CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

Aku dan 2.15 pagi


Hai blog.
Hehehehehehe.

Sebenarnya,
aku tengah study ni.
Tapi, macam letih pulak.

Dah rasa macam nak termuntah bila study lama-lama camni.
(walaupun study tak habis lagi.wuwuwu)

Jadi,
bila dah penat camni,
nak berehat seketika untuk 'bertemu' dengan studio tercinta.

Sambil-sambil tu,
aku tengah menenangkan fikiran aku dengan mendengar
"Solatullah Salamullah"
Tenang ja rasa...

Haih,
tadi kan blog,
ada orang kena histeria.
Tu ha kat depan bilik aku.
Lebih kurang pukul 1 pagi tadi.
Ish..aku yang duduk sorang ni lagi la seram.
Musim-musim exam camni,
macam-macam benda pulak yang jadi.
Haih...
Apa la nak jadi.

Lepas tu kan,
tadi masa aku keluar pi tengok,
pastu bila aku nak masuk bilik,
entah sapa entah gantung 'hadiah' kat tombol pintu aku tu.

Siap berbalut cantik lagi.
Kotak kecik ja tak besar mana.
Tapi cantik.
Bila aku buka,
kosong ja...
HUHUUHU.
Terus aku buang dalam tong sampah.
Takut aku nak bawak masuk dalam bilik.
Terus aku masuk bilik.
Kunci pintu sekunci-kuncinya.

Haih,
takpa...cubaan..
biasalah..
dok sorang macam ni,
macam-macam benda nak menguji aku.

Takpa Liza,
relax...cool..cool...

Tapi kan blog,
Bila dok sorang-sorang lama camni,
tetiba aku terfikir sesuatu..
alangkah indahnya kalau ada sesapa yang sudi menjadi penyeri hidupku..
menemaniku di malam yang sepi ni..
heeeeeeee...
malam ni kan,
katak pun tak bunyi..
agaknya, dia sakit tekak kot macam aku ni.
sunyi..sepi..sendiri..

Em,
sememangnya hidup aku amat sunyi sekarang ni..
semua dah pakat balik kampung..
tinggallah aku sorang kat sini..
kawan-kawan yang lain,
semua dok kolej jauh..
kalau tak, boleh aku pi jumpa depa.

Mujur juga bilik aku ni dekat ngan jalan,
sekurang-kurangnya boleh juga aku tengok motor dan kereta yang lalu lalang,
dah sunyi sangat tak tau nak tengok apa dah.
Motor dan kereta pun jadilah....

Pastu kan,
bilik aku ni berdepan ngan gelanggang badminton.
Petang-petang,
sesekali aku dok menjerling gak pemain-pemain badminton yang turun padang.

Kadang tu, rasa gak nak pi main sekali.
Tapi tak bestlah..
sebab aku tak kenal pun pemain-pemain tu semua.
segan pulak tetiba masuk gelanggang.
wuuwuwu

Lagi kan,
em..aku ni malas nak berchatting..
kadang tu,
aku bukak ja YM tu..
tapi kalau orang YM,
aku tak balas pun..
hahahahaha..
(sori..memang sengaja)

Sebab tu la aku suka invisible.
Kalau ada benda-benda penting ja aku balas.
Buat sesiapa yang dah terkena tu..
Ampun ye...huhu

Em,
tadi kan...
disebabkan dah lama aku tak mengaktifkan pingbox aku tu,
jadi, aku pun sengaja la meng'available'kan diriku kat situ.

Pastu,
entah sapa entah masuk.

Heran sungguh la..
setiap kali orang masuk,
mesti akan keluar nama Guest..

Dan,
orang tu pulak takmau nak perkenalkan diri dia.

Jadi,
aku pun tak layan la.

Tapi,
hamba Allah tadi tu,
jenis yang degil gamaknya.

Dia tulis macam-macam,
panjang-panjang..
aku baca ja la..

Tapi,
salah satu ayat yang nak buat aku ketawa,
dia kategorikan KAMI macam cerita Kuch Kuch Hota Hai.
Dia kata,
KAMI ni macam hero dan heroin filem hindustan tu.

Dan,
dia juga ada bertanya,
macam mana KAMI boleh berbaik dan menjadi agak rapat padahal kebanyakan orang lain TAKUT kat 'sorang' tu.

Dan,
kebanyakan orang lain juga SEGAN kat 'sorang' tu.

Hairan juga aku,
kenapa nak takut kat 'sorang' tu..

Dan (ish..banyak pulak guna 'DAN' kat ayat ni..hehe),
kini barulah diriku mengerti mengapa timbulnya pelbagai spekulasi, kontroversi dan apa2 jelah yang macam MELODI tu...
Dulu..sampai sekarang..
Hmmm..
aku dah faham.

Tadi,
aku tak jawab pun soalan manusia pingbox tu.

Tapi,
sekarang ni tetiba aku rasa nak jawab.

Sebenarnya,
BERKAWAN tu mudah kalau kita tahu apa itu erti KAWAN.

Selagi boleh BERKAWAN,
kawan jelah..apa susah..

Lagi satu,
nak MEMAHAMI orang,
kita kenal KENAL,
nak kenal, kena la BERKAWAN.

Tak payahlah nak sempitkan skop KAWAN.

KAWAN adalah KAWAN.

Tak kisahlah siapa dia atau dari mana asalnya.

Kalau niat kita baik dan ikhlas,
InsyaAllah..
persahabatan kita akan kekal hingga ke akhirnya.

Dan tak perlulah kita nak 'memanaskan' hubungan KAWAN tu sendiri.
KAWAN tetap KAWAN,
GOSIP tetap GOSIP.
Kan blog kan....???

Soal kasih sayang pula,
tak perlulah nak digembar-gemburkan dan dipandang serong.
Sayang menyayangi antara satu sama lain tu kan dituntut dalam Islam.

Bak kata Raihan,
"Kasih sayang itu tali..
Kasih sayang penghubung hati.."

Acewahhh...
Berfalsafah pulak pagi-pagi buta camni.

Lagi satu kan manusia pingbox,
sayang tu tak boleh nak paksa,
kalau kita sayang kat orang,
belum tentu orang tu akan sayang kat kita.

Tapi,
apa salahnya sesekali kita menyayangi orang tanpa mengharapkan apa-apa balasan kan..
barulah hati kita akan lebih tenang...

Hahahahahaha
(Terima kasih manusia pingbox kerana ayat hang tadi memang amat menggelikan hatiku yang tengah suram ini)

Dah la,
aku nak sambung study.

Sekian,wassalam.


20 comments:

Anonymous said...

WAH LAGU!!!EVERGREEN BEB!!!AHAKS!!!
KAMI?SIAPAKAH ITU?SIAPAKAH GERANGAN RAHUL,TINA,ANJALI?WAKAKAKA.HISTERIA?HUHUH.TAKOT SIOT......KOTAK?WAU....MISTERI.
-mixfar-

Anonymous said...

PINGBOX?MMG NGERI.......WAKAKA
-mixfar-

Fauzan said...

Cik liza oit,lg pa ni ha?

CikLieYzaOnline said...

Mixfar,hahaha.siapakah si pingbox itu?jika kudapat,pasti ku blender dia mcm cabai utk kubuat sambal...

abg fauzan,lagu RENUNGAN TERAKHIR.wuwuuwuwu.mcm sedih lak..ni tgh mncari lagu lain plak.heeeeeee.

utk blog(walaupun blog aku x komen kat sini)...tuanmu bgn awal hari ni.yeyyyyy.....

CikLieYzaOnline said...

dah tukar lagu.akhirnya,lagu ini juga yg mjd pilihanku.....
suka..suka...heeee.KU UKIR INDAH NAMAMU....ok,tata semua,...

Cik Tie Amin said...

amin ni mmg byk antooooooooo......

Cik Tie Amin said...

liza,cpt siap,jom kte pegiiiiiiii.
tgk pilem industan......kah3,
liza,cpt ......ak tggu kt tss k

Tak Bernama said...

Hahahahahaha!!!!!Kuch2 hota hai!!Sape mnsia pingbox tu?
Tp tUl aper,en daud tu mcm grg jer,huk3

Tak Bernama said...

Cmne erk ko baik dgn die?ko gne ilmu per?ak nk msuk blog die pn x bani r beb.karang disergahnye ak x psl jer.uhu.....

CikLieYzaOnline said...

Cik T,aku dh siap.tp,jap,aku tgh tggu panggilan ni.dh dpt pggilan,baru aku turun sbb aku nak kena check semua nombor kat dlm komputer aku ni.ok?(eh,hang akan baca ka mesej aku kat dalam komen ni?haha).sengaja aku nak balas jugak komen hang.heeeeeeeeee

CikLieYzaOnline said...

Tak bernama,
hahahahahahaha.alahai,jangan la dok bagi aku gelak pagi2 camni.aku pakai ilmu hisab kot.campur tolak bahagi darab semua tu......heeeeeeeee.dia ok je lah,hang niiiiii....apa nak takut.dia bukannya seladang.heeee.dia pun manusia macam kita.haih....ngn manusia pun hang nak takut.kalau takdak salah pa2,nk takut apanya.....aduhai.....

Tak Bernama said...

ko baik dgn die,ko xtkt r dgn die.sbb tu ko leh ckp cmtu.

CikLieYzaOnline said...

laaaa,ada lagi hang ni?haih...ya la,aku baik sbb aku kenal dia.cuba hang kenal dulu dia sapa,mesti hang pun akan baik juga.sama la ngan dia.aduhhhhh.....

daud.montak.zakaria said...

Hmmm...tul cakap Liza tu...den sokong..ops!! laaa...den lak yang jawab...hmmm..

Eh! Liza...hang nak pi mana? Balik kampung ko atau gi umrah....

Anonymous said...

Pi akad nikah.hahahahaha...!!!!
-mixfar-

Anonymous said...

ADA APA DGN KOTAK KOSONG
Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!


“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)
-tentangcinta.com- hu..hu..
BlueApPLe bukan BlueHyPo

daud.montak.zakaria said...

Hmmmm....cito hang ni lebih kurang nilah...dalam penerbitan video terdapat skrip video. Skrip video terbahagi kpd 2 kolum. Kolum pertama untuk 'VISUAL' dan kolum kedua untuk 'AUDIO' atau 'BUNYI'. Dalam video 'SENYAP' dimasukkan dalam kolum 'AUDIO' atau 'BUNYI'. Oleh itu di sini kita dapat lihat bagaimana penerbit filem atau video memahami konsep 'SENYAP' itu berbanding dengan orang awam memahami konsep istilah 'SENYAP'..
Pandangan masing2 berbeza kan???

Eh! apo yang den tulis ni, macam tak kene je dengan apa yang diceritakan kek sini....ha...ha...ha...

CikLieYzaOnline said...

emm....ni plak pandangan ketiga yang mmpunyai tafsiran yang juga berbeza dpd pandangan 1 dan 2.em,hbs tu,kalau dah dapat bungkusan kotak yang cantik tergantung kat pintu bilik pukul 2pagi,tiada orang sunyi sepi kat blok den tu,den plak ditinggalkan seorang diri tiada berteman selama seminggu ni.buat pulak tu,den ni baru je balik dari bilik seseorang yang diserang histeria sampai menjerit2,meracau2..dan sempat juga memandang den dengan pandangan mata yang agak menyeramkan....huhuhu...pada ketika itu, diriku lebih memahami apakah makna 'kotak kosong' dan erti 'senyap' itu sendiri.ada ke sesapa yang sanggup keluar bilik semata2 nak mghadiahkan aku kotak kosong yg penuh erti itu?walhal,hari ini bukanlah hari istimewa utkku dan bukn juga april fool.seandainya kubawa masuk kotak itu,jeng..jeng..jeng....ku gosok2 ia bak lampu ajaib aladdin,maka akan keluarlah seorang putera kacak yang bakal menyerikan lagi hidupku.....
heeeeeeee.ni lagi la cerita merapu.

tp kan,kalau la betul ada org menyayangi aku sampai tahap mcm tu sekali,sanggup keluar bilik kul 2pagi semata2 nk mghadiahkan aku 'kotak kosong' tu,pasti akan kusimpan buat selama2nya......romantiknyaaaa....
hahahahahaha.....

aku ni x kisah kalau nak bagi hadiah...plastik 'clorex' pun,kalau betul2 itulah hadiah yang nak diberikan kat aku,aku tetap akan simpan juga.tp kena bagitau la nama.kalau hadiah tanpa nama, cmna aku nak anggap ia adalah hadiah bermakna.heeeeee.

p/s:cerita ini tiada kaitan dengan mana2 pihak di alam maya.hehehehe.

CikLieYzaOnline said...

eh,lupa plak.lupa nak masukkan ayat bab2 penerbitan video tadi.

em,dlm skrip,unsur audio dan visual amat penting.bila kita tulis skrip ttg sesuatu paparan visual,kita juga wajib masukkan apakah bentuk audio yg terlibat ketika paparan visual sedang dipaparkan.dalam kes smlm,visual yg dipaparkan berbentuk cmni.seorang gadis comel sedang memegang kotak kecil kosong tak berisi.audio yg terlibat pulak adalah suara monolog di dalam hati sambil diiringi bunyi degupan jntung dub dab dub dab tanpa henti.

Cik Tie Amin said...

pjg giler!mende neh?pape ar,hahahah!