CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 8, 2009

Saat Ini....

Di saat ini,
ku tertanya-tanya pada diri.
mengapa semua ini terjadi???

Di saat ini,
ku tertanya-tanya di dalam hati,
teruk sangatkah aku ini???

Di saat ini,
ku terimbau kembali segala tingkah lakuku yang amat menyakitkan hati.

Apa aku nak buat ni???

Dah lama kalimah itu tersimpan namun tak dapat untukku suarakan.

Sampai bila aku harus menunggu?

Sekali lagi.
Aku tiada jawapan.

Maafkanlah aku sekiranya keputusanku berdiam diri mengecewakan kalian semua.

Bukan itu yang aku inginkan.
Tapi, itu yang terpaksa kulakukan.

Aku seorang insan yang tiada perasaan.
SALAH.

Aku masih ada perasaan.
Tapi sukar untukku zahirkan melalui perbuatan.
Apatah lagi untuk menzahirkan melalui perkataan.

Aku kecewa sendirian.

Aku seorang yang degil.
BETUL.

Tapi, aku tak dapat nak ubah kedegilan aku.
MAAFKAN AKU.

"Degil, tak nak ikut cakap, keras kepala, keras hati..
Buat keputusan sendiri...!!!!"

Hmm,
itulah kata-kata terakhir yang aku dapat setelah perbincangan dibuat.

"Ular menyusur di bawah akar,
takkan hilang bisanya.."

Ini kata-kata pertengahan akhir sebelum aku dimarah teruk.

Hmm,
aku terfikir-fikir.
tercari-cari jawapan.

Sebenarnya,
apa yang cuba nak disampaikan???

Seingat aku,
dah 3 kali orang marah atau terasa hati dengan aku menggunakan peribahasa ni.

Ular mana yang menyusur?
Aku ke ular tu?
Akar mana pula yang aku susur?

Hmm,
kalau aku jadi ular,
muat ke aku nak menyusur di bawah akar tu?
Hahahahahahaha...

EM, SALAH AKU.

Haih,
buat apa aku mengeluh kat sini???

Itu yang aku nak.
Itu pilihan aku.
Padan muka aku.
Sekali lagi, gelak kat diri sendiri.

Arrggghhhhhhhhhhhhhhh..
aku nak menjerit.
tapi rahangku sakit.
aku nak pi jumpa doktor.
tapi aku takut.
hari ni, aku dah bertekad.
aku nak pi jugak.
tengok la kalau aku rajin.
kalau aku malas,
esok lusa baru aku pi.
wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu.

Ada sapa-sapa nak hantar aku pi PK tak???

Soalan tak logik lagi memalukan.

Hmmmmm....

MAAFKAN ANAKMU INI.
MAAFKAN ADIKMU INI.
MAAFKAN KAKNGAHMU INI.
MAAFKAN ANAK SAUDARAMU INI.
MAAFKAN RAKANMU INI.
MAAFKAN AKU LAGI DAN LAGI.

Kadang-kadang,
aku sendiri pun terasa yang aku ni dah banyak berubah.
kadang-kadang,
aku sendiri pun tak percaya ini adalah AKU.

Akukah ini?
Akukah yang suka menyakitkan hati orang ni?

Kenapa aku boleh jadi macamni?

Takkan aku dah 'bertukar' kot???

Em, entah.

MAAFKAN HAMBAMU INI YA ALLAH.

AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSAKU.

AMIN.

Em, di saat ini..
aku teringin nak pergi memancing.
tak kisahlah sama ada tempat tu ada ikan atau tak untuk dipancing,
asalkan aku dapat duduk memancing.
seronoknyaaaaaa......

Em,
tak tau apa yang akan terjadi pada esok hari.

Esok belum pasti.

12 comments:

Cik Tie Amin said...

Kalau ak de motor,dh lama ak heret ko Liza.tp ak sndri pn guna bas zon 11 ni.hahaha.mujur de gak bas zon 11 ni.leh ak gerak. tkasih bas zon 11. 1 kanan 1 kiri. syukur ak masih punya kaki.huhuhuhu.

Cik Tie Amin said...

Ape yg ko cube nk sampaikan ni?ak xphm lgsg ni.cb ko explain sikit.otak ak lembab bab2 nk translate kata2 hati ko ni. sbb dah sah2 sukar utk dimengerti.aduh,pening ak bc ko nye posting ni.

Hasni said...

akak,kuat akak kuat!!!jgn lemah..!!!akak selalu psn kt has spy has jgn lemah!!akak jgn lak lemah.kang has lg lmh!!kuat akak!!

kamarul said...

lor,sian lak..nt ler pas exm ak bwk ko g mancing erk.kt restoran.leh mkn terus ikn yg dh dipancing.keh keh keh.

Fitri said...

Maaf,bukan niat kami utk desak kakngah sampai mcmtu.kami buat semua ni demi kebaikan kakngah sendiri.Abg xtau nk buat apa la ni.Bukan tujuan kami utk rahsiakan dari pengetahuan kakngah tp inilah yg sebaik-baiknya.Kkngah jgn terasa hati.Keputusan ni utk kebaikan semua.Diri kakngah,diri kami juga.Kita semua 1 keluarga.Tengok,xpasai2 aku sndiri jadi serius camni.Kakngah la niiii..merajuk la tu.org mesej,xmau bls....ala cayangku intan payung..bls la.jgn berdiam cmni.menyeksa jiwa tau x.arini abg balik umh.apa2 berita,abg hbq kt kangah k..jgn la merajuk lagi.buruk la muka hg merajuk.hahahaha.......

-Si budak ensem-

Fitri said...

wei kngah,buat blog kt ak 1.lawa la blog hg.cam best ja.buat 1.....na?hehe.nt aku bg upah kt hg.1 blog,3kupang.ckup x?xpun,singgit ka.jd la,beda hg beli aiskrim,menambhkan lagi sakit gigi hg.haha.

Azuan said...

hahahahahaha.mcm kelakar citer ni,tp mcm sedey pun ade.hmmm..sabar liza,mlm2 smyg mtk doa kt Allah erk.mg sume dipermudahkan.ak doakn tuk ko.amin

adul said...

di saat ini.tercari2 di mana kau sayang.....hehehehehehehe.sabar liza sabar.adul yg kena tolak cinta olh liza ni xde pape pun,xkn liza lak yg nk nangis.kihkihkih.ujian hidup ni mmg berat tp cuba hadapinya dgn tbh k!!!!adul sntiase de bersama liza stp ms ble2 ms sj liza perlukan.dul sntiasa ade.

Anonymous said...

ular menyusur di bwh akar xhilang bisa?hm,rasa2nya,btk ular kan mcm akar,jd kalu dia lalu bwh akar,maknanya dia pun smkin kuat mcm akar kot.huhu,aku xtau pe mksdnya.nt aku cari dlm kamus erk.

ct_saggie said...

apa kak liza cuba nak sampaikan..
ct masih keliru di sini...
sebab...
kak liza tidak menytakan dgn jelas di situ..
wlupun byk perumpaan di beri
namun
ada sesuatu yang cuba di sampaikan..
namun tidak jelas..
heeeeeeeee
menyibuklah ct ni..
hahahhaa
but...
akk....
be strong...

CikLieYzaOnline said...

utk adikku fitri,

"aku merajuk.xmau buat blog kt hg.hg buat sndiri.selagi aku merajuk,aku xmau buat pa2 kat hg,xmau ckp dgn hg.bila aku dh ok,baru aku sembg balik dgn hg.biarlah diriku mmbawa diri.usah ditanya kemana kupergi."

CikLieYzaOnline said...

utk org lain.

"em,no komen,tkasih."