CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 10, 2009

Muhasabah Diri (SAZALI VS AZLIZA)

Untuk blog yang kusayangi,
salam Jumaat kuucapkan padamu.
(tapi hang jangan la jawab balik salam Jumaat kat aku, nanti lintang pukang aku lari)

Hmm,
hari ini aku nak muhasabah diri.

Dah lama tak muhasabah diri.

Kali terakhir aku muhasabah diri,
bila entah,
dah tak ingat dah.
(maknanya dah lama la tu..ish,teruk..teruk..teruk aku ni)

Haih..

Em,
mana yang aku patut mula dulu?

Ok,
aku mulakan dengan menganalisis semula namaku.

Namaku Nurul Azliza Binti Nordin.

Kalau nak ikutkan,
asal usul nama Azliza ni,
abah yang bagi.

Dulu,
abah suka tengok cerita P.Ramlee.
Cerita Anakku Sazali.

Mujur aku dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan.
Jadi, untuk tidak mengecewakan semua pihak,
nama Sazali telah dipusing-pusing,
hurufnya disusun macam teka silang kata,
macam puzzle pun ada,
dan akhirnya,
terciptalah nama AZLIZA.

Kalau masa dilahirkan tu,
iaitu 9 Oktober 1986 jam 12.04 tgh mlm,
aku lahir sebagai bayi lelaki,
tak pasal-pasal saja aku akan bernama Sazali.

Kan Sazali kan???

Hahahahaha.

Sebenarnya,
aku tak suka Sazali...
Sazali jahat...
Hairan sungguh,
watak Sazali tu kan jahat,
tapi, kenapa abah nak bagi nama tu kat aku?

Hmm,
mungkin sebab lagu dia sedap kot.

"Anakku Sazali dengarlah,
lagu yang ayahanda karangi,
sifatkan laguku hai anak,
sebagai sahabatmu nanti."

Waktu aku kecil-kecil,
boleh abah dodoi aku sambil nyanyi lagu ni.

Itulah motif abah yang sebenar.
Hehehehehe.

Hmm,
kalau kat rumah,
semua panggil aku kakngah.

Sebab,
aku ni anak kedua.

Dan sekarang ni,
aku dah pun bergelar makngah.
Makngah Liza..
Hahahaha..
Modennya nama !!!

Selalunya,
cikgu-cikgu kat sekolah akan panggil aku Nurul dan Azliza.

Kawan-kawan pula ada yang panggil aku Nurul, Azliza, Nurul Azliza, Liza, Za.

Itulah nama-nama yang orang pernah panggil aku.

Tapi,
kebiasaannya,
nama LIZA lebih kerap digunakan kerana itu nama pilihan.

Bila diteliti maksud LIZA,
aku dapat simpulkan sesuatu.

L=Landak berbisa
I=Igauan ngeri manusia
Z=Zzzzzzzzz (tidur tak ingat dunia)
A=Ada-ada saja.

Itulah makna LIZA.

Aku ni, kadang-kadang macam landak sebab landak memang comel tapi penuh berduri.
Kalau tak hati-hati,
bahaya ditusuk duri hingga membawa diri sepi sendiri.
Merajuk meratap tangis di malam sunyi.
Hehehehehe.

Ramai orang pernah terkena tusukan duri landak ni.
Dan semuanya dah zip mulut kunci dengan mangga yang besar sampai takmau buka lagi.

Tapi takpa,
sebab, landak kan banyak duri.

Mungkin salah satu duri tu adalah duri ajaib dan pasti berjaya dijadikan anak kunci untuk membuka kembali zip-zip yang telah tertutup rapi.

Kemudian,
aku ni juga kekadangnya selalu menjadi igauan ngeri bagi sesetengah manusia di luar sana.
Aku pun tak pasti mengapa semua ini terjadi.
Takut aku nak fikir igauan ngeri-ngeri ni semua,
takut kena pelempang buat kali kedua.
Wuwuwuwuwuwuwu.

Aku seorang yang suka tidur.
Ya betul !!!!
Tepat sekali.
Aku boleh tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Sambil mandi pun aku boleh tidur,
sambil makan pun boleh,
sambil baca buku lagi la bolehhhhhhhhhh...
hehehehe.

Dulu,
masa aku tinggal di Kolej Zaba,
waktu tu jam 8 malam,
aku tunggu bas kat hentian bas Zaba untuk ke Fakulti sebab ada perjumpaan.

Bas semua takdak malam tu,
jadi aku pun naik la bas Rapid KL.

Bas rapid KL akan berhenti di masjid dan aku boleh la berjalan kaki ke fakulti.

Tapi,
entah macam mana entah,
aku tertidur sampai terlepas ke Kajang.
Huhuhuhu.
sesorang pulak tu.

Kalau aku sedar kat Hentian Kajang,
boleh la tahan.

Ini tak.
Dah sampai Metro Kajang,
baru pakcik bas tu kejutkan aku.
sebab dia nak kosongkan bas.

Menangis aku sesorang kat situ.

Dengan ada orang gila mana entah yang tengah menyanyi,
jalan pun terhoyong-hayang,
mujur ada pakcik bas tu,
dia pesan,
jangan pergi mana-mana,
tunggu kat tempat dia duduk tu.

Sebab pukul 10,
baru bas akan jalan.

Hehehehehe.
Menyembang la aku dengan pakcik-pakcik bas semua tu.
Dan hasilnya,
sampai hari ni pakcik tu baik dengan aku.
Terima kasih pakcik rapid..

Huruf A dalam nama aku pula,
ada-ada saja.
memang pun dah jadi tabiat aku.
ada-ada saja aku ni kat mana-mana.
ada-ada saja aku ni nak cerita apa-apa.
ada-ada saja aku ni nak timbulkan sesuatu tanpa tak disengajakan.
kesimpulannya,
aku ni ada-ada saja la apa-apa pun.
di mana-mana,
bila-bila masa.

Hmm,
selama aku hidup ni,
aku rasa,
dah banyak aku menyusahkan orang lain.

huhuhuhu.

Aku suka kenakan orang.

Aku suka menyakat orang.

Aku suka gelakkan orang.

Bukannya apa,
cuma aku fikir,
kalau kita gelakkan orang,
satu hari nanti orang pasti gelakkan kita.

Tapi,
kalau kita marah dan maki orang,
satu hari nanti,
orang pasti marah dan maki kita balik.

Jadi,
daripada kena marah dan kena maki tak tentu hala,
lebih baik kena gelak.
itu masih boleh diterima.
(walaupun rahang aku sakit la ni tak boleh nak gelak banyak)

Hmm,
aku ni sering bernasib baik.
dan aku sering dikelilingi oleh insan-insan yang baik-baik belaka.

Semua orang baik ngan aku.

Masa aku nak naik bas pi Pasar Malam Bangi,
ada juga Mamat Bangla bagi aku duduk dan sanggup dia berdiri semata-mata nak suruh aku duduk kat situ.

Akak dan abang kafeteria Amin ni pun selalu bagi makanan free kat aku sebab aku pernah pinjamkan Al-Quran untuk mereka baca waktu bulan puasa.

Dan ramailah lagi orang yang baik dengan aku.

Ramai insan di sekelilingku yang sanggup menghulurkan bantuan bila aku memerlukan.

Tapi,
aku ni baik ke???

Itulah yang menjadi persoalannya.

Aku sendiri tak tahu sama ada aku baik atau sebaliknya.

Sebab,
semalam,
aku dah sakitkan hati orang.
merajuk orang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah gelakkan orang,
merajuk pulak sorang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah kenakan seseorang,
marah dia dekat aku.

Hehehehehe.

Padan muka aku.

Aku dah cuba untuk taknak ketawa tapi nak senyum saja.

Sebab bila aku ketawa,
nampak sangat kejahatan diriku terserlah.

Tapi,
bila aku senyum,
nampak macam aku ni skema pulak dah.

Susah..susah..

Aku tak dapat cari kebaikan pada diriku.

Pagi tadi,
aku kena pelempang dengan kawanku sebab aku mengigau.

Haaaaaaaaaaaaaa..
amik sebijik aku kena..
penampar jepun paling berbisa !!!!

Sebab aku ni degil,
roh taknak masuk dalam jasad,
jadi,
hanya dengan pelempang dapat mengembalikan diriku ke alam nyata.

Sakittttttttttttttttttttttt...

Tamparan dia telah menyedarkan aku bahawa aku ni insan degil yang paling degil di dunia.

Dan aku kembali insaf.

Sebab tu lah aku bermuhasabah diri.

Ternyata,
mimpi tadi membawa erti.

Dan kini,
aku terus tercari-cari,
apa kebaikan yang aku miliki?

Takkan takdak sifat baik langsung kot kat diri aku ni,
aku dah cari tapi tak jumpa.

Nampaknya,
aku nak insaf lepas ni.

Aku nak buat baik.
Taknak buat jahat dah kat sapa-sapa.

Aku taknak jadi Sazali.

Sebab aku nak jadi AZLIZA.

Hahahaha.

Eh, lupa pulak, jangan gelak..

Senyum..senyum...

Heeeeeee..

Tata

8 comments:

Anonymous said...

hahahahahahahah!!!!!

Isma Ae Mohamad said...

Wuwuwuwuwuwuwu

Mulanya sekali lihat sangkakan itu tulisan Siam.

amu mejie said...

hehehehehehhehehe...besa la kakngah bdk berduri ni mmg bnyak org syg..

bapak yg bersalah dalam hal ini...bapak yg membesarkan sazali dgn membabi buuta...skrg sazali punya wang...hahaha.....cut!!!..hehe

adul said...

hahahahahahaha.ololo.cian bdk sowg nih!!!!

Hasni said...

tulisan siam......hehehehehe.kakliza mmg org siam utara.haha.akk,sorieeee.hehe.ala akk,akk baik ape.em,ape kebaikn akk erk?haha.has pn xtaw....haha.tp,akak disayngi oleh segenap manusi wlupun xde yg baek ttg akk,hahaahahaha.

akk,soriiieeeeeeee..hehehe.lari2,nt kakliza kejar....hhehe

akk,best seminar td.rugi x g.ni mst tdo lagi ni.

adul said...

korg gado lagi erk liza...ct?

Cik Tie Amin said...

Muhasabah diri....hm,bgus,ptut dipuji!!!kehkehkeh

CikLieYzaOnline said...

Isma,
ye,itu tulisan siam ciptaan sendiri.time sedih je tulisan siam tu mnjelma kat blog ni.hehehe.

mejie,
hahahaha.syg ka kat bdk berduri ni?huhuhu.malu..malu..amik tola,,nk pi mandi.

adul,
yo la tu.sian la sgt kat aku ni...
kami x gado la..wjh cik ct berseri2 ja td.hehehehe.

hasni,
haha.amboi,lagi sakan hg ngutuk aku yeeeee...xpa..xpa.stat esok,aku nk pi bg mkn kucing.baik kat haiwan pun jd la kannn...em,seminar tu x jd pi sbb terlena x sdr diri.

cik tie,
puji la lagi dan lagi...heeeeeeee