CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 6, 2009

Senyum-Senyum Kambing


Bagi merungkai persoalan seorang kawan mengenai siapakah gerangan kambing-kambing yang terlibat di dalam gambar di atas, maka dengan ini lahirlah hikayat baru yang penuh kepurbaan.

Hikayat ini adalah sekadar bahan bacaan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun 6 bulan.

Bagi sesiapa yang berkelayakan, silalah baca dengan penuh perasaan.


...SELAMAT MEMBACA...


Alkisah maka tersebutlah cerita di sebuah daerah yang diberi nama Padi Paddy.

Suatu masa dahulu,
di daerah tersebut terdapat sebuah taman permainan bernama BLOG HIHI yang gemar dikunjungi oleh seekor kambing putih yang bernama Bing Lily.

Bing Lily selalu bermain-main keseekoran dek kerana tiada sesiapa yang nak temankan.
Kambing-kambing lain lebih gemar bermain di taman yang ada jongkang jongket dan juga buaian.

Namun,
Bing Lily lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain dan mengembek di bawah pohon mempelam sambil meragut rumput segar berhampiran sawah bendang.

Tidak lama kemudian,
jeng..jeng..jeng..
datang seekor kambing putih yang sama spesis dengan Bing Lily ke tempat Bing Lily duduk melepak petang-petang. Tujuannya ialah untuk bermain lumpur di bendang. Jadi, Bing Lily pun mula berkenalan dengan kambing putih tersebut. Kambing putih tersebut memperkenalkan dirinya dengan panggilan Bing Mary.

Bing Mary dan Bing Lily kini lebih kerap menghabiskan masa bersama-sama.
Oleh sebab Bing Mary ni suka sangat bermain lumpur maka Bing Lily pun turut serta dan akhirnya bulu mereka yang cantik putih berseri dah pun bertompok-tompok hitam.

Suatu hari,
ketika Bing Lily dan Bing Mary sedang bermain-main lumpur,
tiba-tiba datang seekor kambing cokelat jantan yang mengintai mereka di sebalik pohon mempelam. Kambing cokelat jantan ni sebenarnya teringin nak bermain lumpur tapi disebabkan warna bulunya dah pun cokelat maka dia takut nanti bulunya makin hodoh dek berlumpuran.
Lainlah Bing Lily dan Bing Mary kan..kan...bulu putih cantik berseri..heeee.

Tatkala kambing cokelat jantan mengintai-intai di bawah pohon mempelam, tiba-tiba dia terdengar suatu suara embekkan.
"Eembekkk..embekkkk..!!!"

Ya...
tak syak lagi, itu suara Bing Lily. Kambing cokelat jantan pun keluar dari persembunyian dan berlari-lari menuju ke arah Bing Lily dan Bing Mary.

"Mmmbeekk..mbekkkkk....kenapa ni?mbekkkk...kenapa mnjerit ni?",
soal kambing cokelat jantan.

Rupa-rupanya,
ada seekor lintah sedang melekat di badan Bing Lily. Bing Mary pulak tak berani nak buang sebab kegelian. Maka kambing cokelat jantan pun menunjukkan kegagahannya sebagai seekor anak kambing jantan dengan mencungkil keluar lintah miang tu dari badan Bing Lily menggunakan tanduknya yang tajam. Bing Lily dan Bing Mary sangat kagum dengan keberanian si anak kambing jantan. Mereka mula berkenalan. Anak kambing cokelat jantan memperkenalkan dirinya dengan nama Bang Dady. Hahaha. Ops...jangan gelak. Teruskan penceritaan.

Hmm..
sejak kejadian si lintah miang tu melekat di badan Bing Lily, maka Bing Lily, Bing Mary dan Bang Dady kini mula menjalinkan persahabatan. Mereka gemar bermain bersama-sama....bersuka ria di sawah bendang. Mereka juga sering berangan-angan agar kawasan tempat mereka bermain itu menjadi milik mereka suatu hari nanti. Hal ini kerana kawasan permainan mereka seluas sawah terbentang. Jadi, pasti akan ada manusia atau mesin padi yang akan menceroboh masuk ke kawasan mereka suatu hari nanti jika dibiarkan sahaja tanpa ada 'pagar' yang dapat memisahkan kawasan permainan mereka dengan kawasan sawah bendang.

Suatu petang,
Bing Lily dimarahi ibunya kerana gemar bermain lumpur hinggakan bulunya yang cantik pun dah bertompok hitam. Ibu Bing Lily memarahinya kerana dia degil dan nak juga bermain lumpur dengan Bing Mary. Jadi, oleh sebab Bing Lily merajuk dengan ibunya maka dia pun berjalan-jalan keseekoran di bendang kerana ingin menghilangkn rasa sedih akibat dimarahi ibunya sebentar tadi.

Sedang Bing Lily berjalan-jalan, dia terserempak dengan Bing Mary. Bing Lily cuba mengelak diri daripada Bing Mary kerana tak nak hati Bing Mary terluka seandainya dia terkasar bahasa nanti. Maklumlah, Bing Lily kan tengah merajuk. Nanti tak pasal-pasal pula ditanduknya Bing Mary. Kan..kan..kan..

Maka,
Bing Lily pun menukar arah haluan jalan. Bing Lily berjalan melalui jalan hutan untuk menuju ke sawah bendang yakni tempat kesukaan Bing Lily melepak di waktu petang.

Bing Lily jalan dan terus berjalan..
Sambil-sambil tu, Bing Lily menyanyi girang bagi menghilangkan rasa rajuk di hatinya.

Bing Lily mula menyanyi...
"Kemana dia anak kambing saya..anak kambing saya ada di tengah bendang..."

Tiba-tiba,
Bing Lily terdengar suara garau si kambing jantan yang menyambung nyanyian Bing Lily..

"Kemana dia Bing Lily saya..Bing Lily saya mukanya comey tembam..."

Bing Lily cuba mencari arah suara yang garau itu.
Puas ditolehnya ke kiri dan kanan.
Namun, Bing Lily tetap tidak menjumpai siapakah tuan empunya badan.

Tetiba..
Bing Lily ternampak ekor panjang yang berjuntaian di dahan pohon rambutan.

Oho..
rupa-rupanya itu suara Bang Dady.

Bang Dady sedang mencuri makan buah rambutan di dusun Pak Ma tak bergigi.

Maka,
Bing Lily pun membatalkan niatnya untuk ke bendang dan singgah makan buah rambutan curi bersama-sama dengan Bang Dady.

Bang Dady bertanyakan Bing Lily kemanakah dia ingin pergi.
Maklumlah, Bing Lily kan jalan melalui jalan hutan...
Jadi, Bang Dady bimbangkan keselamatan Bing Lily sebab Bing Lily ni kambing putih betina.
Bahaya jalan sesorang.

Bing Lily pun menceritakan kepada Bang Dady bahawasanya dia baru sahaja dimarahi oleh ibunya kerana bulunya yang putih cantik berseri telah pun bertompok hitam akibat seronok bermain lumpur dengan Bing Mary. Ibunya melarang Bing Lily bermain dengan Bing Mary lagi demi mengembalikan keaslian bulu Bing Lily. Tapi, Bing Lily tetap nak main dengan Bing Mary sebab Bing Lily suka bermain dengan Bing Mary.

Sambil-sambil makan,
mereka juga bergelak ketawa mengumpat Pak Ma tak bergigi yakni pemilik dusun buah-buahan curi yang sedang mereka telan. Mereka gelakkan Pak Ma kerana Pak Ma merupakan si kambing tua yang harapkan janggut sahaja panjang..kasut punyalah smart tapi seluar tak pakai. Maka nampaklah "sesuatu" yang berjuntaian dan terkontang-kanting ketika berjalan-jalan. Hahahaha.

Sedang asyik mereka bergelak ketawa dan mengutuk Pak Ma si bapak kambing tu..
rupa-rupanya perbualan mereka telah didengari oleh Bing Mary.

Bing Lily dan Bang Dady terlupa bahawasanya Pak Ma tak bergigi tu rupa-rupanya ialah bapak kambing Bing Mary.
Nama penuh Bing Mary ialah Mary Anak Kambing Ma.

Oh tidak..!!!

Bing Mary telah tersalah faham dan mula naik tanduk.

Tanduknya seakan-akan nak menanduk sesiapa sahaja yang datang berhadapan termasuklah Bing Lily mahupun Bang Dady.

Puas Bing Lily dan Bang Dady menerangkan kebenaran dan hakikat bahawasanya Pak Ma memang tak bergigi dan tidak berpakaian. Ia bukanlah cerita palsu tapi fakta semata-mata.

Namun,
Bing Mary tetap tak dapat menerima hakikat bahawa bapak kambingnya iaitu si Pak Ma berperwatakan sedemikian.

Sejak kejadian itu,
Bing Mary tidak lagi ingin berkawan dengan Bing Lily dan Bang Dady.

Bing Mary mula menjauhkan dirinya dengan Bing Lily dan Bang Dady.

Puas Bing Lily memujuk dan mengembek namun Bing Mary tetap berkeras hati.

Akhirnya,
Bang Dady juga berkeputusan untuk mendiamkan diri dan taknak mengembek lagi.

Maka,
tinggallah Bing Lily keseekoran.

Bing Lily sayangkan Bing Mary dan Bang Dady.

Hajat di hati,
Bing Lily nak satukan semula Bang Dady dengan Bing Mary.

Bing Lily pun mula membina pagar di sekeliling taman permainan mereka iaitu BLOG HIHI agar mereka dapat bermain semula bersama-sama.

Ia juga sebagai tanda kawasan sawah bendang itu adalah milik mereka dan takkan ada sesiapa yang dapat menceroboh masuk ke sana lagi.

Bing Lily mula memasang pagar setiap hari.
Hari berganti hari..
Minggu berganti minggu..
Akhirnya..
Pagar yang Bing Lily bina telah pun siap.

Maka,
Bing Lily pun menjemput Bing Mary dan Bang Dady ke taman permainan.

Alangkah sukanya hati Bing Lily tatkala melihat Bing Mary dan Bang Dady gembira melihat kawasan permainan mereka yang telah mempunyai pagar berkayu.

Maka ..
Mereka pun bergayut-gayut kesukaan.

Untuk pengetahuan adik-adik..

Bing Mary dan Bang Dady kini bersatu semula macam gambar di atas sana.

Bing Lily pula memerhatikan mereka sambil tersenyum girang.

Sekian, wassalam.


Tuesday, May 5, 2009

Inilah "BLOG"

Tugasan Tertunggak II

TAG DARI CIK TEHO...

Nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan..

PERTAMA
Sebab perempuan ada huruf "P"

KEDUA
Sebab perempuan ada huruf "E"

KETIGA
Sebab perempuan ada huruf "R"

KEEMPAT
Sebab perempuan ada huruf "M"

KELIMA
Sebab perempuan ada huruf "U"

KEENAM
Sebab perempuan ada huruf "A"

KETUJUH
Sebab perempuan ada huruf "N"

Kesimpulannya,
Perempuan mempunyai gabungan 7 abjad untuk melengkapkan ejaan perkataannya.

Itulah 7 sebab mengapa saya bangga menjadi perempuan.

Sekian, wassalam.

Tugasan Tertunggak I

TAG DARI OCHIE KACIPO....

TANDA-TANDA?

1. Anda sedang bermood?
Layan lagu bermelodikan rentak perasaan
.

2. Tanda-tanda kamu Marah?
Muncul hikayat kepurbaan.

3. Tanda Kamu Sinting??
Sinting tu apa? macam sinting lengan baju ke? Tak faham. Huhu. Skip soalan.

4. Tanda-tanda kamu Malu?
Gelak kat diri sendiri berjam-jam.

5. Tanda-tanda Kamu sedang Cemburu?
Mencari mangsa untuk diketawakan.

6. Tanda-tanda Kamu sedang Sedih?
Tengok bintang di langit kelam.

7. Tanda-Tanda Kamu Gembira?
Tak pasti pulak. Macam-macam 'tanda' dapat diaplikasikan.


APA?


1. Warna baju yang Kamu pakai sekarang?
Hitam kebiru-biruan.


2. kamu suka Shoping?
99.98% adalah tidak kerana saya bukan kaki berjalan.


3. percaya dengan Love at 1st Sight?

Setakat ni belum pernah mengalami pengalaman sedemikian.

4. Apa kamu sdg ingin lakukan skrg?
Macam-macam tapi tak kesampaian.

5. Apa rasa di hati kamu sekarang?

Bercampur-baur kerana hatiku dah ditelan zaman. (Faham ke? Huhu)

BILA?

1. Kamu di lahirkan?
Suatu ketika dahulu tatkala jam di dinding menunjukkan pukul 12.04 tengah malam.


2. saat Terindah dalam hidup kamu?

Bila kurasakan ia terindah bagiku.


3. Kali terakhir kamu di marahi ibubapa?

Setiap kali diriku berbicara tak kiralah secara berdepan atau melalui alam maya. Heee.


4. Bila kamu akan married?

Setelah bertemu penerbit ketiga. Hahahahahahahaha.


BAGAIMANA?


1. Jika ada orang buat kamu sakit ati?
Tanya sama hati, sakit tak??.. Lepas tu, baru merancang rawatan susulan.


2. jika ada org cakap kamu lawa/hensem?

Hahaha... memang pun. Heheh. Perasan.


3. Jika ada teman kamu meninggalkan kamu?

Ucapkan selamat tinggal. Babai kawan....

4. Jika ada orang tidak sukakan kamu?

Tak kisah.. Asalkan saya menyukainya dengan penuh perasaan..


5. Jika Bangun tido kamu di kelilingi api?

Api cinta sejati.. Pasti tengah bermimpi kawin dengan Dato' Shah Rukh Khan.


6. Jika kamu keseorangan?
Keseoranganlah daku tiada berteman.


SIAPA?


Yang nak di TAG??

Siapa yang rasa dirinya adalah bakal wartawan.
Cubalah merungkai konsep kewartawanan 4W 1H ini yang memeningkan.
Heeeeee. Terima kasih.


Sekian, wassalam.

Sunday, May 3, 2009

Saja nak hilangkan pening...

Assalammualaikum, salam diberi,
buat sahabat yang bijak lestari. biggrin.gif

Pagi-pagi menguli roti,
Kita berpantun riangkan hati.

Petang-petang tengok kartun,
Cik Tie, jom berpantun! biggrin.gif

Amaran keras:
"HANYA PANTUN DUA KERAT WAJIB DIGUNAKAN"

Heeeeeeeee

p/s:
sesapa yang nak join, silalah sila...

Saja nak hilangkan ngantuk... Huargghhhh....

Petua2 yang patut diamalkan...

1. kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn
bila takdak org nampak..


2. kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya
org ingat anda saja2 buat lawak...


3. kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda
dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk halus...


4. kalo terjatuh dlm longkang: pungutlah sampah yang
ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorang yg amat prihatin terhadap
kebersihan....


5. kalo jatuh ketika nk naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa
tolak2 ni?" walaupun tiada org di blakang anda....


6. kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan
sehingga ada org membantu anda..kalo takde..baring
terus sampai mlm dan takde org lagi kt bus stop
tu...haa...ni lah masa sesuai utk bangun semula....


7. kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la kawan
(atau sesiapa yg ada kt sebelah anda) utk jatuh
bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yg dpt
malu...kan..kan?....

>> kalo jatuh hati? hehe =)

Saturday, May 2, 2009

Mari Berpantun....

Hehehe..

Sebenarnya kan..
Posting ni dibuat khas untuk rakan-rakan yang telahpun kalah dalam pertandingan pantun yang diadakan baru-baru ni..
hahahahaha...

Jadi,
atas permintaan beberapa orang rakan yang masih lagi belum dapat menerima hakikat bahawasanya diri mereka telah kalah dan tak dapat pulang bersama-sama trofi idaman, maka dengan ini, bermulalah kembali 'Pesta Pantun' khas yang diadakan bertempat di blog Jelapang Padi ni.

Kepada sesiapa yang nak lepaskan geram atau nak tunjukkan kehebatan masing-masing,
silalah sila...amat dialu-alukan...

Sebelum tu,
izinkan patik memulakan bicara...

"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
janganlah malu janganlah segan,
bersama kita eratkan persahabatan."

"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
setelah persahabatan sudah dieratkan,
marilah kita hangatkan perhubungan."

"pat mat tempe pergi ke bagan,
pergi ke bagan membawa rotan,
bile hubungan sudah dihangatkan,
janganlah kita lupa tuntutan."

Haaa...
sambung..sambung..
sila...sila...
heeeeeeeee

Tertunailah Sudah...

Hoorayyyy.. Yippy !!! Yippy !!!
Akhirnya, dapat juga aku tunaikan hajat di hati untuk melakukan beberapa perkara:
1) Mandi sungai....
Seronok..
tapi bukan sungai la...kolam je...
Kolam Renang Kelab Golf Danau
2) Nak bersembang dengan orang...
Akhirnya..
Cik Moon la orang yang sanggup bersembang dengan aku..
Hehehehe
3) Nak hadiah..
Hehehehe..
Hari ni dapat hadiah..
Sebenarnya dah agak dah..
hehehe...
tkasih buat semua yang terlibat...
JASAMU KUKENANG SELALU
Sekian, wassalam.

Teringinnya nak mandi sungaiiiii.....


Hai blog...
Hmm..
Sekarang dah pun pukul 3.18 pagi.
Juga masih tak dapat nak lelapkan mata.
Waktu ni kan,
hati ni tetiba rasa macam nak mandi sungai.
Seronoknyaaaaaaa...
Alangkah indahnya kalau dapat mandi sungai...
Waaaaaaa...
bestnyaaaaaaa.....
Pagi tadi kan,
masa aku tidur,
lebih kurang pukul 9.30 pagi aku tidur..
Sebab semalaman aku tak dapat lelapkan mata..
Aku bermimpi lagi sekali..
Seorang lelaki berjubah putih datang dan mengajar aku membaca sebuah doa.
Dan masa dalam mimpi tu,
aku pun ikut la baca.
Doa apa entah...
Dah lupa dah...
tapi, apa yang aku masih ingat sikit-sikit,
ada la aku sebut macamni lebih kurang,
"terimalah taubatku Ya Allah..."
Masuk kali ni,
dah 2kali aku bermimpi lelaki berjubah putih tu..
tapi tak pasti pula sapa..
terlupa nak tanya..
heheheh
nak mengorat aku agaknya..
heeeeeeeee
Hmmm...lagi kan...hmmm..
ada sapa-sapa nak hadiahkan apa-apa kat aku tak?
aku teringin nak dapat hadiah...
hahahaha
(teruknya..selalu saja minta kat orang..wuwuwu)
Lagi..
hmmmm...
teringin nak sembang dengan orang..
hahahahaha...
niat hati nak buka pingbox..
mana nak tau kot2 ada manusia pingbox yang datang..
tapi, internet ni slow sikit..
YM tak boleh nak sign in..
Hmm..
hari yang aku tak mau sembang,
ada orang nak sembang..
hari yang aku nak sembang..
tak boleh pulak nak sembang..
Jadi,
aku sembang dengan hang saja la blog..
Heeeeeeee..
Dah la,
penat pulak rasa..
Tata titi titik.

Friday, May 1, 2009

WIRAku Lari Gagah Berani

Hai blog.
Hehehe...
Maaf ye blog sebab lambat update.
Semalam,
tuanmu pi menyembang dengan blog yang lagi satu sampai terlupa pulak janjiku nak update tentang kisah hari ketiga exam kat sini.
Hmm..
Hari ketiga exam kan blog,
waaaaahhhhhh...
best...!!!
Pukul 11.20 pagi,
aku dan Ain keluar dari bilik menuruni anak tangga macam biasa la.
Kalau tangga tu ada mak, ayah, kakak, abang, adik, pakcik ke makcik ke...
kami ni pasti akan menuruni pakcik-pakcik tangga jugakla..
sebab bilik kami ni letaknya di atas bukit.
Tiada cara lain untuk turun ke bawah selain menggunakan tangga yang telahpun disediakan sejak zama berzaman.
Terima kasihlah kepada buruh binaan yang buat tangga tu ya.
Lepas tu,
bila sampai kat TSS,
dah nampak la muka Wan Asma yang sedang menunggu kami.
Jadi,
kami bertiga pun berjalan la menuju ke DECTAR untuk menduduki exam SKKC 3123 Pengurusan dan Persembahan Estetik.
Hhuhuuhu..
Takut juga nak jawab exam.
Sepanjang perjalanan kami ke DECTAR,
jantungku ni dah berdegup pantas dah sebab takut tak boleh nak jawab exam nanti.
Takut juga kalau-kalau ditanya tentang MCP lagi.
Hehehehe.
Tapi kan blog,
masa berjalan tu kan,
wahhhh seronoknya...
perasaan gigil ni terubat sedikit apabila melihat WIRA AEROBACK menyusur laju dengan megahnya di jalan raya.
Jadi,
aku pun kira la berapa banyak WIRA AEROBACK yang kujumpa sepanjang perjalanan menuju ke DECTAR.
Macam-macam warna ada...
Cantiknya..
Sukanyaaaa.....
Sampai la di suatu ketika,
Wan tanya soalan apa entah kat aku..
tapi aku langsung tak dengar..
sampai Wan hampir marah la jugak kat aku sebab dah ulang banyak kali tapi tetap tak dengar.
Hehehehehe.
Bukannya apa,
aku terlalu asyik mengira WIRA kesayanganku..
Hehehe
Bila sampai DECTAR,
sebanyak 29 buah WIRA AEROBACK yang aku jumpa.
Lepas tu,
terus aku masuk dewan dan jawab soalan.
Bila baca saja soalan exam tu,
wuwuwuwwuwu...
bahagian A agak menggigilkan tubuhku.
Tetiba saja aku tak tau apa yang aku nak jawab.
Jadi,
aku jawab la soalan di bahagian B dulu dan diikuti dengan bahagian C.
Dah selesai menjawab bahagian B dan C,
aku berpatah balik kepada bahagian A.
Puas juga aku fikir apa yang aku nak 'goreng'.
Hehehehe.
Sambil 'menggoreng'.. sambil aku tersenyum simpul..
Hahaha
Tuanmu ni memang macam tu,
kalau nak temberang tu mesti nak tergelak dulu.
Pastu baru la dapat temberang dengan tenteramnya.
Heeeee
Tapi kan blog,
masa nak jawab bahagian C,
sekali lagi tuanmu nak tergelak sebab masa tulis jawapan tu,
tuanmu terpaksa menggunakan perkataan 'studio'..
hahaha..
macam nak tergelak pulak sebab tetiba saja rasa 'studio' tu nama seseorang..
Maka,
sekali lagi fikiran tuanmu ini melayang mengenangkan 'seseorang'..
sambil ketawa perlahan-lahan sambil menulis menggunakan 'perkataan' tersebut sampailah selesai.
Alhamdulillah...
Dapat juga selesaikan kesemua soalan walaupun tak pasti la 'gorengan' tuanmu ni bertepatan atau tak dengan selera Dr Asiah Sarji..
Hehehehe...
Lepas tu kan,
aku pun keluar la dewan..
Aku dan Ain berjalan pulang ke Kolej Amin..
(Kolej mana lagi kami nak pi.. kan..kan..)
Masa perjalanan pulang,
sekali lagi aku menyambung kiraan jumlah WIRA kesayangan.
Bila sampai saja kat Amin,
jumlah WIRA yang aku temui sepanjang hari semalam adalah sebanyak 49..
Puas aku perhatikan ke kanan dan kiri agar dapat menggenapkan ia menjadi 50 sebelum aku sampai ke bilik.
Malangnya,
dah tiada lagi WIRA kesayangan yang lalu kat depan atau belakang aku waktu tu.
Hmmm...
Tercari-cari aku 1 lagi WIRA tambahan yang bertuah tu.
Tapi,
tetap tiada juga.
Apapun,
aku pulang ke bilik dengan hati yang gembira kerana telah bertemu dengan WIRA kesayanganku sepanjang hari...
Tu je la ceritanya.
Hehehehe