CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 1, 2011

AnDai aKu taK MaMpU MeRuBaH, aKu paSrAh.


Hari ini 1 Jun 2011.
Pejam celik pejam celik pejam..nasib baik masih mampu untuk celik lagi.
Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini.

Semalam, 31 Mei 2011, aku menerima satu mesej daripada seorang rakan yang bernama Ain mengatakan bahawa seorang rakan sepengajian dari Pusat Pengajian Komunikasi Media UKM (Norizan atau lebih dikenali dengan nama Eje) telahpun kembali ke rahmatullah. Terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sepanjang Mei lalu,
pelbagai situasi telah aku lalui.
Dan ingin kucatatkan di sini untuk muhasabah diri sendiri.

Bermula dengan 8 Mei 2011.
Aku menghadiri temuduga untuk permohonan dana syarikat.
Aku tidak menaruh sebarang harapan dalam permohonan ini kerana kutahu bukan mudah untuk mendapatkan dana. Dan atas sebab itulah aku merahsiakan daripada rakan kongsiku. Aku ke sana secara senyap. Fikirku, seandainya permohonan ini lulus, aku ingin memberikan kejutan kepada rakan kongsiku dan juga syarikat.
Sangat mendebarkan ketika ditemuduga. Pelbagai soalan diajukan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Aku lancar dalam berkata-kata.

Juga 8 Mei 2011.
Aku berjumpa dengan beberapa orang staf rtm yang terlibat dalam bahagian pengiklanan, berbincang tentang produk syarikat yang ingin diiklankan. Dan, mengikut perancangan, aku ingin iklankan seawal bulan Jun ini.

Diikuti dengan kes kehilangan telefon bimbit juga pada 8 Mei 2011.
Puas kucari tak jua kutemui.
Setengah jam sebelum telefon tersebut hilang,
aku masih menggunakannya untuk menghantar satu mesej dan aku sendiri tidak menyangka bahawa mesej yang kuhantar adalah mesej terakhir dari handphone terbabit.

Hal tersebut banyak menyedarkan aku ..
betapa 'pantasnya' sekiranya Allah ingin menarik semula apa yang kita ada..

Sebenarnya,
ada "kenangan" dan beberapa "perjanjian" yang turut tersimpan di dalam telefon berkenaan dan disebabkan itulah kehilangannya amat dirasai hinggakan aku terduduk diam membisu tak mampu berkata apa-apa lagi.

Aku cuba mengubat hatiku dengan membeli sebuah telefon baru (2ndhand) yang reka bentuknya hampir sama dengan telefon lama. Sedikit sebanyak, ia mampu mengubat hatiku yang lara tapi nampaknya hanya mampu bertahan selama 4 hari. Kemudian, handphone itu turut rosak tak tahu puncanya.

12 Mei 2011.
Seorang rakan datang menemuiku dan menceritakan sesuatu tentang rakan kongsiku.
Aku cuba untuk bersikap profesional dan tak ingin babitkan hal peribadi dan perniagaan walaupun ketika itu kutahu betapa hancurnya hati ini.

13 Mei 2011.
Aku bertemu dengan rakan kongsiku pada waktu pagi.
Kami masih mampu bergurau-senda dan bergelak-ketawa serta merancang untuk menyiapkan design untuk produk terbaru syarikat. Sempat juga rakan kongsiku membelikan aku sekotak air soya dan tiga bungkus roti.

13 Mei 2011, petang.
Aku menerima suatu panggilan daripada seorang rakan yang menceritakan 'sesuatu' yang amat 'berat' untuk aku terima. Terasa seolah-olah kehadiranku selama ini (10 bulan 13 hari) hanya sia-sia.

13 Mei 2011, petang.
Aku menghantar SMS mengatakan bahawa aku menarik diri dari syarikat berkuat kuasa serta- merta. Sedikit pertelingkahan terjadi melalui SMS dan bukannya berdepan kerana aku berjaya 'menghilangkan' diri dan rakan kongsiku tak dapat bersemuka denganku.

14 Mei dan 15 Mei.
Aku MC dan ponteng kerja kerana demam (mungkin kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa)

16 Mei.
Rakan kongsiku menghantar SMS mengatakan bahawa permohonan dana yang aku mohon dahulu telah diluluskan dan cek bernilai RM500,000 memerlukan tandatangan aku untuk diluluskan. Pihak terlibat menelefon rakan kongsiku kerana tak dapat menghubungiku. Ya, memang benar, aku tidak melayan sebarang panggilan 2 hari yang lalu kerana tiada perasaan untuk berbuat demikian.

17 Mei.
Aku diminta kembali ke syarikat dan rakan kongsiku memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tapi,
entahlah.
hatiku terasa hancur sekali.
terluka.
tak tahu bila akan sembuh.
mungkin mengambil masa seminggu.
mungkin sebulan.
mungkin setahun.
mungkin juga selamanya.

19 Mei 2011.
Hari lahir rakan kongsiku.
Sepatutnya, aku serahkan semua barang dan dokumen syarikat pada hari ini.
Tapi, aku tak sanggup berbuat demikian kerana aku menghormati tarikh ini.
Aku minta tempoh selama dua hari.

21 Mei 2011.
Aku tak kembalikan barang-barang syarikat kerana aku agak sibuk dengan tugasan kerja lain.

25 Mei 2011.
Rakan kongsiku menelefonku.
bertanyakan keputusanku sama ada nak kembali atau tidak.
juga tentang cek tersebut.

Kataku,
aku takkan kembali dalam masa terdekat ni.
aku juga tak memerlukan wang sebanyak itu.
sekiranya dibenarkan, aku rela menukar nama cek dan ambillah kesemuanya dan teruskan projek yang telah dirancang.
bezanya, aku tak akan ada lagi di situ.

Sedikit pertelingkahan juga berlaku.

Maka dengan itu,
aku menghantar SMS sekali lagi mengatakan bahawasanya saya yang bernama Nurul Azliza Nordin membatalkan permohonan dana sekaligus menarik diri secara sah dan rasminya pada hari ini bertarikh 25 MEI 2011.

25 Mei 2011.
Balik rumah, sekali lagi aku demam.

25 Mei.
Sepatutnya pada hari ini aku membayar wang untuk kereta syarikat tapi aku tak bayar sebab aku dah keluar secara rasminya.

27 Mei 2011.
Aku sangat kecewa melihat wang simpanan yang kukumpul yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta syarikat serta wang yang disimpan untuk sebarang modal sekiranya diperlukan syarikat. Maka dengan itu, aku berkeputusan untuk menghabiskan dan melenyapkan wang tersebut dengan membeli sebuah laptop baru, handphone baru, external hard disk serta beberapa jenis peralatan komputer untuk kegunaanku dan adikku.
Juga sebagai hadiah untuk mengubat hatiku yang lara dan pilu.

1 Jun 2011.
Aku meneruskan hidupku seperti biasa.
Tiada lagi bisnes, tiada lagi cinta.
Hahahahahaha.
Gelak sikit untuk diri sendiri.

"Andai aku tak mampu merubah, aku pasrah."


3 comments:

ct_saggie said...

meneruskan hidup dgn lebih tabah..hai kak liza..saya kembali..

Anonymous said...

hahaha hebat kan.kakakku telah berjaya menghabiskan wang sebanyak 2.5k dalam masa sehari akibat tension wakaka.

CikLieYzaOnline said...

hai bing mary...bertemu kembali ~