CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 16, 2010

Sekeping Kertas Sebatang Pena



Kertas berkata kepada pena:

"Kalau tidak kerana daku, tidak ada orang yang memperhatikanmu."

Pena menjawab:

"Kalau tidak kerana daku, kehadiranmu tidak punya erti."

-TAMAT-

Jangan Panik !

Seorang suami yang amat bimbang terhadap perkembangan potongan badan isterinya mula memantau pemakanan isterinya dengan ketat. Suatu hari, suami wanita berkenaan mendapat panggilan daripada ibunya yang ingin datang menziarahi mereka. Si suami terus memberitahu isterinya dan meminta si isteri menyedia kek yang paling sedap untuk dihidangkan kepada ibunya. Bagaimanapun, beliau seperti biasa terus mengingatkan isterinya supaya tidak memakan kek tersebut dan terus menjaga dietnya.

Apabila ibunya tiba, mereka pun menghidangkan kek yang lazat tersebut. Suami bersama ibunya menikmati kek itu dengan begitu berselera sekali hingga separuh daripada kek berkenaan berjaya dihabiskan. Si suami tetap terus mengingatkan isterinya agar jangan lupa tentang dietnya. Baki sebahagian daripada kek berkenaan disimpan di dalam peti sejuk. Keesokkan harinya, sebelum si suami pergi bekerja dia terus mengingatkan isterinya supaya tidak memakan kek berkenaan sambil mengingatkan tentang dietnya.

Sepeninggalan suaminya, si isteri yang sejak semalam amat terliur dan kempunan untuk memakan kek cuba merasa sedikit kek tersebut dan ia ternyata memang sungguh enak. Berbisik hati si isteri, "tak mengapa, aku rasa sikit je..." Akhirnya, sedikit demi sedikit kek berkenaan dijamahnya dan kesudahannya kek berkenaan habis.

Melihat kek tersebut telah habis, wanita berkenaan mengambil keputusan membuat sebiji lagi kek yang sedap seperti kek tadi dan memakan sebahagian daripada kek berkenaan, dan wanita itu berkata di dalam hatinya:

"tidak mengapalah kek semalam aku cuma makan sebahagian je, kek yang baru ni pun aku cuma makan separuh je bukannya sebiji...."