CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 18, 2012

HaLaWaTuL iMaN

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui.
(Ali Imran :92)


Bersedekah merupakan amalan mulia yang sangat dituntut dalam agama kita.
Islam mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama kita supaya kita dapat turut membantu saudara kita yang dalam kesusahan. 

Apabila kita bersedekah kita secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sememangnya sangat dituntut dalam Islam.




Orang kaya akan menjadi semakin rendah hatinya tunduk dan tidak bongkak dengan kekayaan yang dikurniakan kepadanya, manakala orang miskin pula hilang dalam diri mereka sifat dengki disebabkan tidak begitu berada (kaya) yang mana sifat dengki adalah merupakan salah satu sifat yang buruk dan dicela dalam Islam.



Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. "
(Al Baqarah : 261)


 Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Jadi tunggu apa lagi...

JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERSEDEKAH DAN MENGHULURKAN BANTUAN...

ALLAHUAKBAR!



Tuesday, July 17, 2012

Di Sebalik Tabir.. A.w.a.L LaGi



 "TERLALU TERBUKA: EPISOD KE-6"

:... Jangan lupa saksikan Awal Lagi setiap sabtu jam 8.30 malam..hanya di TV9 Dekat di Hatiku ..:

Shooting: 15 Julai 2012
Lokasi: Starbucks Suria KLCC
Masa: 6pm - 11pm






















"Producer to be..." Insyaallah  (^-^)

:...Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Quran...:




Tuesday, July 10, 2012

T.E.R.J.U.N ???


TERJUN???

Adakalanya terjun tu best .. tu pun kalau pandai 'landing'..

Kalau tak pandai 'landing', silap teknik boleh memudaratkan si penerjun ataupun lemas.

************************************************************

BIDANG TERJUN???

Hmm.. bidang terjun tak semestinya tak bagus sebabnya dari situlah kita dapat mengukur tahap kepintaran kita dalam menyelesaikan masalah selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sebelum ini kita tahu atau langsung tak pernah kenal.

*****************************

CITA-CITA ATAU ANGAN-ANGAN???

Hasrat hati nak jadi Penerbit Rancangan .. tapi terjadi pulak Pustakawan..
Tapi alhamdulillah dah dapat tukar jabatan..dan juga jawatan..
nak jadi penerbit tapi selalu ditempatkan di bahagian penyuntingan..
dulu pun edit..sekarang pun edit..
bila nak terbitkan rancangan ni..???
wallahualam..

PPAV .. nama macam gah..
tapi .. rakaman yang dibuat tak tera mana pun kahkahkah
kesian kat jurukamera..
mungkin inilah yang selalu diperkatakan..
 "kerja kerajaan"..
nak gelak banyak-banyak pun tak boleh jugak..
tunggu aku jadi PEGAWAI baru boleh lakukan pembaharuan..
insyaallah..seandainya Allah izinkan.

***********************************

Mungkin..dulu aku dah berada di landasan..
cuma..haluan tu tak seperti yang aku harapkan..
sebab tu aku tersasar dari perjalanan..

Sekarang ni,
aku cuba untuk menyambung semula perjalanan..
aku akui agak sukar untuk aku bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman..
tapi, aku macam nampak peluang..

Usaha liza usaha..
peluang tak datang selalu..
hidup kita macam pusingan..
sementara nak tunggu peluang tu datang..
kita isikan pusingan dengan ilmu pengetahuan supaya bila datang sahaja peluang..
sekiranya tepat masa dan ketikanya..
dan seandainya rezeki itu milik kita..
maka..
tercapailah impian yang diidamkan..

INSYAALLAH.

"Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (ALLAH) memperkenankan doa permohonan kamu."
(Surah Al-Ghafir:60)

Wednesday, July 4, 2012

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


"Berpisahlah...
nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. 
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan~
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. 
Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran !!! " 

:... Abu Firas Al- 'Amiri ...:



Alhamdulillah,
sebenarnya dah lama teringin nak ucap tapi sekarang ni baru berkesempatan...

Dengan lafaz Bismillah
Maka dengan ini,
secara rasminya saya mengucapkan,

"SELAMAT TINGGAL MALAYSIA"
(untuk seketika)
hikkkkkkssss..
tak sabar nak naik kapai terbang (^-^)

Jumpa lagi di musim akan datang !
                                             

INSYAALLAH


~ "Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh......~ "