Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui.

(Ali Imran :92)
Bersedekah merupakan amalan mulia yang sangat dituntut dalam agama
kita.
Islam mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama kita
supaya kita dapat turut membantu saudara kita yang dalam
kesusahan.
Apabila kita bersedekah kita secara tidak langsung akan dapat
mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sememangnya sangat dituntut
dalam Islam.
Orang kaya akan menjadi semakin rendah hatinya tunduk dan
tidak bongkak dengan kekayaan yang dikurniakan kepadanya, manakala orang
miskin pula hilang dalam diri mereka sifat dengki disebabkan tidak
begitu berada (kaya) yang mana sifat dengki adalah merupakan salah satu
sifat yang buruk dan dicela dalam Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. "

(Al
Baqarah : 261)
Mudah-mudahan kita
tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Jadi
tunggu apa lagi...
JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERSEDEKAH DAN MENGHULURKAN
BANTUAN...
ALLAHUAKBAR!
3 comments:
cepat pakat ramai2 sedekah kat masjid kota damansara...hehehe
amboi hangpa.. sakan noh
testing testing
Post a Comment