CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 23, 2011

AnDai iTu takdirNya

22 Jun 2011. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Agak takut pada mulanya untuk menghadiri sesi temuduga. Daripada 45orang jumlah peserta yang terpilih pada peringkat awal, berkurangan kepada 20 orang pada peringkat separuh akhir dan akhirnya tinggal 9 orang untuk ke peringkat akhir. Ya, saingan agak sengit. Masing-masing yang hadir kelihatan sangat berpengalaman dalam bidang penyiaran dan sedikit berusia. Terasa diriku begitu kerdil jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Alhamdulillah, kesemua soalan yang diajukan mampu kujawab dengan penuh keyakinan walaupun sedikit gugup pada awalnya.

Mengikut kata seorang encik yang bertugas menyemak resume serta dokumen di kaunter pendaftaran, aku merupakan satu-satunya calon yang mempunyai ijazah di dalam bidang komunikasi media bagi permohonan tersebut. Namun, walaupun peserta-peserta lain bukan berlatarbelakangkan bidang media, kelihatan semuanya sangat berpengalaman dan rata-rata juga sedang berkhidmat di dalam bidang penyiaran.

Aku sendiri tak pasti mampukah aku mengatasi calon-calon yang menghadiri sesi temuduga semalam. Apapun, aku sangat bersyukur kerana aku dah berikan yang terbaik sehingga melayakkan aku ke peringkat akhir....dan seandainya ada rezeki untukku, maka aku terima dengan penuh kesyukuran.

Nurul Azliza Nordin...
Anda dah lakukan yang terbaik !

Semoga kesudahanku juga sentiasa baik.

....Amin....

Saturday, June 18, 2011

Catatan 18 Jun 2011

Hari ini Sabtu, 18 Jun 2011.
Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk aku berdepan dengan situasi yang sangat menakutkan.
Ya, temuduga. Takutnya rasa. Selalu macamni. Kenapalah jadi macamni..selalu ja macamni. Kalau waktu biasa, sekali orang tanya, sepuluh kali aku jawab. Tapi, kalau waktu temuduga ja, satu orang tanya....terketar-ketar nak habiskan satu ayat. Hmmm...liza..liza...cubalah berlagak sikit..cool..cool...huhuhu.

Permudahkanlah urusan temudugaku...

InsyaAllah....mudah-mudahan...

Amin....

Wednesday, June 15, 2011

Seekor burung berwarna coklat...


Hari ini bertarikh 15 Jun 2011 (jam 4.13petang), seekor anak burung dengan tiba-tiba jatuh di atas meja tulisku. Entah dari mana burung ini datang. Apa yang kutahu, berkemungkinan burung ini terkena kipas dan kakinya patah lalu terjatuh di atas meja.

Aku segera mengurut kakinya secara perlahan-lahan. Kuberikan ia minuman. Mata yang asalnya terbuka mulai pejam. Jantungku berdegup kencang. Jauh di sudut hatiku, aku berdoa..
"Ya Allah, selamatkanlah anak burung ini."

Aku meletakkan anak burung di atas telapak tangan sambil menggosok-gosok kepalanya. Aku letakkan ibu jari di dadanya dan terasa jantungnya berdegup laju dan kencang.

Aku mengambil sehelai kertas dan mula menyelimutkan badannya (kot-kot dia sejuk) lalu aku letakkan ia di dalam sebuah kotak (kotak untuk name card).

Aku berhasrat untuk membawanya pulang dan cuba merawati kakinya.

.........sangkarku berisi burung lagi........

Seekor burung berwarna biru...


Hampir dua bulan burung ini berada dalam kurungan sangkar di rumahku. Dua bulan yang lalu, adikku membawanya pulang ke rumah. Katanya, dia terjumpa burung ini di tepi jalan dan berada dalam keadaan keletihan. Kelihatan burung ini masih lagi dapat dikategorikan sebagai 'baby'. Tak pasti berapa usianya yang sebenar tetapi burung ini tak berapa pandai nak terbang.

Oleh sebab bulu dan warnanya yang sangat cantik, adikku berkeputusan untuk membelanya di dalam sangkar besi. Sangat kasihan setiap kali kumemandangnya hingga di suatu saat, aku menyatakan hasrat untuk melepaskan burung itu pergi dan aku akan membayar ganti rugi sebanyak rm40 kepada adikku. Adikku bersetuju.

Selang sehari, aku batalkan hasrat untuk melepaskan burung tersebut kerana mula terfikir. Adakah adikku seorang yang mata duitan? Adakah dia sanggup buat apa sahaja demi wang? Adakah suatu hari nanti dia juga bakal menjualkan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang? dan bukannya kerana kerelaan atau atas dasar kemanusiaan atau kasih sayang serta belas kasihan...??? Adakah???

Maka,
aku membatalkan hasratku dengan segera.

Aku juga terfikir, sekiranya aku menyerahkan wang kepada adikku demi seekor burung, adakah aku turut mendorongnya menjadi seorang yang mata duitan..Secara tidak langsung, aku juga sedang mengajarnya untuk menjadi seorang yang mata duitan. Ah, aku tidak akan mengajar adikku perkara sedemikian.

Dua bulan kemudian (yakni semalam),
adikku memintaku melepaskan burung tersebut kerana kasihan melihatnya kesepian tak berteman. Bulunya cantik tapi hidupnya terkurung. Siulannya juga semerdu burung lain tapi hanya kedengaran di sebalik besi buruk yang kecil dan berkunci.

Hari ini,
aku melepaskan burung tersebut di sebuah kawasan sawah padi hijau yang terbentang luas.

Kelihatan burung itu terbang tinggi dan adakalanya terbang rendah. Mungkin, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kawasan lapang dan luas.

Apa sekalipun yang terjadi,
semoga burung itu dapat menikmati hidupnya sebagai seekor burung secara fitrah.

Wahai burung,
kulepaskan engkau pergi..terbanglah ke mana sahaja kau mahu...
ku tak tahu adakah keputusanku ini terbaik atau sebaliknya untukmu..
kujuga tak tahu nasibmu kelak setelah kumelepaskanmu..
semoga kau dapat belajar mengenali dunia ini.

~ SELAMAT MENEMPUHI ALAM INI ~

Tuesday, June 14, 2011

JaNJi Ya ~~~


Hidup adalah pencarian.
Mencari, melalui dan menemui.
Setiap proses dan perjalanan hidup adalah ilmu.
Ilmu adalah pengalaman dan pengalaman adalah guru.

Seringkali kita tertanya-tanya,
mengapa terjadi begini?
mengapa terjadi begitu?

Adakalanya kita terlupa.
Mengapa ia terjadi?
Hanya satu kunci jawapan.
Yakni, kerana kita menyimpan kepercayaan bahawa ia boleh terjadi.
Dan tanpa kita sedari, kita juga telah membuka ruang dan peluang sekaligus 'membenarkan' ia terjadi.

Dalam hidup ini,
seringkali hadirnya peluang yang tidak disangka-sangka.

"Nasib baik aku jumpa dia, mana nak cari orang yang macam ni."

Mungkin,
pernah terdetik di hati kita ungkapan sebegini.
(dalam apa jua situasi)

Tetapi awas,
kita harus berwaspada.

Zaman sekarang terlalu canggih sehingga otak manusia juga banyak yang dah terkalih.

Apa jua yang kita lakukan,
sebaik-baiknya WAJIB ada HITAM PUTIH.
Zaman sekarang bukanlah zaman kanak-kanak yang hanya berjanji menggunakan jari kelingking sebagai saksi.

Pasti banyak situasi di luar jangkaan yang berkemungkinan terjadi seandainya HITAM PUTIH dianaktiri.


iKaN: aDa uDaNG di SebaLiK BaTu ~


"Ada udang di sebalik batu."

Puas kufikir, mengapa UDANG?
Mengapa bukan ikan buntal?
Mengapa bukan ketam?
Mengapa bukan siput sedut mahupun kekuda laut?
Mengapa mesti udang???

Puas juga kufikir,
mengapa mesti BATU?
mengapa bukan tapak sulaiman?
mengapa bukan pepasir atau batu karang?

Sesungguhnya,
....Imagination is more important than knowledge....
Cuba kita bayangkan ~~~

Suatu ketika dahulu,
udang-udang yang hidup di dasar lautan kesemuanya kecil belaka akibat kekurangan zat spirulina. Namun, kulit mereka jernih kerana terhindar daripada tumpahan minyak mahupun sisa-sisa toksid yang mampu mengganggu-gugat keaslian kulit mereka.

Udang bebas berenang di dasar lautan.
Udang berenang ke sini dan ke sana sambil meluncur dengan gembira.

Pada suatu hari,
sedang udang leka bermain,
tetiba datang seekor ikan menyapa.

Ikan: Hai udang.
Udang: Eh..eh ikan..ikan dari mana nak ke mana?
Ikan: Dari sini nak ke sana.
Udang: Ikan..kita kan dah lama tak jumpa. Apa kata..jom kita berehat di batu besar tu, nak?
Ikan: Boleh juga, jom..jom..

Ikan dan udang berenang menuju ke sebuah batu besar berhampiran mereka.

....Setibanya mereka di sana...

Ikan: Eh, eh udang..cantiknya kulit kamu..bersih dan cerah gitu!! Sebersih batu di dasar laut ini..!!! Apakah rahsia kamu?
Udang: Gunalah "SIMPLY CT", rahsiaku kini menjadi milikmu!

Sedang udang dan ikan asyik bersembang,
mereka terdengar bunyi riuh-rendah jeritan suara.
Mereka segera memerhatikan di sebalik batu.

Alangkah terkejutnya mereka!
Kelihatan tentera ketam sedang mengganas dengan menangkap dan membunuh kesemua haiwan laut di tempat mereka berada sempena pesta ketam sedunia.

Melihatkan situasi berkenaan,
ikan dan udang menjadi semakin takut.

Tubuh mereka menjadi kaku.
Lidah mereka semakin kelu.

Tiba-tiba ikan menjerit dengan kuatnya!!!!

Arrrgggghhhhhh!!!!!

Ikan diserang dari arah belakang.
Ekor ikan disepit kuat oleh tentera ketam.

Ikan menjerit meminta bantuan.

Ikan: Udang...tolong aku!!!!! tolong aku, udang!!!!!!!

Udang yang amat ketakutan memejamkan mata dan hanya mendiamkan diri serta sedaya mungkin merapatkan badannya ke batu.

Oleh sebab kulit udang jernih umpama batu,
maka kehadiran udang tidak disedari tentera ketam.

Ikan yang kesakitan akibat disepit ketam kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sebelum ikan menghembuskan nafasnya yang terakhir,
ikan sempat berkata kepada tentera ketam,

"Ada udang di sebalik batu..."

........................................................................................................................

Beberapa purnama kemudian,
anak tentera ketam diculik oleh maharaja ikan.

Tentera ketam diminta menghadap maharaja ikan sekiranya ingin mendapatkan semula anaknya.

Dalam majlis perundingan antara maharaja ikan dengan tentera ketam,
tentera ketam diminta menjawab sebuah teka-teki.

Maharaja ikan bertanyakan tentera ketam, apakah yang tersembunyi di sebalik sebuah batu besar di hujung dewan.

Tentera ketam terimbau kembali kenangan silam.

Seketika kemudian,
tentera ketam segera menjawab,
"Ada udang di sebalik batu wahai tuanku"

Maharaja ikan segera menyuruh dato' panglima bendahara belut berenang dan mengalihkan batu tersebut. Ternyata, keluarlah seekor udang lipan yang besar lagi sedap untuk dimakan dari belakang batu tersebut.

Maka dengan itu,
anak tentera ketam diserahkan semula dengan selamatnya dan kisah itu menjadi lagenda buat selama-lamanya ~


Wednesday, June 8, 2011

HidupKaN seMuLa HoBi LaMa


Bermula 4 Jun lalu,
walaupun aku sibuk dengan tugasan luar namun aku masih mampu meluangkan masa untuk hobi yang setelah lama kutinggalkan akibat terlalu sibuk sebelumnya. Aku tahu, masaku agak terhad namun seminggu sekali (walaupun hanya beberapa jam cuma), aku pasti akan meluangkan masa untuk bercucuk tanam di kebun comelku itu.

Halaman depan rumahku kini dipenuhi dengan pokok buah-buahan yang pastinya boleh dimakan bila ia berbuah kelak.

Pokok-pokok tersebut termasuklah ciku, limau bali, limau kasturi, delima, kacang kelisa, kacang tanah, ubi kayu dan rambutan anak sekolah. Walaupun dah ada tiga pohon rambutan di sebelah rumahku (yang kini sedang lebat berbuah) namun aku rasa aku patut menyemai sepohon lagi rambutan hasil tanamanku sendiri. Dan yang terbaru, aku berhasrat untuk menanam buah naga dan malberi kerana aku sudah dapat mengenalpasti tempat untuk mendapatkannya.

Melihatkan anak-anak saudaraku yang masih kecil,
terlintas di fikiranku untuk menanam pelbagai pokok buah-buahan bagi menghidupkan suasana kampung dirumahku.

Apabila pokok-pokok yang ditanam berbuah kelak,
maka bolehlah aku mengajak anak-anak saudaraku pulang ke kampung untuk memetik buah. Ayuh anak-anak sekalian, kita balik kampung dan kait buah ciku sama-sama ye (^-^)

(^-^) Sukanya (^-^)

Tuesday, June 7, 2011

TeRuskaN MeNGeJaR iMPiAN


Alhamdulillah.
Walaupun banyak rintangan yang terpaksa kuhadapi dan tempuhi, akhirnya aku mampu jua melangkah ke peringkat akhir pemilihan calon bagi jawatan P******T R*******N di bawah KPKK. Sedikit rasa lega setelah berjaya hingga ke tahap ini tetapi timbul pula rasa takut untuk menghadapi cabaran seterusnya. Mungkin, cabaran yang lebih sukar sedang menanti aku pada 22hb nanti. Entah apa pula assignment yang perlu aku lakukan bagi melayakkan aku memegang jawatan tersebut secara sah dan bertauliah cewah..

Semoga Allah permudahkan urusanku.

Aku tahu,
bukan mudah untukku melalui semua ini.

Apa jua kesudahannya nanti,
aku takkan berputus asa dalam mengejar kerjaya.

Dan kutahu, walau aku diuji pelbagai rintangan,
kupercaya ada hikmah di sebalik semua ini.

Nurul Azliza Nordin,
teruskan usaha anda..

SEMOGA BERJAYA !!!

Wednesday, June 1, 2011

AnDai aKu taK MaMpU MeRuBaH, aKu paSrAh.


Hari ini 1 Jun 2011.
Pejam celik pejam celik pejam..nasib baik masih mampu untuk celik lagi.
Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini.

Semalam, 31 Mei 2011, aku menerima satu mesej daripada seorang rakan yang bernama Ain mengatakan bahawa seorang rakan sepengajian dari Pusat Pengajian Komunikasi Media UKM (Norizan atau lebih dikenali dengan nama Eje) telahpun kembali ke rahmatullah. Terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sepanjang Mei lalu,
pelbagai situasi telah aku lalui.
Dan ingin kucatatkan di sini untuk muhasabah diri sendiri.

Bermula dengan 8 Mei 2011.
Aku menghadiri temuduga untuk permohonan dana syarikat.
Aku tidak menaruh sebarang harapan dalam permohonan ini kerana kutahu bukan mudah untuk mendapatkan dana. Dan atas sebab itulah aku merahsiakan daripada rakan kongsiku. Aku ke sana secara senyap. Fikirku, seandainya permohonan ini lulus, aku ingin memberikan kejutan kepada rakan kongsiku dan juga syarikat.
Sangat mendebarkan ketika ditemuduga. Pelbagai soalan diajukan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Aku lancar dalam berkata-kata.

Juga 8 Mei 2011.
Aku berjumpa dengan beberapa orang staf rtm yang terlibat dalam bahagian pengiklanan, berbincang tentang produk syarikat yang ingin diiklankan. Dan, mengikut perancangan, aku ingin iklankan seawal bulan Jun ini.

Diikuti dengan kes kehilangan telefon bimbit juga pada 8 Mei 2011.
Puas kucari tak jua kutemui.
Setengah jam sebelum telefon tersebut hilang,
aku masih menggunakannya untuk menghantar satu mesej dan aku sendiri tidak menyangka bahawa mesej yang kuhantar adalah mesej terakhir dari handphone terbabit.

Hal tersebut banyak menyedarkan aku ..
betapa 'pantasnya' sekiranya Allah ingin menarik semula apa yang kita ada..

Sebenarnya,
ada "kenangan" dan beberapa "perjanjian" yang turut tersimpan di dalam telefon berkenaan dan disebabkan itulah kehilangannya amat dirasai hinggakan aku terduduk diam membisu tak mampu berkata apa-apa lagi.

Aku cuba mengubat hatiku dengan membeli sebuah telefon baru (2ndhand) yang reka bentuknya hampir sama dengan telefon lama. Sedikit sebanyak, ia mampu mengubat hatiku yang lara tapi nampaknya hanya mampu bertahan selama 4 hari. Kemudian, handphone itu turut rosak tak tahu puncanya.

12 Mei 2011.
Seorang rakan datang menemuiku dan menceritakan sesuatu tentang rakan kongsiku.
Aku cuba untuk bersikap profesional dan tak ingin babitkan hal peribadi dan perniagaan walaupun ketika itu kutahu betapa hancurnya hati ini.

13 Mei 2011.
Aku bertemu dengan rakan kongsiku pada waktu pagi.
Kami masih mampu bergurau-senda dan bergelak-ketawa serta merancang untuk menyiapkan design untuk produk terbaru syarikat. Sempat juga rakan kongsiku membelikan aku sekotak air soya dan tiga bungkus roti.

13 Mei 2011, petang.
Aku menerima suatu panggilan daripada seorang rakan yang menceritakan 'sesuatu' yang amat 'berat' untuk aku terima. Terasa seolah-olah kehadiranku selama ini (10 bulan 13 hari) hanya sia-sia.

13 Mei 2011, petang.
Aku menghantar SMS mengatakan bahawa aku menarik diri dari syarikat berkuat kuasa serta- merta. Sedikit pertelingkahan terjadi melalui SMS dan bukannya berdepan kerana aku berjaya 'menghilangkan' diri dan rakan kongsiku tak dapat bersemuka denganku.

14 Mei dan 15 Mei.
Aku MC dan ponteng kerja kerana demam (mungkin kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa)

16 Mei.
Rakan kongsiku menghantar SMS mengatakan bahawa permohonan dana yang aku mohon dahulu telah diluluskan dan cek bernilai RM500,000 memerlukan tandatangan aku untuk diluluskan. Pihak terlibat menelefon rakan kongsiku kerana tak dapat menghubungiku. Ya, memang benar, aku tidak melayan sebarang panggilan 2 hari yang lalu kerana tiada perasaan untuk berbuat demikian.

17 Mei.
Aku diminta kembali ke syarikat dan rakan kongsiku memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tapi,
entahlah.
hatiku terasa hancur sekali.
terluka.
tak tahu bila akan sembuh.
mungkin mengambil masa seminggu.
mungkin sebulan.
mungkin setahun.
mungkin juga selamanya.

19 Mei 2011.
Hari lahir rakan kongsiku.
Sepatutnya, aku serahkan semua barang dan dokumen syarikat pada hari ini.
Tapi, aku tak sanggup berbuat demikian kerana aku menghormati tarikh ini.
Aku minta tempoh selama dua hari.

21 Mei 2011.
Aku tak kembalikan barang-barang syarikat kerana aku agak sibuk dengan tugasan kerja lain.

25 Mei 2011.
Rakan kongsiku menelefonku.
bertanyakan keputusanku sama ada nak kembali atau tidak.
juga tentang cek tersebut.

Kataku,
aku takkan kembali dalam masa terdekat ni.
aku juga tak memerlukan wang sebanyak itu.
sekiranya dibenarkan, aku rela menukar nama cek dan ambillah kesemuanya dan teruskan projek yang telah dirancang.
bezanya, aku tak akan ada lagi di situ.

Sedikit pertelingkahan juga berlaku.

Maka dengan itu,
aku menghantar SMS sekali lagi mengatakan bahawasanya saya yang bernama Nurul Azliza Nordin membatalkan permohonan dana sekaligus menarik diri secara sah dan rasminya pada hari ini bertarikh 25 MEI 2011.

25 Mei 2011.
Balik rumah, sekali lagi aku demam.

25 Mei.
Sepatutnya pada hari ini aku membayar wang untuk kereta syarikat tapi aku tak bayar sebab aku dah keluar secara rasminya.

27 Mei 2011.
Aku sangat kecewa melihat wang simpanan yang kukumpul yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta syarikat serta wang yang disimpan untuk sebarang modal sekiranya diperlukan syarikat. Maka dengan itu, aku berkeputusan untuk menghabiskan dan melenyapkan wang tersebut dengan membeli sebuah laptop baru, handphone baru, external hard disk serta beberapa jenis peralatan komputer untuk kegunaanku dan adikku.
Juga sebagai hadiah untuk mengubat hatiku yang lara dan pilu.

1 Jun 2011.
Aku meneruskan hidupku seperti biasa.
Tiada lagi bisnes, tiada lagi cinta.
Hahahahahaha.
Gelak sikit untuk diri sendiri.

"Andai aku tak mampu merubah, aku pasrah."