Hai blog.
Hmm..
Hari ini merupakan hari kedua aku menduduki peperiksaan akhir UKM..
Oho..
pelbagai dugaan terpaksa kutempuh demi menjejakkan kaki ke Bilik Seminar Keris Mas, yakni tempat peperiksaanku bakal berlangsung..
Tepat jam 11 pagi,
aku yang secara tak sengajanya telah melakukan suatu kes pembunuhan di bilikku..
Ain, rakan sebilikku masuk ke bilik air.
Aku pula masuk ke bilik untuk bersiap.
Tatkala keluarnya Ain dari bilik air,
kedengaran satu suara memanggil namaku..
"Liza !! Liza !!"
"Haih..
apa pula si Ain ni nak.."
Bisikku di dalam hati.
"Liza... tu.. tengok tu..!!!"
Hahahaha..
Oh, tidak !!!
Seekor cicak kobeng yang kepalanya telahpun kemek melekat di celahan pintu bilikku.
Darah beku masih merah di situ.
Huhuhu
Ain yang kegelian mula la suruh aku angkat mayat cicak tu untuk dikebumikan.
Ain tu memang...
Kalau benda2 yang geli geleman ni semua dia serah kat aku..
Kalau nak cuci tandas ke, nak bersihkan sinki yang tersumbat ke,
memang semua tugas tu diberikan kepadaku..
Tapi,
kalau nak sapu bilik ke,
nak mop lantai ke..
kerja tu semua..Ain la yang buat..
Hmm..
jadi, aku pun apa lagi..
terpaksa la ambil masa sikit untuk mengeluarkan mayat cicak yang tersepit di pintu bilik tu..
Kesian sungguh la..
tapi nak buat macam mana..
ajal dah tiba agaknya.
Tepat jam 11.08 pagi,
pengebumian cicak pun selesai..
aku dan Ain melangkah keluar dari bilik menuruni anak tangga untuk ke hentian bas.
Tapi,
bila sampai saja kat bawah,
bas langsung tak ada.
Haih,
tak boleh jadi ni.
Dah pukul 11.10 pagi.
Aku dan Ain saling berpandangan.
Nak tunggu kat sini atau nak jalan kaki???
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan.
Tiba di FSSK,
jam menunjukkan pukul 11.15 pagi..
Huhuhuhu..
gelabah sungguh aku dan Ain waktu tu..
Kami berjalan punyalah laju..
terasa sengal kaki ni..
betis kering ni rasa macam sakit je..
tapi, exam punya pasal..
kami tetap jalan juga..
Masa kami tiba di depan FSSK,
Ain bercadang nak naik tangga Ibu Zain untuk shortcut..
tapi, malangnya kami bukannya tau jalan..
buat sesat dalam hutan..
lagi la tak pasal-pasal exam dengan simon kan???
Jadi,
kami pun apa lagi..
tetap teruskan perjalanan tanpa henti..
Masa kami tengah berjalan,
sempat lagi kami gelak kat Pak Arab yang naik 'tenggiling'..
hehehee..
padahal.. diri sendiri tak sedar hanya jalan kaki..
tenggiling2 pun, cepat lagi sampai dari kami ni..
Lepas tu,
kami berjalan dan terus berjalan..
Setibanya kami di hentian bas FSSK,
ada la bas Zon 2 berhenti kat situ..
Mulanya, kami nak naik..
Tapi setelah berfikir panjang..
Kami tak jadi..
Sebab bas Zon 2 nak pergi Zaba..
Oho..
kalau naik, lagi la tak pasal-pasal menangis tanpa henti..
Elok-elok dah sampai FSSK..
sengaja cari pasal nak patah balik ke Zaba di hujung dunia tu..
huhuhu..
Jadi,
kami pun teruskan perjalanan kami..
Berjalan dan terus berjalan..
Kami pandang kanan dan juga kiri..
wuwuwuwu..
semua naik motor dan kereta..
hanya kami yang berjalan kaki..
semua bawa laju-laju..
kami yang jalan kaki ni cuma boleh merasai asap hitam je yang berterbangan kat udara tu..
Sampai di hadapan Rahim Kajai..
jam dah pukul 11.30 pagi..
Kaki ni dah naik lenguh berjalan tanpa henti..
belakang baju ni pulak dah basah macam orang yang baru mandi..
Nafas pun dah tercungap-cungap dah..
Ain kata kepala dia dah pening..
Dahaga tekak ni kering saja rasa..
Apa tidaknya..
Tengahari camtu rajin nak berjoging..
Panas terik lagi la tak tau nak kata apa..
Aku kata kat Ain,
Takpa Ain, jom kita teruskan juga perjalanan kita ni..
Dah nak dekat dah tu..
Sambil berpandangan,
masing-masing gelak kat diri sendiri..
ni semua cicak punya pasal la tu..
mati pun kat pintu bilik kami..
mati la kat tempat yang strategik sikit..
haih...
Jam dah pukul 11.35 pagi,
masih lagi dalam kawasan Rahim Kajai..
sejurus kemudian,
kelihatan Zilla dan Hindun lalu di sebelah kami..
memecut laju menaiki motor..
meninggalkan kami di belakang..
kesian..
Selang beberapa minit kemudian,
kelihatan kereta kak Salmi pula yang memecut laju..
tinggal la kami lagi yang berjalan..
wuwuwuwuwu..
Waktu tu,
sedih sangat..
terasa macam kami ni kerdil sangat..
3 tahun dok UKM..
bukan kata motor,
basikal pun kami tak mampu beli..
Lepas tu,
tiba di hadapan DG,
jam dah pukul 11.40 pagi..
masa tu, memang penat sangat..
dah penat tahap apa tak tau la..
tiada perkataan untuk menggambarkannya..
Masa tu,
aku nak tahan je kereta sesiapa yang lalu lalang..
takut tak sempat nak ke Keris Mas..
Tapi,
Ain kata dia segan..
setiap kali aku nak angkat tangan tahan kereta orang,
Ain mula la gelak kat aku..
aku pun tak jadi la nak teruskan niat aku tu..
malu la juga rasanya nak buat macam tu..
huhhuhu
Lepas tu,
Ain yang keletihan sangat ni suruh aku berhenti dulu.
sebab kepala dia dah pening..
Tapi,
disebabkan jam dah pukul 11.42 pagi..
aku tarik juga tangan Ain untuk berjalan..
asalkan berjalan tanpa henti,
perlahan-lahan pun takpa..
janji tetap berjalan..
jangan sesekali berhenti..
takut nanti tak sempat nak sampai..
Maka,
kami pun teruskan perjalanan..
masa kami nampak bangunan buruk Keris Mas yang terbengkalai tu,
rasa macam nak melompat saja..
tapi, waktu tu pun,
kaki ni dah rasa macam tak pijak tanah..
kaki ni macam automatik pulak berjalan tak boleh nak henti..
rasa macam tak boleh nak control kaki ni..
penat woooo..
Lepas tu,
kami pun jalan dan jalan..
Tepat jam 11.45 pagi,
kami tiba di hadapan Kolej Keris Mas..
Masa tu,
elok-elok kami sampai..
dengan peluh yang membasahi pipi dan semua anggota tubuh ni..
kelihatan sebuah kereta Gen 2 parking kat depan kami..
Oho..
budak-budak media satu kelas dengan kami..
Waktu tu kan,
ish...tak tau la nak kata apa..
lagi la rasa yang kami ni kerdil sekerdil-kerdilnya..
apa yang kami boleh buat..
sekali lagi kami gelakkan kat diri sendiri...
Dengan peluh yang mengalir tap..tap..
kami pergi mencari Bilik Seminar..
dan kami terus masuk untuk menjawab peperiksaan...
Fuh..
bila duduk saja dalam dewan yang ada air-cond tu..
nyaman...aman...tenteram...
tapi, kaki ni mula la rasa sengal semacam..
Hmm..
sempat juga kami sampai tepat pada waktunya..
Lepas tu,
bila balik,
kami dah bertekad..
kalau kena tunggu bas 2jam pun kami sanggup..
asalkan kami tak lagi berjalan..
Tapi,
ada pula bas waktu tu.
Kami pun naik la bas sampai ke FSSK sebab kami ada hal sikit nak ke pejabat MENTION.
Masa pergi pejabat kan...
hehehehe..
terserempak dengan abang Mie..
hehehehe..
sukanya..lama tak jumpa..
hahahaha
Lepas tu,
pergi jumpa Kak Liza..
hehehe..
Kak Liza dah selamatkan aku daripada 'dibaham' dengan Dr Mus..
hhuhuhu..
Nasib baik Kak Liza ada..
kalau tak,
mati la aku nak kena present Kertas Projek tu..
Alhamdulillah..
itu la..
aku ni..selalu saja bernasib baik..
hehehe
syukur....
Lepas tu,
disebabkn perut ni tak tahan sangat dah..
tekak ni pula dahaga..
aku dan Ain singgah makan di PUSANIKA.
Dah kenyang,
kami berjalan pulang ke bilik.
Masa berjalan tu,
kami pun mula la bersembang tentang angan-angan kami nak beli kereta..
dan kereta pilihan aku..
macam biasa la..
WIRA AEROBACK dan HYUNDAI GETZ
warna silver..
Ain pula suka kereta SWISS..
warna merun..
hehehe..
sepanjang kami berjalan kaki nak balik Amin..
macam-macam kami sembang pasal kereta idaman kami ni..
Ain pun ada cakap..
kalau aku diberi pilihan sama ada untuk memilih WIRA atau HYUNDAI..
apa yang aku nak beli..
Huhuu..
aku pun tak tau..
sedihnya..
kalau aku terpaksa buat keputusan sama ada nak ambil WIRA atau HYUNDAI..
mesti aku menangis tak tau nak buat keputusan..
sebab kedua-duanya aku suka..
(tapi,macam la aku ni ada duit nak beli kan? hahaha)
Tapi kan,
sedar-sedar je kami dah berada di hadapan Amin..
hmmmm..
sekali lagi kami ketawakan diri kami sendiri..
berangan je lebih..
last-last naik kaki jugak..
huhuhu..
Jadi,
disebabkan kami ni dah penat sangat nak gelak kat diri sendiri..
kami pun hanya memerhatikan kereta yang lalu lalang tanpa bersuara lagi..
Akhirnya kami tiba di bilik lebih kurang pukul 3.30 petang..
Kami sembahyang zohor dan rehat sebentar.
Ain tengah tidur tu..
Aku ni pula,
hehehehe...
ni la kerja aku..
update blog kesayanganku !!!
Sekian, wassalam
15 comments:
oho....
nmpk la eak kete gen 2 tu...
tp...xnmpk ke ct...
ct ckp...eh kak liza...
kak liza ni...jln tu tgk la kiri kanan.....ct pgl tu...huhu
Laaa...ngape tak talipon den, kalau setakat dalam UKM boleh den hantarkan lagipun hang berdua ngan Ain kan..kalau hang sorang tak beranilah den, nanti kene tangkap khalwat pulak, berdua-duaan dalam kereta.
Den pun buat masa ni kurang tugas lain cuma tugas dalam pejabat je....Lainlah kalau hang minta de hantar balik kampung, kalau macam tu tak sangguplah den....heh...heh...heh..
cik ct,
em..apo pulak den x nmpk gen 2 yg gah tu..den nmpk ekau dlm tu.tp,den pndang sekilas lalu je lah..yo la,sapo la den ni,setakat jln kaki ni,den sogan skit nk tgk org yg gah2 tu lamo2..hehe.kalo tenggiling ko,den suko la tgk lamo2..siap den gelak2 laie...sbb tenggiling tu kiro nasib baik sikit dari den yo..kalo gen 2,xleh la sbb mcm langit ngn bumi.hehehe
laaaa...ish,slalu ter'sent' dua kali..huhu
em,utk kwn den si studio lak..
hehehe..mano den tau yg ekau sggup anta..kalo den tau,awal2 laie den talipon ekau.xpyh den susah2 nk jln kaki laie.hehe.tp xpo,perjalanan mghilangkn kesedihan org kato..den dh x sedih dh tp den penat x terkato..tp kan,ok gak den jln kaki..demam den ni tetiba dh kebah sbb kuar peluh mcm air telago td.berlimpah2...
laie satu..haha.. apo pulak nk kena tgkp khalwatnya..kete brgerak mano sompat nk buek apo2.. hahahahahahahahahaha...Ain ado..xpo..xpo..hahahaha.insaf liza..insaf...hahahahahahahhaha
erm
tu en.duad nk hntr
ingat..lain kali tepon jo en.duad tu
dio sedio membantu tu
den nk tumpangkan ekau
den pun menompang kete org...
klu den ado keto ko..den mmg tumpangkan ekau nyo..
kito kan shbt baik...
hehehehe...
den sogan nk tepon en duad..
sbb den x konal en duad tu sapo..
kalo en daud tu, den kona la...
hahahahahahahaha....
en duad ngn en dadu tu,
ekau sorg jo yg kona...
hahahahaha
Oooooooooooo..Yam mempermainkan nama den ye....mentang2lah dah tak payah masuk studio UKM lagi, namo den pun dah lupo..hmmmm..ye lah, orang dah nak grade, bukan macam den masih tak keluar2 laie dari UKM ni...
haha..cik yam gurau yo tu..sajo dio nk tinggalkn memori daud pisang.heeeeeeeeeee.ekau xpyh la kluar dari ukm,nnt sapo nk temankn antu kek pusat penerbitan..hehe
All N.Bangi mmbrs:party 4N.bgi (joined wit Midas) diadakan 4/5/09 afta xam@faculty.Pls pay RM10 to Liza esok urgently (RM8 for food & RM2 for hadiah).TQ-SALMI
Laaa..akak ni,apa pulak yg buat kenyataan bertulis kat sini..haha.mcm la ada org akan baca kat sini..hahahaha.akak ni laa...haih..nt saya kutip..hehe.
Baik hang soh akak ni baco komen den kek dio tu...
Heheh.em,tu 1 laie pgakuan yg den lum buek kek ekau.yg sbnrnya kan,pas ekau komen je bbrapa org kt situ,den dh 'melaporkan' kek beberapa org termasuklah kek akk salmi ni.hahahaha. den kata,ekau kata kat dia yg dia ni skema.respon dia,
"hah?encik daud kata aku skema?hahaha.(ketawa kuat2).dia x kenal aku sape liza.kalo dia kenal,nnt aku skemakan dia pulak (dengan nada geramnya)"
haaa..tu la respon dia masa den mmbuat laporan ttg komen ekau kek dio.heheheheheeeeee....
WOW!!!....(teringat dialog dari filem P. Ramlee...)
ct tak mainkan nama en.daud
ct slh typing
typ error
type laju sgt
mybe terslh
heehe
Post a Comment