CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 9, 2011

Tentang sesuatu..yang terkadang aku sendiri tak mengerti..



Alih muka, pandang jauh sedepa..buat muka macam manusia yang tak pernah ada perasaan apa-apa. Dalam hati, mula berbicara..
"saya tak marah tuhan (Allah)..saya tahu Allah dah aturkan yang sebaiknya dan segalanya adalah ketentuanNya..saya berserah."

Ya,
saya kalah dan saya pilih untuk mengalah.

Saya terus melangkah..meninggalkan kubur arwah.

.........................................................................................................

Tahu tak sakit tu apa?
(ngeh ngeh ngeh soalan ni macam nak mintak pelempang. Serius)

Luka di jari nampak berdarah. Luka dihati nampak apa?
Tak nampak apa-apa.
Cuma nampak dia terduduk dengan mata terpejam paksa, dahi berkerut-kerut dan mulut separuh ternganga. Air mata mengalir hiba. Biar orang kata dia tak cantik ketika itu, dia tak peduli. Yang dia tahu, dia sedang sakit..menahan sakit.

..........................................................................................

Tapi..
Sesungguhnya..
Tuhan tak sediakan kesulitan sepanjang masa.
Tuhan juga tak sediakan kesenangan sepanjang masa.
Semuanya akan datang berselang-seli, kita yang seharusnya bersedia dan bijak menghadapinya.

Berlapang dadalah.
Semuanya ada hikmah.

**************************************************

:.... Aku sedang mengulang kembali ingatan ketika kamu bisikkan kata 'selamat tinggal' dalam kesamaran. Ternyata, kamu tetap pergi dari hidup ini. Kupejamkan mata menenangkan jiwa; mengharapkan ia membawa 'keuntungan' buat kita berdua. Memang sakit. Namun, kamu tetap memiliki 'cinta' meskipun jutaan langkah aku ditinggalkan. Aku tetap disini dan akan kucuba untuk bertahan......:






BuKaN SeKaDaR oMBaK

Review Ombak Rindu versi aKu:

Kebanyakan orang nak tengok Ombak Rindu sebab ada Aaron Aziz..
betul??? betullllll...
**memang tak dapat dinafikan, Aaron memang hensem ^_^ **

Rata-rata orang nak tengok Ombak Rindu juga sebab high expectation..
ramai orang kata best...
sampai pi ulang tengok 3,4kali pun asyik nangis lagi.
betullll? betullllll.....(ramai orang tulis status cenggini kat fb)

Ada yang pi tengok Ombak Rindu sebab dalam fesbuk orang asyik dok cakap pasal filem ni..kalau tak tengok macam out of date plak keh3.

Tapi...eh, aku tak..
aku nak tengok sebab...aku dapat tiket free ngeh ngeh ngeh..
jutaan terima kasih kepada sepupu tercinta.. =)

Novel..aku tak pernah baca..
Sinopsis pernah la terbaca kat internet tapi bukan untuk review..
tapi,gara-gara aksi panas yang dilakonkan dalam filem ni.

Bila aku jenjalan dalam fesbuk..
rata-rata orang dok update pasal Ombak Rindu..
macam BESAR sangat impak Ombak Rindu pada pandangan mata warga fesbuk!

Aku?
aku ok.
takdak masalah.
bila tengok, takda pun meleleh air mata.
setakat bergenang tu ada la tapi belum sempat nak meleleh dah tak jadi nak nangis.
semuanya gara-gara scene yang cepat sangat beralih.

Pada aku,
kesengsaraan yang dihadapi oleh Izzah tak dapat nak dirasakan sangat.
sengsara tu ada tapi tak digambarkan dengan mendalam.
'feel' tu tak sampai.
mungkin sebab scene terlalu pendek.

Perjalanan cerita,
macam tak berapa nak logik.
cepat sangat haris berubah jadi baik (tanpa insiden yang betul2 tragis)

Tentang watak,
aku tak suka watak lisa dalam filem ni tapi bila dihayati semula..
watak lisa adalah watak 'real' manusia.
mungkin, tak berapa sesuai bagi kat lisa untuk melakonkannya..
tapi, kira oklah sebab dia tu pelakon baru..

Tentang perwatakan lisa,
(mila)lisa ni sebenarnya baik..
kesian kat dia.
nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab dia memang sayang kat haris.
bersepah-sepah tiket wayang yang dia simpan..
tapi, last-last haris plak yang berubah..
nak salahkan kat izzah???
pun tak bleh juga sebab dia pun ada masalah dia sampai terpaksa kawen ngan haris..

Salah siapa?
aku pun tak tau..
salah haris kot sebab dia suka sangat main perempuan sampai buta akan hakikat cinta ewah~


Mail?
Aku suka Mail ngeh ngeh ngeh..
walaupun izzah tak suka dia...
tapi dia tetap tunggu izzah..
walaupun izzah dah kawen ngan haris..
tapi, dia cool ja..
dia masih boleh berkawan baik ngan izzah..
dan..apa yang penting..
walau macammana pun dia susah..
dia masih cool sambil makan temucut.

Pak Dollah?
kekadang pak dollah ni lawak..
scene yang paling lawak bila pak dollah cakap yang haris tu anak dia..
waktu tu sepatutnya scene sedih tapi bleh plak pak dollah buat lawak..
satu pawagam dok gelak..tak jadi nak teriak..

Mak haris?
walao weh...(bak kata namewee)
aku tak suka watak dia..
cara dia berpakaian...seksi gila..
dah tua bangka makin menjadi plak orang tua ni..
ish ish ish..
dah la macam tak reti nak sebut bahasa melayu..
tolonglah Osman Ali..
janganlah ambek dia lagi wakakaa

Tetiba aku terfikir adegan sensitif yang ditunjukkan secara terang-terangan dalam filem ni..

Satu kesimpulan yang aku mampu buat:
" Manusia bertungkus-lumus untuk hasilkan filem dakwah kepada masyarakat walhal dalam proses pembikinan mereka perlu 'mengorbankan' diri. Sesungguhnya HIDAYAH Allah S.W.T adalah sesuatu yang misteri untuk dinilai dan diterokai. "






Tuesday, December 6, 2011

FesBuK uLaLa


Boring..
mengantuk..
baru lepas ambil barang seseorang..
esok akan diserahkan kepada ahli keluarga.

Pagi tadi jenjalan dalam fesbuk..
jalan sini jalan sana..
kona sini kona sana..
naik gon turun gona..
naik beskal lepas tangan..
yipppppiii yipppi yeeyyyyy..

MooD: nYEH NyeH nYEh ~ NgANTuK tAHaP kUCai

************************************************************

Klik sini klik sana..
singgah wall kamu atau dia..

Statusnya berbunyi:
"sakit pale"
"perut kembung"
"nak kentut"

Confirm !!!
Orang ni cemuih xdak qeja.

Jalan lagi.
singgah kat sini pula.
baca status..
"duhai malam, bulan cerah menerangi malamku..tanpa dirimu bintang, diriku dalam kegelapan umpama semut hitam blablabla..."

Saheh !!!
budak ni berjiwa-jiwa..
sangat karat bunyinya huahuahua

Teruskan perjalanan,
singgah wall sini pula.

Status berbunyi:
"...chenta ta bley d pksa..saia redha if dya y awk sygs.."
..nax ako xplain ka..

Hasil Analisa:
Oh my GOD !!!
..budak ni ada penyakit DISLEKSIA..
(menghadapi kesukaran mengeja dengan betul; penggunaan huruf vokal dan konsonan yang tunggang terbalik)

Seterusnya..
status agak sedih dan pilu..
"kenapa kau harus tinggalkan aku"
"aku tak boleh hidup tanpa kamu"
"kasihanilah diriku ini, aku perlukan kamu"

Keputusan:
wakakakakaka...
agak sengal bunyinya..
sedikit sedih tapi rasa nak gulin-gulin ngeh ngeh ngeh~

Semakin lama menerokai fb,
terjumpa pula status begini..
"baru blk men golf dengan datin polly"
"nak pergi holiday ke korea, jumpe super junior"
"malam ni dinner kat hotel 10 star"
(mungkin tak bermaksud nak berlagak tapi bila baca rasa macam ala-ala spa-Q gitu...ahaks..kerrrrrlasssss yuuuuu)

Anda Bagaimana???





Friday, December 2, 2011

02.11.12

Hari ni aku dapat 4 emel..
panggilan untuk temuduga..pustakawan, penyunting dan wartawan.

1 di Kuala Lumpur, 1 di Shah Alam, 1 di Seri Kembangan dan 1 di Terengganu.

Tarikh temuduga 5 Disember 2011.

Nak p yang mana?
Yang gaji paling tinggi hahahahaha....

Sekian.


Thursday, December 1, 2011

BiCaRa HaTi


Suka hati tak semestinya hati suka
sakit hati tak memberi erti hati sakit
patah hati tak bermaksud hati dipatahkan
susah hati bukan bermakna hati menjadi susah

Hati-hati menjaga buah hati..
agar hati kering tidak menjadi tawar hati
atau lebih teruk mati hati
elok sikit daripada buta hati
hati gajah sama dilapah
hati kuman sama dicecah..
sungguh berbesar hingga dibiar beraja dimata bersultan dihati..
ada hati jua yang baik hati
dan ada juga yang busuk hati
kadang-kadang sampai kecil hati

Satu tambah dua sifirnya tak akan menjadi lapan
berkokok riuh sekampung, bertelur hanya sebiji..

Naik dari jinjang, turun dari tangga
naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi
bumi dipijak langit dijunjung.

Nampak gabak di hulu
nampak kulitnya tahulah isinya
sudah terang dipasang pelita..

Niat hati hendak memancing termenung
sudah terpancing ikan setoka
adanya biduk serempu pula
hatinya walang..

Asal ayam hendak ke lesung
asal itik hendak ke pelimbahan
bagai kucing menjemput api
kerbau runcing tanduk, ayam naik ke surau..
mencari kutu di dalam ijuk..
kecil hatinya~

MooD: MabUk Kopi :p

Saturday, November 26, 2011

TiNGGaLkaN PaDaKu KaD PerNikahaN


Ini..


..dan..ini...

Kedua-duanya ditemui dalam laptop arwah..
Juga dua keping kad yang telah siap dicetak..



..termasuk ini..

Kini..
semuanya tinggal kenangan..

Mulanya takmau letak tapi..nak letak juga dalam blog..
sebab..mungkin..suatu hari nanti..
tulisan ini juga jadi kenangan...

Are U READY....???? ....RoLL vT.....

1432H bakal melabuhkan tirainya..jam di handphone bertukar dari saat ke minit..minit ke jam..bertukar angka 1 kepada 2..kepada 3 dan seterusnya. Alang-alang tengah dok relaks ni tetiba ja rasa nak imbas kembali apa yang berlaku di sepanjang tahun ini. Hehehe.

Pertama,
tahun ni aku berjaya menghabiskan saki baki hutang motosikal KRISS yang aku tunggang hampir dua tahun (hampir tepat lagi mungkin 1tahun 11 bulan). Alhamdulillah..lega rasanya bila hidup tidak dikelilingi hutang. Kriss tu banyak berjasa kat aku. Walaupun masa aku berkenalan dengan si kriss, kriss sudahpun bergelar duda 6tahun namun kugagahkan jua menunggang ia setiap masa..saat mencari rezeki...hujan panas...suka duka sentiasa bersama. Waktu tu, aku sangat terdesak dan situasi begitu menghimpitku sehingga ku berkeputusan untuk memilikinya secara ansuran.Lantaklah, duda pun dudalah asalkan ada sudah... Tapi, baru ja naik seminggu...si duda buat hal dan aku terpaksa keluarkan duit lebih kurang RM113 untuk rawatan si duda...uhuks.

Setahun lebih hidup bersama kriss, aku berkenalan pula dengan si honda. Si honda ni masih bujang. Dan aku terus masuk meminang.. Sebenarnya, tujuan meminang si honda lebih kepada untuk kegunaan adik lelakiku. Waktu meminang si honda, ekonomi agak stabil maka si honda mampu dimiliki secara sah mengikut konsep "cash and carry"..

.......................................................................................

Hari ni, bila aku congak sana congak sini..
harga kriss yang duda tu adalah sebanyak RM4120 manakala si honda yang bujang adalah sebanyak RM3800..FUYOOOO...si duda lebih mahal dari si teruna.fuh ~
...............................................................................................................

17 November 2011.
Hari ni hari lahir adikku..dan hari ni juga dia nak duduki spm subjek matematik.
Hari ni juga dia teringin nak tunggang motor bersama-sama adikku yang bongsu.
Dan...hari ni juga mereka mengalami kemalangan jalan raya..
Ala-ala kerabat diraja yang dikelilingi dayang istana, maka terpaksalah dia jawab exam kat wad dengan kawalan bodyguard..


Dan akibatnya.............
inilah hasil yang aku dapat.......wawawawawa....
setelah hampir dua tahun aku berhempas pulas wangwin sana wangwin sini nak cari rezeki...
si kriss akhirnya bertukar wajah dan inilah wajah kriss yang berharga RM4120 tu kini...
Nampak gayanya, adikku lagi terer bab-bab menghempas pulas ni..huhuhuhu

LIHAT SINI
:
:
:
V

RM4120...memang berbaloi...ohohohoooo~~



Tahun ni juga...alhamdulillah...rezekiku agak murah..
Aku berjaya memperuntukkan sebahagian duitku untuk membaiki rumah alhamdulillah..
Bila check semula resit-resit yang aku kumpulkan..
aku dah guna lebih kurang RM3900 +++++ untuk beli barang-barang rumah..
uish..hebat gak rupanya aku ni wakakaka :p



Tahun ni juga aku berjaya membeli laptop dan alatan komputer serta kamera digital untuk kegunaan sendiri diiringi dengan dua buah telefon bimbit (satu untukku, satu untuk adikku)..alhamdulillah..dah 25tahun hidup baru berjaya beli sendiri ekekeke.


Haaaa....Yang ni agak istimewa...
tahun ni aku berjaya masak rendang hasil usaha sendiri muahaha..
puas juga aku search google untuk dapatkan resepi dan akhirnya berjaya masak dengan sendiri..
sedap juga air tanganku wiwiwiwiwi..
tapi, adikku kata..
aku ni lambat sikit kalau nak masak..
kalau hari ni aku kupas bawang, esok baru boleh makan hahahahaha..
mungkin sebab aku tak berapa nak cekap memasak..
jadi, aku akan sediakan semua rempah ratus kat dalam satu talam..
kupas-mengupas, blender-memblender,potong-memotong...
aku akan buat siap-siap dulu..
dah semua siap sedia..
barulah aku akan panaskan minyak..
berbeza dengan cara mak...
mak relaks ja..
sambil menumis, boleh lagi nak keluar rumah pi ambil serai..hek3


Tahun ni...rasanya tahun yang paling banyak aku menggunakan perkhidmatan KTM untuk ulang-alik Kedah-KL..
Tahun ni juga, dah banyak kali aku hadiri audition, ujian, exam dan interview kerja untuk penerbit rancangan tapi nasib tak menyebelahi aku..aku kecundang akhirnya muahahahaha.
Meluat dah rasa nak interview-interview ni..tapi..errr...tu la cita-cita yang belum kesampaian..
Paling yang tak boleh diterima akal,
aku diminta berada di angkasapuri KL jam 8pagi esoknya sedangkan aku dapat info pada jam 8malam sebelumnya dan waktu tu aku berada di Kedah..maka, aku redha ja laaaa..aku tak pi pun..
Sedey..sob sob~


Tahun ni juga..
aku terpaksa tinggalkan arnab kesayanganku..
aku lepaskan arnab tu dari hidupku..
dan..aku tak mungkin kembali lagi..
sebab..baru aku sedar...
spesis kami berbeza..
jauh di sudut hati..
aku berharap..
semoga arnab tu mampu teruskan hidupnya di rimba sana~
Cuttt~



Tahun ni...
aku berjaya jejakkan kaki ke Gunung Jerai..
tapi, takdala tinggi sangat aku daki..
setakat Regency ja yang mampu..
tapi..
aku suka hahahaha..

Dan...akhir sekali....


Aku rasa..
aku dah jumpa penerbit ke-3 yang aku cari selama ini..

Aku rasa..
aku dah temui CINTA SEJATI..

Aku rasa..
aku pun tak tau apa yang aku rasa..
Namun..
Allah lebih sayangkan dia..
dan.. dia pergi.. tak kembali..

Apa sekalipun,
alhamdulillah..
sekurang-kurangnya..dalam kesempatan yang aku ada di dunia ni..
aku pernah menyayangi dan disayangi seseorang setulus hati..
kenyataan sebegitu dah cukup untukku meneruskan saki-baki yang masih tertinggal buatku di muka bumi Allah ini.

Mungkin, dah ditakdirkan Allah..
kami memang takdak jodoh kat dunia ni..
semoga..kami dapat bertemu semula di SANA nanti..
insyaallah..

Walaupun agak berat, namun..
aku ingin katakan sesuatu..

"...saya..lepaskan awak pergi..."

..semoga roh awak aman di sana..saya tetap sayangkan awak sepanjang hidup ini..
..semoga..kita bertemu semula suatu masa nanti..

Thursday, November 24, 2011

Ku TaK SuKa BuNGa


Hari ni 24 November 2011 (Khamis) genap sudah usiaku 25 tahun 46 hari. Alhamdulillah...saat ini... aku hanya mempunyai satu hutang ja lagi iaitu ............. jeng jeng jeng........tadaaaaa..... "PTPTN"...!!!!!!

Yang lain, semuanya cash and carry ..huahuahua.
Lebih kurang jam 2.55pm tadi, aku dah selesaikan baki hutang motosikal yang aku tunggang hampir 2 tahun tu. Bila dihitung semula, jumlah terkumpul untuk motosikal Kriss110 tu adalah sebanyak RM4120..fuyoooo..mahai bebenor......mengalahkan EX5 yang laju..baru ja RM3800..tapi tu kalau bayar cash la ahaks.

Bila dikenang-kenangkan semula..direnung-renungkan sejenak.... hari ini aku dah berjaya mengumpul sedikit harta kakakaka. 2buah motosikal + sebuah laptop..agaknya tulah antara harta yang aku berjaya beli guna titik peluh sendiri.

Lepas ni, insyaallah..barulah ada semangat nak target harta seterusnya pula...iaitu...rumah dan kereta ekekeke. Orang lain semuanya dah ada kereta. Aku sorang ja takdak kereta lagi huahuahua.

Semalam kan..
motor tetiba ja pancit kat tengah jalan..dan...
dengan bangganya aku berhenti kat tepi jalan..dan..takdak sorang pun berhenti tanya..
apatah lagi nak menolong haaa..

Agaknya..salah aku juga..
sebab pertama..muka aku terlalu tenang ..
sebab kedua...motor betul-betul berhenti kat tepi kawasan orang dok korek tanah...
dan aku...siap dok tangkap gambar lagi untuk cover malu...kakaka..
dan..gambar kat atas tu la salah satu gambar yang sempat aku ambek semalam huahuahua..
confirm...orang kat situ anggap aku reporter mana la yang dok mai nak buat berita..
sebab tu la depa tak berani nak mai tanya..
sebab ..aku pakai jaket yang agak bergaya :p

Nasib baik aku berjaya dapatkan nombor telefon mekanik berdekatan..

Lama jugak aku tunggu..
pastu ada la sorang mekanik mai tolong tunda..

Waktu tu..
mesti orang yang dok tengok2 aku baru sedar..
laaaaa...budak ni dok situ lama-lama ..tayar pancit rupanya....
cessss :p

Kesimpulannya: "aku tak suka bunga...habeh duit simpananku rini untuk settlekan duit moto campur bunga tadi huh!"

p/s: ..apapun, lega hati ni sebab dah tak perlu tanggung hutang lagi yippi yippi..

SEKIAN.


Monday, November 21, 2011

17.11.11


Baru enam hari ketiadaan seseorang dalam hidupku..aku dikejutkan pula dengan kemalangan membabitkan kedua-dua adikku.

Agak terkejut hingga tak mampu nak berkata-kata,
aku hanya mampu berdoa agar kedua-duanya selamat dan terlindung dari bahaya.

Sewaktu tiba di bahagian kecemasan,
doktor kata adikku yang bongsu tak mampu nak kenal sesiapa.
Hampir luruh jantungku manakala yang tingkatan 5 terpaksa mengambil exam SPM dalam wad.

Alhamdulillah,
kini semuanya selamat dan semoga kami sekeluarga terhindar dari malapetaka.

Lindungilah kami sekeluarga Ya Allah.

-Amin-

Hari iNi hari ke-10


Hari ni masuk hari ke-10..

Alhamdulillah..
jiwa dah makin tenang..
perasaan dah mula terkawal..
dah mampu tersengih tersenyum ketawa.

Jauh di sudut hati..
ketiadaan awak begitu terasa..
masih ada video yang perlu disiapkan bersama-sama..
dan..nampaknya..
terpaksalah buat sorang-sorang pasni..

Untuk Zul Imran,
saya hadiahkan awak sebuah doa..
semoga 'hadiah' yang saya 'poskan' kat awak setiap hari diterima olehNya.

Saya sayang awak..
dan ..
ini saja cara yang saya tahu untuk bahagiakan awak di sana.

Semoga awak aman di sana.

- Amin -