat terutamanya menjelang musim hujan macam sekarang.

Hanya dengan sekali klik, maka tersebarlah segala kuman di laman-laman sesawang yang terdapat di alam maya ni.


Aku tahu, nyamuk aedes versi binatang sekarang makin kebal.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pakar serangga Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Mohd. Sofian Azirun. Beliau merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini. Kajian tersebut mendapati daripada 100 nyamuk aedes, 50 sudah kebal daripada pelbagai jenis racun serangga. Jelasnya lagi, amalan pengasapan yang dilakukan sekarang turut menjadi punca nyamuk kini semakin kebal. Racun itu meresap semasa proses pembiakan nyamuk aedes termasuk racun ‘temphos’.

“Ini kerana semasa proses pembiakan, ia menjadi sebati dengan racun itu dan menghasilkan nyamuk yang tidak alah terhadap racun serangga. Serangga ini menghasilkan enzim esterase yang menjadikan dirinya lebih kuat dan kalis racun. Proses ini dinamakan rantai silang,” katanya.

Itu kisah nyamuk aedes si pak belang. Persoalannya, mengapa pula sesetengah manusia kini suka menjadi si nyamuk aedes? Mengapa si nyamuk aedes juga yang menjadi pilihan di hati? Mengapa nyamuk aedes? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Comel sangat ke nyamuk aedes tu sampai hati tergoda untuk menjadikannya sebagai idola peribadi diri?

Aku tahu, aku bukanlah seorang tauke kedai runcit yang mempunyai bekalan sheltox, ridset atau fumakilla yang cukup untuk membunuhmu setiap masa. Aku hanya seorang manusia biasa. Aku tak kacau hang pun. Kenapa aku juga yang menjadi sasarannya? Apa salah aku? Kalau aku ada buat salah kat hang, hang datang la jumpa aku. Aku bukannya manusia yang tak bertimbang rasa. Aku takkan bunuh hang dengan tetiba. Tak cukup lagi ka apa yang hang lakukan kat aku sewaktu aku berkebun bunga dulu? Aku hanya tanam pokok bunga untuk menyerikan pemandangan rumah. Aku tak pernah pun biarkan air bertakung kat dalam pasu untuk menarik minat hang menjalankan aktiviti penternakan kat sana. Tapi, hang ternak juga saudara mara hang kat dalam pasu aku sampai aku kena saman dengan pihak tertentu.

Tak cukup dengan tu, hang sebarkan pula kuman-kuman tak bermutu hingga menyebabkan beberapa pihak hampir demam dengan kuman-kumanmu itu. Mujurlah antibodi orang tu agak kuat dan dapat menepis serangan hang waktu tu.

Tapi, itu kisah dulu. Kenapa sampai sekarang hang masih lagi nak mengganggu aku? Kalau hang memang suka sangat kat aku, nak main-main dengan aku, hang main-main dengan aku sorang sudah la. Kenapa hang nak susahkan hidup orang-orang di sekeliling aku? Orang tu tak bersalah walau secoet dengan hang. Bahkan, orang tu la yang paling banyak berjasa bila kita kesusahan. Kenapa hang nak susahkan hidup orang tu? Jangan kacau orang tu lagi !!!! Jangan kacau dia walaupun seinci !!! Jangan gigit dia lagi...!!!!!!!!! Aku ada kat sini. Rumah aku ada dua. Hang boleh berkunjung kat mana yang hang suka. Tapi, hang jangan sesekali menjalankan aktiviti penternakan hang kat rumah kawan aku atau sesapa. Nak bertelur sangat, bertelur kat rumah aku ni haaaaaa.......

Aku harap artikel kali ini bermanfaat untuk semua, aku sendiri adalah “bekas” pesakit "demam denggi". Sengsaranya kena "demam denggi" ni hanya Allah sahaja yang tahu, kalau nasib tak baik faham-faham je la…


Untuk mengelakkan rumah orang lain daripada terkena serangan aedes pembawa denggi, aku takkan lagi berkunjung ke rumah sesapa pasni. Biarlah aku mengundur diri. Itu yang hang nak kan? Biarlah aku berada di rumahku sendiri. Wuwuwu. Sedihnya. Terima kasih si nyamuk aedes kerana berjaya menyedihkan diriku di pagi yang hening ini sambil diiringi bunyi katak yang bising.


Sunday, April 12, 2009

Kisah Keyboard Kembali Lagi !!!!!


Ceh....
Tak guna punya keyboard..
Aku baru ja beli..
Dah mula buat hal lagi...

Takkan hang pun nak merajuk kot wahai keyboard intan payung bucuk bacin niiii...

Waaaaaaaaaaaaaaa...
Jangan la aniaya aku camni.....

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Tak kesian ka kat aku ni???

Uwaaawaawaaawaaaa....

Aku beli hang mahai tau..
Tak kesian kat aku ka?

Yang hang dok delete tak tentu pasai tu buat pa?

Aku tekan delete sekali,
hang delete sekali dah laaaaa..
Ni tak,
hang delete habih semua ayat aku dari A-Z...
Satu huruf pun hang tak tinggai nooo..

Takpa..takpa...
hang nak main-main ngan aku yee?

Takpa..takpa...

Jaga hang....

Nanti aku beli keyboard baru,
aku lempaq hang masuk lam kotak...
aku bungkuih hang buat selama-lamanya..
nak ka?

Kalau tak mau,
jaga la tingkah laku hang baik-baik.

Bukan ka aku ni tuan hang yang sopan santun lagi budiman?

Aku tak pernah dera hang pun...

Jangan la seksa aku ye keyboard.......???

Wuwuwuwuwuwu..
sakit hati...

Jom la kita sama-sama buat baik.

Aku dah tak mau bermuhasabah diri tahap 4 pulak nanti.

Aku dah cuba asuh dan didik hang dengan baik.

Jadilah keyboard yang baik ye keyboard?

Sayang hang.....

Kita sama-sama buat baik naaaa....



Takpa...Cuba Juga Sampai Menjadi !!!!

Sekarang dah pun pukul 4.16 pagi..
Masih berusaha menyiapkan sesuatu..
Sedihnya..
Tak macam yang asli....

Kali pertama buat benda ni..

Takpa,
jangan putus asa..

Teruskan usaha..

Pasti berjaya akhirnya !!!!

Cuba lagi dan lagi dan lagi.....

"Oh Tuhan,
lembutkanlah tanganku serta jari-jemariku ini agar ia berseni,
semoga aku dapat menghasilkan sesuatu ini seperti yang asli.
Sipi-sipi pun jadi la..
Aku kecewa.
Apa yang aku hasilkan sekarang ni bukan takat sipi...
Macam minyak sapi je aku rasa.
Wuuwuwuwuwuwuwu.
Sedihnyaaaaaaaaaaaaaa..."

Haih..
Sabar Liza,
buat juga sampai menjadi !!!

Saturday, April 11, 2009

Sarangheo.....

Kehadapan blog yang kusayangi selalu....
setiap detik dan waktu...

Walaupun hang hanya blog dan bukannya manusia,
tapi aku tetap sayang kat hang..
sebab hang la tempat luahan hatiku..

Hang bukanlah seorang makhluk yang memahami aku..
tapi, hang adalah sebuah blog yang rela diperlakukan apa sahaja oleh tuanmu.

Aku suka ka, aku sedih ka,
aku gigil ka, aku gelak ka,
aku senyum skema ka..
hang langsung tak kisah..
(memang la hang tak kisah sebab hang hanya blog ciptaan aku. heeeeee)

Em,
sebenarnya aku nak sambung bermuhasabah diri tahap 3.

Tapi,
haih..
susah..susah..
aku belum temui apa yang kucari.

Puas aku fikir,
apa kebaikan yang aku miliki.

Dan baru sebentar tadi,
aku berYM dengan rakanku yang bernama Ain.
(masih study di UUM hutan, penuh dengan kayu-kayan).

Bila aku katakan padanya bahawa aku tak dapat cari apa kebaikan yang aku miliki,

ayat pertama yang dia balas,

"Gila ka apa,
biar kita jadi diri sendiri.
Kita tak mampu menilai diri kita sendiri.
Yang penting kita buat benda yg betul ok.
Hang kena tahu niat hang baru hang boleh cari kekuatan hang.
Biar la kebaikan hang tu tersirat yang penting hang cari kekuatan hang.
Sebab bila2 masa ja hang akan ditewaskan.
Apa guna hang tau kebaikan hang..hang akan alpa."

Ohooo..
Kata-kata yang menarik dan menyentuh jiwa.
Terasa seolah-olah dipanah oleh Puteri Mahkota.
Mahkota si Puteri hutan belantara.

Hmm,
Katanya lagi,

"Hang tuliskan sebuah kisah hidup hang.
Apa hang nak jadi kena ada permulaan, klimaks dan ending."
(Mak ai, macam kelas Penulisan Skrip Dr Asiah pulak. huhu.)

"Lepas tu, dalam kisah hidup hang tu sapa hero dan heroin of course la diri hang.
Pastu hang kena jalani hidup hang seperti apa yang hang tulis tu.
Pastu bila orang sakitkan hati hang...
hang tulis atas kertas n then hang khonyok2 pastu bakaq padan muka."


"Hang tulis la..hang jadi diri sendiri,
biaq apa orang nak kata kat hang...
kritik hang ucapkan terima kasih.

Kena kritik ngan diorang,
hang akan tahu kelemahan diri hang dan secara tak langsung hang boleh perbaiki diri hang."


"Sebelum tu hang kena jelaskan matlamat hidup hang.
Apa yang hang nak dalam hidup hang."

"INGAT..!!!
BIAQ HANG TAK TAU KEBAIKAN DIRI HANG ASALKAN NIAT HANG BAIK."

"INGAT...!!!
HANG KENA KUAT"

"INGAT...!!!
KENA ADA MATLAMAT YANG JELAS"

"FOKUS..!!!
IMPIAN HANG
TARGET HANG
MOTIF HANG..."

"PASTU KISAH HIDUP HANG KENA ADA TEMA.."

"Hang kena banyak motivate diri hang.
Ingat apa yg hang nak dalam hidup hang senaraikan.
Pastu cari langkah2 untuk capai apa yang hang nak.
Paham tak?
Tak payah dok cari kebaikan diri hang tapi cari kekuatan diri."

Em,
tapi yang musykilnya,
aku ni kuat ka?
(hehehehehehe)

Asyik suruh aku cari kekuatan diri...kekuatan diri..

Apa kekuatan diri aku ni?

Emmm...

Bila aku tanya Ain,
dia jawab camni.

" Eii kekuatan kita bukan perlu berfikir la cayang tapi tindakan kita.
Camna ekk nak cakap,
hang kena kuat la.
Positifkan minda hang.
Yang negatif akan jadi positif tau.
Yang penting jadi diri sendiri capaikan apa yang kita nak."

Haaaaaaaa...
tu la alkisahnya yang aku nak cerita.

Nampaknya,
aku dah jumpa apa yang aku cari..

Inilah jawapan yang kucari-cari selama ini dalam posting Muhasabah Diri.

Terima kasih Ain...

Hmm,
sebenarnya,
kisah hidup aku,
tak perlu aku ceritakan di sini.

Sebabnya,
semuanya dah tertulis di suatu tempat yang aku sendiri lebih mengetahui.

Dan berdirinya aku hari ini adalah untuk melaksanakan apa yang aku tulis selama ini.

Kisah hidup aku belum lagi sampai ke ending,
oleh itu,
aku takkan sesekali berputus asa kerana nafasku masih lagi ada.

Dan aku adalah aku.

Selagi niatku ke arah kebaikan,
tiada apa yang salah bagiku.

Itulah yang aku inginkan.

Yeah...!!!!!

Teruskan usaha, Liza !!!!


p/s: Terima kasih Cik Teha. Den dah pun lotak lagu ni kek blog den. Haha. Memang den muko tak malu kan.. Selalu jo den buek camni. Ekau adalah orang kedua yang den perlakukan sebegini. Maaf yooo...heeeeeeeeeee. Sarangheo Cik Teha. Muah..Muah..Muah..!!!


Pesanan untuk Ain,
terima kasih kerana menemaniku selama ini.

Terima kasih kerana menjadi sahabat sejati.
Dan apa yang pasti,
UKM tetap UKM.
Tiada taranya dengan UUM hutan.

Heeeeeeeeee.....

TATA TITI TITIK.

Eh, jangan titik lagi.
Koma dulu...
nak sambung sikit lagi.

Em,
dan buat blog aku ni,

Inilah perjalanan hidupku.
Inilah kisah hidupku.
Inilah drama hasil ciptaanku.

Dan disinilah aku meluahkan apa sahaja yang terbuku jauh di sudut hati.

Aku bukanlah seorang insan yang suka mengungkapkan kata.

Aku hanya suka menulis.

Dan inilah tulisanku.

Babaiiiiiiiiii...............!!!!!!


Untuk Cik Teh......Haaaaaaaaaaaaaa............


1- Postkan gambar kenderaan yang anda pernah pandu.

"Tu haaaa kek atas tu....yang warna kuning. Tapi, Goku yang pandu, den hanya pandu arah jo kek komputer den ni haaa..."

2- Nyatakan berapa laju anda pernah bawak dengan kenderaan tersebut.

"Yang tu ekau keno la cari awan kuning laie satu, ekau keno terbang pi Jepun untuk interview tuan empunya diri, Son Goku sendiri..Takpun, ekau tag jo si Goku tu sekali...Hehe"

3- Nyatakan sebab anda memandu selaju itu.

"Den pandu laju la sobab den dah beli keyboard baru.. "

4- Nyatakan sama ada anda pernah di saman atau tidak.

"Den main game jo..perlu ko orang nak saman den? Yang tu, ekau pk sendiri. hehehe."

5- Tag lagi kawan-kawan lain.

"Em, sapo yo...mlm nanti den senaraikan nama kek sini. Den nak siapkan duri ajaib den ni. Tata titi...."


Heeeeeeee..

Lupa nak tag orang.
Sekarang dah pun pukul 1.57 pagi.
Em,
sapo yo den nak tag.
Sapo yg berminat untuk menjawab soalan,
anggaplah dirinya dah ditag oleh den yo.
Jadi, jawablah tag tu sesuka hati.

Heeeeeeeeee..
Tenkiuuuuuuu....Tenkuuuuuu....

Tata Titi.

Den nak sambung siapkan duri ajaib den ni.

Sekarang dah pun tengahari.
Tetiba den rasa nak tag orang pulak.

Em,
den nak tag Amu Mejie yang tengah bosan tu.
(jawab la supaya ekau tak terbunuh oleh bosanmu sendiri.)

Den nak tag Cik Ct,
(Jawab la agar fikiran ekau dapat berfungsi kembali, bukannya hanya sepi sendiri)

Den nak tag Cik Moon yang entah mengambang ke tak sekarang ni,
(Jawab la agar ekau makin mengambang dan mengembang pasni)

Den nak tag Hidayah, adik den yang comey mcm budak tadika tu,
(Jawab la sempena pelancaran blog baru)

Den nak tag Cik Wan Asma,
(Jawab la kalau ekau memang nak bagi nafas baru kek blog ekau tu)

Den nak tag Aisha Humaira yang tengah mencuba sakan sekarang ni,
(Jawab la supaya ekau dapat mencuba dan mencuba laie yo)

Hmm,
dah la kot..

Nanti rajin2,
den tag lagi yo.

Sekarang dah pukul 2.08petang,
ramai yg keliru ngan tag den ni..
hahahahahaha..
maaf yo,
terlupa nak kasi soalan..
sengaja den suh anda semua cari soalan ni kek blog den,
supaya pencarian tag anda lebih mencabar.
den nak buat announcement jap.

"KEPADA SESIAPA YANG DITAG,
YANG WARNA OREN TU LA SOALANNYA,
TAPI,
JAWAPAN TU SILA LA JAWAB MENGIKUT KATA HATI SENDIRI YO..
SELAMAT MENUNAIKAN TAG ANDA."

Muhasabah Diri Tahap 2

Hai blog..

Em,
baru balik dari taklimat Latihan Industri (LI) ni.

Berdebar-debar pula rasa hati ni untuk pergi LI.

Seram rasanya nak keluar bekerja di industri.

Agak-agaknya,
macam mana la aku akan kerja nanti???

Jangan la disuruh aku bancuh kopi pulak.

Aku ni bukannya pandai bancuh sangat.

Bancuh air selalu tak sedap.

Selalu kena perli kalau orang minum air yang aku bancuh.

Tak manis la, tawar sangat la...
Sebab aku tak suka minum air lain selain air masak saja.

Air masak adalah air yang aku paling suka.

Jadi,
bila nak bancuh air,
aku tak pandai nak agak berapa sudu gula.
Hehehehe.

Takpa la,
nak buat macam mana.

Nasib la...
sapa nak minum..minum..
sapa takmau, sudah...

Kalau banyak sangat komen,
tak sedap ka apa,
pi la bancuh sendiri,
baru puas hati.
kan..kan...

Adik aku sendiri pun tak lalu nak minum air yang aku bancuh.
Tak rela katanya.
Takpa la...
lagi mudah kerjaku.
Tak payah bancuh kat sesiapa.
(hehehehe..aku ni malas sebenarnya)

Em,
jom kita sambung muhasabah diri tahap 2.

Haih..

Apa aku nak tulis ni???

Em,
sepanjang hari ni,
aku hanya menghabiskan masa di bilik.

Tak banyak manusia yang aku jumpa hari ni.
Kecuali baru sekejap tadi.
Sebab ada taklimat industri,
semua wajib hadir,
sebab tu la ramai manusia yang aku jumpa.

Tapi,
hanya seketika cuma.

Sepanjang hari ni,
banyak benda yang aku buat walaupun aku hanya duduk di dalam bilik.

Dan juga,
hari ini merupakan hari pertama aku tidur di waktu petang.

Dah lama aku tak tidur waktu petang.

Tadi,
aku mengantuk sangat.

Selain itu,
kepalaku rasa sakit tak tahan.

Jadi,
aku pun tidur.

Lama juga aku tidur.
3 jam lamanya.

Bila bangun,
rasa macam nak demam.

Haih..
asyik nak demam saja.

Kini,
tibalah masa untuk aku bermuhasabah diri tentang kelakuanku sepanjang hari Jumaat ni.

Em,
aku masih belum temui apa kebaikan yang aku miliki.

Sebaliknya,
orang lain yang berbuat baik kepadaku sepanjang hari.
Terharu rasa diri ni.
Jangan menangis Liza.
Tahan..tahan...

Haih,
sensitif pulak tengah-tengah malam buta ni.

Aku tak berkesempatan untuk berbuat baik pada hari ini.
(Ya ka? Boleh pakai ka ayat ni??? )

Emmmmmm,
tapi sekurang-kurangnya,
aku dah kurang berbuat jahat pada orang sepanjang hari ni.

Hari ini,
aku tak menyakat orang,
aku tak kenakan orang,
tapi aku masih ketawakan orang.

Haih..
susah..susah..
susah sungguh nak buang tabiat ni.

Tapi,
tak banyak yang aku ketawa hari ni,
sebab aku dah cuba untuk tidak ketawa sebaliknya hanya tersenyum sahaja.

Agak berjaya juga rasanya.

Takpa,
cuba lagi lepas ni.

Hmmm,
kenapa hati ni rasa sedih dengan tetiba?

Mungkin sebab muzik ni kot yang menyentuh jiwa.

Takpa..takpa..

Relax....

Hmm,
hari ni,
bila aku pergi taklimat industri tadi,
ramai kawan-kawan tak kira bangsa yang memeluk aku.

Katanya,
rindu kat aku.
dah lama tak jumpa aku.

Ya ka?

Ya la kot.

Agaknya laaaaa...

Sebab,
beberapa minggu kebelakangan ni,
banyak kejutan yang aku terima.
Dan kejutan-kejutan tu semua telah menyebabkan aku menghilangkan diri buat beberapa ketika.

Terharu aku dibuatnya bila semua orang kata yang mereka rindukan aku.

Haih,
dengan aku pun nak rindu...

Tadi,
Kak Liza dan Cik Umi (staf MENTION) pun kata rindu kat aku...
wuwuwuwuwuwuwuwuu..
tersentak hatiku.

Rupa-rupanya,
mereka juga rindu kat aku.

Terharunya aku.

Padahal,
aku ni selalu saja menyakat Kak Liza tu.

Pantang berjumpa,
ada saja benda yang aku akan kenakan dia.
Tak kisah la dalam pejabat ka,
kat lorong MENTION ka,
kat tengah jalan ka...

Haih..

Kasihan dia.

Hmm,
sekali lagi aku mengaku,
aku ni suka menyakat orang, kenakan orang dan gelakkan orang tak kira masa.

Maafkan aku, ya.

Sekali lagi,
aku tak dapat cari apa kebaikan yang aku miliki.

Haih..
Liza..Liza..

Hmmm,
nampaknya,
posting ini akan bersambung lagi untuk Muhasabah Diri Tahap 3 nanti.

Mana nak tau kot-kot akan kutemui kebaikan yang ada dalam diri ini.

Selagi tak jumpa,
selagi tu aku akan terus mencari..
dan selagi itulah aku akan bermuhasabah diri.

Babai blog.

TATA TITI.

Eh,
lupa pulak..

Sedikit tambahan.

Em,
nak cakap tentang perangai aku sikit.

Selain suka main-main,
aku ni jenis yang penyabar orangnya.

Hahahaha.

Ya ka?

Ya la kot.

Ish...salah ni..salah.

Aku taklah sabar rasanya.

Sebabnya,
satu kelemahan yang sukar untukku hakis,

Aku suka bagitau orang segala benda yang kononnya aku nak buat surprise.

Haih.

Selalu macam ni.

Konon nak buat surprise tapi belum jadi surprise,
aku dah bagitau awal-awal.

Nampaknya,
mulut ni pun nak kena ZIP ni.

ZIP..ZIP..

Hehehe.

TATA TITI TITIK.


Friday, April 10, 2009

Muhasabah Diri (SAZALI VS AZLIZA)

Untuk blog yang kusayangi,
salam Jumaat kuucapkan padamu.
(tapi hang jangan la jawab balik salam Jumaat kat aku, nanti lintang pukang aku lari)

Hmm,
hari ini aku nak muhasabah diri.

Dah lama tak muhasabah diri.

Kali terakhir aku muhasabah diri,
bila entah,
dah tak ingat dah.
(maknanya dah lama la tu..ish,teruk..teruk..teruk aku ni)

Haih..

Em,
mana yang aku patut mula dulu?

Ok,
aku mulakan dengan menganalisis semula namaku.

Namaku Nurul Azliza Binti Nordin.

Kalau nak ikutkan,
asal usul nama Azliza ni,
abah yang bagi.

Dulu,
abah suka tengok cerita P.Ramlee.
Cerita Anakku Sazali.

Mujur aku dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan.
Jadi, untuk tidak mengecewakan semua pihak,
nama Sazali telah dipusing-pusing,
hurufnya disusun macam teka silang kata,
macam puzzle pun ada,
dan akhirnya,
terciptalah nama AZLIZA.

Kalau masa dilahirkan tu,
iaitu 9 Oktober 1986 jam 12.04 tgh mlm,
aku lahir sebagai bayi lelaki,
tak pasal-pasal saja aku akan bernama Sazali.

Kan Sazali kan???

Hahahahaha.

Sebenarnya,
aku tak suka Sazali...
Sazali jahat...
Hairan sungguh,
watak Sazali tu kan jahat,
tapi, kenapa abah nak bagi nama tu kat aku?

Hmm,
mungkin sebab lagu dia sedap kot.

"Anakku Sazali dengarlah,
lagu yang ayahanda karangi,
sifatkan laguku hai anak,
sebagai sahabatmu nanti."

Waktu aku kecil-kecil,
boleh abah dodoi aku sambil nyanyi lagu ni.

Itulah motif abah yang sebenar.
Hehehehehe.

Hmm,
kalau kat rumah,
semua panggil aku kakngah.

Sebab,
aku ni anak kedua.

Dan sekarang ni,
aku dah pun bergelar makngah.
Makngah Liza..
Hahahaha..
Modennya nama !!!

Selalunya,
cikgu-cikgu kat sekolah akan panggil aku Nurul dan Azliza.

Kawan-kawan pula ada yang panggil aku Nurul, Azliza, Nurul Azliza, Liza, Za.

Itulah nama-nama yang orang pernah panggil aku.

Tapi,
kebiasaannya,
nama LIZA lebih kerap digunakan kerana itu nama pilihan.

Bila diteliti maksud LIZA,
aku dapat simpulkan sesuatu.

L=Landak berbisa
I=Igauan ngeri manusia
Z=Zzzzzzzzz (tidur tak ingat dunia)
A=Ada-ada saja.

Itulah makna LIZA.

Aku ni, kadang-kadang macam landak sebab landak memang comel tapi penuh berduri.
Kalau tak hati-hati,
bahaya ditusuk duri hingga membawa diri sepi sendiri.
Merajuk meratap tangis di malam sunyi.
Hehehehehe.

Ramai orang pernah terkena tusukan duri landak ni.
Dan semuanya dah zip mulut kunci dengan mangga yang besar sampai takmau buka lagi.

Tapi takpa,
sebab, landak kan banyak duri.

Mungkin salah satu duri tu adalah duri ajaib dan pasti berjaya dijadikan anak kunci untuk membuka kembali zip-zip yang telah tertutup rapi.

Kemudian,
aku ni juga kekadangnya selalu menjadi igauan ngeri bagi sesetengah manusia di luar sana.
Aku pun tak pasti mengapa semua ini terjadi.
Takut aku nak fikir igauan ngeri-ngeri ni semua,
takut kena pelempang buat kali kedua.
Wuwuwuwuwuwuwu.

Aku seorang yang suka tidur.
Ya betul !!!!
Tepat sekali.
Aku boleh tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Sambil mandi pun aku boleh tidur,
sambil makan pun boleh,
sambil baca buku lagi la bolehhhhhhhhhh...
hehehehe.

Dulu,
masa aku tinggal di Kolej Zaba,
waktu tu jam 8 malam,
aku tunggu bas kat hentian bas Zaba untuk ke Fakulti sebab ada perjumpaan.

Bas semua takdak malam tu,
jadi aku pun naik la bas Rapid KL.

Bas rapid KL akan berhenti di masjid dan aku boleh la berjalan kaki ke fakulti.

Tapi,
entah macam mana entah,
aku tertidur sampai terlepas ke Kajang.
Huhuhuhu.
sesorang pulak tu.

Kalau aku sedar kat Hentian Kajang,
boleh la tahan.

Ini tak.
Dah sampai Metro Kajang,
baru pakcik bas tu kejutkan aku.
sebab dia nak kosongkan bas.

Menangis aku sesorang kat situ.

Dengan ada orang gila mana entah yang tengah menyanyi,
jalan pun terhoyong-hayang,
mujur ada pakcik bas tu,
dia pesan,
jangan pergi mana-mana,
tunggu kat tempat dia duduk tu.

Sebab pukul 10,
baru bas akan jalan.

Hehehehehe.
Menyembang la aku dengan pakcik-pakcik bas semua tu.
Dan hasilnya,
sampai hari ni pakcik tu baik dengan aku.
Terima kasih pakcik rapid..

Huruf A dalam nama aku pula,
ada-ada saja.
memang pun dah jadi tabiat aku.
ada-ada saja aku ni kat mana-mana.
ada-ada saja aku ni nak cerita apa-apa.
ada-ada saja aku ni nak timbulkan sesuatu tanpa tak disengajakan.
kesimpulannya,
aku ni ada-ada saja la apa-apa pun.
di mana-mana,
bila-bila masa.

Hmm,
selama aku hidup ni,
aku rasa,
dah banyak aku menyusahkan orang lain.

huhuhuhu.

Aku suka kenakan orang.

Aku suka menyakat orang.

Aku suka gelakkan orang.

Bukannya apa,
cuma aku fikir,
kalau kita gelakkan orang,
satu hari nanti orang pasti gelakkan kita.

Tapi,
kalau kita marah dan maki orang,
satu hari nanti,
orang pasti marah dan maki kita balik.

Jadi,
daripada kena marah dan kena maki tak tentu hala,
lebih baik kena gelak.
itu masih boleh diterima.
(walaupun rahang aku sakit la ni tak boleh nak gelak banyak)

Hmm,
aku ni sering bernasib baik.
dan aku sering dikelilingi oleh insan-insan yang baik-baik belaka.

Semua orang baik ngan aku.

Masa aku nak naik bas pi Pasar Malam Bangi,
ada juga Mamat Bangla bagi aku duduk dan sanggup dia berdiri semata-mata nak suruh aku duduk kat situ.

Akak dan abang kafeteria Amin ni pun selalu bagi makanan free kat aku sebab aku pernah pinjamkan Al-Quran untuk mereka baca waktu bulan puasa.

Dan ramailah lagi orang yang baik dengan aku.

Ramai insan di sekelilingku yang sanggup menghulurkan bantuan bila aku memerlukan.

Tapi,
aku ni baik ke???

Itulah yang menjadi persoalannya.

Aku sendiri tak tahu sama ada aku baik atau sebaliknya.

Sebab,
semalam,
aku dah sakitkan hati orang.
merajuk orang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah gelakkan orang,
merajuk pulak sorang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah kenakan seseorang,
marah dia dekat aku.

Hehehehehe.

Padan muka aku.

Aku dah cuba untuk taknak ketawa tapi nak senyum saja.

Sebab bila aku ketawa,
nampak sangat kejahatan diriku terserlah.

Tapi,
bila aku senyum,
nampak macam aku ni skema pulak dah.

Susah..susah..

Aku tak dapat cari kebaikan pada diriku.

Pagi tadi,
aku kena pelempang dengan kawanku sebab aku mengigau.

Haaaaaaaaaaaaaa..
amik sebijik aku kena..
penampar jepun paling berbisa !!!!

Sebab aku ni degil,
roh taknak masuk dalam jasad,
jadi,
hanya dengan pelempang dapat mengembalikan diriku ke alam nyata.

Sakittttttttttttttttttttttt...

Tamparan dia telah menyedarkan aku bahawa aku ni insan degil yang paling degil di dunia.

Dan aku kembali insaf.

Sebab tu lah aku bermuhasabah diri.

Ternyata,
mimpi tadi membawa erti.

Dan kini,
aku terus tercari-cari,
apa kebaikan yang aku miliki?

Takkan takdak sifat baik langsung kot kat diri aku ni,
aku dah cari tapi tak jumpa.

Nampaknya,
aku nak insaf lepas ni.

Aku nak buat baik.
Taknak buat jahat dah kat sapa-sapa.

Aku taknak jadi Sazali.

Sebab aku nak jadi AZLIZA.

Hahahaha.

Eh, lupa pulak, jangan gelak..

Senyum..senyum...

Heeeeeee..

Tata