CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

Sembang Semut

Manakah yang lebih besar?
Semut ATAU Rama-rama???

Sebenarnya kedua-duanya sama sahaja. Hanya "kanta pembesar" yang membezakan perspektif kita. Apabila kanta ini diletakkan di tengah-tengah maka kita akan memandang sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Semut akan melihat si rama-rama jauh lebih besar daripadanya manakala si rama-rama pula akan terkejut besar apabila mendapati sang semut yang kerdil tiba-tiba membesar bagai raksasa.

Nilai moral di sini adalah:
-Jangan memandang rendah terhadap
keupayaan seseorang.

Thursday, January 15, 2009

Palestin..Apa yang dapat kita bantu....


Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa.


Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 500 orang Palestin.


Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?


Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :“Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah subahanahu wa ta’ala telah perintahkan bagi kamu sekalian”(Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah yang bererti : “Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. ” (Surah al Isra’ : Ayat 1)


Firman-Nya lagi yang bererti :


“Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.”(Surah al Anbia’ : Ayat 80)
Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah.


RasuluLLah telah bersabda yang bererti :


“Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. ” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)


Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam di isra’kan.


Allahu..Allah. ..


Bangunlah Wahai Pahlawan Islam


Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya).


Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.


Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British.


Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..
Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.


Mereka Saudara Kita.


Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwapembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin.


Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.


Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku…
Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.
Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma.


Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dansebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.


Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.


Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatka tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.


Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju ‘bebaskan palestin’ contohnya.


Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.
Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya. . Insya ALlah.

Forensic Heroes


English Title: Forensic Heroes

Cantonese Title: Faat Jing Sin Fung

Vietnamese Title: Doi Phap Ly Tien Phong

Casts: Bobby Au-Yeung, Frankie Lam, Yoyo Mung, Linda Chung, etc.

Length: 25 episodes (Cantonese) // 19 tapes (Vietnamese)

Release Date: June 2006 (Canto) // September 2006 (Viet)

Producer: Mui Siu Ching (Love Bond, The Charm Beneath, etc.)

Genre: Modern Drama/Detective/Forensics/Mystery/Suspense


Synopsis:


The Forensic Science Department's senior chemist, Ko Yin Bok (Bobby Au-Yeung Chan Wah) is a calm and reasonable person with great observational skills. Through just a single strand of hair or a fiber from a piece of clothing, he can help the police solve cases. People place Bok as their idol. Surprisingly though, Bok's brother-in-law, forensic pathologist Koo Chak Sam (Frankie Lam Man Lung), and senior inspector Leung Siu Yau (Yoyo Mung Ga Wai) suspect that he killed his wife!In the end, Bok is able to prove his innocence through his vast forensic knowledge. Bok, Sam, and Yau form a triangle consisting of the Forensic Science Department, the Forensic Pathology Department, and the Hong Kong Police Force, continuing to work hand-in-hand like before. With each case that they solve, the more mysterious things appear to be. Furthermore, it appears that someone is arranging everything, trying to go against Bok and setting a deathtrap for him!

Pintu Kasih


UKM
Bagaikan kelasi
Yang singgah di pelabuhan ini
Mencari secangkat ilmu
Agar kuhirup manisnya
Untuk dipunggahkan di daerah beningku
Buat anak-anak kelasi
Di bangku pengajian
Ketika pelita-pelita kau ayakkan
Menerangi garis-garis zaman
Kau masih sumbu terbakar
Masih lilin yang memancar
Api menunggu malap
Usia terpadam

UKM
Kau telah menanam benih subur
Tumbuh menjadi sejarah luhur
Membina membangun bangsa
Demi kesejahteraan dirimu
Rela kulontarkan namamu
Ke setiap daerah
Agar dapat kulaungkan
Betapa besarnya sumbanganmu
Dalam melayari bahtera impian.
-Cik LieYza Director Perasan-

Pohon Itu...


Pohon itu berdiri kaku
Menanti sang burung tumpang berteduh
Menanti alunan bayu bertiup lembut
Di kala senja mula berlabuh

Adakalanya ia membisu
Tiada sang bayu dan kicauan berlagu
Hanya sendirian tegak di situ
Megah zahirnya, batinnya sayu

Berguguran daunnya satu persatu
Tatkala ranting mula mereput
Akar yang teguh kian haus
Keras dahannya kian rapuh
Menunggu saat sembah ke bumi

p/s:"apa yang aku nak cakap sebenarnya ni???"=)

Wednesday, January 14, 2009

Merak dan helang yang bongkak..HUH..!!!




Ni la merak dan helang tu...wekk...
sang merak tu namanya farmerak..dan yang seekor lagi pula namanya saelang...
yang merak tu kira ok la juga..cuma farmerak ni nampak je cantik tapi bila orang suruh terbang...ermmm..hampeh....tahu kibas sayap je.....
yang saelang ni pula...dia suka tunjukkan kekuatannya kat orang ramai..hakikatnya dia hanyalah seekor burung yang lemah...saelang ni adalah seekor burung yang angkuh dan bersikap individualistik...!!!!!

Tai Kong Kong!!!!


Kasihan merpati ni..
Tercari-cari sesuatu yang hilang..
Dek kerana sang helang dan merak kayangan..
Bagaikan hilang arah dan panduan..
Namun, janganlah merajuk wahai sang merpati..
Ini memang adat dunia..
Dirimu masih berharga..
Dikau terbang secara berkumpulan..
Hiraukan saja helang dan merak yang megah itu..
Masih ramai yang menantimu dan menghargaimu..
Oh merpatiku....

Tuesday, January 13, 2009

Nak jadi apa ni....???

Ermm..
apa aku nak jadi 5 tahun akan datang???
Masa tu umur aku dah 28 tahun..
Huhuhuhu..
tuanya...

Sebelum tu..biar aku mulakan dengan matlamat jangka pendek dulu..

Haih...

Dalam masa terdekat ni,
Kiranya sebelum atau selepas aku konvo nanti..
Aku nak cari pengalaman kat Production House..

Sekarang ni pun tengah kutip pengalaman jugak..
Tapi bukan kat Prod House..
Cuma aku berhubung dengan orang-orang kat sana..

Aku ada hantar skrip untuk buat drama..
InsyaAllah..kalau ada rezeki...ada la...

Tapi aku kena buat perancangan ni...
Tulis skrip mungkin sebagai kerja sambilan..

Hala tuju aku yang tetap...
Ermm...apa hah?

Kedah f.m???
Mungkin ada peluang kat sana..
Tapi..minat aku lebih kepada penyiaran..
Nak buat drama...!!!!

Suatu hari nanti..
aku nak jadi penerbit..
Pengarah pun ok gak...
Akan kubuktikannya..

Masanya akan datang jua!!!

Cayok LIZA...!!!!!!!!
Gambate...!!!!

*U HAVE TO BE SOMEBODY...!!!!
*NOTHING IS PROBLEM...EVERYTHING IS CHALLENGE..!!!!

Monday, January 12, 2009

Menang di FFVPM..!!!!!!!!!!











Thursday, January 8, 2009

Muhasabah Diri...Nak Praktikal Nih...

Aku baru je selesai baca emel ni..Alhamdulillah, bagiku satu perkembangan yg baik...Skrip yg aku hasilkan mendapat perhatian pihak production. Katanya, skrip aku agak menarik dan akan diketengahkan untuk dijadikan drama. Sebenarnya, itulah impian aku sejak sekian lama. Dulu, aku minat menulis dan mengarang cerita. Di sekolah, aku selalu menulis cerpen untuk dimuatkan di majalah sekolah. Ramai guru dan rakan-rakan yg menasihati aku agar menghasilkan novel. Ermm..mungkin itu yg aku inginkan dahulu. Tapi, sejak aku melangkah masuk ke UKM ditambah pula dengan bidang Komunikasi Media yg aku ambil sekarang ni, minatku lebih tertumpu kepada penghasilan skrip dan bukannya penulisan novel. Maklumlah, aku pun bukannya minat sangat membaca. Baru je buka buku, mulalah mata mengantuk..Setakat sekarang ni, hanya sebuah novel yg aku baca sampai habis. Itupun, ada la langkau2 juga. Tajuk novel tu Ria Qistina. Masa tu, aku tengah minat kat sorang cikgu ni. Novel tu pulak kisahnya ala2 percintaan cikgu dan pelajar. Jadi,apa lagi..sebab tu aku pulun baca gak..hihihihi....Hmm..Tapi, aku ni jenis yang suka buat cerita..Tetiba je aku dapat idea...lebih kurang macam tu la..Antara karya yang pernah aku tulis dan aku rasa ok la:

Demi Seorang Insan- Cerpen (Majalah Mutiara)
Teduh- Skrip Drama
Mici dan Cito- Skrip Komik (InsyaAllah..bakal diterbitkan..coming soon)
Menanti Di Sayup Rindu- Drama Radio (Pernah diterbitkan di siaran Radio Midas,UKM)
Cahaya Kasih- Drama Televisyen Tunggal (Coming soon...Dlm proses pertimbangan)
Mencari Sinar di Hujung Senja- Drama Tv (Coming soon)
Sedenyut Nafas Ramadhan- Drama Tv (Coming soon)
Pengemis Jalanan- Berita Siaran (Terbitan Pusat Pengajian Media&Komunikasi,UKM)
Menjahit Katarsis- Dokumentari (Terbitan Pusat Pengajian Media&Komunikasi,UKM)

Hmm..bila diteliti semula, rasanya minat aku lebih kepada bidang penyiaran. Aku pernah juga bertugas sebagai DJ di Radio Midas. Tapi, rasanya aku kurang berbakat la nk jadi DJ. Aku pun bukannya jenis yang suka berceloteh sangat. Mungkin suka juga kadang-kadang tu tapi ikut situasi dan tempat la...Suara pun takdelah sedap sangat...

So..rasanya...aku akan teruskan apa yg aku minat sekarang ni..Cita-citaku?Ermm..entah..Pengarah kot...Penerbit pun ok..hahahaha...Penulis Skrip pun ok..

InsyaAllah..kalau ada rezeki, tercapai jua akhirnya nanti...

"Akan kupetik bintang-bintang itu suatu hari nanti...
Biarpun banyak halangan, rela kutempuh jua demi impian yg terpendam sekian lama"

-Cik LieYza Director Perasan-

Wednesday, January 7, 2009

Seronoknya....

Alhamdulillah..
Aku baru je lepas baca emel...
Skrip yg aku hantar kat prod house sedang dipertimbangkan utk buat drama..
Pastu, tadi saeing mesej..
Katanya,dokumentari yg aku hasilkan dgn Jernih Production sem lepas plak terpilih utk pencalonan akhir..
Hiip..Hip...Hoooraaayyyyyyyyyyyyyy...!!!!!
Moga aku berjaya..
Tahniah Liza...!!!

Tuesday, January 6, 2009

I'm Back..!!!!


2008 melabuhkan tirainya...
2009 menjenguk tiba...
Tahun baru disambut dengan tubuhku yang lesu tak bermaya akibat demam panas...
Namun, azam dan tekad tetap tersemat di dada..
Melangkah ke tahun baru diiringi doa dan semangat yang berkobar-kobar.
Demi masa depan yang lebih gemilang..
Akanku hadapi apa jua cabaran yang bakal melanda. Pahit manis 2008 akan kujadikan panduan untuk mematangkan fikiran dalam menghadapi cabaran yg akan tiba...!!!
InsyaAllah....