"Mengapa aku membencinya?"
Seringkali seseorang itu tidak tahu punca ia membenci orang lain. Dia hanya merasakan kebencian setiap kali melihat atau mendengar nama orang itu. Namun jika ditanyakan sebab kebenciannya, ia tidak dapat menjawab dengan jelas dan meyakinkan.
Sikap "membenci tanpa sebab" ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Bahkan, orang seperti ini sebenarnya sedang menderita sakit jiwa yang harus segera diubat.
Ada juga orang yang membenci kerana ikut-ikutan. Fenomena ini biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan membabitkan orang awam. Sama seperti sebelumnya, sikap ini pun bukan sikap Islami yang layak ditampilkan seorang Muslim.
Sesetengah orang yang lain tahu faktor ia membenci orang lain. Mungkin kerana ucapan atau perbuatan orang itu yang pernah melukai perasaannya. Untuk orang seperti ini, soalan berikut harus diajukan kepadanya: "Apakah kebencian itu berpatutan dengan kesalahannya?"
Seringkali, kebencian kita jauh lebih besar daripada sebabnya. Perkara yang sangat remeh berubah menjadi konflik yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur padahal sikap ini sangat digalakkan dalam agama.
Orang yang lebih dulu bertolak ansur dalam persengketaan petanda kebenaran berada di pihaknya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak halal bagi seorang Muslim menjauhi saudaranya lebih daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang terbaik antara kedua-duanya adalah orang yang terlebih dahulu mengucapkan salam."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Ayyub)
-Sekadar Renungan Bersama-
SUMBER: SOLUSI ISU NO.29

0 comments:
Post a Comment