CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 8, 2009

Merajuk Sepanjang Hari...Legaaaa....

Hari ini..
Awal sungguh aku bangun.
Seawal jam 4 pagi,
mataku dah terbuka.
Alhamdulillah,
aku masih bernyawa.

Hari ini,
perasaanku agak sedih.
Tak dapat nak kugambarkannya.
Aku merajuk dengan dunia.

Aku tiada perasaan untuk bercakap dengan sesiapa.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.
Aku terus melangkah keluar dari bilik meninggalkan Ain yang sedang nyenyak tidur di atas katil seorang diri.

Aku melangkah keluar tanpa meninggalkan sebarang nota.

Kebiasaannya,
aku akan tinggalkan sekeping nota agar dia tahu kemana aku pergi.

Tapi, tidak untuk hari ini.
Hari ini aku membuat keputusan untuk menghilangkan diri tanpa berita.

Usah ditanya kemana kupergi.

Usah dicari diriku lagi.

Aku ingin menghilangkan diri.

Berbekalkan kad matrik dan kunci,
terus kugantung seutas tali ke leherku ini.
Kemudian, ku mengambil pendrive, telefon bimbit dan duit kertas,
aku masukkan kesemuanya ke dalam poket seluar.

Aku melangkah keluar daripada bilik.

Berjalan menuruni anak tangga.

Entah kemana aku ingin pergi.

Tapi,
kakiku terus melangkah tanpa henti.

Tiba di hadapan FEP,
Aku memandang ke kanan dan kiri.

Kalau aku ke kanan,
aku akan pergi berjumpa Haji Sulimi.

Kalau aku ke kiri,
aku akan berjumpa doktor gigi.

Lebih kurang 10 minit aku berfikir,
akhirnya aku mengambil keputusan untuk melangkah ke kanan.

Terus aku berjalan hingga ke Studio MENTION.

Tiba di sana,
Haji Sulimi tiada.
Yang ada hanya abang Mie.

Tapi,
abang Mie izinkan aku mengambil gambar daripada komputer Haji Sulimi.

Setelah mengambil kesemua gambar MCP,
aku memandang ke kanan dan kiri lagi.

Sekiranya aku ke kanan,
aku perlu berjalan ke hentian bas untuk berjumpa doktor gigi.

Sekiranya aku kiri,
aku akan ke Pusanika mengisi perutku yang kelaparan ini.

Aku terus belok ke kiri.
Berjalan menuju ke Pusanika seorang diri.

Aku tahu,
aku tak dapat nak makan.
Sebab rahang aku sakit.
Nak buka mulut pun susah,
apatah lagi nak kunyah makanan.

Tapi,
aku buat tak heran.

Aku terus membeli makanan.

Aku duduk di sebuah meja.

Aku makan perlahan-lahan.

Agak lama juga aku luangkan masa untuk makan sepinggan nasi.

45 minit, baru aku habis telan.

Tapi,
masa tengah makan tu,
hampir-hampir aku terlekat tulang ikan.

Haih,
dah tau rahang, gigi dan gusi ni sakit,
sengaja je aku ambil ikan yang banyak tulang.

Sengaja nak cari pasal.

Dah kenyang,
aku berjalan menaiki anak tangga.

Tiba di atas,
sekali lagi aku berfikir.

Nak ke kanan atau ke kiri.

Kalau ke kanan,
aku akan pergi PTSL.

Kalau ke kiri,
aku akan ke PK berjumpa doktor gigi.

Kali ini,
kakiku melangkah ke kanan pula.

Terus kumelangkah masuk ke PTSL.

Agak lama aku menghabiskan masa di sana.

Tiba-tiba,
aku mendapat kiriman SMS.

Dan aku terus membacanya.

Tidak lama kemudian,
satu lagi SMS kuterima.
Dan diikuti dengan beberapa lagi pesanan SMS.

Tapi,
satu pun aku tak balas.

Sebab,
kalau aku balas,
bukan merajuklah namanya.

Kemudian,
aku melangkah keluar daripada PTSL dan menuju ke PK.

Malangnya,
hari ini pesakit ramai.

Doktor tak dapat nak layan sakitku yang amat sakit ni.

Dan aku merajuk lagi sekali.

Terus kubawa diri.

Bila dah petang,
aku pergi tengok tayangan MCP.

Komen untuk kumpulan aku,
permulaan yang baik tapi di akhirnya ada sedikit masalah.
Masalah paling besar ialah kamera selalu zoom in dan zoom out.
Sepatutnya, dalam talk show,
elakkan zoom in dan zoom out.
Hanya perlu cut sahaja.

Masalah seterusnya,
mata pengacara tak tengok tepat pada kamera untuk segmen kedua.
Sebab matanya tengok skrip yang dipegang oleh krew.
Jadi, pandangan matanya agak lari sedikit.

Tapi,
tak apalah.

Semua orang dah berusaha.

Kesilapan yang berlaku bukanlah suatu masalah besar buat aku.

Kritikan sebegitu dapat kujadikan panduan untuk masa-masa akan datang.
InsyaAllah.

Lepas maghrib,
aku dah cabut lari.
Sebab gigiku sakit tak terperi.

Kritikan MCP,
aku sempat dengar untuk kumpulan 1,2,3,4 sahaja.

Jadilah,
sebab semua kumpulan lebih kurang mengalami kritikan yang sama sahaja.

Sempat juga aku buat catatan untuk kumpulan 1,2,3,4 ni.

Sebagai panduan untukku memperbaiki kesilapan.

Hmm,
sampai di bilik,
perasaanku dah bertambah lega.

Sebab,
aku berjaya merajuk dengan dunia buat kali pertama dengan jayanya.

Hmmmmmmm...
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......!!!!



8 comments:

ct_saggie said...

erm...
merajuk dgn dunia????

ct rasa kak liza bukan kali pertama merajuk...
heeeeeeeeeee

patutlah...
tadi tanya sepatah jwb sepatah...
cuma yang jwb berpatah2..
bila ct tanya pasal....Tuttttttttttt
heeeeeeee
xleh ckp di sini..
nati gosip pulak...
ha!!....

ala...
biasalah tu kak liza
kdg2 kita perlu sendiri utk tenangkan hati...
utk sejukkan hati...
utk redakan hati...

Cik Tie Amin said...

laaaaaa..ptt ler td nmpk jln sesowg cam xde arh tuju jer.org sms x bls,org tegur,senyum2 kambing jer.rupenye de budak majuk ye.hehehe.siannnn.....

Hasni said...

Akk,aduhai,merajuk eak?patut ler has tnye akk td nk gi mn,akk geleng kpla jer.rupenye,tgh merajuk eak.cian has tgk akk td.mcm anak musang x mandi.hahahahahahahaha.comel je akk merajuk td.hahahahahahaha.akak,sorrieee.hehe

amu mejie said...

kalo bdk paras 2 taun abes2 pon botol berisi dumex atau cokelet skupang 2 nk mujuk....

tp kalo sebesar2 umat majuk ni kes berat ni...he...nk banje ape pon da gigi second hand..xleh kunyah..he

tp yg best majuk2 pon balik umah gak..len kali majuk la g umrah ke g uk ker...he

CikLieYzaOnline said...

kalau dgn manusia,mmg bukan kali pertama merajuk.tp dengan dunia,ini kali pertama merajuk dan berjaya menyempurnakan rajukku sepanjang hari.boleh tahan jugak merajuk ni sbb rahang pun sakit,xleh nk ckp byk.jd,bila dah sakit ditambah pula dgn perasaan duka,lagi berkesan merajuk tu.

haha,ekau jgn nk buek sebarang spekulasi atau kontroversi kek sini.den jwb berpatah2 sbb den nk tergelak dgn soalan azahari ttg sikap den yg dia anggap pelik mncari seseorang yg hilang x balik2.ekau la punya idea tu.den hanya menurut perintah.

dah tu,ekau lak dtg gelak2 kek den,tanya kek den pasal soalan azahari tu,lagi la den nk tergelak.
haih..em,letih.

CikLieYzaOnline said...

cik tie dan hasni,
org merajuk mmg cmtu...pelik sikit perangai....tp letih la merajuk membisu.penat rasanya diam cmtu.haih.

ct_saggie said...

huhu....
ada ko ct lak...
kita dua lah...
haih...
kak liza ni...
nk kena luku ni..heeeeeeeeeeeeeeeeeee
yg pntg abg kita siaht walafiat...
judocha

CikLieYzaOnline said...

miji yg menerima nasib sepertiku,

sama la tu,gigi kita 2nd hand.tp doktor sini xdak jentera nk mencungkil gigiku.penat berazam nk pi jumpa doktor gigi.haih..mengeluh lagi.