CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 15, 2011

Seekor burung berwarna biru...


Hampir dua bulan burung ini berada dalam kurungan sangkar di rumahku. Dua bulan yang lalu, adikku membawanya pulang ke rumah. Katanya, dia terjumpa burung ini di tepi jalan dan berada dalam keadaan keletihan. Kelihatan burung ini masih lagi dapat dikategorikan sebagai 'baby'. Tak pasti berapa usianya yang sebenar tetapi burung ini tak berapa pandai nak terbang.

Oleh sebab bulu dan warnanya yang sangat cantik, adikku berkeputusan untuk membelanya di dalam sangkar besi. Sangat kasihan setiap kali kumemandangnya hingga di suatu saat, aku menyatakan hasrat untuk melepaskan burung itu pergi dan aku akan membayar ganti rugi sebanyak rm40 kepada adikku. Adikku bersetuju.

Selang sehari, aku batalkan hasrat untuk melepaskan burung tersebut kerana mula terfikir. Adakah adikku seorang yang mata duitan? Adakah dia sanggup buat apa sahaja demi wang? Adakah suatu hari nanti dia juga bakal menjualkan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan wang? dan bukannya kerana kerelaan atau atas dasar kemanusiaan atau kasih sayang serta belas kasihan...??? Adakah???

Maka,
aku membatalkan hasratku dengan segera.

Aku juga terfikir, sekiranya aku menyerahkan wang kepada adikku demi seekor burung, adakah aku turut mendorongnya menjadi seorang yang mata duitan..Secara tidak langsung, aku juga sedang mengajarnya untuk menjadi seorang yang mata duitan. Ah, aku tidak akan mengajar adikku perkara sedemikian.

Dua bulan kemudian (yakni semalam),
adikku memintaku melepaskan burung tersebut kerana kasihan melihatnya kesepian tak berteman. Bulunya cantik tapi hidupnya terkurung. Siulannya juga semerdu burung lain tapi hanya kedengaran di sebalik besi buruk yang kecil dan berkunci.

Hari ini,
aku melepaskan burung tersebut di sebuah kawasan sawah padi hijau yang terbentang luas.

Kelihatan burung itu terbang tinggi dan adakalanya terbang rendah. Mungkin, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kawasan lapang dan luas.

Apa sekalipun yang terjadi,
semoga burung itu dapat menikmati hidupnya sebagai seekor burung secara fitrah.

Wahai burung,
kulepaskan engkau pergi..terbanglah ke mana sahaja kau mahu...
ku tak tahu adakah keputusanku ini terbaik atau sebaliknya untukmu..
kujuga tak tahu nasibmu kelak setelah kumelepaskanmu..
semoga kau dapat belajar mengenali dunia ini.

~ SELAMAT MENEMPUHI ALAM INI ~

0 comments: