CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 23, 2010

Mulanya di sini....


Bermula esok,
aku akan mengendalikan rakaman SCP sepenuhnya tanpa kehadiran Media Produksi.

Terasa sedikit 'kelainan' dan insyaAllah aku akan cuba melakukan yang terbaik.



Apapun,
kehadiran Media Produksi memberiku seribu erti.

Terima kasih kepada semua rakan yang membantu selama ini.

Thursday, April 15, 2010

Dan aku masih di sini... (Part 2)

Ternyata hingga saat ini jari-jemariku agak kaku ketika menekan huruf-huruf di papan kekunci ini.

Entah apa yang ingin dicoretkan di sini.
Terasa diriku seperti makhluk asing yang baru mendarat di planet bumi.

Laa..napa pulak aku jadi camni..
Inikan blog aku sendiri...
haishhh ~

Hari ini aku takkan bercerita mengenai kerja.
Aku juga tak nak bercerita perihal masyarakat yang pelik-pelik ragamnya.
Persoalan yang sukar untukku menemui jawapan,
biarlah dunia ini sendiri yang tentukan.

Apa yang ingin aku lakukan ialah memanfaatkan masa yang ada untuk perkara-perkara yang aku suka dan sedaya upaya akan aku realisasikan.

Beberapa minggu yang lalu,
aku telah membeli celcom broadband dengan harapan dapat digunakan ketika berada di kampung halaman.
Malangnya, halaman kampung aku mempunyai kadar kelembapan yang agak tinggi walaupun dalam keadaan cuaca panas yang melanda kini. Rangkaian 3G di kawasan STP ini masih di tahap mengecewakan. Jadi, dengan pasrahnya aku terpaksa memulangkannya dengan kadar segera supaya duit aku dapat dikembalikan.

Kebelakangan ini, aku agak tertarik untuk mendalami ilmu si kotak ajaib. Setiap hari, aku akan cuba membaca dan memahami topik berkaitan 'Discovering Computers'. Semuanya bermula apabila seorang pelajar Tingkatan 4 bertanyakan perihal Boot, BIOS, GIGO, Bit, Byte, JAVA dan bermacam lagi perkara yang aku sendiri tergamam ketika mendengarnya. Apatah lagi untuk menjelaskan kepadanya.

Sejak dua menjak ini juga, aku cuba untuk meluangkan masa yang ada (walaupun sangat padat dan terhad) untuk memenuhi hobi terbaru yang dikenali sebagai "tNt" (ternak dan tanam). Setiap kali cuti, aku akan cuba melarikan diri sejauh mungkin daripada bos dan juga kerja (termasuklah dengan cara mematikan telefon bimbit khas yang digunakan ketika bekerja) agar hobiku dapat dijalankan dalam keadaan yang aman dan damai. Dan kini, aku masih dalam proses membina 'chicken lau' dan juga pagar untuk kawasan tanaman. Kecederaan terbaru, tangan kiriku habis calar balar ketika menjalani kerja-kerja pertukangan. Ibu jari kaki kanan juga sedikit sakit dek ditimpa papan. Dan harapan aku, moga 'chicken lau' tersebut tidak roboh ditimpa hujan.

Perkembangan terbaru tentang diriku...
Aku kini sedang mempersiapkan diri selain mengatur strategi dan memikirkan idea baru untuk menghasilkan PKA terbaru berkaitan I Malaysia untuk diserahkan kepada pihak ITU. Penggambaran dijangka bermula pada akhir April ini.

Kepada rakan-rakan yang masih mengunjungi blog ini,

"Be sure that nice really means nice,
then you'll never be losing at dice,
though you may lose your heart once or twice"

(^-^)

Wednesday, April 14, 2010

Dan aku masih di sini...



Hampir 35 minit aku meneliti skrin monitor.
Entah apa yang ingin aku catatkan di sini.
Jari-jemariku kian kaku.
Mungkin kerana agak lama kumeninggalkan laman blog ini.
Kan dah jadi macamni........
haishhhh....

~ bersambung ~

Sunday, March 14, 2010

Blackberry Storm Tiga Kosong Kosong

Jumaat lalu,
aku didampingi oleh seorang lelaki Cina yang menawarkan telefon bimbit berjenama di atas dengan harga RM500 tunai.
Terkejut pun ada,
terkedu pun ada...
"Mana ada orang jual si berry ni dengan harga yang begitu murah?", fikirku.
Berdasarkan perbualan,
lelaki berkenaan boleh dikategorikan sebagai bukan warganegara Malaysia kerana langsung tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu...
Inggeris pun tak boleh jugak...
(tapi, ni mungkin strategi untuk menyembunyikan identiti)
Hmm,
puas juga aku 'refresh' semula subjek Mandarin yang pernah aku belajar suatu ketika dahulu untuk menjalinkan komunikasi dua hala.
Tergagap-gagap juga ketika berbicara.
Ketika bercakap, terasa seolah-olah aku sedang berlakon dalam drama korea yang telah dialihkan bahasa seperti yang kerap ditayangkan di 8TV.
Tersengih sendirian sambil ketawa di dalam hati.
Setelah berlakunya proses tawar-menawar,
lelaki berkenaan sanggup menjualnya dengan harga RM300 tunai...
Tapi,
agak malang bagi lelaki terbabit kerana aku sudahpun memiliki handphone sendiri.
Walaupun tak canggih, tapi mampu untuk menyempurnakan segala urusanku.
(sebenarnya, dalam poket aku cuma ada RM56...huhu)
Jelas terbukti,
itu adalah barang curi.
(charger takdak, kotak pun takdak, boliau liau liau)
Entah manusia manalah agaknya yang menjadi mangsa malangnya.
Tapi,
kalau kita guna barang curi
(walaupun kita beli dengan duit halal),
kita mungkin turut menerima sumpahan tuan asal yang kehilangan si berry..
(walaupun hanya sipi-sipi)
Betul tak?????
Betul kot.
Mujur aku tak beli.
(^-^)

Tuesday, February 9, 2010

YippY..YippY !!


Hari ini, aku agak lewat ke tempat kerja gara-gara terpaksa menempuh hari semalam dengan penuh keletihan dan kepenatan.
Aku terus memecut laju menggunakan roda-roda tayar dua.



Tiba di tempat kerja,
aku terpaksa bersembunyi di sebalik dinding melihat keadaan sekeliling.
Dengan penuh debaran, aku memerhatikan keadaan dengan lirikan mata yang tajam sama ada bos sudah tiba atau lebih lewat daripada aku.




Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
Terkejut aku dibuatnya apabila nama bos tertera di paparan skrin.
Melalui perbualan,
bos cakap hari ni dia tak datang kerana ada hal peribadi yang hendak diuruskan.




Aku terus keluar dari tempat persembunyian sambil menari girang.
Yey..yey..
Hari ni boleh rehat sikit....
Ulala...Yehaa..

Saturday, February 6, 2010

MeManG berBeZa



KERJA tak sama dengan BELAJAR.

KERJA tak sama dengan PRAKTIKAL.

Kita perlu belajar sebelum bekerja.

Kita perlu belajar untuk bekerja.

Dan...

Kita memang belajar untuk bekerja.

Mungkinkah ada orang yang belajar semata-mata untuk goyang kaki?

Hmm.. tak pasti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suasana bagi kedua-duanya hampir sama tetapi sedikit berbeza.

Sewaktu belajar,
sedikit kesalahan hanya menjejaskan markah.

Sedikit kesilapan..
paling teruk pun sekadar kena marah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berbeza dengan bekerja.

====================

4 Februari 2010.
Seorang rakan telah diberhentikan kerja berkuat kuasa serta merta.
Jatuh air mataku mendengar pengumuman ikhlas itu.
Oh... sadisnya !!!!

Puncanya?
Hanya kerana sedikit leka ketika bekerja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kadang kala,
hidup ini agak menakutkan.

Mungkin hari ini kita mampu untuk senyum dan bergelak ketawa.

Mungkin juga esoknya kita bakal dihimpit derita.

Siapa tahu.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hmm..

Memang benarlah hidup ini umpama roda.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa sekalipun yang terjadi,
hidup perlu diteruskan.

Biarlah masa yang membongkar rahsia.

--------------------------------------------

Saturday, December 26, 2009

Situasi Bukan Bunkface


"Hidup bukanlah lakonan.
Dialog bukanlah skrip.
Setiap hari kita perlu berkomunikasi.
Sukarnya hidup andai interaksi tidak serasi."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap manusia memang berbeza. Ada yang kelakar. Ada yang serius.
Bagi yang pendiam, memang susah nak buka mulut (kecuali menguap)..
Huarrggghhh...Zzzzzzzzz ~~~

Bagi yang murai tercabut ekor, sekalipun ekornya disambung semula, mulutnya pasti cot cet cot cet asyik menggelupur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedar atau tidak,
setiap kali kita mengorak langkah pasti kita akan bertemu dengan insan lain di sekeliling kita. Kesukaran untuk memahami individu lain pasti akan mencetuskan situasi berbeza.
Adakalanya, apa yang kita fikirkan tidak sama dengan keadaan sebenar.
Lain yang difikir, lain maksudnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku pada seorang rakan lama.
Orangnya memang pendiam.
Susah ditafsir apa yang difikirkannya.
Marah, sedih atau gembira.. riak wajahnya tetap sama.

Setiap hari, aku yang akan menyapa dirinya.
Suatu hari, aku cuba untuk melakukan eksperimen.

Aku diam seribu bahasa.
Saja nak tengok gelagatnya.
Kesudahannya, sepanjang hari kami membisu.
Penat aku menunggu.
Tak ada juga sapaan darinya.
Tragisnya.. Wuwuu..

Adakah orang pendiam memang begitu???

Selagi kita tak ucap 'hai' kepadanya..
Bukan hanya 'hai'..
'Hey.. ho.. ha..hi..hu.."
satu perkataan pun takkan keluar dari mulutnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku bertemu pula dengan seorang makcik.

Dialog:
"Makcik ni ada dua orang menantu. Menantu sulong keja besar.
Tapi pendiam. Sudahlah pendiam.. serius pulak tu..!
Nak bercakap,
sepatah ditanya..sepatah dijawab..
Nak melawak,
makcik sorang ja yang gelak..."

"Menantu hat nombot dua,
keja buat bendang ja.
Orangnya hangit hitam legam.
Tapi, makcik suka sikit kat menantu sorang ni.
Dah tua-tua camni,
boleh gak tumpang bersembang..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku berkenalan pula dengan seorang rakan.
Keluarganya memang kaya-raya.
Tapi, bagi manusia spesis aku..
agak susah untuk menyesuaikan diri setiap kali berkunjung ke rumahnya.

Hidupnya dipengaruhi oleh protokol-protokol yang wajib diikuti.

Nak makan tengahari pun susah sebab asyik bertukar pinggan, gelas dan cawan.

Makan ini kena guna pinggan A, makan itu guna pinggan B, C, D, E..

Kesian kat orang gaji.
Jenuh nak membasuh..
mengeliat badan-badan..

Kalau aku jadi orang gaji,
agaknya dah lama aku cabut lari !

Ni kalau buat tukar-tukar pinggan kat rumah sendiri,
siaplah hanger kena rotan..
oHOHo..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teringat aku kepada seorang pakcik.
Pakcik ni sangat garang.
Cengey macam rimau.
Marah orang tak tentu pasal.
Banyak kali juga aku menangis gara-gara kena tengking dengan pakcik ni.
Niat hati memang taknak menangis.
Tapi, disebabkan 'terkejut' sebab kena marah tak pasal-pasal,
tetiba je air mata berlinangan.

Oho..
sebak rasanya bila kena marah tanpa sebab yang munasabah.

Kadang-kadang,
puas aku berfikir.
Agaknya.....
wayar pakcik ni ada yang terputus kat mana-mana kot..
wawawa

.............................................................................................................................

Kesimpulannya....

Kita sebagai manusia memang tak sempurna.

Tapi..
Alangkah bahagianya hidup ini jika kita dapat gembirakan orang di sekeliling kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(^-^)




Tuesday, December 8, 2009

PI ONE WHY MAX

Potong !! Potong !!

Haaa..
memang potong line sungguh la si Max ni..!!!
Ish..ish..ish..

Malam Ahad yang lalu,
bermulalah detik "Kacang kembali ke kulit"
atau boleh juga digelar sebagai malam
"Batu di sungai naik semula ke daratan"

Tapi,
malangnya..
(taklah malang sangat cuma kurang bernasib baik je)
si Max hadir di luar jangkaan.

Jadi,
apa boleh buat..
kacang cuma boleh pandang dan tersenyum sopan.

Sebenarnya,
bila kacang kembali semula ke kulit,
banyak juga kulit-kulit lain memandang dengan renungan tajam.

Kacang tak takut..
cuma kacang macam segan sikit..
(sikit je tak banyak)

Sebabnya,
kebiasaannya kacang bertiga tapi pada malam tersebut..
kacang yang kembali cuma dua..
kacang yang sebiji lagi hanyut jauh di negeri orang.

Apapun,
pesanan buat kacang ketiga,
nanti kita jumpa lagi erk..

Buat kacang kedua,
sukanya bila bertemu semula..(^-^)

Buat kulit pula..
potong !! potong!!
Selamat bertugas bersama si Max yang setia..

Tata

Sunday, December 6, 2009

Bukan Superstar


Hari ini, sekali lagi aku ke Alor Star untuk melakukan kerja-kerja penggambaran di sekitar kawasan Kuala Kedah. Penat juga rasanya apabila terpaksa berkejar-kejaran ke sana sini sejak pagi.

Pelbagai cabaran terpaksa diharungi terutamanya apabila terpaksa berdepan dengan ramai orang.

Bila buat sekatan,
ada juga yang main redah sesuka hati dan jiwa..
ada juga yang menganggap kami pihak tv3..
hahaha

Aduh,
letih sangat harini..
nanti akan update lagi.

"Ku bukan superstar
kaya dan terkenal
ku bukan saudagar
yang punya banyak kapal"

Cau !!!

Sunday, November 29, 2009

3 Pertemuan 1 Jawapan


Assalamualaikum..
Kepada rakan-rakan yang disayangi..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
MAAF ZAHIR & BATIN.
Mulai hari ini,
diriku akan keluar dari 'alam maya' buat beberapa ketika kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan.
Semoga kalian semua baik-baik belaka dan maafkan segala kesalahanku buat kalian semua.
InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi.


Hmm,
dah tak tahu nak tulis apa..
dah sampai tahap paranormal (T-T)

Apa sekalipun,
terima kasih atas segala-galanya.

Sekian, wassalam.