CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 2, 2009

2 April 2009

2 April 2009.

Hari ini tibalah masa yang tak pernah kutunggu-tunggu dalam hidup namun ia telahpun tiba.

Hari ini yakni hari Khamis,
tibalah giliran kumpulan 4 iaitu Media Produksi untuk membuat persembahan Multiple Camera Production (MCP) secara langsung bertempat di Studio UKM DECTAR yang kewujudannya kurang diketahui umum.

Tapi, bukan untuk kami para pelajar daripada program Komunikasi Media.

Studio ini ibarat rumah kami yang ke berapa entah... hehehehe.

Studio inilah yang sentiasa bertakhta di hati kami setiap masa.
Cewah....!!!

Hari ini, seawal jam 3 pagi lagi,
mataku sudahpun terbuka.
walaupun hakikatnya pada pukul 1 pagi tadi,
aku baru berjaya melelapkan mata.

Tepat jam 7.40 pagi,
aku dan Ain melangkah keluar dari bilik bernombor K6R114 dengan semangat yang membara.

Hati terasa amat berdebar.

Namun,
sepanjang perjalanan kami menuju ke Studio UKM DECTAR,
sempat lagi kami bergelak ketawa.

Gosip sini, gosip sana..
gelak kat orang ni,
gelak kat orang tu..
nak lepaskan 'tension' orang kata.

Berjalan dan terus berjalan.

Akhirnya,
sampailah kami ke sana.
walaupun hanya menggunakan kenderaan "Zon 11" ni saja.
dah 3 tahun tinggal di UKM ni,
inilah satu-satunya kenderaan yang kami guna.
Jadilah...
bersyukurlah..
daripada tiada, biarlah ada.

Setibanya kami di sana,
kelihatan Ai Yung sedang menyandar di dinding gua.

Aku duduk bersebelahan dengannya sambil membincangkan skrip MCP yang telah diubah sedikit semalam.

Selepas tu,
agak lama kami menunggu,
seorang demi seorang rakan kami tiba.

Kami cuba menghulurkan bantuan sedaya upaya kepada Kumpulan 3 yang akan memulakan dahulu MCP mereka.

Agak gementar aku rasa tatkala melihat Pengarah Kumpulan 3 yang agak menggigil ketika memulakan pengarahannya.

Bila tiba giliran aku,
bertambahlah "kegigilan" pada seluruh anggota badan.

Aku cuba bertenang.
Mimi, Ai Yung, Yen Ping dan LiLian sentiasa memberiku kata-kata semangat sebagai ubat menghilangkan "kegigilan" yang kian terasa.
Ain yang jaga audio pula asyik berulang-alik ke toilet sahaja.

Pada awalnya,
kami sekadar membuat "rehearsal" sahaja.
Namun, masa tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa memulakan rancangan "real" secepat yang mungkin.

Sebelum memulakan rancangan,
sempat juga kena tegur dengan Dr Asiah tentang countdown.

Hmm,
baru sahaja semalam aku bercadang tak nak buat countdown ni.
sebab masa tak cukup.
FM pun tak berapa nak faham.
bila aku buat countdown,
FM dan VT pula tak faham.
bila takmau buat countdown,
Dr Asiah pula perasan.
Haih..
dilema..dilema..

Apo boleh buek.

Pengarah tak bertauliah katakan.

Tergugat juga perasaan ni bila kena tegur sebelum memulakan rancangan.

Lagi bertambah gigil dan gementar.

Mengalahkan askar yang nak pergi berperang.

Lepas tu,
pengacara kami, abang Hatta pula gigil semacam.
kasihan dia,
mungkin penat agaknya.
dari pagi tadi terpaksa jadi pengacara.
Kumpulan 3 ambil abg Hatta jadi pengacara dengan tetiba semalam.

Jadi, mungkin otak dia pun 'jam' bila nak masuk rancangan kedua.

Aku yang menggigil ni pun terus memujuk dan memberikan kata-kata semangat buat abang Hatta walaupun hakikatnya aku sendiri menggigil tahap dewa.

Banyak kali juga aku cuba untuk menenangkan abang Hatta yang kelihatan resah dengan tetiba.

Aku suruh abang Hatta pandang mata aku,
cakap dengan perasaan tenang..
tarik nafas..
hembus perlahan-lahan..

Akhirnya,
berjaya juga teknik yang aku gunakan tu.

Selalunya,
kalau kita takut,
kita kena pandang mata orang yang kita sayang,
barulah hati kita bertambah tenang.

Heeeeeeeeeeee...
pandai pula aku temberang kek ni sini yo.

Ok, sambung cerita.

Hmm..
sepanjang MCP dijalankan,
aku akui,
aku banyak melakukan kesilapan..
dari segi arahan,
framing..
credit..
banyak kesilapan yang aku sedar tapi aku tak dapat nak elakkan.
walaupun dalam latihan,
aku dah faham.
tapi,
bila buat yang real,
aku masih tak dapat nak lakukan dengan sempurna.

Tak taulah kenapa aku tak perbetulkan waktu tu.
Mungkin otak aku agak tertekan waktu MCP tu.
Jadi, susah untuk berfikir dengan tenang.

Mungkin juga sebab skrip rancangan aku asyik berubah dan dah tak sama dengan apa yang dilakukan semasa latihan..
Jadi, agak kelam-kabut dan kurang yakin untuk memberikan arahan.

Selalunya,
masa latihan,
agak sempurna juga aku lakukan.
agak mudah kecuali semalam.
tapi, bila guna VT yang sebenar,
rasa macam mencabar minda untuk mengatur langkah dalam menyelaraskan kesemua arahan.

Apapun,
aku tetap meneruskan MCP hingga ke akhirnya.

Aku juga perasan,
abang Hatta agak 'lain' semasa mengacarakan rancangan.
nak kata macam skema pun..ada la juga.
hehehehehe..
mungkin ketaq agaknya.
tapi, terima kasih buat abang Hatta sebab pandai putar belit kata-kata bila terlupa skrip tentang soalan yang nak ditanya.

Aku pun ada perasan juga.
Tetamu yang garang tu macam takut je bila berhadapan dengan kamera.

Kali pertama aku jumpa dia,
garang macam singa.
tapi bila berdepan dengan kamera..
hehehahahahaha..
takpalah..takmau la nak komen kat sini.
tak baik mengutuk orang..
gelak sikit-sikit sudah laaaa...
jadi laaa..
sekurang-kurangnya dia datang juga.

Lepas tu,
terima kasih juga buat Mimi sebab pandai 'mainkan' kamera walaupun tanpa sebarang arahan khusus yang aku berikan.

Kalau tidak,
mesti statik je kan.

Hmm..
nampaknya,
aku tak dapat nak lakukan MCP hari ini seperti yang aku harapkan.
aku dah cuba lakukan sebaik mungkin namun hasilnya tidaklah sebaik mana.
banyak kelemahan aku yang tertera.

Nampaknya,
aku belum berkelayakan untuk menjadi seorang PENGARAH.

Bukan mudah untuk menjadi seorang PENGARAH.

Apapun,
aku ucapkan terima kasih buat ahli kumpulan aku yang terdiri daripada Ain, Ai Yung, Mimi, Lilian dan Yen Ping kerana telah banyak menghabiskan masa dan tenaga demi menjayakan MCP kita yang agak kurang berjaya ni.

Maafkanlah aku.
Aku dah cuba buat yang terbaik walaupun ia agak mengecewakan.
Agak sedikit terkilan kerana apa yang aku buat hari ni tak seperti apa yang aku harapkan, bayangkan dan rancangkan.

Namun, aku masih mampu mengukir senyuman kerana kesemua ahli kumpulan aku memberikan kerjasama yang baik sepanjang MCP dijalankan. Mereka juga sentiasa menyokong aku walaupun banyak kali aku melakukan kesilapan.

Terima kasih juga buat kumpulan 3 (ct,indira,am,saeing,farah,yong) serta Cam 4 (anip dan nuar) yang banyak menolong.

Tidak lupa juga buat Moon dan Ain Ahmad yang sanggup datang ke studio semata-mata untuk menghantar dua botol air mineral untuk tetamu dan pengacara kami sebab aku terlupa nak beli.

Terima kasih juga buat Abang Hatta dan Encik Fauzi kerana sudi menjadi talents pada hari ini.

Terima kasih juga buat kawan den si tokey guo yang banyak berjasa dan kerana beliaulah den dapek buek MCP ni.

Terima kasih juga buat abg Ramli, abg Ruhaizad, si sesumpah dan sesiapa sahaja yang menghuni guo purba tu kerana banyak membantu melatih kami siang dan malam tak kira masa dalam mencurahkan segala ilmu yang tersemat di dada.

Juga buat Dr Asiah kerana mengajar kami subjek MCP yang benar-benar mencabar minda.

Heeee...
asyik dok ucap terima kasih..
dah rasa macam menang anugerah pulak dah...

Apapun,
tanpa kerjasama daripada kalian semua,
pasti MCP aku pada hari ini takkan terlaksana.

Maafkan aku kerana kurang berjaya melakukan MCP dengan sempurna walaupun telah berkali-kali diajar dan dilatih hingga menjerit batin yang tak kedengaran suaranya.

AGAK-AGAKNYA, LULUS ATAU TAK MCP AKU NI?

KALAU TAK LULUS, TAK DAPATLAH AKU NAK KAHWIN LAGI.

Haih..

Itu saja nak cerita kat blog yang kucinta.

Sekian, wassalam.


6 comments:

adul said...

jd ler tu...

ct_saggie said...

nak komen di sini
sama2 kak liza

huhu..
act....abg hatta tadi ada bgth ct...yang die ni tak tido mlm tido...sebab uruskan pasal kolej za'ba hot to go...huuhuu...
act..abg hatta pun xkisah kami amik beliau jadi hos kami...sebabnya..mmg nk guna beliau..tapi dah org book...so mlm tadi abg hatta dtg...bgth die nk jadi hos..die setuju..so kami pun guna lah die jadi hos kami..
thanks very much abg hatta...
heeeeee...
nk th lagi...sila jumpa kami..huhu..
gurau2 di sini..
act...good job everyone....
nak pic tak...hehehhe..
mesti nak kan..lallala

daud.montak.zakaria said...

Komen untuk kumpulan ni ialah den rasa dah o.k lah tu. Nak macam mana pulak lagi....

CikLieYzaOnline said...

X, kakliza x kisah pun pasal abg hatta..mgkin dia agak penat+ngantuk+takut+berdebar+bla..bla..bla..
tu yg dia "gigil" tu..kami sama2 "penting" dan kami sama2 "gigil"..jadi,agak mncabar masa nk laksanakan mcp td...heeeee

CikLieYzaOnline said...

em,tkasih yo si tokey guo..tp den terkilan sikit sbb xdpt buat yg terbaik walaupun dh cuba buat yg terbaik tp masih x baik..tp boleh la..."dpd tiada,biarlah ada"..eh,sesuai ke letak ayat keramat ni kek sini?heeeee

CikLieYzaOnline said...

eh lupa lak jwb soalan cik yam..

"nak..nak...
nak gambar....
naaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkk....."

heeeeeeeeeee..