CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 28, 2009

Senyum Seindah Suria


"Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri...."
:wink:


Demikianlah lirik lagu yang sering kunyanyikan sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Pasti ada di antara anda juga yang masih ingat tentang lagu ni kan? Lagu ni amat popular masa aku tadika dulu. Apa yang aku ingat, TV1 selalu siarkan lagu ni dan aku pun apa lagi...terus menyanyi dan menyanyi...
:laugh:Walaupun suara aku taklah selunak Ct_Saggie.. hahahahaha..!!!


Ramai di antara kita yang sukar untuk ketawa. Asyik bermasam muka. Diam seribu bahasa. Kalau ditanya, jawapan yang sering kuterima..

"Kau ni, itupun nak ketawa..."

Kadang-kadang, malu juga aku dibuatnya. Aku taklah mudah sangat untuk ketawa. Cuma kalau kena pada tempatnya saja. Kalau ketawa lebih-lebih, nanti dikatakan gila pula.

Tapi, apa yang aku nak kongsikan dengan kalian semua hari ni ialah

"KALAU TAK MAMPU BUAT SEMUA...
JANGAN TINGGALKAN SEMUA..."
...Macam pernah dengar ungkapan ni kan..hehehe:wink:


Maksudnya di sini..
kalau susah sangat nak ketawa..
cukuplah sekadar anda menghadiahkan sekuntum senyuman buat diri dan orang yang berada di sekeliling anda.

Yakinlah bahawa kalau anda tersenyum,
dunia juga akan turut tersenyum kepada anda!!!


:err:Semalam.. aku sempat meluangkan masa untuk melihat rakaman MCP secara langsung di STUDIOUKMDECTAR. Walaupun aku agak sibuk dengan tugasan Nadi Bangi, kertas projek dan pelbagai assignment yang perlu dihantar, sempat lagi aku ke sana untuk melihat dengan mata kepala sendiri. Maklumlah, aku nak kena buat MCP nanti. Takut juga aku nak bagi arahan kat anak-anak buah aku. (Hehehe..Director tak bertauliah la katakan..heee)


Suasana di dalam studio amat tenang. Waktu tu, En Daud jadi Director. Hebat kan!!! Relaks je dia.. Ada tiga orang kakak yang membantu. Seorang sebagai swithcer. Dua lagi, tak pasti pulak buat apa. Ada seorang lagi Encik yang jaga grafik. En Ramli pula sebagai juruaudio.


Aku perhatikan setiap gerak geri swithcer.
Hmm..nampak macam senang pulak. Tak adalah susah sangat pun. Main tekan je.

Director pula, macam ok la..
Arahan pun taklah banyak sangat.
Cuma, apa yang penting...
"Standby Cam 1..take 1.."
ataupun..
"Ready Cam 2..take 2.."

Lebih kurang macam tu laa...

Lepas tu..
aku, Ain, Rita dan Wan ke bilik audio..
nak tengok macammana adunan audio waktu tu..

Selepas En Ramli bagi keterangan dan serba sedikit penjelasan tentang audio..
aku hanya duduk melihat cara dia bekerja..

Tiba-tiba..
aku terpandang headphone yang terletak di atas mejanya..

aku pun segera bertanya..
"tak pakai ke headphone ni?"

En Ramli menjawab..
"Dalam festival ni,saya tak tunggu arahan dari Director..
saya masukkan muzik ikut kata hati.."

Hehehehe...
:laugh:Hebat kan..!!!



:err:Aku pun apa lagi..
Nak pinjam dengar boleh tak???Heee...



Masa aku pakai headphone..aku tak henti-henti ketawa...

Gelak sakan aku waktu tu!!!

:laugh:


Apa tidaknya,
suara Director,
..jurukamera semua aku dengar..

Rupa-rupanya..
sambil orang menari kat atas pentas..
jurukamera ni semua dok mengarut dengan director..

ada yang menyanyi..
ada yang usik-mengusik..dan (ehem..ehem..)
Heeee...
:laugh:Tak tahan aku dengar waktu tu!!
Terus aku bagi orang lain dengar pula.
sekadar berkongsi ketawa...heeeee


Antara ungkapan yang aku sempat dengar,
"cendol habis...nenek marah.."
aku memang tergelak waktu tu juga..
En Ramli pulak,sporting je..
Nasib baik dia tak marah..
heeeeee


Hmmm...
berdasarkan kisah ni..
apa yang aku nak sampaikan..
senyum itu mudah..
apatah lagi untuk ketawa...
mengapa harus cuka yang kita cari..
sedangkan disebelah kita ada gula...
heeeeee...(pandai-pandai je tambah)
:wink:



:err:Bagi sesiapa yang belum pernah masuk STUDIOUKMDECTAR..
studio mereka bukan macam studio MENTION..
Kasihan mereka..
kali pertama aku ke sana..
ibarat macam gua..
hahahaha (jahatnya aku ni)

Bukannya apa,
kalau hujan..guruh ke apa..
langsung tak dengar...


:smoke:Tapi aku memang tabik la dengan staf-staf kat sana..
mereka bekerja dengan penuh gelak-ketawa...


:wink:Studio MENTION pun apa kurangnya...heehehehe..


OLEH ITU,
TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA..
UKIRLAH SENYUMAN ANDA SETIAP DETIK DAN MASA...
ANDA PASTI BAHAGIA!!!!



:flower:-Cik LieYza Director Perasan-

Thursday, February 26, 2009

Limau Nipis Yang Manis




"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."
(Surah Al-Baqarah:216)

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan yang benar-benar membuatkan anda tertekan? Kalau ada, sila anggukkan kepala anda secara perlahan-lahan.


:angry:Jauh di sudut hati anda..
silalah berkata, "waktu tu memang aku tension gila!!!"


JADI ...
Apakah tindakan yang kerap kali anda lakukan ???



PERTAMA
:cry:anda menangis sepuas-puasnya...waaaaa...
KALAU ada, silalah angkat jari anda.


KEDUA

:phonecry: Anda menelefon keluarga, rakan-rakan, pakwe, makwe dan sewaktu dengannya bagi meredakan rasa tension anda..
Jauh di sudut hati anda, silalah berkata..
"waktu tu tak siapa yang nak layan aku. semua busy2 belaka"


KETIGA

:look:Anda duduk termenung sepanjang hari tanpa memikirkan apa-apa.
Taknak makan, taknak minum, taknak sembahyang, taknak bersembang.
Apa yang anda lakukan hanyalah bermenung sepanjang hari dan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja.

Maklumlah, pepatah glamor ada mengatakan
"biarlah takdir yang menentukan segala-galanya"


KEEMPAT
Anda terlalu sedih sehingga seluruh anggota badan terasa begitu tidak bermaya.
Anda melangkah ke katil dan terus tidur dengan harapan semuanya akan kembali pulih seperti sediakala tatkala mata yang terpejam dibuka semula.
"Hmm..takmau pk apa-apa..aku nak lena!!!":sleep:


WAKTU ITU ANDA RASAKAN BAHAWA DUNIA NI DAH GELAP-GELITA.
ANDA DAH TAK PUNYA SESIAPA.
RASA SEDIH, MARAH, KECEWA DAN SEUMPAMANYA MULA MENGHANTUI DIRI ANDA.
ANDA DAH TAK PERCAYA TENTANG HAKIKAT BAHAGIA.
ANDA RASAKAN BAHAWA HIDUP INI PENUH DERITA!!!!


BETUL ???
:what:



Hmmm...
Yang sebenarnya..
semua itu tak betul..
Jangan asyik tiru Upin dan Ipin..Asyik betul..betul.betul..
(walaupun ceritanya best kan!!!


TAK FAHAM ???

Tak mengapa.
Biar aku jelaskan kepada kalian semua.

Menurut pandangan Cik Liza,
"Ketika musibah dan bencana datang silih berganti menimpa kita, berzikirlah kepada Allah, sebutlah nama-Nya, mohonlah bantuan-Nya dan mintalah jalan keluar dari-Nya. Tundukkan wajah untuk mensucikan nama-Nya demi mendapat mahkota kebebasan dari-Nya."

"Rapatkan hidung pada tempat anda bersujud kepada-Nya supaya anda mendapat keselamatan. Angkat kedua-dua tangan anda, buka kedua-dua tapak tangan anda, banyakkan memohon kepada-Nya, jangan sekali-kali bosan meminta kepada-Nya dan jangan sekali-kali berpaling dari depan pintu-Nya."

"Sentiasalah berbaik sangka kepada-Nya. "

Begitu jugalah sepatutnya sikap anda. Sentiasalah lihat kesedihan itu melalui sudut lain dari pandangan biasa.

Kerana belum tentu semuanya menyedihkan.
PASTI ada kebaikan..
secercah harapan..
jalan keluar..
SERTA
pahala......

Kawallah diri anda dalam apa jua bentuk dan jenis kesusahan yang anda hadapi. Dengan itu, anda akan dapat menghadiahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada dunia.
Renung-renungkan...

:flower:-Cik LieYza Director Perasan-

Musim Luruh Yang Hiba



Emm...
Sedar tak sedar,
kita telahpun berada di penghujung bulan Februari.


Kata orang, bulan Februari ni bulan cinta..

:kiss:bulan kasih sayang, bulan bermanja
(heee..saja aku pandai-pandai tambah)


Tapi, apa yang menghairankan..
aku di "tarik" ke dalam kisah cinta duka..
kisah orang putus cinta..
kisah cinta beralih arah..
yang telah membuat hati insan-insan ini terluka:cry:



Kasihannya...
Ramai kengkawan aku yang mengalami kisah duka ini..
Ada yang sampai menangis tak henti-henti..
Ada pula yang terjerit-jerit..
Ada juga yang sampai tak nak hadiri kuliah..
Terpaksa aku bagi motivasi..




:err:
Aku pula?
Heee...
Sentiasa hepy..
yippy..!!! yippy..!!!
Walaupun ada ketikanya aku moody..
sebab banyak kerja tak siap lagi..



:phonehappy: Tapi tak mengapa..
Lepas aku berbual-bual dengan famili..
Mood aku kembali hepy..
Dah tak cedih-cedih lagi..!!!



Buat apa aku nak kejar mimpi yang tak pasti:look:
Daripada aku menangis terkenangkan insan yang telah pergi,
lebih baik aku masuk bilik dan tidur sepuas hati...



Nanti barulah makin bertambah energy..
Haih..
banyak benda nak kena buat ni...
Cayok!! Cayok Liza!!!
:pompom:

Wednesday, February 25, 2009

Under Construction


Perhatian !!!

Kepada semua pengunjung dan pembaca blog..
pihak kami sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian blog..
ala-ala "renovate" macam tu..
buat sementara ini..
silalah berkunjung ke blog yang lagi satu..
http://salamdariutara.blogspot.com

Sekian, harap maklum.

-Cik LieYza Director Perasan-
:flower:

Kisah 24 Februari

... Hari ini kepala aku pening ...
:dizzy:



... Mengantuk sepanjang hari ... huargghhh ...
Menguap tak henti-henti
:sleepy:




Cadang nak tidur awal malam ni,
Malangnya Berita Editorial Nadi Bangi tak siap lagi..
Waaaa.... !!!! Menangis aku di kamar sepi ...
:cry:



Jeng..Jeng..Jeng..!!! Mulalah mencari bahan di sana-sini...
:reading:




Sambil mencari, aku singgah sekejap di blog ini..
Hehehehe ..

:wink:

Saja nak menulis cerita yang mengarut ni..

:laugh:hehehe... sekadar hiburan di malam sepi...



Sehingga bertemu lagi.. tata..titi..
TAMAT

-Cik LieYza Director Perasan-:kiss:

Tuesday, February 24, 2009

Perasan Lagi... Heeeee


Bersama Penerbit MIDAS yang kacak lagi tampan serta amat penyabar dan penyayang, En Shohaimi Hj Ab. Rahman. Beliaulah yang paling banyak berjasa dan menabur bakti dalam menerbitkan drama di MIDAS (Menanti di Sayup Rindu dan Demi Sebuah Harapan). Tanpa beliau, tak mungkin drama ini dapat diterbitkan dan diperdengarkan kepada para pendengar di seluruh benua dengan jayanya!!! Beliaulah insan penting yang menjadi tulang belakang drama kami berdua. TANPA beliau, tiadalah drama. TANPA beliau, tak dapatlah kami berdua mencipta nama. Heeee... (Menyibuk je cik ct ni kan..)


Inilah wajah comel dua orang Director yang pernah mencipta nama di MIDAS melalui drama mereka yang meletup dan mendapat tempat di hati peminat seluruh dunia !!!
(Dunia alam maya saja...Heeee.Saja la konon2 mcm hebat gitu.Eksyen sikit!!)


Haaa...
kepada para pengunjung setia blog ini..
silalah lihat kembali gambar di atas dengan mata dan hati yang suci lagi murni...
kepada sesiapa yang suka menggembar-gemburkan gosip di MIDAS..
dan yang bertanggungjawab mengeluarkan statement panas..
kononnya berlaku pertelingkahan di antara dua Director Drama..
anda salah 100.01%...!!!

Lihatlah betapa akrabnya hubungan kami..
kalau benar kami bergaduh..
tak mungkin adanya gambar comel seperti ini..
Heee...

Kalau nak tahu..
gambar tersebut dirakamkan pada 23 Februari 2009 sekitar jam 10.30 malam..
bertempat di bilik editing..studio MENTION UKM...

Drama adalah harapan kami..
drama adalah impian kami..
drama juga adalah tugas kami..

Walaupun kami berdua menghasilkan drama yang berbeza..
namun ia bukanlah punca bagi kami memutuskan silaturrahim..
hubungan yang terbina hampir 3tahun tak mungkin renggang hanya kerana drama..
dramalah yang menyatukan kami...
heeeeeee....

Kepada pendengar Drama MIDAS..
teruskanlah mendengar drama kami..
walaupun drama kami berbeza..
namun, setiap insan mempunyai caranya yang tersendiri..

Drama Menanti di Sayup Rindu telahpun tamat dan sampai ke penghujungnya..
biarlah ia berlalu begitu sahaja..
cukuplah sekadar ia singgah di hati anda dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang medengarnya..

Walaupun timbul pelbagai spekulasi dan kontroversi..
namun ia takkan sesekali mematahkan semangat kami menghadapi masa2 yang mendatang..
kami sedar siapa diri kami..
kami bukanlah insan sempurna yang mampu melakukan segala-galanya..
namun kami akan sentiasa mencuba..
terima kasih kepada para pendengar terutamanya semester lepas..
yang mengutarakan pelbagai kritikan dan nasihat berguna..
akan kami jadikan panduan untuk masa2 seterusnya..

Kepada para pendengar yang masih mengikuti drama untuk semester ini..
berilah sokongan anda kepada cik ct..
sokongan anda amat kami harapkan..
pandangan anda kami hargai..

Terima kasih tak terhingga juga buat "makhluk2" yang menghina dan memaki di laman chatting..serta emel yang dihantar kepada abgmi..
"kata-kata" anda telah mengajar diriku untuk menjadi lebih tabah menghadapi apa jua cabaran di alaf baru ini..
walaupun timbul pelbagai syak wasangka hingga adakalanya diriku menjadi lemah dan kelu untuk bersuara..
namun kugagahi jua untuk bersemuka dengan semua..
terima kasih kepada yang masih menaruh kepercayaan dan menyokongku selama ini..
akan kubuktikan jua siapa diriku suatu masa nanti..
tunggu dan lihatlah suatu hari nanti..!!!!

Terima kasih kepada cik ct..
hehehehe..
dapat juga bergambar macam ni..
walaupun diriku agak malu-malu kucing tadi...
kerana rahsiaku telahpun kau ketahui..
hahahaha..

aduhai...
sayang semua..
penerbit drama,pelakon,pendengar,penyokong,pengkritik..dll..
JASAMU KUKENANG SELALU!!!

sengaja aku letak lagu TANPA.
dah bosan, nanti baru aku tukar lain.
heeeee
selamat membaca dan mendengar lagu ni..!!!

TANPA KELUARGA,
TAK MUNGKIN KITA BAHAGIA.
RENUNG-RENUNGKAN...

TANPA....OH...TANPA....

TERIMA KASIH SEMUA.

-Cik LieYza Director Perasan-

Sunday, February 22, 2009

Letih Tahap Cipan....


Letihnya....!!!!
Dari pukul 8 pagi sampailah pukul 5 petang...
Seharian shooting...tak henti-henti..
Macam-macam perkara yang terjadi hari ni...
Nasib kurang menyebelahi kami...

Hem..
Peralatan dah siap sedia semua..
Tapi laptop takde bateri..
Abang Bad terlupa nak cas..

Takpe, bukan salah abg Bad..
Abg Bad izinkan kami buat shooting hari ni pun dah cukup baik..
Sebab kami, dia terpaksa datang kerja pada hari cuti..
Huhuhuhu

Lokasi pertama di Kolej Amin..
Sempat rakam 1 scene..
Pastu laptop terus mati..
Tak boleh nak diselamatkan lagi..
Nak cas kat Amin...
Malangnya, Amin "blackout" sejak semalam..
Adeh laaa...
Terpaksa kembali ke studio MENTION pula..

Pelakon dah penat tunggu..
Ditambah pula dengan ibu bapa kanak-kanak tu..
Hem..susah juga...
Serba salah jadinya..
Buat orang tertunggu-tunggu..
Tapi nak buat mcm mana..
Bateri dah tak bernyawa..

Pastu..
Terus ke FSSK nak cas bateri..
Dapatkan rawatan alternatif untuknya bernafas kembali...

Setengah jam cas..
Terus bertolak ke padang UKM..
Konon nak rakamkan scene kat sana..
Aku dan AiYung dah pergi tengok lokasi semalam...
Cantik sangat pemandangan kat sana..

Tapi, hari ni..
Setibanya sampai di sana..
Perasaan gembira bertukar hiba..
Ada motor kapcai tengah berlumba..
Preng...Preng....bunyinya..

Geramnya..
ada acara apa entah kat sana..
Adeh la...
Hati sakit..tekanan jiwa..
Suara pelakon langsung tak kedengaran..
Apa yang kami dengar...
Bunyi pecutan si motor kapcai....!!!

Kami segera bertukar lokasi..
Rumah Tumbuh-tumbuhan pilihan kami..
Tiba di sana..
Cadang nak teruskan shooting..
Apalah dosa kami...
Bateri laptop mati lagi...

Desakan demi desakan mula terasa..
Hati tertekan dah tahap dewa..
Kanak-kanak dah letih semua..
Mak bapa pun dah tunjuk muka..
Aduhai..malu kami dibuatnya..

Semua orang pandang kat aku..
Director yang tak bertauliah ni mulalah malu..
Apa nak buat dah takdir Tuhan..
Masuk sana cas bateri la dulu..
Huhuhuhu..

Sambil menunggu di bawah pokok..
Peluh mengalir tap..tap..tap..
Perut sakit sbb kosong..
Breakfast tadi tak sempat nak santap..
mula la melahap..

15 minit sambung shooting..
Nak rakam scene pun gelabah bewak..
Takut laptop mati lagi...
Dalam hati dok berdoa...
Moga kesemua scene hari ni ok saja..
Mudahkanlah kami masa editing..
Harap2 PKA kami akan menjadi...

Amin...

Geng Penggambaran Bermula...!!!!

Bermula pada 22 Februari 2009, Media Produksi sekali lagi bergabung tenaga dalam menghasilkan rancangan sisipan. Kali ini, Media Produksi bakal menghasilkan dua buah rancangan bergenrekan Pesanan Khidmat Awam (PKA) yang berjudul "Setitis Harapan" dan "Anda Tentukan". Rancangan ini amat menguji kesabaran kami kerana sukar mencari lokasi yang sesuai. Apapun, kami akan cuba menggunakan teknik kamera untuk memutarbelitkan keadaan. Heeee... Sebenarnya, esok baru nak mula penggambaran. Saja aku tulis awal-awal. Nanti aku sambung lagi. Apapun, "setitis harapan, sinar kehidupan. Oleh itu, hasilnya biarlah anda yang tentukan." Renung-renungkan... Sekian, wassalam.

-BERSAMBUNG-

Saturday, February 21, 2009

Realiti di Alam Fantasi

Em... mesti anda tertanya-tanya kan..
Apa kaitan antara cerita yang akan disampaikan dengan gambar di atas ni???

Begini sebenarnya...
Kisah ini terjadi pada 21 Februari 2009 jam 10.30 pagi..
Suara jeritan yang amat kuat tiba-tiba kedengaran..
Ruang bilik tidur yang sepi bertukar tragedi...

"Kenapa ni, Liza? Kenapa ni?"

Ain yang terkejut dari tidur terus mengajukan soalan bertalu-talu kepada Liza yang tidur di katil bersebelahan... Wajah Ain kelihatan agak selekeh dengan rambutnya yang kusut-masai ditambah pula dengan matanya yang sepet, tidak memakai cermin mata seperti biasa. Maklumlah, baru bangun dari tidur. Ditambah pula dengan wajahnya yang agak ketakutan. Hahahaha.. mesti jantungnya berdegup pantas bagai drum yang sedang dipukul-pukul oleh tukang drum.

Soalan demi soalan masih diajukan tanpa henti. Namun, jawapan yang diterima hanyalah sekuntum senyuman yang agak menyakitkan hati. Liza hanya tersengih memandang Ain. Tanpa sepatah kata, Liza terus meletakkan kepalanya kembali di atas bantal dan memejamkan matanya semula.

Kedengaran ungkapan "astagfirullah..." dari mulut Ain. Ain bingkas bangun dan mengambil tualanya untuk mandi di bilik air, meninggalkan Liza keseorangan. Liza yang membuka sebelah mata hanya memerhatikan gerak-geri Ain sepanjang dia ke bilik air. Tatkala Ain benar-benar sudah keluar dari bilik tidur, Liza bingkas bangun dan ketawa terbahak-bahak.

"Mimpi rupanya aku!!!!"

"Macam mana pula aku boleh mimpi sampai terjerit-jerit ni? Haih...Buat malu aku saja..."

Liza memandang gambar Bug Bunny yang tertera di baju tidurnya. Teringat dia kembali akan mimpi yang baru sahaja dialaminya. Sebenarnya, dalam mimpi tersebut, Liza bermimpi Bug Bunny menjadi hantu. Macam mana nak cerita, ya??? Agak pelik sedikit. Sukar nak digambarkan.

Kepada para pembaca,
untuk mengelakkan kejadian di atas berlaku kepada anda,
amalkanlah petua-petua seperti berikut:

- basuh kaki, cuci muka dan gosok gigi sebelum tidur
- kalau anda pakai baju tidur yang ada gambar kartun, jangan renung kartun tersebut sebelum
tidur
- elakkan makan maggie sebelum tidur
- baca doa dan terus tidur
- ucapkan selamat malam kepada diri anda
- senyumlah sehingga anda betul-betul tertidur

Anda pasti akan bangun dalam keadaan yang selamat dan ceria serta takkan mengganggu ketenteraman rakan yang tidur di sebelah anda !!!! Selamat Mencuba!!!

-Cik LieYza Director Perasan-

Friday, February 20, 2009

Harapanku Kembali Berbunga...

Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna bagi aku...
Walaupun pagi tadi perut aku ni banyak ragam sampai terpaksa ponteng kelas,
tapi alhamdulillah, kini segalanya kembali pulih seperti sediakala...
Setiap kali sakit, aku akan muhasabah diri..
Nampaknya banyak benda yang aku muhasabah hari ni..
Hehehehe...

Alhamdulillah, segala gosip dan fitnah di MIDAS dah berakhir..
Lega rasanya..Tenang hati dan jiwa..
Untuk Nadi Bangi pula, aku sedang berusaha untuk menyiapkan penulisan bahagian editorial..
Aku akan membuat ulasan tentang pemergian Canselor UKM...
Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman...
Kalau nak tahu, Almarhum merupakan Canselor UKM yang kedua..
menggantikan Canselor pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussein..
Mantan PM Malaysia yang kedua...

Hmm..
Nampak macam senang..
Tapi bila nak menulis..
Susah la juga..
Apapun, aku akan buat sebaik mungkin..
InsyaAllah...

Nadi Bangi keluaran semester ni akan lebih menumpukan kepada kemanusiaan dan alam sekitar.. Itu permintaan daripada pihak atasan sendiri.. (Mengikut kata kak ili)..
Jadi, team Nadi Bangi kali ni perlu berusaha lebih keras..perlu lebih bersemangat waja..

Aku kesian la juga dengan Ain dan kak Su..
mereka berdua menjaga kolum Kaji..
susah nak dapat bahan...
begitu juga dengan Ain Ahmad dan Indira..
kolum Alam Sekitar pun agak susah untuk menemubual pihak LESTARI..
dah hantar emel sebanyak 2kali,tapi langsung tak balas..
apakan daya kami..
huhuhuhu...

Tapi, apa yang aku sedari..
team NB kali ni agak suram..
tak seceria di MIDAS dulu..
Mungkin sebab kes lepas..
Mungkin juga tidak..
Mungkin sebab perjumpaan kami hanya sekali seminggu..
dan hanya perbincangan berkaitan berita2 yg nak dimuatkan dlm NB..

Hmm..
itulah perbezaan antara radio dan akhbar..
akhbar lebih serius..
kalau di radio..lebih banyak main..!!!

Walaupun team kami agak kurang bernasib baik..
sbb bersiaran di studio sementara..(studio asal sdg renovate waktu tu)
tapi agak banyak juga kelebihan yg kami ada...
sekurang-kurangnya, pertalian kami dengan org2 studio lebih rapat..
begitu juga pertalian sesama kami sendiri..

secara tak langsung..
kami berjaya mempromosikan MIDAS..
maklumlah, masa tu kami tak ada bilik operasi khas..
jadi, semua krew terpaksa lepak kat kerusi panjang kat luar tu..
jadi, bila ada orang lalu-lalang..
semuanya kehairanan..
apalah budak2 media sibuk kat luar tu...???
jadi, masa tu la kami promosikan MIDAS kat org ramai...

Tapi,
semua itu dah berakhir..
apa yang menyedihkan lagi..
ia berakhir dengan pergaduhan.....
pergaduhan yg membawa kehancuran....
hmmmmmmm...... :(

Mungkin inilah punca mengapa NB dah tak seceria dulu...
Apapun, hidup perlu diteruskan!!!!

Kata orang,
waktu susah la kita dapat menilai seseorang manusia tu..
Hmm..
betul juga tu....
aku setuju....
macam2 perkara yg terpaksa aku alami sem lepas..
ada juga sampai terbawa-bawa sem ni..

Apapun,
Sekarang ni,
ayuh kita mulakan dengan langkah baru....
dengan azam dan semangat yg jitu!!!
Cayok..cayok!!!!

Alamak,
assignment prof safar tak siap lagi..
ahad ni nak kena shooting PKA..
kertas projek bab 2 pula, Dr Mus nak tengok isnin ni..
jURNAL PM plak Dr Fazilah nak tengok selasa ni..
tugasan NB pulak nak kena hantar rabu ni..
pitching utk MCP pun Dr Asiah nak buat rabu ni juga..
skrip tak siap lagi..idea pun masih di awang-awangan lagi..
esok aku nak kena pergi warna pic dan interview Dato Mustafa Marof..
Untuk tugasan organisasi media..
Khamis ni plak nak kena present pengurusan masa...
Sibuknya akuuuuuuu........!!!!!!!!!!!

Tapi kan,
alhamdulillah...
tadi aku ada sembang dengan Rizal Halim..
dia suruh aku hantar satu lagi skrip kat prod house dia..
InsyaAllah,kalau ada rezeki...
heeeeeeeee....berjayalah akhirnya..!!!!

Apapun,
segala-galanya terletak di tangan yang Esa..
Dia lebih berkuasa dan mengetahui segalanya..

Lagi satu,
terima kasih buat saudara Aziz sbb masukkan chat box dlm blog yg 1 lagi..
dia ada masukkan lagu sekali..
tapi aku dah rosakkan..
huhuhuhu...
nanti aku baiki balik.....

Hmm..
kesimpulan aku kat sini..
banyak kali juga aku bertemu dengan org yg tak dikenali..
tapi mereka amat baik hati dan sanggup menolong seikhlas hati..
terima kasih buat fatah dan aziz...

Sebenarnya,
semenjak dua menjak ni..
aku agak trauma kalau dengar perkataan "drama"
terasa mcm jantung ni kena panah dengan petir dsb...
sbb mcm2 sgt yg dh terjadi gara2 drama...

tapi..sekarang dah ok dah...
nampaknya harapanku kini kembali berbunga..
heeeeeeee...
TAMAT.

-Cik LieYza Director Perasan-

Tuesday, February 17, 2009

Dunia Bukan Hitam Putih....



Demi sebuah harapan..
kupegang teguh segala impian..
meneruskan sisa-sisa perjalanan..
ilmu kukutip buat pedoman..

Namun,
kini kusedari..
keseorangan aku di alam realiti..
kawan senang mudah dicari..
kawan susah tak siapa mengerti..
siapalah sangat yang suka mendengki niiii..

Menanti aku seorang diri..
melupakan duka lara di hati..
penantian aku tak siapa yg tahu..
bagai menanti di sayup rindu...
kuakuakuakua...

sedih hati ini...
huhuhuhuuhuuuuuu


-keluhan rasa insan keciwaaa-

Sunday, February 15, 2009

Takde tajuk boleh???



"Mengapa harus derita yg kau cari,
maruah kau pertaruhkan,
masa depan kau gadaikan,
mengalir air mata ayah bonda.."



Hmm..
pelik sungguh manusia kat dunia ni...
apalah yang mereka inginkan...
kesian kat aku..
sem lepas pun kena..
sem ni pun kena lagi...
entahlah..
apapun,aku tetap akan hadapinya..
dengan tenang dan tabah..
dengan senyuman mcm kat sebelah..


haih...
tu la liza...
awat la org suka hentam hang sangat???
hang ada buat salah ka???

apa la nak jadi ni???
ada satu sem ja lagi..
hentikanlah kontroversi..spekulasi semua tu...
aku dah penat dh........
aku takmau layan dah..
biaq ja la..


anggap la apa yg org nak anggap..
tulih la apa yg depa nk tulih..
apapun,sem lps aku dah buat yg terbaik...


yang lain..
aku serah ja kat yang Maha Esa..
Allah lebih berkuasa...
Ya Allah..


Bantulah hambaMu ini ya Allah...
hambaMu tak bersalah....
kuatkanlah semangatku utk meredahi dunia yg fana ini...
tunjukkanlah aku jalan yg lurus yg Kau redhai..

Aminnnnnn....

Wednesday, February 11, 2009

Bicara Hatiku


Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ


Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah...
tiada penghujungnya
Manakah jawapannya


Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini


Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….

Wednesday, February 4, 2009

Jangan Pandang Belakang

Waktu kosong tidak ubah seperti seksaan halus ala penjara Cina yang mana meletakkan si penjenayah di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis tiap-tiap minit selama beberapa tahun. Dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seseorang banduan akan menjadi sangat tertekan dan akhirnya gila.
Jika pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa sebarang aktiviti yang boleh dilakukan, bersedialah anda untuk bersedih hati, risau dan cemas. Kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang jauh sehingga mengingat kembali kegelapan masa lalu, menyesali nasib diri masa kini hingga mencemaskan gelapnya masa depan yang belum tentu anda alami.
Keadaan yang paling berbahaya bagi akal adalah apabila tuan punyanya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu tidak ubah seperti kereta yang bergerak dengan sangat laju tanpa pemandu hingga menyebabkannya mudah terbabas di persimpangan jalan.
Apabila anda merasai kenikmatan pagi maka janganlah menunggu waktu petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu munculnya sang suria. Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Mengingat kembali masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah suatu tindakan yang tidak berfaeadah dan sia-sia.
Bahkan, sekiranya ia berlarutan maka kehendak dan masa depan anda akan binasa. Bagi orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukannya dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan.
Malangnya, ramai manusia yang tidak mahu berusaha menangani masa kini sebaliknya sibuk memikirkan masa lalu yang telah tiada. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah dan sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama.
“Jika kita membawa beban secara terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” jelas Dr. Fazilah Idris, pensyarah daripada Pusat Pengajian Umum (PPU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jelasnya lagi, “suatu hari, saya pernah bertanyakan soalan kepada pelajar di dalam kuliah. Saya mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajar tentang jumlah berat air tersebut pada pandangan mereka. Kebanyakan pelajar menganggarkan ia seberat 20 gram hingga 500 gram.”
Menurutnya, ini bukanlah masalah berat secara total tetapi bergantung kepada berapa lama kita memegangnya. Jika anda memegang selama seminit, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Namun, jika anda memegangnya selama satu jam, sudah pasti lengan anda akan terasa sakit. Dan jika anda memegangnya selama satu hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk diberikan rawatan.
Oleh itu, ‘bunuhlah’ setiap waktu kosong dengan kesibukan. Perhatikanlah keadaan petani, nelayan dan buruh binaan. Mereka sentiasa gembira sambil menyanyi bagaikan burung yang bebas berterbangan di angkasa. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam empuk tetapi masih gelisah dan melap air mata secara diam-diam.
Jangan biarkan hidup anda dihantui masa lalu. Usah biarkan diri sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya dan mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya?
Manusia yang kembali kepada masa lalu sama seperti orang yang menggiling tepung atau menggergaji habuk kayu tetapi dirinya turut tergilis sama. Meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatkan diri anda turut terbakar dengan apinya.
Manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala ke hadapan. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Mulakanlah hari anda dengan suatu langkah yang baru berteraskan pemikiran yang positif. Pastikan anda sentiasa memberikan sepenuh tenaga dan fokus yang padu kerana ia merupakan rangsangan yang baik ke arah minda yang lebih terbuka. Tanamkan semangat waja di dalam diri anda agar dapat sama-sama bergerak maju seiring dengan slogan UKM, “Mengilhamkan harapan, mencipta masa depan.”

-Cik LieYza Director Perasan-