CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 10, 2012

T.E.R.J.U.N ???


TERJUN???

Adakalanya terjun tu best .. tu pun kalau pandai 'landing'..

Kalau tak pandai 'landing', silap teknik boleh memudaratkan si penerjun ataupun lemas.

************************************************************

BIDANG TERJUN???

Hmm.. bidang terjun tak semestinya tak bagus sebabnya dari situlah kita dapat mengukur tahap kepintaran kita dalam menyelesaikan masalah selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sebelum ini kita tahu atau langsung tak pernah kenal.

*****************************

CITA-CITA ATAU ANGAN-ANGAN???

Hasrat hati nak jadi Penerbit Rancangan .. tapi terjadi pulak Pustakawan..
Tapi alhamdulillah dah dapat tukar jabatan..dan juga jawatan..
nak jadi penerbit tapi selalu ditempatkan di bahagian penyuntingan..
dulu pun edit..sekarang pun edit..
bila nak terbitkan rancangan ni..???
wallahualam..

PPAV .. nama macam gah..
tapi .. rakaman yang dibuat tak tera mana pun kahkahkah
kesian kat jurukamera..
mungkin inilah yang selalu diperkatakan..
 "kerja kerajaan"..
nak gelak banyak-banyak pun tak boleh jugak..
tunggu aku jadi PEGAWAI baru boleh lakukan pembaharuan..
insyaallah..seandainya Allah izinkan.

***********************************

Mungkin..dulu aku dah berada di landasan..
cuma..haluan tu tak seperti yang aku harapkan..
sebab tu aku tersasar dari perjalanan..

Sekarang ni,
aku cuba untuk menyambung semula perjalanan..
aku akui agak sukar untuk aku bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman..
tapi, aku macam nampak peluang..

Usaha liza usaha..
peluang tak datang selalu..
hidup kita macam pusingan..
sementara nak tunggu peluang tu datang..
kita isikan pusingan dengan ilmu pengetahuan supaya bila datang sahaja peluang..
sekiranya tepat masa dan ketikanya..
dan seandainya rezeki itu milik kita..
maka..
tercapailah impian yang diidamkan..

INSYAALLAH.

"Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (ALLAH) memperkenankan doa permohonan kamu."
(Surah Al-Ghafir:60)

0 comments: