CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 22, 2008

Dan Di Situ Ada Doa..



Cuaca cerah bertukar rupa..
Langit teduh tanpa bicara..
Guruh berdentum bagaikan memberi petanda..
Ada sesuatu yang ingin dikata..

Namun..
Beginilah hidupnya seorang manusia..
Manusia yang sering alpa dan leka..
Lalai dek kemajuan dunia..
Mengejar kemegahan di sini sana..

Azan berkumandang penuh syahdu..
Memanggil umat Muhamad menyegerakan yang fardhu..
Namun jawapan yang didengar tidaklah semerdu..
"Tunggu sebentar"..
Itu bukanlah jawapan yang ditunggu..

Kalam Allah tersusun rapi..
Sering ditempatkan di tempat yang tinggi..
Namun untuk membacanya jarang sekali..
Sekadar perhiasan di alam duniawi..

Kini..

Sejadah terhampar di senja tua..
Doa ditadah pembuka bicara..
Sebelum ajal di hujung nyawa..
Eloklah bertaubat dengan segera..
Pintu taubat masih terbuka..
Untuk hamba-hamba yang dikasihi-Nya..

Apa dikejar ceritera dunia..
Hanya lakonan semata-mata..
Sekadar pentas untuk hambaNya..
Adakah lakonan kita berjaya di akhirnya?

.:Sajak ni tercipta tatkala aku melihat seorang pakcik yang sudah uzur..
.:Keinsafan lahir dari hatinya untuk kembali ke pangkal jalan..
.:Aku doakan agar Allah menerima taubat dan membuka pintu hatinya..


InsyaAllah..
-Cik LieYza-

Sunday, September 21, 2008

Terima Kasih..

Salam..


Hehehe..
Syoknya..
Hari ni bila aku buka blog..
Tiba-tiba je blog aku dah berubah bentuk..
Nak ucapkan bebanyak teima kasih buat abg loqman..
Abg loqman tu kawan abg din..
Nasib baik abg loqman ada..
Akhirnya..
Dapat juga masukkan lagu, kalendar dan sebagainya dalam blog ni..
Seronoknya.....!!!!
Lepas ni nak masukkan kotak chatting dan lain-lain pula..
Nak buat bagi cantik..
Studio blog tercantik di alam maya..
InsyaAllah..

Thursday, September 18, 2008

Kebaikan mengatasi segala-galanya...

Hihi..

Aku mulakan kisahku hari ini dengan sedikit ketawa..
Memang aku nak ketawa mengingatkan apa yang telah berlaku semalam..
Sebenarnya..
Aku pun tak sangka ianya akan terjadi kepada diriku..

Aku di perpustakaan..
Tiba-tiba datang seorang kawan..
Kawan yang aku kenali sejak begitu lama di UKM ni..

Dia segera menghampiriku..
Aku seperti biasa hanya tersenyum..
Memang aku selalu senyum kalau jumpa sesiapa pun..
Sama ada aku kenal mahupun tidak..
Senyumanku tetap kulemparkan kepada sesiapa sahaja di dunia ini..
Maklumlah..
Senyum itukan satu sedekah..
Amal jariah..
Begitu mudah untuk kutambahkan pahala di bulan puasa..

Seketika kemudian..
Kawanku memegang tanganku..
Lalu dia memohon maaf daripadaku..
Aku terpinga-pinga..
Apakah kesalahannya kepadaku?
Kenapa pula aku harus memaafkan insan yang tidak berdosa kepadaku?
Aku ini siapa?
Yang aku tahu..aku hanya manusia biasa..

Rupa-rupanya..
Dialah orang yang ku tertanya-tanya selama ini..
Dialah orang yang menghantar "layang-layang" kepadaku..

Aku bingung..
Bagaimana dia berani berhadapan dengan diriku..
Apatah kekuatan yang membuatnya untuk berhadapan dengan diriku..

Rupa-rupanya dia tidak sanggup menahan air mata..
Tidak sanggup menahan resah di dada..
Dek segala jasaku kepadanya..

Padahal..
Aku hanya membantu sedikit cuma..
Sekadar picisan ku kira..

Namun..
kebaikan yang kulakukan rupa-rupanya masih terasa di hatinya..
begitu terkesan dan menyentuh jiwa..
sehingga dirinya insaf dan memohon maaf..
atas segala dosa yang pernah dilakukannya..

Aku sedar..
aku juga manusia biasa..
bermaaf-maafan adalah lebih baik kukira..

Jadi..
aku segera memaafkan dirinya..

Maka..
Terhubung kemabalilah kasih di antara kami berdua..

Begitulah kisahku..
mungkin ada yang tak faham..
apapun..
aku cuma seorang insan..
tak baik mengaibkan orang..

sekadar ini yang boleh kusampaikan..

pesananku..
berkasih-sayanglah sesama insan...

Tatkala kabur di pandangan mata...

Komputerku buat hal lagi..

Kali ni dimasuki virus yang kurasakan agak ganas namanya..
"virus IMAUT"
Entah dari mana virus tu datang..
Aku jua tidak sedar bagaimana ia boleh menyerang..
Betapa degil virus yang memasuki komputerku itu..
Walaupun aku dah padam..
tapi ia masih kekal di situ..
mujurlah ia tidak beranak-pinak di dalam pelbagai 'folder'ku..
jika tidak..
menangis lagilah diriku..
baru sahaja aku format komputer tu..


hmmm..
inilah kehidupan seorang mahasiswa..
tanpa komputer..
musnahlah dunia..
gelaplah mata..
sakitlah kepala..

tapi..
dengan komputer juga..
kaburlah mata..
hihi..
tengok..
aku kini sudah macam orang tua..
nak membaca pun terpaksa guna cermin mata..
mengalahkan mak aku yang tua..

dulu..
mak aku pernah berkata..
"liza..masukkan sat benang dalam jarum ni..
mata mak dah tua..
dah tak nampak.."
aku sering ketawa..

tapi sekarang..
barulah ku sedar..
tatkala diri sendiri mengalaminya...
betapa seksanya jiwa..
setiap hari nak pakai cermin mata..

aku gelisah bukannya apa..
bila pakai cermin mata..
hmmm..
aku rasa..
mukaku tak lawa..
hehehe..
macam orang tua..
itu saja..


Tuesday, September 16, 2008

Hari ini aku mengantuk

Salam..

Hari ni aku rasa mengantuk sangat masa kelas mandarin tadi..Mata aku bagaikan nak pejam bila dengar laoshi mengajar..Mungkin hatiku dah berada di kampung..jasad dah melayang ke kedah cuma roh saja yang masih setia di UKM..Hmm..nantilah aku sambung tulis...Aku sibuk sikit hari ni..Jumpa lagi di lain waktu...

Kisah dan Teladan...Mari kita baca..!!!

Airmata Nabi Adam a.s

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Monday, September 15, 2008

Setelus Harapan Segunung Impian...

PadaMu Ya Allah..
Kupanjatkan rasa kesyukuranku..
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran..
Hanya buatMu..
Daripada aku..seorang hamba..

Di hari ini..
Nafasku masih lagi bernyawa..
Nadiku masihku berdenyut nyata..
Degupan jantungku masih terasa..
Mataku yang tertutup buat seketika..
Terbuka akhirnya..

Mentari cerah senyum semula..
Kicauan burung bersiulan gembira..
Langit luas terbentang nyata..

Semoga hari ini dapat ku jalani dengan gembira..
Tanpa ada duka dan nestapa yang mencela jiwa..
Onak berduri di dunia fana..
Moga aku tak terjerumus ke lembah hina..

Aku adalah harapan keluarga..
Harapan ayah bonda di desa sana..
Menunggu diriku setiap masa..

Masih ku ingat..
Betapa beratnya hati kedua orang tua..
Melepaskan aku ke kota..
Kota yang penuh rona dunia..
Kota yang bisa perjalanannya..
Kota yang bisa mengubah apa sahaja sekelip mata..

PadaMu Ya Allah..
Aku meminta..
Moga amanah yang ku galas ini..
Terlaksana jua di akhirnya..
Bimbinglah aku dalam setiap langkahku..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..

Buat ayah bonda tercinta..
Doa restumu itu ku pinta..
InsyaAllah..
Bila tiba masanya..
Setiap kata akan ku kota..
Setiap janji akan ku laksana..
Semoga harapan dan impianku menjadi nyata..
Agar senyumanmu kembali berbunga..

Luahan Hati..
-Anakmu tercinta-
Cik Liza =)

Sebenarnya.....

Sebenarnya...
Pensyarah aku yang suruh buat blog ni..
Dr. Mawar Shafei..
Hebat tu..
Penulis cerpen terkemuka Malaysia..
Untuk tulis diari katanya...
Aku bukannya rajin tulis sangat pun..
Dulu..
Selalu juga tulis diari..
Tapi dalam buku kecil..
Masa aku sekolah dulu..
Kalau aku sedih ke..
Aku gembira ke..
Terlebih gembira ke..
Aku tulislah dalam diari tu..
Tapi...
Sekarang ni..
Aku dah ada diari elektronik..
Hehehe..
Terpaksalah aku online setiap hari..
Takut terkubur pula blog aku ni..
Jumaat ni aku dah nak balik rumah kat Kedah..
Rindunya pada keluarga..
Lama tak jumpa..
Buat mak, abah dan adik-adik..
kaklong, abanglong..
serta anak saudara aku Amirul Mukmin yang baru lahir..
Nantikan kepulanganku di desa tercinta minggu depan..
Dapatlah kita sambut raya bersama-sama..
Sayang semua..
Muahhh..!!!

Studio Baru..Hihi..


Sebenarnya..
Aku tengah buat praktikal kat studio MIDAS Ukm..
Tapi..
Sekarang ni..
Aku dah ada studio sendiri..
Hihihi...
Seronoknya...
Akulah pengarah studio ni..
Hihhiihihii..
Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimat..
Puasa jangan tak puasa..!!!
Moga kita semua diberkati dan sentiasa berada di bawah payung rahmatNya...
Salam Ramadhan..
-Cik Lieyza Director Perasan-

Hari Ini Dalam Sejarah



Salam buat semua...
Akhirnya...dapat juga aku memiliki blog sendiri..
Walaupun belum siap..hihi..
Terima kasih buat pereka grafik aku..
Fatah Aziz..
dan..
kawan aku..
Ain...
hihi...
jasamu ku kenang selalu..