CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 1, 2011

Dah lama tak menulis....


1 Mac 2011.

Agak lama aku meninggalkan ruangan ini. Bukan kerana sudah melupakan, tetapi tiada kisah yang ingin di abadikan.

Mungkin juga dek sibuk dengan beberapa tugasan di luar sana sehingga banyak perkara seolah-olah terabai begitu sahaja.

Sekembalinya aku di sini,
usiaku telahpun mencecah 24 tahun 4 bulan 20 hari.
Dari masa ke masa, agak banyak perubahan yang mengubah hidupku kini.

Aku tahu bukanlah dayaku untuk mengurus dan mengawal semua keadaan namun selagi terdaya akan kucuba tanpa henti.

Perkembanganku kini,
Selain kerja-kerja biasa yang aku lakukan,
aku turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Agak banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi terutamanya dari segi kewangan dan kenderaan.

Alhamdulillah,
berkat kesabaran...
masalah kenderaan sudah dapat ditangani.
Dan proses niaga menjadi semakin lancar dengan adanya kenderaan tersebut.

Selain itu,
aku juga dalam proses untuk membina empayar sendiri (besar cita-cita ni)..
entahlah boleh berjaya atau tidak.
aku sendiri tak pasti.

Apa yang aku tahu,
selagi terdaya..akan kuusahakan juga walau sesukar mana.

Aku pernah mengalami hidup sukar dan aku dah biasa dengan keadaan yang sukar.
Aku dah tak kisah...
selagi aku masih muda,
aku akan bekerja keras..
demi masa depan yang lebih bermakna.

Walaupun aku penat,
kurang tidur...
lena pun tak bertempat..
hanya satu harapan aku..
kalau dipanjangkan umur,
dah tua nanti aku nak rehat.

Tentang peribadi,
banyak juga perkara karut yang melanda aku tanpa dipinta.

Aku tahu,
sukar untuk aku mengawalnya.
dan aku tahu..
ramai pihak yang tidak 'mengizinkannya'.

Buat masa terdekat ini,
adalah lebih baik untuk aku melupakannya.

Dan aku akan teruskan kehidupan seperti biasa...

0 comments: