CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 20, 2011

Terus Menanti......

20 Mac 2011.

Hidup umpama menunggang sebuah motosikal. Adakalanya, kita menunggang seperti biasa; mengikut peraturan seperti sediakala. Tiba-tiba datang kereta atau mana-mana kenderaan menghentam kita. Kita terjatuh dan terluka. Yang menghentam terus memecut laju meninggalkan kita terpinga-pinga. Kaki terluka, tangan tersepit menahan hiba. Yang menghentam mungkin tidak menoleh lagi ke arah kita. Bagaimana keadaan kita, sakitkah..cederakah..itu bukan urusannya. Asalkan dia dapat melarikan diri sejauh mungkin, dia kini menjalani kehidupan dengan penuh gembira dan bahagia.

Kita?
Sepanjang hari menanggung kesakitan.
Sepanjang hari diajukan soalan.
Datang seorang demi seorang rakan lalu bertanya,
"macammana boleh kena?"
"siapa langgar siapa?"
"kenapa tak kejar?"
"ingat tak nombor platnya?"
dan...
bla..bla..bla..

Semakin ramai yang tahu, semakin ramai pula yang datang menziarahi,
dan..
semakin banyak soalan yang diajukan kini.

Begitu jua..
semakin banyak memori yang kita perlu 'refresh' kembali.

Adakalanya,
ia bakal menambahkan luka di hati.

Apa tidaknya,
si penghentam lari begitu sahaja.

Dan kita..
perlu 'mengenangkan' kejadian tersebut berulang kali.

Mungkin,
setelah kaki tidak 'tercapek-capek' lagi..
tangan tidak berbalut lagi..
dan..
plastik ubat dibuang ke dalam tong sampah..
keadaan pasti berubah.

Ya,
suatu hari nanti.

InsyaAllah..
semuanya pulih kembali.





0 comments: