CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 14, 2011

iKaN: aDa uDaNG di SebaLiK BaTu ~


"Ada udang di sebalik batu."

Puas kufikir, mengapa UDANG?
Mengapa bukan ikan buntal?
Mengapa bukan ketam?
Mengapa bukan siput sedut mahupun kekuda laut?
Mengapa mesti udang???

Puas juga kufikir,
mengapa mesti BATU?
mengapa bukan tapak sulaiman?
mengapa bukan pepasir atau batu karang?

Sesungguhnya,
....Imagination is more important than knowledge....
Cuba kita bayangkan ~~~

Suatu ketika dahulu,
udang-udang yang hidup di dasar lautan kesemuanya kecil belaka akibat kekurangan zat spirulina. Namun, kulit mereka jernih kerana terhindar daripada tumpahan minyak mahupun sisa-sisa toksid yang mampu mengganggu-gugat keaslian kulit mereka.

Udang bebas berenang di dasar lautan.
Udang berenang ke sini dan ke sana sambil meluncur dengan gembira.

Pada suatu hari,
sedang udang leka bermain,
tetiba datang seekor ikan menyapa.

Ikan: Hai udang.
Udang: Eh..eh ikan..ikan dari mana nak ke mana?
Ikan: Dari sini nak ke sana.
Udang: Ikan..kita kan dah lama tak jumpa. Apa kata..jom kita berehat di batu besar tu, nak?
Ikan: Boleh juga, jom..jom..

Ikan dan udang berenang menuju ke sebuah batu besar berhampiran mereka.

....Setibanya mereka di sana...

Ikan: Eh, eh udang..cantiknya kulit kamu..bersih dan cerah gitu!! Sebersih batu di dasar laut ini..!!! Apakah rahsia kamu?
Udang: Gunalah "SIMPLY CT", rahsiaku kini menjadi milikmu!

Sedang udang dan ikan asyik bersembang,
mereka terdengar bunyi riuh-rendah jeritan suara.
Mereka segera memerhatikan di sebalik batu.

Alangkah terkejutnya mereka!
Kelihatan tentera ketam sedang mengganas dengan menangkap dan membunuh kesemua haiwan laut di tempat mereka berada sempena pesta ketam sedunia.

Melihatkan situasi berkenaan,
ikan dan udang menjadi semakin takut.

Tubuh mereka menjadi kaku.
Lidah mereka semakin kelu.

Tiba-tiba ikan menjerit dengan kuatnya!!!!

Arrrgggghhhhhh!!!!!

Ikan diserang dari arah belakang.
Ekor ikan disepit kuat oleh tentera ketam.

Ikan menjerit meminta bantuan.

Ikan: Udang...tolong aku!!!!! tolong aku, udang!!!!!!!

Udang yang amat ketakutan memejamkan mata dan hanya mendiamkan diri serta sedaya mungkin merapatkan badannya ke batu.

Oleh sebab kulit udang jernih umpama batu,
maka kehadiran udang tidak disedari tentera ketam.

Ikan yang kesakitan akibat disepit ketam kini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Sebelum ikan menghembuskan nafasnya yang terakhir,
ikan sempat berkata kepada tentera ketam,

"Ada udang di sebalik batu..."

........................................................................................................................

Beberapa purnama kemudian,
anak tentera ketam diculik oleh maharaja ikan.

Tentera ketam diminta menghadap maharaja ikan sekiranya ingin mendapatkan semula anaknya.

Dalam majlis perundingan antara maharaja ikan dengan tentera ketam,
tentera ketam diminta menjawab sebuah teka-teki.

Maharaja ikan bertanyakan tentera ketam, apakah yang tersembunyi di sebalik sebuah batu besar di hujung dewan.

Tentera ketam terimbau kembali kenangan silam.

Seketika kemudian,
tentera ketam segera menjawab,
"Ada udang di sebalik batu wahai tuanku"

Maharaja ikan segera menyuruh dato' panglima bendahara belut berenang dan mengalihkan batu tersebut. Ternyata, keluarlah seekor udang lipan yang besar lagi sedap untuk dimakan dari belakang batu tersebut.

Maka dengan itu,
anak tentera ketam diserahkan semula dengan selamatnya dan kisah itu menjadi lagenda buat selama-lamanya ~


Wednesday, June 8, 2011

HidupKaN seMuLa HoBi LaMa


Bermula 4 Jun lalu,
walaupun aku sibuk dengan tugasan luar namun aku masih mampu meluangkan masa untuk hobi yang setelah lama kutinggalkan akibat terlalu sibuk sebelumnya. Aku tahu, masaku agak terhad namun seminggu sekali (walaupun hanya beberapa jam cuma), aku pasti akan meluangkan masa untuk bercucuk tanam di kebun comelku itu.

Halaman depan rumahku kini dipenuhi dengan pokok buah-buahan yang pastinya boleh dimakan bila ia berbuah kelak.

Pokok-pokok tersebut termasuklah ciku, limau bali, limau kasturi, delima, kacang kelisa, kacang tanah, ubi kayu dan rambutan anak sekolah. Walaupun dah ada tiga pohon rambutan di sebelah rumahku (yang kini sedang lebat berbuah) namun aku rasa aku patut menyemai sepohon lagi rambutan hasil tanamanku sendiri. Dan yang terbaru, aku berhasrat untuk menanam buah naga dan malberi kerana aku sudah dapat mengenalpasti tempat untuk mendapatkannya.

Melihatkan anak-anak saudaraku yang masih kecil,
terlintas di fikiranku untuk menanam pelbagai pokok buah-buahan bagi menghidupkan suasana kampung dirumahku.

Apabila pokok-pokok yang ditanam berbuah kelak,
maka bolehlah aku mengajak anak-anak saudaraku pulang ke kampung untuk memetik buah. Ayuh anak-anak sekalian, kita balik kampung dan kait buah ciku sama-sama ye (^-^)

(^-^) Sukanya (^-^)

Tuesday, June 7, 2011

TeRuskaN MeNGeJaR iMPiAN


Alhamdulillah.
Walaupun banyak rintangan yang terpaksa kuhadapi dan tempuhi, akhirnya aku mampu jua melangkah ke peringkat akhir pemilihan calon bagi jawatan P******T R*******N di bawah KPKK. Sedikit rasa lega setelah berjaya hingga ke tahap ini tetapi timbul pula rasa takut untuk menghadapi cabaran seterusnya. Mungkin, cabaran yang lebih sukar sedang menanti aku pada 22hb nanti. Entah apa pula assignment yang perlu aku lakukan bagi melayakkan aku memegang jawatan tersebut secara sah dan bertauliah cewah..

Semoga Allah permudahkan urusanku.

Aku tahu,
bukan mudah untukku melalui semua ini.

Apa jua kesudahannya nanti,
aku takkan berputus asa dalam mengejar kerjaya.

Dan kutahu, walau aku diuji pelbagai rintangan,
kupercaya ada hikmah di sebalik semua ini.

Nurul Azliza Nordin,
teruskan usaha anda..

SEMOGA BERJAYA !!!

Wednesday, June 1, 2011

AnDai aKu taK MaMpU MeRuBaH, aKu paSrAh.


Hari ini 1 Jun 2011.
Pejam celik pejam celik pejam..nasib baik masih mampu untuk celik lagi.
Alhamdulillah, syukur kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini.

Semalam, 31 Mei 2011, aku menerima satu mesej daripada seorang rakan yang bernama Ain mengatakan bahawa seorang rakan sepengajian dari Pusat Pengajian Komunikasi Media UKM (Norizan atau lebih dikenali dengan nama Eje) telahpun kembali ke rahmatullah. Terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Sepanjang Mei lalu,
pelbagai situasi telah aku lalui.
Dan ingin kucatatkan di sini untuk muhasabah diri sendiri.

Bermula dengan 8 Mei 2011.
Aku menghadiri temuduga untuk permohonan dana syarikat.
Aku tidak menaruh sebarang harapan dalam permohonan ini kerana kutahu bukan mudah untuk mendapatkan dana. Dan atas sebab itulah aku merahsiakan daripada rakan kongsiku. Aku ke sana secara senyap. Fikirku, seandainya permohonan ini lulus, aku ingin memberikan kejutan kepada rakan kongsiku dan juga syarikat.
Sangat mendebarkan ketika ditemuduga. Pelbagai soalan diajukan. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Aku lancar dalam berkata-kata.

Juga 8 Mei 2011.
Aku berjumpa dengan beberapa orang staf rtm yang terlibat dalam bahagian pengiklanan, berbincang tentang produk syarikat yang ingin diiklankan. Dan, mengikut perancangan, aku ingin iklankan seawal bulan Jun ini.

Diikuti dengan kes kehilangan telefon bimbit juga pada 8 Mei 2011.
Puas kucari tak jua kutemui.
Setengah jam sebelum telefon tersebut hilang,
aku masih menggunakannya untuk menghantar satu mesej dan aku sendiri tidak menyangka bahawa mesej yang kuhantar adalah mesej terakhir dari handphone terbabit.

Hal tersebut banyak menyedarkan aku ..
betapa 'pantasnya' sekiranya Allah ingin menarik semula apa yang kita ada..

Sebenarnya,
ada "kenangan" dan beberapa "perjanjian" yang turut tersimpan di dalam telefon berkenaan dan disebabkan itulah kehilangannya amat dirasai hinggakan aku terduduk diam membisu tak mampu berkata apa-apa lagi.

Aku cuba mengubat hatiku dengan membeli sebuah telefon baru (2ndhand) yang reka bentuknya hampir sama dengan telefon lama. Sedikit sebanyak, ia mampu mengubat hatiku yang lara tapi nampaknya hanya mampu bertahan selama 4 hari. Kemudian, handphone itu turut rosak tak tahu puncanya.

12 Mei 2011.
Seorang rakan datang menemuiku dan menceritakan sesuatu tentang rakan kongsiku.
Aku cuba untuk bersikap profesional dan tak ingin babitkan hal peribadi dan perniagaan walaupun ketika itu kutahu betapa hancurnya hati ini.

13 Mei 2011.
Aku bertemu dengan rakan kongsiku pada waktu pagi.
Kami masih mampu bergurau-senda dan bergelak-ketawa serta merancang untuk menyiapkan design untuk produk terbaru syarikat. Sempat juga rakan kongsiku membelikan aku sekotak air soya dan tiga bungkus roti.

13 Mei 2011, petang.
Aku menerima suatu panggilan daripada seorang rakan yang menceritakan 'sesuatu' yang amat 'berat' untuk aku terima. Terasa seolah-olah kehadiranku selama ini (10 bulan 13 hari) hanya sia-sia.

13 Mei 2011, petang.
Aku menghantar SMS mengatakan bahawa aku menarik diri dari syarikat berkuat kuasa serta- merta. Sedikit pertelingkahan terjadi melalui SMS dan bukannya berdepan kerana aku berjaya 'menghilangkan' diri dan rakan kongsiku tak dapat bersemuka denganku.

14 Mei dan 15 Mei.
Aku MC dan ponteng kerja kerana demam (mungkin kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa)

16 Mei.
Rakan kongsiku menghantar SMS mengatakan bahawa permohonan dana yang aku mohon dahulu telah diluluskan dan cek bernilai RM500,000 memerlukan tandatangan aku untuk diluluskan. Pihak terlibat menelefon rakan kongsiku kerana tak dapat menghubungiku. Ya, memang benar, aku tidak melayan sebarang panggilan 2 hari yang lalu kerana tiada perasaan untuk berbuat demikian.

17 Mei.
Aku diminta kembali ke syarikat dan rakan kongsiku memohon maaf atas apa yang terjadi.

Tapi,
entahlah.
hatiku terasa hancur sekali.
terluka.
tak tahu bila akan sembuh.
mungkin mengambil masa seminggu.
mungkin sebulan.
mungkin setahun.
mungkin juga selamanya.

19 Mei 2011.
Hari lahir rakan kongsiku.
Sepatutnya, aku serahkan semua barang dan dokumen syarikat pada hari ini.
Tapi, aku tak sanggup berbuat demikian kerana aku menghormati tarikh ini.
Aku minta tempoh selama dua hari.

21 Mei 2011.
Aku tak kembalikan barang-barang syarikat kerana aku agak sibuk dengan tugasan kerja lain.

25 Mei 2011.
Rakan kongsiku menelefonku.
bertanyakan keputusanku sama ada nak kembali atau tidak.
juga tentang cek tersebut.

Kataku,
aku takkan kembali dalam masa terdekat ni.
aku juga tak memerlukan wang sebanyak itu.
sekiranya dibenarkan, aku rela menukar nama cek dan ambillah kesemuanya dan teruskan projek yang telah dirancang.
bezanya, aku tak akan ada lagi di situ.

Sedikit pertelingkahan juga berlaku.

Maka dengan itu,
aku menghantar SMS sekali lagi mengatakan bahawasanya saya yang bernama Nurul Azliza Nordin membatalkan permohonan dana sekaligus menarik diri secara sah dan rasminya pada hari ini bertarikh 25 MEI 2011.

25 Mei 2011.
Balik rumah, sekali lagi aku demam.

25 Mei.
Sepatutnya pada hari ini aku membayar wang untuk kereta syarikat tapi aku tak bayar sebab aku dah keluar secara rasminya.

27 Mei 2011.
Aku sangat kecewa melihat wang simpanan yang kukumpul yang sepatutnya digunakan untuk membayar kereta syarikat serta wang yang disimpan untuk sebarang modal sekiranya diperlukan syarikat. Maka dengan itu, aku berkeputusan untuk menghabiskan dan melenyapkan wang tersebut dengan membeli sebuah laptop baru, handphone baru, external hard disk serta beberapa jenis peralatan komputer untuk kegunaanku dan adikku.
Juga sebagai hadiah untuk mengubat hatiku yang lara dan pilu.

1 Jun 2011.
Aku meneruskan hidupku seperti biasa.
Tiada lagi bisnes, tiada lagi cinta.
Hahahahahaha.
Gelak sikit untuk diri sendiri.

"Andai aku tak mampu merubah, aku pasrah."


Monday, May 9, 2011

Kisah "Aku Sebiji Guli"

Nama saya Guli. Saya berbentuk bulat dan bersaiz kecil. Rupa saya seakan-akan bola. Bezanya saya dengan bola, saya tidak mampu melantun apabila terjatuh di atas permukaan lantai.

Pada suatu hari, saya berjumpa dengan sebiji telur dan berbicara dengannya.

Telur: Kulit saya mudah pecah jika terjatuh dari tingkat 3.

Guli: Tapi, kuning telur awak sangat kenyal (sebab awak telur palsu dari cina kakakaka). Awak takkan pecah dan boleh melantun macam bola.

Telur: Berbicara tentang bola, sememangnya saya sangat bencikan bola. Sebab dia lebih comel daripada saya. Awak bola kan? Nyah awak dari sini !!!

Guli: Tak, saya bukan bola. Saya cuma guli semata-mata.

Telur: Jika begitu, awak lebih kecil daripada saya. Saya boleh pijak-pijak awak. Hiyakkkkkkkk !!!! Tendang awak masuk ke dalam longkang.

Guli: Tapi, kulit saya sangat kental. Saya tak mudah pecah walau dipijak gajah. Bahkan, jika awak pijak, kaki awak yang akan sakit sebab kulit saya umpama kaca.

Telur: Jika begitu, boleh tak saya bawa geng? Boyfriend saya merton. Boleh katok awak. Ngeeee (sambil menayangkan giginya)

Guli: Boleh. Tanpa merton, siapalah kaca. Kaca terhasil daripada pecahan-pecahan guli yang telah dihancurkan. Sesungguhnya, apabila guli bertukar menjadi kaca, nilainya lebih tinggi dan lebih mahal.

Telur: Jadi, awak ni siapa? Kaca atau guli?

Guli: Saya bergulikan kaca.

Telur: Oooohhh.. Jadi, masih boleh katok awak la kan?

Guli: Boleh... Saya tak salahkan merton sebab tugas merton memang untuk katok sebarang benda. Dan kekuatan guli ni pun terhasil daripada katokkan-katokkan merton suatu ketika dahulu ketika ujikaji dilakukan untuk menghasilkan sebiji guli yang berkualiti. Kekekekekeke.

Telur: Guli kena cari pasangannya...congkak ! Jika tidak, nanti orang akan main pijak-pijak sampai jatuh ke dalam gaung !!!

Guli: Tapi... congkak banyak lubang. Banyak lagi guli-guli lain yang boleh diisi. Guli takut nak berkawan dengan congkak kakakakakaka.

~ Plup.... internet tak berfungsi. Maka, kisah ini TAMAT disini... ~



Thursday, May 5, 2011

MF SAFF ENTERPRISE





Tuesday, May 3, 2011

Bukan Isu Utama


Berbicara soal kahwin...
Ya, ramai kengkawan aku yang sudahpun mendirikan rumah tangga. Usia begini memang sesuai sekali mendirikan masjid. Gambar di atas adalah cincin kahwin. Sangat cantik! Tapi sejauhmana kecantikkan cincin ini akan bertahan? Adakah setelah selesai akad nikah atau setelah habisnya bulan madu atau juga hanya bertahan selepas kehadiran anak pertama?

Mungkin, aku kurang layak untuk menilai erti sesebuah perkahwinan kerana aku sendiri belum melaluinya.

Namun,
berdasarkan pemerhatian,pembacaan dan persekitaran..adakalanya timbul rasa takut untuk berkahwin.

Jika dilihat di dada akhbar (sering menjadi tajuk utama), banyak para isteri yang kena 'smack down' dengan suami gara-gara isu temeh. Mengidam buah pun kena smack down. Apa punya suami. Tak gentlemen langsung.

Ramai juga kawan-kawan yang mengadu masalah terutamanya dari segi kewangan.
"hang takpa la liza,hang tak kawin lagi..aku ni, dah kawin..nak makan kfc 3bulan sekali pun susah..."
wawawa...
menakutkan ja...

Aku taklah selalu sangat makan kfc tapi aku suka makan kentang.
Beli sebungkus dan balik goreng kat rumah.
Takkanlah bila dah kahwin, nak makan kentang pun susah?

Mungkin juga..
sebab nak beli pampers anak, susu, baju, ubat dan lain2.

Sangat menakutkan sekiranya berkahwin tanpa persediaan yang kukuh terutamanya dari segi kewangan..kan?

Hmmm..
buat masa la, bila balik rumah, aku cuma cari bantal. Bila celik mata, aku cari motosikal. Memang sah aku belum bersedia untuk berkahwin lagi.

Liza,
lebih baik hidup begini dahulu.
kumpul duit..dan tunaikan segala yang diimpikan.

Bila dah kawin,
nanti banyak kekangan.
tak dapat makan kentang ('',)

Saturday, April 23, 2011

3 WarNa 1 Hati


Seseorang telah menghantar emel kepadaku. Emelnya berbunyi, "wartawan ###### diperlukan segera." Ternyata 'seseorang' itu kurang alert kerana tarikhnya sudah sebulan lalu. Hehehe. Apapun, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat :D

Sebenarnya,
aku pernah apply jawatan tersebut dan pihak berkenaan nak letakkan aku di bidang politik atau lebih khusus lagi untuk mengikuti perkembangan kes Anwar Ibrahim.
muahaha...ngak mau sih...ngak minat :(

Kalau aku terima, kufikir hanya ada dua kemungkinan.

Pertama, syarikat tersebut kena saman (termasuklah aku).

Kedua, hari ini aku kerja..esok terus kena pecat.

Sebabnya,
aku akan menulis ikut suka.

(Oh, sangat tidak suka)

Wednesday, April 20, 2011

Sejenak Ku di SiNi


Hari ini kuberpeluang untuk mencatatkan sesuatu di blog. Benar, agak lama kutinggalkan tanpa sebarang catatan. Dan, semakin lama terasa semakin jauh. Hanya catatan lama yang kekal....tak bertuan. Mujur 'bibik' yang kutinggalkan setia menghuni tanpa ragam. Setia menyapu pepasir habuk dan labah-labah yang cuba bersarang. Bibikku sangat comel. Tak sia-sia kuambilnya suatu ketika dahulu =)

2011, aku isytiharkan sebagai TAHUN PERCUBAAN.
Segala yang aku lakukan adalah bertunjangkan kepada satu dasar iaitu mencuba. Mungkin, sekadar suka-suka dan bermula Januari 2012 (seandainya umurku masih panjang), aku akan cuba menganalisis semula apa yang telah aku lakukan sepanjang 2011. Seandainya berbaloi, aku akan teruskan. Namun, sekiranya sebaliknya..mungkin aku akan berhenti dan meneruskan misi mengejar impian. Tahun ini, umurku telahpun mencapai 25 tahun. Dan kusedar, impianku belum tercapai. Mungkin, aku perlu berusaha lebih gigih untuk mencapai cita-cita. Kebiasaannya, rakan-rakanku telahpun mencapai impian masing-masing pabila usia mencecah 25..dan ramai juga yang telah mendirikan rumah tangga. Aku sedar, aku .... mungkin lambat dalam mencapai cita-cita. Mungkin juga sedikit lambat dalam mendirikan rumah tangga. Hahah. Namun, aku tak kisah. Asalkan aku berusaha, aku pasti...penghujungnya tidak akan sia-sia.

Bermula penghujung 2010, kusedar banyak perkara yang menguji ketahanan mental aku sebagai manusia biasa. Dan aku tak boleh lari darinya. Sesungguhnya ujian mematangkan fikiran. Dan alhamdulillah, semakin lama, semakin aku dapat melihat 'kebenaran' dan 'pengajaran' di sebalik setiap dugaan yang datang. Dan kini, kuteruskan perjalanan. Aku ingin menjadi 'seseorang'.




SiapA aKu Di MaTa kaMu


"Siapa aku di mata kamu?"
Ya, seringkali soalan ini muncul di fikiran.

Kucuba tunduk ke bawah.
Dan ini yang kutemu.

Sepasang selipar berwarna biru !
(sapa nak, boleh dapatkan di pasar malam dengan harga rm10 sepasang)

Kucuba pusing ke belakang..
dan
ini yang kulihat !

Sebuah beg sekolah (juga berwarna biru)
....mungkin kebetulan....

Aku masih lagi tidak berpuas hati.
Kucuba pandang ke hadapan.
Dan seringkali inilah yang kutemu...

Sebuah motosikal buatan Malaysia !
(dan kufikir sekiranya dilakukan survei,pasti ramai yang tidak berminat untuk membelinya)

Argghhh tidakkkk..
aku masih lagi tercari-cari..

Di mana agaknya????
-fikirku sambil memerhatikan segenap benda yang ku ada-

Kucuba lihat diriku yang normal.
Ya, sehelai jaket yang kupakai setiap hari.
(ketika menunggang motosikal)

Ish, takkan kot.

Kucuba cari lagi.
Kulihat T-shirt yang kupakai.
Hmmm...
bukan agaknya sebab harganya cuma rm20 tunai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tertanya-tanya,
mengapa seringkali aku dilabelkan 'kaya'.
Huahuahua.
Aku nak gelak guling-guling bila ada orang yang menganggapku sebagai anak orang kaya.

=====================================

Aku juga seperti orang lain.
Rakyat biasa yang hidup dalam keadaan serba sederhana.

Bermula dari zero,
dan kini alhamdulillah semakin lancar
(walaupun tak selancar mana).

...............................................................................................

Mata manusia memang berbeza.
Kalau bergaya dan berjenama, boleh jadi juga orang tu sememangnya kaya.
Aku yang pakai baju pasar malam pun dilabel sebegitu rupa.
Muahaha :p

Sudahlah dilabel,
ada juga yang menganggapku sebagai mesin ATM untuk pinjaman semasa.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Hidup ini sangat kelakar.
Aku sendiri keliru.
Apakah yang dimaksudkan dengan KAYA?
Definisi?
dan
Ciri-cirinya?

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Mungkin juga anak mataku yang tak berapa nak hitam ni
(koko koko manja)
berkerlipan umpama syiling emas bila kubukakan mata...
Hahahahahahaha

=Wallahua'alam=