CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 30, 2011

Bukan Keldai Yang Jadi Masalah


Thursday, March 24, 2011

ArNabkU....dAh BeSaR (^-^)







Sunday, March 20, 2011

Terus Menanti......

20 Mac 2011.

Hidup umpama menunggang sebuah motosikal. Adakalanya, kita menunggang seperti biasa; mengikut peraturan seperti sediakala. Tiba-tiba datang kereta atau mana-mana kenderaan menghentam kita. Kita terjatuh dan terluka. Yang menghentam terus memecut laju meninggalkan kita terpinga-pinga. Kaki terluka, tangan tersepit menahan hiba. Yang menghentam mungkin tidak menoleh lagi ke arah kita. Bagaimana keadaan kita, sakitkah..cederakah..itu bukan urusannya. Asalkan dia dapat melarikan diri sejauh mungkin, dia kini menjalani kehidupan dengan penuh gembira dan bahagia.

Kita?
Sepanjang hari menanggung kesakitan.
Sepanjang hari diajukan soalan.
Datang seorang demi seorang rakan lalu bertanya,
"macammana boleh kena?"
"siapa langgar siapa?"
"kenapa tak kejar?"
"ingat tak nombor platnya?"
dan...
bla..bla..bla..

Semakin ramai yang tahu, semakin ramai pula yang datang menziarahi,
dan..
semakin banyak soalan yang diajukan kini.

Begitu jua..
semakin banyak memori yang kita perlu 'refresh' kembali.

Adakalanya,
ia bakal menambahkan luka di hati.

Apa tidaknya,
si penghentam lari begitu sahaja.

Dan kita..
perlu 'mengenangkan' kejadian tersebut berulang kali.

Mungkin,
setelah kaki tidak 'tercapek-capek' lagi..
tangan tidak berbalut lagi..
dan..
plastik ubat dibuang ke dalam tong sampah..
keadaan pasti berubah.

Ya,
suatu hari nanti.

InsyaAllah..
semuanya pulih kembali.





Thursday, March 17, 2011

SuKa tAPi TaK BoLeH SuKa


Apa yang penting:
BERFIKIRAN POSITIF..KUATKAN SEMANGAT DAN DON'T GIVE UP!!

Teruskan life cam biasa:
bangun pagi solat subuh, buat sarapan, pergi kerja, petang balik kerja(sampai rumah buat apa yang patut..basuh baju ka, memasak ka, solat asar ka, mandi ka)maghrib tunai solat dulu, tunggu isyak dan pastu makan malam pulak..kemudian tonton tv ataupun terus tido..kalau tak boleh tido..bangun ambik air solat buat solat sunat sepanjang malam...kalau still ingat cuba nangis sepuas hati dalam bilik...jangan ditahan..

Ya...jangan tertekan!!..
ataupun pas balik keja tu pergi tepi pantai...
lihat keindahan alam ciptaan Tuhan..smile like me... Smiley

lepas tenang:
mula ciptakan fikiran yang positif dan rasional...bukan atas nafsu..bergerak seiring perjalanan masa..

smile like me.. Smiley

Wednesday, March 9, 2011

Tell Me WhY..WhY..WhY....

"Mengapa aku membencinya?"

Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.

Sikap "membenci tanpa sebab" ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat.

Ada juga orang yang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini pun bukan sikap Islami yang layak ditampilkan seorang Muslim.

Sesetengah orang yang lain tahu faktor ia membenci orang lain. Mungkin kerana ucapan atau perbuatan orang itu yang pernah melukai perasaannya. Untuk orang seperti ini, soalan berikut harus diajukan kepadanya: "Apakah kebencian itu berpatutan dengan kesalahannya?"

Seringkali, kebencian kita jauh lebih besar daripada sebabnya. Perkara yang sangat remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur padahal sikap ini sangat digalakkan dalam agama.

Orang yang lebih dulu bertolak ansur dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihaknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah orang yang terlebih dahulu mengucapkan salam."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)

-Sekadar Renungan Bersama-

SUMBER: SOLUSI ISU NO.29

Thursday, March 3, 2011

Hanya namamu yang tersembunyi ...



Salahkah berstatus anak angkat?
Aku sendiri tidak mengerti.

Maafkan aku.
Aku masih terlalu kecil ketika itu..
Tidak mampu untuk menghalang..
dan kubiarkan kau pergi...

video

Aku amat menyayangimu.
Maafkan aku.

Tuesday, March 1, 2011

Dah lama tak menulis....


1 Mac 2011.

Agak lama aku meninggalkan ruangan ini. Bukan kerana sudah melupakan, tetapi tiada kisah yang ingin di abadikan.

Mungkin juga dek sibuk dengan beberapa tugasan di luar sana sehingga banyak perkara seolah-olah terabai begitu sahaja.

Sekembalinya aku di sini,
usiaku telahpun mencecah 24 tahun 4 bulan 20 hari.
Dari masa ke masa, agak banyak perubahan yang mengubah hidupku kini.

Aku tahu bukanlah dayaku untuk mengurus dan mengawal semua keadaan namun selagi terdaya akan kucuba tanpa henti.

Perkembanganku kini,
Selain kerja-kerja biasa yang aku lakukan,
aku turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Agak banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi terutamanya dari segi kewangan dan kenderaan.

Alhamdulillah,
berkat kesabaran...
masalah kenderaan sudah dapat ditangani.
Dan proses niaga menjadi semakin lancar dengan adanya kenderaan tersebut.

Selain itu,
aku juga dalam proses untuk membina empayar sendiri (besar cita-cita ni)..
entahlah boleh berjaya atau tidak.
aku sendiri tak pasti.

Apa yang aku tahu,
selagi terdaya..akan kuusahakan juga walau sesukar mana.

Aku pernah mengalami hidup sukar dan aku dah biasa dengan keadaan yang sukar.
Aku dah tak kisah...
selagi aku masih muda,
aku akan bekerja keras..
demi masa depan yang lebih bermakna.

Walaupun aku penat,
kurang tidur...
lena pun tak bertempat..
hanya satu harapan aku..
kalau dipanjangkan umur,
dah tua nanti aku nak rehat.

Tentang peribadi,
banyak juga perkara karut yang melanda aku tanpa dipinta.

Aku tahu,
sukar untuk aku mengawalnya.
dan aku tahu..
ramai pihak yang tidak 'mengizinkannya'.

Buat masa terdekat ini,
adalah lebih baik untuk aku melupakannya.

Dan aku akan teruskan kehidupan seperti biasa...