CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 26, 2009

Situasi Bukan Bunkface


"Hidup bukanlah lakonan.
Dialog bukanlah skrip.
Setiap hari kita perlu berkomunikasi.
Sukarnya hidup andai interaksi tidak serasi."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap manusia memang berbeza. Ada yang kelakar. Ada yang serius.
Bagi yang pendiam, memang susah nak buka mulut (kecuali menguap)..
Huarrggghhh...Zzzzzzzzz ~~~

Bagi yang murai tercabut ekor, sekalipun ekornya disambung semula, mulutnya pasti cot cet cot cet asyik menggelupur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedar atau tidak,
setiap kali kita mengorak langkah pasti kita akan bertemu dengan insan lain di sekeliling kita. Kesukaran untuk memahami individu lain pasti akan mencetuskan situasi berbeza.
Adakalanya, apa yang kita fikirkan tidak sama dengan keadaan sebenar.
Lain yang difikir, lain maksudnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku pada seorang rakan lama.
Orangnya memang pendiam.
Susah ditafsir apa yang difikirkannya.
Marah, sedih atau gembira.. riak wajahnya tetap sama.

Setiap hari, aku yang akan menyapa dirinya.
Suatu hari, aku cuba untuk melakukan eksperimen.

Aku diam seribu bahasa.
Saja nak tengok gelagatnya.
Kesudahannya, sepanjang hari kami membisu.
Penat aku menunggu.
Tak ada juga sapaan darinya.
Tragisnya.. Wuwuu..

Adakah orang pendiam memang begitu???

Selagi kita tak ucap 'hai' kepadanya..
Bukan hanya 'hai'..
'Hey.. ho.. ha..hi..hu.."
satu perkataan pun takkan keluar dari mulutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku bertemu pula dengan seorang makcik.

Dialog:
"Makcik ni ada dua orang menantu. Menantu sulong keja besar.
Tapi pendiam. Sudahlah pendiam.. serius pulak tu..!
Nak bercakap,
sepatah ditanya..sepatah dijawab..
Nak melawak,
makcik sorang ja yang gelak..."

"Menantu hat nombot dua,
keja buat bendang ja.
Orangnya hangit hitam legam.
Tapi, makcik suka sikit kat menantu sorang ni.
Dah tua-tua camni,
boleh gak tumpang bersembang..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku berkenalan pula dengan seorang rakan.
Keluarganya memang kaya-raya.
Tapi, bagi manusia spesis aku..
agak susah untuk menyesuaikan diri setiap kali berkunjung ke rumahnya.

Hidupnya dipengaruhi oleh protokol-protokol yang wajib diikuti.

Nak makan tengahari pun susah sebab asyik bertukar pinggan, gelas dan cawan.

Makan ini kena guna pinggan A, makan itu guna pinggan B, C, D, E..

Kesian kat orang gaji.
Jenuh nak membasuh..
mengeliat badan-badan..

Kalau aku jadi orang gaji,
agaknya dah lama aku cabut lari !

Ni kalau buat tukar-tukar pinggan kat rumah sendiri,
siaplah hanger kena rotan..
oHOHo..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku kepada seorang pakcik.
Pakcik ni sangat garang.
Cengey macam rimau.
Marah orang tak tentu pasal.
Banyak kali juga aku menangis gara-gara kena tengking dengan pakcik ni.
Niat hati memang taknak menangis.
Tapi, disebabkan 'terkejut' sebab kena marah tak pasal-pasal,
tetiba je air mata berlinangan.

Oho..
sebak rasanya bila kena marah tanpa sebab yang munasabah.

Kadang-kadang,
puas aku berfikir.
Agaknya.....
wayar pakcik ni ada yang terputus kat mana-mana kot..
wawawa

.............................................................................................................................

Kesimpulannya....

Kita sebagai manusia memang tak sempurna.

Tapi..
Alangkah bahagianya hidup ini jika kita dapat gembirakan orang di sekeliling kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(^-^)




Tuesday, December 8, 2009

PI ONE WHY MAX

Potong !! Potong !!

Haaa..
memang potong line sungguh la si Max ni..!!!
Ish..ish..ish..

Malam Ahad yang lalu,
bermulalah detik "Kacang kembali ke kulit"
atau boleh juga digelar sebagai malam
"Batu di sungai naik semula ke daratan"

Tapi,
malangnya..
(taklah malang sangat cuma kurang bernasib baik je)
si Max hadir di luar jangkaan.

Jadi,
apa boleh buat..
kacang cuma boleh pandang dan tersenyum sopan.

Sebenarnya,
bila kacang kembali semula ke kulit,
banyak juga kulit-kulit lain memandang dengan renungan tajam.

Kacang tak takut..
cuma kacang macam segan sikit..
(sikit je tak banyak)

Sebabnya,
kebiasaannya kacang bertiga tapi pada malam tersebut..
kacang yang kembali cuma dua..
kacang yang sebiji lagi hanyut jauh di negeri orang.

Apapun,
pesanan buat kacang ketiga,
nanti kita jumpa lagi erk..

Buat kacang kedua,
sukanya bila bertemu semula..(^-^)

Buat kulit pula..
potong !! potong!!
Selamat bertugas bersama si Max yang setia..

Tata

Sunday, December 6, 2009

Bukan Superstar


Hari ini, sekali lagi aku ke Alor Star untuk melakukan kerja-kerja penggambaran di sekitar kawasan Kuala Kedah. Penat juga rasanya apabila terpaksa berkejar-kejaran ke sana sini sejak pagi.

Pelbagai cabaran terpaksa diharungi terutamanya apabila terpaksa berdepan dengan ramai orang.

Bila buat sekatan,
ada juga yang main redah sesuka hati dan jiwa..
ada juga yang menganggap kami pihak tv3..
hahaha

Aduh,
letih sangat harini..
nanti akan update lagi.

"Ku bukan superstar
kaya dan terkenal
ku bukan saudagar
yang punya banyak kapal"

Cau !!!

Sunday, November 29, 2009

3 Pertemuan 1 Jawapan


Assalamualaikum..
Kepada rakan-rakan yang disayangi..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
MAAF ZAHIR & BATIN.
Mulai hari ini,
diriku akan keluar dari 'alam maya' buat beberapa ketika kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan.
Semoga kalian semua baik-baik belaka dan maafkan segala kesalahanku buat kalian semua.
InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.


Hmm,
dah tak tahu nak tulis apa..
dah sampai tahap paranormal (T-T)

Apa sekalipun,
terima kasih atas segala-galanya.

Sekian, wassalam.




Wednesday, November 18, 2009

~Sukanya bila dia ceria~ (^-^)

Friday, November 13, 2009

ABC 123

Hari ini genap 5 hari 4 malam aku jatuh sakit.

Duduk berehat di rumah dengan mengenakan baju tebal ala-ala orang eskimo dan berbaring sepanjang masa bagaikan si baby kiko.

Demam + sakit kepala + sakit tekak + batuk + muntah + selesema.

Bagaikan satu pakej lengkap yang tiada bandingannya.
Suara pun dah macam Udit Narayan menyanyi lagu hindustan..

Walaupun ada tanda-tanda bahaya, mujur juga aku tak terkena 'cecema bebeh'.
Risau juga aku dibuatnya.

Hmm, nampaknya Jelapang Padi kini dilanda hujan.
pagi hujan, petang hujan, malam pun hujan.

Musim hujan camni, banyak pula makhluk halus yang datang dengan tetiba.
sudahlah datang tanpa diundang..
buat konsert tanpa permit..
suka hati je nak hisap darah orang.

Cik Mok yang datang punyalah banyak..
dah macam temucut aku tengok..
kurus-kurus..panjang-panjang..
spesis tiruk agaknya..
dah la cecungutnya tajam..
bisanya amat gatal...

Begitu juga dengan Cik Mut.
Kaum Cik Mut Gata Ai tetiba menyerang tanpa dipinta.
Terharu rasanya melihat barisan tentera Cik Mut Gata Ai yang beruniform lengkap berwarna merah berkawat dengan riak wajahnya yang cengey-cengey belaka.
Sekali kena gigit, oho pedihnya menusuk jiwa.

Hmm,
nampaknya misiku kini tergendala buat seketika.

akan bersambung setelah segalanya kembali normal seperti biasa.

Monday, November 9, 2009

Jemputan Kahwin


"Dulang Tembaga Berisi Hiasan
Bingkisan Dari Putera Merindu
Kehadiran Tuan Kami Nantikan
Bersaksikan Hebatnya Cinta Nan Satu"

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada perkataan 'comment' di bawah.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, October 13, 2009

Misi PERTAMA

Alhamdulillah,
berkat kesabaranku selama ini..
Akhirnya aku berpeluang untuk melaksanakan MISI PERTAMA bermula esok.
Samada berjaya atau tidak,
tunggu lagi sebulan untuk mengetahui keputusannya.
Mudah-mudahan aku akan berjaya..
Cayok..Cayok Liza !!!!

Saturday, October 10, 2009

Bila 9 bertemu 10


Xie Xie Ni De Zhong Gao.
O! Wo Cha Dian Wang Le.

Hmm...
Wo jiao Liza.
Wo jin nian er shi san sui.
Wo zai yi jiu ba liu, shi yue jiu ri chu sheng.
Jin tian shi wo de sheng ri.
Zhu ni sheng ri kuai le !!!

Jin tian, wo jue de bu shu fu.
Wo zuo wan bu neng ru mian.
Wo de du zi cong zuo tian yi zhi tong dao xian zai.
Wo gai zen me ban?
Huhuhu..bu kai xin.

Hao ba.
Nak cerita dalam bahasa Melayu pulak.

9 Oktober 2009.

Hari ini merupakan hari lahirku yang ke-23.
Dah tua rupanya.

Pada usia 23,
aku bukanlah sesiapa.
Aku masih lagi terkedek-kedek mencari kerjaya.
Ibarat itik angsa mengejar manusia untuk disodoknya
tanpa punca.
Apa yang aku lakukan kini hanyalah sebagai landasan
yang mungkin akan membawaku ke suatu titik garisan
yang lebih bermakna kelak.
InsyaAllah.
Itulah yang aku harapkan.

Impian aku amat mudah.
Tapi, untuk mencapainya terasa agak susah.

Kata orang..
(Entah la sapa yang kata..mungkin aku agaknya..)

"Kalau kita lahir sebagai anak ikan,
kita akan terus berenang.."

Tapi,
"kalau kita lahir sebagai anak katak,
kita perlu melompat dahulu,
kemudian perlu bertatih untuk berjalan,
lepas tu barulah kita boleh gabungkan teknik
melompat dan berjalan untuk memudahkan
kita berenang di dalam sungai,paya atau longkang.."
(bergantung pada tempat lahir katak tersebutlah ye)

Tapi,
aku bukanlah seekor ikan.
aku juga bukanlah seekor katak on, katak puru atau
katak pisang...

Aku adalah MANUSIA.
Aku dilahirkan sebagai seorang manusia dan perlu
jalani kehidupan seperti MANUSIA.
Aku tahu, bukan mudah untuk menjadi MANUSIA.
Dugaan dan cabaran silih berganti.

Tapi,
apa sekalipun yang terjadi..
ingat Liza..
JALAN MESTI KE DEPAN..
kalau tak jumpa jalan, cuba cari simpang..
lalu beloklah ke kiri atau kanan mengikut pertimbangan.

9 Oktober 2009.

Tepat jam 12.04 tengah malam,
aku menuruni anak tangga menuju ke bilik seseorang.

Bilik mak.
Yup !!
Aku beruntung kerana pada hari lahirku yang ke-23,
aku berada di tempat asal kelahiranku.
Rumahku.
Cuma, struktur rumah dan suasananya mungkin berbeza jika dibandingkan dengan 23 tahun yang lalu.

Bagaikan seekor pocong kacukan penguin,
aku mengusik mak di muka pintu.

Menyanyi-nyanyi lagu selamat hari lahir untuk diri sendiri.

Terima kasih mak kerana melahirkan aku.

Pagi itu,
aku menerima pesanan SMS daripada adik-adikku.

Beberapa orang rakan juga mengucapkan Selamat Hari Lahir termasuklah 'kembar'ku yang turut menyambut hari lahirnya pada hari tersebut.

Lebih kurang jam 8.56 pagi,
aku menerima 'hadiah' hari lahir daripada seorang abang yang baik hati.

Kedengaran lagu 'Selamat Ulangtahun Sayang' nyanyian Imran Ajmain berkumandang di udara.
Hehehehe.
Terharunya.

Waktu tengahari,
suatu lagi kejutan aku terima.

Kaklong dan Mukmin pulang membawa 'hadiah' istimewa.
(sebenarnya dah agak dah..saja buat-buat tak tahu je..hahaha)

Kami sekeluarga meraikannya bersama-sama.

Petang tu,
kami buat ketupat macam hari raya.

Maklumlah,
hari raya dulu tu..
tak semua orang ada.

Tangan mak pun cedera.
Jadi, aku dan adik-adik terpaksa mengambil alih tugas mak buat beberapa ketika.

Bukan mudah nak jadi seorang IBU.
Aku sendiri pun belum bersedia.
Hahahaha.

Diringkaskan cerita,
terima kasih kepada semua atas segala-galanya.

Aku amat menghargainya.

"Ucapan dan hadiah itu tidak penting,
tetapi ingatan dan silaturrahim itulah yang paling bermakna."

Seketika Cuma

Langkahku terhenti.
Ku tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu.
Ku tak tahu di mana puncanya.
Ku hanya dengar ia bergema.

Terasa sesuatu yang berbeza.
Ku pandang ke kiri dan kanan.
Ku lihat orang berjalan.
Ku ingin ukirkan senyuman.

Ku teruskan perjalanan.
Terasa TESCO itu aku yang punya.
Kerana apa?
Kerana...........
Lagu Dewi Sukma sedang berkumandang di udara.
Huahuahua...
Sukanya...

Hari ini (8 Oktober 2009) telah berlangsung majlis perasmian TECSO Sungai Petani (S).
Wah! 'grand' sungguh tempat tu.
Macam tak wajar pula diberikan nama TESCO.
Dah rasa macam KOLUMPO.
Kalau masuk ke dalamnya, anda akan terlupa bahawasanya Kilang Sharp ada kat sebelah...hehehe

Nampaknya, Kedah dah semakin maju.
Aku pula bila lagi???
Ish...tak boleh jadi ni.