CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 8, 2009

Muhasabah Diri...Nak Praktikal Nih...

Aku baru je selesai baca emel ni..Alhamdulillah, bagiku satu perkembangan yg baik...Skrip yg aku hasilkan mendapat perhatian pihak production. Katanya, skrip aku agak menarik dan akan diketengahkan untuk dijadikan drama. Sebenarnya, itulah impian aku sejak sekian lama. Dulu, aku minat menulis dan mengarang cerita. Di sekolah, aku selalu menulis cerpen untuk dimuatkan di majalah sekolah. Ramai guru dan rakan-rakan yg menasihati aku agar menghasilkan novel. Ermm..mungkin itu yg aku inginkan dahulu. Tapi, sejak aku melangkah masuk ke UKM ditambah pula dengan bidang Komunikasi Media yg aku ambil sekarang ni, minatku lebih tertumpu kepada penghasilan skrip dan bukannya penulisan novel. Maklumlah, aku pun bukannya minat sangat membaca. Baru je buka buku, mulalah mata mengantuk..Setakat sekarang ni, hanya sebuah novel yg aku baca sampai habis. Itupun, ada la langkau2 juga. Tajuk novel tu Ria Qistina. Masa tu, aku tengah minat kat sorang cikgu ni. Novel tu pulak kisahnya ala2 percintaan cikgu dan pelajar. Jadi,apa lagi..sebab tu aku pulun baca gak..hihihihi....Hmm..Tapi, aku ni jenis yang suka buat cerita..Tetiba je aku dapat idea...lebih kurang macam tu la..Antara karya yang pernah aku tulis dan aku rasa ok la:

Demi Seorang Insan- Cerpen (Majalah Mutiara)
Teduh- Skrip Drama
Mici dan Cito- Skrip Komik (InsyaAllah..bakal diterbitkan..coming soon)
Menanti Di Sayup Rindu- Drama Radio (Pernah diterbitkan di siaran Radio Midas,UKM)
Cahaya Kasih- Drama Televisyen Tunggal (Coming soon...Dlm proses pertimbangan)
Mencari Sinar di Hujung Senja- Drama Tv (Coming soon)
Sedenyut Nafas Ramadhan- Drama Tv (Coming soon)
Pengemis Jalanan- Berita Siaran (Terbitan Pusat Pengajian Media&Komunikasi,UKM)
Menjahit Katarsis- Dokumentari (Terbitan Pusat Pengajian Media&Komunikasi,UKM)

Hmm..bila diteliti semula, rasanya minat aku lebih kepada bidang penyiaran. Aku pernah juga bertugas sebagai DJ di Radio Midas. Tapi, rasanya aku kurang berbakat la nk jadi DJ. Aku pun bukannya jenis yang suka berceloteh sangat. Mungkin suka juga kadang-kadang tu tapi ikut situasi dan tempat la...Suara pun takdelah sedap sangat...

So..rasanya...aku akan teruskan apa yg aku minat sekarang ni..Cita-citaku?Ermm..entah..Pengarah kot...Penerbit pun ok..hahahaha...Penulis Skrip pun ok..

InsyaAllah..kalau ada rezeki, tercapai jua akhirnya nanti...

"Akan kupetik bintang-bintang itu suatu hari nanti...
Biarpun banyak halangan, rela kutempuh jua demi impian yg terpendam sekian lama"

-Cik LieYza Director Perasan-

0 comments: