CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 9, 2012

WaHai DiRi ..



Seperti yang semua sedia maklum, 2011 telah melabuhkan tirai.
Maka, 2012 membuka tirainya yang baru.

Barisan pelakon masih kekal.
Yang berubah hanyalah latar masa.

Walau bagaimanapun, ada di antara pelakon 2011 yang sudah tidak lagi ditakdirkan berlakon pada 2012.

Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dunia ibarat pentas lakonan..
kitalah pelakonnya..
dan pengarahnya adalah Allah.

..Kita yang masih memegang watak harus meneruskan perjuangan..
InsyaAllah.

Sebut pasal watak..
..bila 2012 menjadi latar masa, maka dengan ini hilanglah angka 5 pada usiaku..
ini bermakna watak yang aku mainkan kali ini adalah lebih berat berbanding sebelumnya..

Bila umur sudah berangka 6 di belakang..
aku agak terkedu ..
tak percaya sudah 26.. (^-^)

Bila dah masuk 26..

..maka di situlah juga aku..

-meneruskan hidup dengan alam pekerjaan yang masih bersifat dua alam =.= -
(bilalah agaknya mampu kembali kepada 1 alam? wallahualam)
-keluarga menjadi tanggungjawab utama-
-meneruskan kehidupan sebagai anak dan kakak kepada adik-adik-

Namun,
apa yang lebih penting ialah ...

>..MENJADI HAMBA ALLAH SEPENUH MASA..<

Semoga hal ini sentiasa dipertingkatkan dari latar masa ke latar masa yang seterusnya..
InsyaAllah.

Begitu berat rasanya 'watak' yang wajib dipikul sepanjang berangka 6 di belakang..itu pun sekiranya jasad dan roh ini masih berada di pentas dunia..

................................................................................

"Andai bisa kau menunggu aku..

akan aku lakukan apa yang terbaik..

tapi..kau terus berlari dan berlari..

penat aku mengejarmu..

terlalu jauh kau berlari...

kemampuanku terbatas..

Andai bisa aku berlari semula bersamamu..

akan ku pegang kau dengan erat..

aku tidak mahu berlengah lagi.."

:.... "Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian"....:
(Surah al 'ashr: 1-2)

Wahai diri...
masa terus berlari..
kenapa malas mengejarnya???

KAU adalah MASA.
..Tidak ada kaitan dengan yang masih bernafas mahupun yang sudah tiada nafasnya..

Sekian. Wassalam.




YaNG TeRBaiK


Bila kebaikan terserlah
kita mengharapkan kebaikan itu
Allah Maha Mengetahui..



******************************

Kebaikan itu kian pudar ditelan waktu
sedikit demi sedikit

Maka
itu bukanlah yang terbaik
Allah tahu apa yang terbaik..

:... Mungkin kebaikan yang terserlah tidak seperti yang diharapkan..
tapi apa yang pasti kebaikan itu sendiri yang memberikan jawapan kepada soalan lalu...:

Tuesday, January 3, 2012

Muhasabah MenCaRi MaKNa



"...terlukis senyum di bibir lesu tak siapa tahu hatimu..."

................................................................................

^^ ...Senyumlah... ^^

Biarpun dirimu disakiti. Itu madah pujangga. Sudah dikenali seantero dunia. Siapa tidak pernah mendengar kata-kata itu...melainkan bayi-bayi yang baru lahir dan kanak-kanak kecil yang hidupnya hanya untuk bermain bersama rakan-rakan. Yang sudah lama kenal dunia, tentu sudah biasa dengan kata-kata ajaib tersebut.


Bila disakiti, kita rasa pedih, rasa terluka. Kecewa... Sakit di hati sudah pasti. Siapa yang suka dengan rasa sakit? Tiada siapa yang suka. Rasa seperti mahu dicarik-carik hati. Rasa seperti mahu pergi jauh dari punca kesakitan, menyendiri dan menyepi.


Berapa ramai agaknya yang tersenyum bila disakiti?

Senyum...
bukanlah bermakna ia suka dengan kesakitan yang dialami, jauh sekali mahu terus-terusan disakiti sedemikian rupa.

Tetapi..

senyum bila disakiti kerana redha dengan ujian yang Allah bagi. Dan bertambah indah lagi apabila dia tersenyum penuh redha diiringi dengan rasa kebergantungan kepada Allah apabila musibah singgah sebentar dalam hidupnya...


"Tidaklah seorang hamba yang ditimpa musibah mengucapkan "INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN Ya Allah berilah aku pahala dalam musibahku ini dan gantilah untukku dengan sesuatu yang lebih baik," kecuali Allah akan memberikan pahala dalam musibahnya dan akan memberikan kepadanya ganti yang lebih baik."
(Hadith Riwayat Ahmad)


Siapa yang redha dengan ujian Allah dan melafazkan satu kalimah istirja' yang hebat ketika ditimpa musibah, nescaya akan Allah gantikan kesulitan yang dialami itu dengan sesuatu yang lebih baik.. InsyaAllah...


Tuesday, December 27, 2011

SedANGkaN LiDaH LaGi TeRGiGiT (Edisi SuAMi isteri)


"Sedangkan lidah lagi tergigit..
apa pula suami isteri.."

Rumah tangga itu sebenarnya kasih dan sayang. Juga pertemuan dua insan yang berlainan sikap dan sifatnya. Jika seorang lemah-lembut sikapnya pasti yang seorang lagi kasar sedikit tindakannya. Bukankah Allah itu Maha Pencipta?

Usahlah terus bermusuhan...

Kenanglah semula detik indah bersama..




Sekurang-kurangnya kita pernah makan bersama-sama~




Sekurang-kurangnya kita pernah minum bersama-sama~




Sekurang-kurangnya kita pernah luangkan masa bersama-sama~


................................................................................................................

Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang

>..........................................................................................<



:.. Berbahagialah engkau dengan hidup ini sebelum mati
dan petiklah bunga itu sebelum datang musim gugur ..:

"Kebahagiaan orang beriman adalah dengan mencintai Allah.
Cinta kepada
Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu
yang dalam. Hanya mereka yang sungguh-sungguh berimanlah yang dapat
merasakannya. Dan, perasaan itu tidak boleh digantikan."

Saturday, December 24, 2011

DaNdeLioN BerTeRBaNGaN


Dongak ke langit seketika..
lihatlah langit yang terbentang luas..
lihat pokok yang tumbuh tinggi..
lihatlah awan-awan yang menghiasi langit..
dan lihatlah burung-burung yang berterbangan.

Bandingkanlah ciptaan Allah itu dengan diri kita.

Besarnya dunia, betapa kecil dan kerdilnya kita.

Adakalanya kita terlupa.
kerana diri seringkali hanyut dengan keseronokkan yang fana..

Sememangnya manusia itu mudah lupa.
Manusia hanya menjadi hamba apabila ditimpa kesusahan dan sering melupakanNya tatkala senang dan lapang.

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.”
(YUNUS:12)


Thursday, December 22, 2011

KebeTuLaN ATAU JaWaPaN


Di langit sana, jawapan telah tersedia..
tugas kita hanya bertanya..
tanyalah apa jua..
tanyalah kepadaNya yang Maha Berkuasa
tanyalah kepadaNya yang Maha Bijaksana
tanyalah kepadaNya yang Maha Mengetahui segalanya

pasti
suatu saat dan ketika
DIA akan menjawab persoalan kita

fikirkan sejenak..
adakah kebetulan sekadar kebetulan?

atau..

mungkinkah..

:.. kebetulan itu adalah jawapan ..:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah:155-156)


Wednesday, December 21, 2011

:... SeguMPaL dAGiNG BerNaMa HaTi ...:

Andai sahaja isi hati boleh dibaca...


....tak perlu diberitahu apa yang kita rasa







tak perlu diberitahu apa yang kita minta....






....... tak perlu ada sebarang curiga




namun..


indahnya hidup yang DIA cipta


rahsia dalam hati




:.... tak mungkin terbuka untuk sesiapa! ....:

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya. Dan jika rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, segumpal daging tersebut adalah hati..”



MesKi BerNaUNG di LaNGiT sAMa, MeNGaPa puNYa MiMPi berBeza

Kuturuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku
sekiranya aku menerima apa adanya
..pasti aku menjadi orang yang merdeka..



:...Bawalah semua dunia kalian dan biarkanlah hatiku bebas merdeka
sendirian...:

Tuesday, December 20, 2011

Di HeMBusaN dOa ...


Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal.
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

ASBABUL NUZUL
(Sebab-sebab penurunan)

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu.

Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu.

Lalu, Abu Umamah pun menceritakan betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sehingga tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.

Sebaik mendengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w berasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"...

Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas.

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siang dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Beberapa hari kemudian, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya.

Sumber: Al-Ma'thurat.


Friday, December 16, 2011

S.I.A.P.A.K.A.H.K.I.T.A.S.E.B.E.N.A.R.N.Y.A.

"Sesungguhnya Allah tidak tega bagi hambaNya yang mukmin-bila kehilangan orang yang dicintainya, dari penduduk dunia, kemudian dia bersabar dan berharap balasan dari Allah-membalasnya dengan balasan yang lebih rendah dari syurga."
(Hadith riwayat An-Nasa'i)

......................................................................................................

Suami adalah pinjaman, isteri adalah pinjaman..


... ayah adalah pinjaman...



ibu juga adalah pinjaman...


dan anak juga pinjaman...



begitu juga dengan sanak saudara serta rakan taulan..


Semuanya hanya pinjaman..

Hakikatnya, tiada lain...
harta dan keluarga itu hanyalah amanah belaka
dan suatu waktu amanah itu pasti harus dikembalikan kepada SI EMPUNYA.




>....Tetaplah kau berlaku manis walaupun kehidupan ini pahit....<
..dan tetaplah kau redha walaupun semua orang murka..

Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hamba-hambaNya daripada kasih
sayang wanita itu kepada anaknya.
(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

"Kehidupan ini lebih pendek dari yang kita bayangkan. Maka
janganlah kita singkatkan lagi hidup kita."

:....Tiada keaiban atas seseorang bila lenyap kesenangan darinya tetapi
keaiban yang sebenarnya ialah bila lenyap kesabarannya yang baik....: