CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

Jangan Pandang Belakang

Waktu kosong tidak ubah seperti seksaan halus ala penjara Cina yang mana meletakkan si penjenayah di bawah paip air yang hanya dapat menitiskan air satu titis tiap-tiap minit selama beberapa tahun. Dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seseorang banduan akan menjadi sangat tertekan dan akhirnya gila.
Jika pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa sebarang aktiviti yang boleh dilakukan, bersedialah anda untuk bersedih hati, risau dan cemas. Kerana dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang jauh sehingga mengingat kembali kegelapan masa lalu, menyesali nasib diri masa kini hingga mencemaskan gelapnya masa depan yang belum tentu anda alami.
Keadaan yang paling berbahaya bagi akal adalah apabila tuan punyanya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang seperti itu tidak ubah seperti kereta yang bergerak dengan sangat laju tanpa pemandu hingga menyebabkannya mudah terbabas di persimpangan jalan.
Apabila anda merasai kenikmatan pagi maka janganlah menunggu waktu petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu munculnya sang suria. Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Mengingat kembali masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah suatu tindakan yang tidak berfaeadah dan sia-sia.
Bahkan, sekiranya ia berlarutan maka kehendak dan masa depan anda akan binasa. Bagi orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan bukannya dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung di dalam penjara kelupaan.
Malangnya, ramai manusia yang tidak mahu berusaha menangani masa kini sebaliknya sibuk memikirkan masa lalu yang telah tiada. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah dan sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama.
“Jika kita membawa beban secara terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” jelas Dr. Fazilah Idris, pensyarah daripada Pusat Pengajian Umum (PPU) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jelasnya lagi, “suatu hari, saya pernah bertanyakan soalan kepada pelajar di dalam kuliah. Saya mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajar tentang jumlah berat air tersebut pada pandangan mereka. Kebanyakan pelajar menganggarkan ia seberat 20 gram hingga 500 gram.”
Menurutnya, ini bukanlah masalah berat secara total tetapi bergantung kepada berapa lama kita memegangnya. Jika anda memegang selama seminit, ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Namun, jika anda memegangnya selama satu jam, sudah pasti lengan anda akan terasa sakit. Dan jika anda memegangnya selama satu hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk diberikan rawatan.
Oleh itu, ‘bunuhlah’ setiap waktu kosong dengan kesibukan. Perhatikanlah keadaan petani, nelayan dan buruh binaan. Mereka sentiasa gembira sambil menyanyi bagaikan burung yang bebas berterbangan di angkasa. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas tilam empuk tetapi masih gelisah dan melap air mata secara diam-diam.
Jangan biarkan hidup anda dihantui masa lalu. Usah biarkan diri sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Adakah anda mahu mengembalikan sungai kepada sumber mata airnya, memulangkan matahari kepada tempat terbitnya dan mengembalikan kanak-kanak ke dalam rahim ibunya?
Manusia yang kembali kepada masa lalu sama seperti orang yang menggiling tepung atau menggergaji habuk kayu tetapi dirinya turut tergilis sama. Meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatkan diri anda turut terbakar dengan apinya.
Manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang kerana hembusan angin sentiasa menghala ke hadapan. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Mulakanlah hari anda dengan suatu langkah yang baru berteraskan pemikiran yang positif. Pastikan anda sentiasa memberikan sepenuh tenaga dan fokus yang padu kerana ia merupakan rangsangan yang baik ke arah minda yang lebih terbuka. Tanamkan semangat waja di dalam diri anda agar dapat sama-sama bergerak maju seiring dengan slogan UKM, “Mengilhamkan harapan, mencipta masa depan.”

-Cik LieYza Director Perasan-

6 comments:

CikLieYzaOnline said...

tp kdg2 kita perlu juga pandang belakang...hanya sekadar menjadikan panduan pada masa hadapan...sat dah la.lepas tu tengok depan balik k..cayok liza!!!

ct_saggie said...

huhu.akk dah leh acces blog ct tak?

CikLieYzaOnline said...

x bleh pun..
cuma bleh tgk yg dekat kotak kecik tu je..bleh la bc sikit2..tp x abis...sedih la..huhuhuhu..
mengapa ia terjadi?
ct dh buat apa kat blog tu?

CikLieYzaOnline said...

sbnarnya,ni news yg nk kena hntr kat nadi bangi..dh terlanjur tulis pasal benda ni,saja la letak kat blog ni...hehe.sambil mnyelam minum air...xpa,lagipun ni tulisan aku bknnnya aku ciplak hat org kan..

ct_saggie said...

erm........akk dh boleh kan acces

CikLieYzaOnline said...

dahhhhhhhh.......