Saat kumenaip warkah ini, gigiku sebelah kanan terasa amat sakit tak terkata. Entah mengapa ia sakit dengan tetiba. Pagi tadi, aku gelakkan Ain sebab dia sakit gigi. Sekarang, aku juga turut menerima sakit yang sama. Adeh laaaa....
Baru 5 minit yang lalu, aku mengisi perut yang lapar tak berisi sejak petang tadi dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli di Pasar Malam Kajang setelah melangkah keluar dari StudioUkmDECTAR kira-kira pukul 6 petang tadi.
Masa tengah makan tadi, aku tergigit bibir sendiri. Adeh, sakitnya...!!! Ain yang duduk bersebelahan aku berkata, "haaa..ada la tu sapa-sapa tengah kutuk hang...". Em, memang itu merupakan ayat kegemaran Ain setiap kali aku mengalami kejadian tergigit bibir sendiri ketika makan ni. Tak lama kemudian, sedang aku enak menjamu selera, aku tersedak dengan tetiba. Haih, kali ni, belum sempat Ain berkata, aku sendiri membuka suara.."hmm..ni mesti ada sapa-sapa tengah kutuk aku ni..."
Selesai makan, aku update la blog aku ni. Ni tengah update la ni.
Hari ini, banyak kejadian yang aku alami. Baru sebentar tadi, ada seorang kawan yang menangisi diri sendiri. Haih, apa aku nak buat. Aku sendiri dah hilang kata-kata untuk memujuknya. Sememangnya diri manusia tidak sempurna. Adakalanya, sukar untuk kita meluahkan apa yang tersirat di dalam hati kita. Mungkin itulah kelemahan atau itulah kekuatan yang kita miliki.
Siapa aku? Hmm..tak siapa pun yang tahu.
Adakalanya, aku sendiri tak kenal siapa aku. Pernah juga aku mengalami kejadian sebegini.
Aku ni seorang yang suka main-main. Betul ke? Nak kata aku main-main, aku tak adalah main sangat. Mungkin aku agak nakal. Ye ke? Tak adalah. Aku bukannya nakal. Aku ni baik. Ye ke? Aku ni jahat juga kadangnya. Ye ke? Tapi, kadang-kadang, aku taklah sejahat mana.
Aku sering bertanya kepada diri sendiri. Siapa aku sebenarnya?
Antara pendapat yang pernah aku terima daripada beberapa orang yang aku kenal ialah:
-aku seorang yang manja walaupun dah tua.
-aku seorang yang peramah tapi adakalanya pendiam.
-aku sukar untuk berterus-terang menyebabkan timbulnya banyak kekeliruan.
-aku suka mengacau orang sampai pening kepala dan timbulnya huru-hara.
-aku seorang yang bermuka tebal.
-kalau aku marah, aku akan ketawa.
-kalau aku sedih, aku akan diam.
-kalau aku gembira, aku akan senyum sambil menimbulkan lagi kekacauan dan huru hara di seluruh alam.
Hmm...ini adalah pendapat ikhlas daripada beberapa pelajar UKM yang aku kenal.
Jadi, sebenarnya, apa yang aku nak cerita ialah....
"Dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan bermacam-macam orang. Sukar untuk kita menilai setiap orang. Mungkin pada awalnya penilaian kita adalah sekian..sekian..sekian...Tapi, di akhirnya, penilaian kita adalah sekian..sekian...sekian...."
"Adakalanya, kita tak dapat nak suarakan apa yang tersirat di hati kita. Hati meronta-ronta untuk bersuara namun lidah kelu untuk berkata-kata."
"Dalam hidup ini, adakalanya kita akan dibenci akibat kesalahan yang sememangnya tidak kita lakukan. Dan bila saat itu tiba, hati memang pedih untuk menerima. Kerana orang lain, kita yang menerima impaknya. Namun, tiada keadilan yang tercapai. Apa yang kita mampu ialah berdoa kepada Tuhan agar menunjukkan jalan kebenaran kepada kita,moga sentiasa berada di dalam rahmat-Nya."
Hmm..manusia tetap manusia. Manusia bukannya malaikat yang tiada dosa.
Hmm, apa yang aku nak cerita sebenarnya ni? Aku pun dah lupa. Nanti la aku sambung cerita.
Sekian, wassalam.
Hello world!
1 year ago
9 comments:
Salam buat Liza,pada pendapat aku,ko adalah sorg yg suka wat kelako.kalo ko marah,ko akan kelakorkan diri ko dan org sekeliling.cara ko lepaskn kemarahan adalah dgn meng"happy"kan keadaan.Kalo ko sedih,ko hanya akn diam melainkan ko betul2 sedih tahap serius.Yg tu,ko akn nangis dan menyepikan diri hingga xsiapa yg tahu apa yg terjadi.
BG AK,AK RS KO JENIS YG AGK SUKAR DIFAHAMI KDG2.CTH LER,WKT KO NGAH SEDIH OR MRH,KDG KO MCM SENYUM N GELAK2.SO,AK SUKAR NK FHM PERASAAN SEBENO KO.BILE KO NE MRH,KO MRH SMBIL SENYUM.SEMEMANGNYE,KO MUDAH SENYUM.SNTIASE SENYUM SMPAI AK X PHM APE YG TERSIRAT DLM HATI KO YG SBNR.THANKS N JGN AMEK ATE NGN KOMEN AK.INI KOMEN SEIKHLAS ATE.
Pendapat Dul,ang suka merapu sampai dul x larat nk gelak baca hg punya posting!!!!tp,bila hayati tul2,dlm posting yg merapu tu,byk benda yg tersirat dan mcm mendalam mksdnya!
Den pun tak faham apo yang hang nak cito tapi den tak kisah kerana adakalanya tak kisah itu adalah kegemaran den....
hahahaha...
buat cik tie,nomos,adul,kwn den si studio.
yg sbnrnya,aku xtau nk posting apa.aku nk cerita yg aku sakit gigi.tp gigi aku terlalu sakit hingga x mengizinkan aku utk bercerita ttgnya.
sbnrnya,manusia ni ada mcm2 jenis.susah nk cerita ttg manusia.jd,xpyh la nk cerita byk2 ttg manusia sbb kita pun manusia.
Oooo..x kisah tu kegemaran ekau yo,den pun xkisah..aiman lagi x kisah..heeeeeeee.
aku rs ko ni jns y aku sndiri x phm.wakakakakaka
kdg ko mcm2 main2,tp mgkin ko serius.
kdg ko mcm serius tp mgkin main2.
entah ler.asalkn ko bhgia udah ler.
aku adalah akuu...aku tetap aku..siapa aku?tanyalah aku..hehehe
ni la aku.wuwuwu
Post a Comment