CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 10, 2009

Muhasabah Diri (SAZALI VS AZLIZA)

Untuk blog yang kusayangi,
salam Jumaat kuucapkan padamu.
(tapi hang jangan la jawab balik salam Jumaat kat aku, nanti lintang pukang aku lari)

Hmm,
hari ini aku nak muhasabah diri.

Dah lama tak muhasabah diri.

Kali terakhir aku muhasabah diri,
bila entah,
dah tak ingat dah.
(maknanya dah lama la tu..ish,teruk..teruk..teruk aku ni)

Haih..

Em,
mana yang aku patut mula dulu?

Ok,
aku mulakan dengan menganalisis semula namaku.

Namaku Nurul Azliza Binti Nordin.

Kalau nak ikutkan,
asal usul nama Azliza ni,
abah yang bagi.

Dulu,
abah suka tengok cerita P.Ramlee.
Cerita Anakku Sazali.

Mujur aku dilahirkan sebagai seorang bayi perempuan.
Jadi, untuk tidak mengecewakan semua pihak,
nama Sazali telah dipusing-pusing,
hurufnya disusun macam teka silang kata,
macam puzzle pun ada,
dan akhirnya,
terciptalah nama AZLIZA.

Kalau masa dilahirkan tu,
iaitu 9 Oktober 1986 jam 12.04 tgh mlm,
aku lahir sebagai bayi lelaki,
tak pasal-pasal saja aku akan bernama Sazali.

Kan Sazali kan???

Hahahahaha.

Sebenarnya,
aku tak suka Sazali...
Sazali jahat...
Hairan sungguh,
watak Sazali tu kan jahat,
tapi, kenapa abah nak bagi nama tu kat aku?

Hmm,
mungkin sebab lagu dia sedap kot.

"Anakku Sazali dengarlah,
lagu yang ayahanda karangi,
sifatkan laguku hai anak,
sebagai sahabatmu nanti."

Waktu aku kecil-kecil,
boleh abah dodoi aku sambil nyanyi lagu ni.

Itulah motif abah yang sebenar.
Hehehehehe.

Hmm,
kalau kat rumah,
semua panggil aku kakngah.

Sebab,
aku ni anak kedua.

Dan sekarang ni,
aku dah pun bergelar makngah.
Makngah Liza..
Hahahaha..
Modennya nama !!!

Selalunya,
cikgu-cikgu kat sekolah akan panggil aku Nurul dan Azliza.

Kawan-kawan pula ada yang panggil aku Nurul, Azliza, Nurul Azliza, Liza, Za.

Itulah nama-nama yang orang pernah panggil aku.

Tapi,
kebiasaannya,
nama LIZA lebih kerap digunakan kerana itu nama pilihan.

Bila diteliti maksud LIZA,
aku dapat simpulkan sesuatu.

L=Landak berbisa
I=Igauan ngeri manusia
Z=Zzzzzzzzz (tidur tak ingat dunia)
A=Ada-ada saja.

Itulah makna LIZA.

Aku ni, kadang-kadang macam landak sebab landak memang comel tapi penuh berduri.
Kalau tak hati-hati,
bahaya ditusuk duri hingga membawa diri sepi sendiri.
Merajuk meratap tangis di malam sunyi.
Hehehehehe.

Ramai orang pernah terkena tusukan duri landak ni.
Dan semuanya dah zip mulut kunci dengan mangga yang besar sampai takmau buka lagi.

Tapi takpa,
sebab, landak kan banyak duri.

Mungkin salah satu duri tu adalah duri ajaib dan pasti berjaya dijadikan anak kunci untuk membuka kembali zip-zip yang telah tertutup rapi.

Kemudian,
aku ni juga kekadangnya selalu menjadi igauan ngeri bagi sesetengah manusia di luar sana.
Aku pun tak pasti mengapa semua ini terjadi.
Takut aku nak fikir igauan ngeri-ngeri ni semua,
takut kena pelempang buat kali kedua.
Wuwuwuwuwuwuwu.

Aku seorang yang suka tidur.
Ya betul !!!!
Tepat sekali.
Aku boleh tidur di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Sambil mandi pun aku boleh tidur,
sambil makan pun boleh,
sambil baca buku lagi la bolehhhhhhhhhh...
hehehehe.

Dulu,
masa aku tinggal di Kolej Zaba,
waktu tu jam 8 malam,
aku tunggu bas kat hentian bas Zaba untuk ke Fakulti sebab ada perjumpaan.

Bas semua takdak malam tu,
jadi aku pun naik la bas Rapid KL.

Bas rapid KL akan berhenti di masjid dan aku boleh la berjalan kaki ke fakulti.

Tapi,
entah macam mana entah,
aku tertidur sampai terlepas ke Kajang.
Huhuhuhu.
sesorang pulak tu.

Kalau aku sedar kat Hentian Kajang,
boleh la tahan.

Ini tak.
Dah sampai Metro Kajang,
baru pakcik bas tu kejutkan aku.
sebab dia nak kosongkan bas.

Menangis aku sesorang kat situ.

Dengan ada orang gila mana entah yang tengah menyanyi,
jalan pun terhoyong-hayang,
mujur ada pakcik bas tu,
dia pesan,
jangan pergi mana-mana,
tunggu kat tempat dia duduk tu.

Sebab pukul 10,
baru bas akan jalan.

Hehehehehe.
Menyembang la aku dengan pakcik-pakcik bas semua tu.
Dan hasilnya,
sampai hari ni pakcik tu baik dengan aku.
Terima kasih pakcik rapid..

Huruf A dalam nama aku pula,
ada-ada saja.
memang pun dah jadi tabiat aku.
ada-ada saja aku ni kat mana-mana.
ada-ada saja aku ni nak cerita apa-apa.
ada-ada saja aku ni nak timbulkan sesuatu tanpa tak disengajakan.
kesimpulannya,
aku ni ada-ada saja la apa-apa pun.
di mana-mana,
bila-bila masa.

Hmm,
selama aku hidup ni,
aku rasa,
dah banyak aku menyusahkan orang lain.

huhuhuhu.

Aku suka kenakan orang.

Aku suka menyakat orang.

Aku suka gelakkan orang.

Bukannya apa,
cuma aku fikir,
kalau kita gelakkan orang,
satu hari nanti orang pasti gelakkan kita.

Tapi,
kalau kita marah dan maki orang,
satu hari nanti,
orang pasti marah dan maki kita balik.

Jadi,
daripada kena marah dan kena maki tak tentu hala,
lebih baik kena gelak.
itu masih boleh diterima.
(walaupun rahang aku sakit la ni tak boleh nak gelak banyak)

Hmm,
aku ni sering bernasib baik.
dan aku sering dikelilingi oleh insan-insan yang baik-baik belaka.

Semua orang baik ngan aku.

Masa aku nak naik bas pi Pasar Malam Bangi,
ada juga Mamat Bangla bagi aku duduk dan sanggup dia berdiri semata-mata nak suruh aku duduk kat situ.

Akak dan abang kafeteria Amin ni pun selalu bagi makanan free kat aku sebab aku pernah pinjamkan Al-Quran untuk mereka baca waktu bulan puasa.

Dan ramailah lagi orang yang baik dengan aku.

Ramai insan di sekelilingku yang sanggup menghulurkan bantuan bila aku memerlukan.

Tapi,
aku ni baik ke???

Itulah yang menjadi persoalannya.

Aku sendiri tak tahu sama ada aku baik atau sebaliknya.

Sebab,
semalam,
aku dah sakitkan hati orang.
merajuk orang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah gelakkan orang,
merajuk pulak sorang tu dengan aku.

Semalam juga,
aku dah kenakan seseorang,
marah dia dekat aku.

Hehehehehe.

Padan muka aku.

Aku dah cuba untuk taknak ketawa tapi nak senyum saja.

Sebab bila aku ketawa,
nampak sangat kejahatan diriku terserlah.

Tapi,
bila aku senyum,
nampak macam aku ni skema pulak dah.

Susah..susah..

Aku tak dapat cari kebaikan pada diriku.

Pagi tadi,
aku kena pelempang dengan kawanku sebab aku mengigau.

Haaaaaaaaaaaaaa..
amik sebijik aku kena..
penampar jepun paling berbisa !!!!

Sebab aku ni degil,
roh taknak masuk dalam jasad,
jadi,
hanya dengan pelempang dapat mengembalikan diriku ke alam nyata.

Sakittttttttttttttttttttttt...

Tamparan dia telah menyedarkan aku bahawa aku ni insan degil yang paling degil di dunia.

Dan aku kembali insaf.

Sebab tu lah aku bermuhasabah diri.

Ternyata,
mimpi tadi membawa erti.

Dan kini,
aku terus tercari-cari,
apa kebaikan yang aku miliki?

Takkan takdak sifat baik langsung kot kat diri aku ni,
aku dah cari tapi tak jumpa.

Nampaknya,
aku nak insaf lepas ni.

Aku nak buat baik.
Taknak buat jahat dah kat sapa-sapa.

Aku taknak jadi Sazali.

Sebab aku nak jadi AZLIZA.

Hahahaha.

Eh, lupa pulak, jangan gelak..

Senyum..senyum...

Heeeeeee..

Tata

Mimpi Membawa Erti

Saat ini,
aku menangis.

Air mata mengalir....
tap..tap..tap..
setitis demi setitis.

Kuangkatkan kedua-dua telapak tangan,
kukesatkan air mata yang mengalir dipipi.

Apa salah aku?

Mengapa aku dilayan sebegini?

Aku ditampar sesuka hati.

Aku tahu,
aku insan degil.

Namun,
tamparan yang kau berikan bukan sahaja dirasai di pipi bahkan terkesan di hati.

"PANG !!!!!"

Satu tamparan hinggap dipipiku.

Sakit tak terperi.

Tercalar hatiku dek tamparan berbisamu itu.

Degil sangat ke aku ni?

Aku menyoal diri sendiri.

Aku berada di studio untuk berjumpa dengan Abang Bad,
aku nak burn CD untuk MCP.

Sambil menunggu,
Abang Mie menghidangkan aku sepinggan nasi dan secawan teh susu.

Rahangku dah tak sakit lagi.

Aku makan dan minum dengan sesuka hati.

Di hadapanku tersedia sepinggan nasi,
ikan kegemaranku yang selalu aku makan (walaupun aku tak tau apa nama ikan tu),
dan juga ulam kacang panjang.

Aku makan dengan lahapnya sebab dah lama tak makan macam tu.

Tiba-tiba,
loceng berbunyi,
"kring..kringggggggggggggggggggg..."

Pelik.
Itu bukan bunyi loceng pintu.
Dari mana datangnya bunyi itu.

Tiba-tiba si studio yang muncul dari bilik editing memintaku membuka pintu.

Bila masa pula si studio ni ada kat bilik tu.

Aku tak nak.

Aku nak makan.

Jawab sendiri.

Itu bukan tugasku.

Kelihatan Moon sedang berjalan membawa segulung kain untuk dipasangkan di pintu.

Cantik.
Macam pelangi warna kain tu.

Aku meminta Moon membuka pintu.

Moon tak nak.

Moon kata,
"buka sendiri, aku busy."

Loceng pintu berbunyi lagi,
"kring........kringgggggggggggggg.."

Kali ni, Mimi yang duduk di komputer Haji Sulimi pula naik bengang denganku lalu mencampakkan buku yang dipegangnya tepat ke mukaku.

Sakitnya..

Aku buat tak tahu lagi.

Aku ni keras hati.

Mimi bertambah bengang lalu mengambil buku setebal 2 inci dan memukul kepalaku.

Sakitttttttttttttttttttttt !!!!!!!!!!

Aku masih tidak berganjak.

Tetap pendirian orang kata.

Kali ni,
mungkin Mimi dah tak tahan dengan sikapku.

Sepantas kilat,
satu tamparan hinggap dipipiku.

"PANGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!"

Haaaaaaaaaaaaaaa...
ambikkkkkkk hangggggggg.............!!!!!

Aku menjerit,
"aggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh !!!"

Sakitttttttttttttttttttttttttttttt !!!!!!!!

Mataku terus terbuka.

Wuuwuwuwuwuwuwuwuwuwuuu..
Rupanya masa tidur tadi,
aku mengigau apa entah.

Kawan sebilikku kata,
dia dah cuba kejutkan aku tapi aku 'liat' tak sedar juga.
dia dah pukul aku dengan bantal tapi tak jaga juga.

Akhirnya,
dia tampar pipi aku.

Baru aku jaga.

Wuuwuwuwuwuwuwuwu..
dah la dia tampar kat pipi sebelah kanan,
rahang aku sakit, gigi sakit, gusi sakit....

Bila kena tampar,
lagi bertambah sakit !!!!!!!

Sakitnyaaaaaaaaaaaaaa....

Kawan aku kata lagi,
"hang ni memang degil sungguh la...
kat luar dah la degil,
dalam mimpi pun nak degil juga.
aku dah takda cara,
pelempang je la yang aku guna...."

Kesiannya aku...

Lepas ni,
aku taknak degil dah.

Sakitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt !!!!!!!!!

Thursday, April 9, 2009

Tisu Terakhir ....

Bersama Abang Mie, Penerbit Studio MENTION, UKM.


Bersama si studio, Penerbit StudioUKMDECTAR.


Hmm, tisu terakhir....

Sebenarnya,
langsung tiada kena mengena dengan apa yang ingin disampaikan di sini.

Masa aku dan Ain pergi beli makanan di kafeteria Kolej Aminuddin Baki tadi,
selepas membayar wang untuk semua makanan yang dibeli,
(sebenarnya, satu saja yang beli, tak banyak pun)
aku menyeluk ke dalam kotak tisu.

Wah,
tisu terakhir !!!!

Hanya tinggal sekeping.

Mungkin dah ditakdirkan tisu tu untuk aku.

Aku terus mengambilnya dan meneruskan langkahku pulang ke bilik untuk menjamah makanan yang dibeli.

Sedih hati ni sebab tak dapat nak jamah makanan dengan hati yang gembira dek kerana rahang tak dapat nganga seluas-luasnya.

Lupakan hal tadi.
Kembali kepada isi utama.

Sebenarnya,
tujuan blog ni didirikan adalah untuk membuat post-post yang berkaitan dengan hal peribadi yakni tiada sangkut paut dengan hal skema walaupun seinci.

Itu adalah niat asal penubuhan blog Studio Jelapang Padi ni.

Isi utama yang ingin dikupas di dalam posting kali ini mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan kedua-dua gambar di atas.

Kata orang, tak baik bergambar bertiga.
(walaupun aku tak tau sapa yang kata sebenarnya)

Nanti boleh mendatangkan musibah kepada salah seorang daripadanya.

Dan mungkin juga akan terpisah salah seorangnya.

Betul ke?

Entah, aku tak pasti.

Dulu,
pernah juga aku tangkap gambar bertiga dengan dua orang kawan ni.

Masa tu tingkatan 5 kalau tak silap.

Bila dah tamat persekolahan,
dua orang rakanku berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) manakala aku pula terbang jauh ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Merantau aku seorang diri di sini selama 3 tahun lamanya.

Dulu,
pernah juga aku bergambar bertiga dengan dua lagi rakanku.

Kini,
dia sudahpun meninggalkan kami dengan merantau ke luar negeri.

Dulu,
pernah juga aku tangkap gambar bertiga dengan dua orang rakanku.

Dan kini,
salah seorang daripadanya sudahpun pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Pergi menghadap Yang Maha Esa.

Hmm,
sebenarnya, apa yang ingin kusampaikan di sini???

Entah, aku sendiri tak pasti.

Cuma,
tatkala melihat kembali kedua-dua gambar ni,
terimbau kembali segala kenangan yang pernah tercipta.

Dan doaku,
moga kedua-dua penerbit dan seorang rakanku ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat buat selama-lamanya.

Andai kata ada tersilap bahasa,
tersalah laku dan perbuatan yang menyeksakan jiwa,
maaf kupinta daripada kalian semua.

Buat abang Mie,
terima kasih kerana bertungkus-lumus siang dan malam untuk melancarkan perjalanan dan penghasilan Drama di MIDAS berjudul Menanti di Sayup Rindu pada semester lepas.

Buat si studio,
terima kasih kerana sanggup meluangkan masa siang dan malam semata-mata untuk melatih diriku dalam pengarahan MCP pada semester ni. Segala penat lelahmu hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan. Suatu hari nanti.

Buat Cik Ct,
terima kasih kerana sudi menjadi temanku dan maafkan diriku kerana telah menyakiti hatimu tanpa kusedari. Moga akan ada maaf darimu suatu hari nanti buatku, rakanmu yang teruk ini.

Tisu terakhir !!!

Dah kubuang ke dalam tong sampah kerana mengelap mulutku yang comot ketika makan nasi tadi.

Lapar punya pasal,
comot pun comot laaaa..
asalkan dapat juga kumengisi sesuatu ke dalam perut ini.
walaupun sakit rahang ni dah tak tertanggung lagi.

Alhamdulillah.

Em,
sedikit tambahan.

Ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya.

Peribahasa yang tak kutahu apa maksudnya.

Em,
tambahan lagi.

"Ingat Liza, ular menyusur di bawah akar, takkan hilang bisanya."

Dah 6 orang tujukan ayat ini kepadaku.

Apa agaknya yang ingin disampaikan??

Aku pun tak pasti.

Dan 2 orang insan yang terdapat di dalam gambar tu pernah berpesan kepadaku dengan menggunakan peribahasa ini.

Haih...
Sememangnya hidup ini penuh harapan.

Dan adakalanya harapan tinggal harapan.

Apa sekalipun,
aku sentiasa berharap agar masih ada harapan untukku mengharapkan harapan.

Tata titi titik.

Maafkan diriku Cik Ct...

Maafkan diriku cik ct..

Maafkan aku kerana tak sengaja telah melukai hatimu.

Walau diriku dah berjanji untuk membuatkan dirimu tersenyum.

Tapi,
kumungkir janji tanpa kusedari.

Benar kata si studio,
tulisanku ini penuh berbisa.
amat tajam berbanding mata pedang yang sememangnya tajam walaupun tumpul tak diasah hingga berkarat.

Tapi,
hakikatnya ia tetap tajam.

Maafkan diriku lagi dan lagi.

Kali ini,
diriku takkan sesekali berkata apa-apa lagi selagi dirimu tidak memaafkan diriku.

Biarlah diriku membisu seribu bahasa selagi engkau tidak memaafkan diriku yang telah bersalah ini.

Apa sekalipun,
kupohon maaf darimu kerana telah menyakiti hatimu tanpa kusedari.

Maafkan aku lagi dan lagi.

Dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Mungkin dirimu akan menganggap tulisanku ini adalah gurauan senda seperti hari-hari biasa,
tapi ini saja caranya yang aku ada untuk kumohon maaf darimu.

Maafkanlah aku.

Ini adalah kali kedua kumenulis posting maaf untuk insan-insan yang kusayangi.

Maafkanlah aku kerana ku tak mahu tulis lagi posting sebegini.

Kerana ku tak mahu melukai hati sesiapa lagi.

Maafkanlah aku lagi dan lagi.

Maafkanlah aku cik Ct.


Merajuk, Kupujuk, Dipujuk Tetap Rajuk....

Haih.....

musim agaknya........

Mari bersyair riangkan hati.

"Pujuk tetamu bagai nak mati,
Tetamu MCP si Dr Asiah Sarji,
wahai hati yang terasa hati,
sejukkanlah hati sesejuk salji..."

AMIN YA RABBAL A'LAMIN.


Wednesday, April 8, 2009

Merajuk Sepanjang Hari...Legaaaa....

Hari ini..
Awal sungguh aku bangun.
Seawal jam 4 pagi,
mataku dah terbuka.
Alhamdulillah,
aku masih bernyawa.

Hari ini,
perasaanku agak sedih.
Tak dapat nak kugambarkannya.
Aku merajuk dengan dunia.

Aku tiada perasaan untuk bercakap dengan sesiapa.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.
Aku terus melangkah keluar dari bilik meninggalkan Ain yang sedang nyenyak tidur di atas katil seorang diri.

Aku melangkah keluar tanpa meninggalkan sebarang nota.

Kebiasaannya,
aku akan tinggalkan sekeping nota agar dia tahu kemana aku pergi.

Tapi, tidak untuk hari ini.
Hari ini aku membuat keputusan untuk menghilangkan diri tanpa berita.

Usah ditanya kemana kupergi.

Usah dicari diriku lagi.

Aku ingin menghilangkan diri.

Berbekalkan kad matrik dan kunci,
terus kugantung seutas tali ke leherku ini.
Kemudian, ku mengambil pendrive, telefon bimbit dan duit kertas,
aku masukkan kesemuanya ke dalam poket seluar.

Aku melangkah keluar daripada bilik.

Berjalan menuruni anak tangga.

Entah kemana aku ingin pergi.

Tapi,
kakiku terus melangkah tanpa henti.

Tiba di hadapan FEP,
Aku memandang ke kanan dan kiri.

Kalau aku ke kanan,
aku akan pergi berjumpa Haji Sulimi.

Kalau aku ke kiri,
aku akan berjumpa doktor gigi.

Lebih kurang 10 minit aku berfikir,
akhirnya aku mengambil keputusan untuk melangkah ke kanan.

Terus aku berjalan hingga ke Studio MENTION.

Tiba di sana,
Haji Sulimi tiada.
Yang ada hanya abang Mie.

Tapi,
abang Mie izinkan aku mengambil gambar daripada komputer Haji Sulimi.

Setelah mengambil kesemua gambar MCP,
aku memandang ke kanan dan kiri lagi.

Sekiranya aku ke kanan,
aku perlu berjalan ke hentian bas untuk berjumpa doktor gigi.

Sekiranya aku kiri,
aku akan ke Pusanika mengisi perutku yang kelaparan ini.

Aku terus belok ke kiri.
Berjalan menuju ke Pusanika seorang diri.

Aku tahu,
aku tak dapat nak makan.
Sebab rahang aku sakit.
Nak buka mulut pun susah,
apatah lagi nak kunyah makanan.

Tapi,
aku buat tak heran.

Aku terus membeli makanan.

Aku duduk di sebuah meja.

Aku makan perlahan-lahan.

Agak lama juga aku luangkan masa untuk makan sepinggan nasi.

45 minit, baru aku habis telan.

Tapi,
masa tengah makan tu,
hampir-hampir aku terlekat tulang ikan.

Haih,
dah tau rahang, gigi dan gusi ni sakit,
sengaja je aku ambil ikan yang banyak tulang.

Sengaja nak cari pasal.

Dah kenyang,
aku berjalan menaiki anak tangga.

Tiba di atas,
sekali lagi aku berfikir.

Nak ke kanan atau ke kiri.

Kalau ke kanan,
aku akan pergi PTSL.

Kalau ke kiri,
aku akan ke PK berjumpa doktor gigi.

Kali ini,
kakiku melangkah ke kanan pula.

Terus kumelangkah masuk ke PTSL.

Agak lama aku menghabiskan masa di sana.

Tiba-tiba,
aku mendapat kiriman SMS.

Dan aku terus membacanya.

Tidak lama kemudian,
satu lagi SMS kuterima.
Dan diikuti dengan beberapa lagi pesanan SMS.

Tapi,
satu pun aku tak balas.

Sebab,
kalau aku balas,
bukan merajuklah namanya.

Kemudian,
aku melangkah keluar daripada PTSL dan menuju ke PK.

Malangnya,
hari ini pesakit ramai.

Doktor tak dapat nak layan sakitku yang amat sakit ni.

Dan aku merajuk lagi sekali.

Terus kubawa diri.

Bila dah petang,
aku pergi tengok tayangan MCP.

Komen untuk kumpulan aku,
permulaan yang baik tapi di akhirnya ada sedikit masalah.
Masalah paling besar ialah kamera selalu zoom in dan zoom out.
Sepatutnya, dalam talk show,
elakkan zoom in dan zoom out.
Hanya perlu cut sahaja.

Masalah seterusnya,
mata pengacara tak tengok tepat pada kamera untuk segmen kedua.
Sebab matanya tengok skrip yang dipegang oleh krew.
Jadi, pandangan matanya agak lari sedikit.

Tapi,
tak apalah.

Semua orang dah berusaha.

Kesilapan yang berlaku bukanlah suatu masalah besar buat aku.

Kritikan sebegitu dapat kujadikan panduan untuk masa-masa akan datang.
InsyaAllah.

Lepas maghrib,
aku dah cabut lari.
Sebab gigiku sakit tak terperi.

Kritikan MCP,
aku sempat dengar untuk kumpulan 1,2,3,4 sahaja.

Jadilah,
sebab semua kumpulan lebih kurang mengalami kritikan yang sama sahaja.

Sempat juga aku buat catatan untuk kumpulan 1,2,3,4 ni.

Sebagai panduan untukku memperbaiki kesilapan.

Hmm,
sampai di bilik,
perasaanku dah bertambah lega.

Sebab,
aku berjaya merajuk dengan dunia buat kali pertama dengan jayanya.

Hmmmmmmm...
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......!!!!



Kuatkan Semangat Liza !!!

Kuatkan semangat !!!

Kuatkan semangat !!!

KUATKAN SEMANGAT LIZA !!!!

INGAT !!!

PUTUS ASA BUKAN CARANYA !!!!

JANGAN MENGALAH SELAGI KITA TIDAK DITAKDIRKAN KALAH !!!!

AYUH,
TERUSKAN PERJUANGAN !!!!

LEMPARKAN JAUH-JAUH SEGALA PERKARA YANG MENGHANTUI FIKIRAN!!!

BUANG...BUANG JAUH-JAUH !!!

CAMPAK DALAM HUTAN !!!!

TERUSKAN LANGKAH MARA KE HADAPAN !!!!!

SERANGGGGGG !!!!!

Ya Allah,
bantulah hamba-Mu ini,
hamba-Mu dah tak berdaya....

Kembalikanlah semangatku walaupun hanya seketika cuma.

Janganlah diuji lagi diriku di saat-saat akhir semester macamni.

Aku tak kuat nak menerima dugaan itu semua.

Aku dah tak berdaya.


Saat Ini....

Di saat ini,
ku tertanya-tanya pada diri.
mengapa semua ini terjadi???

Di saat ini,
ku tertanya-tanya di dalam hati,
teruk sangatkah aku ini???

Di saat ini,
ku terimbau kembali segala tingkah lakuku yang amat menyakitkan hati.

Apa aku nak buat ni???

Dah lama kalimah itu tersimpan namun tak dapat untukku suarakan.

Sampai bila aku harus menunggu?

Sekali lagi.
Aku tiada jawapan.

Maafkanlah aku sekiranya keputusanku berdiam diri mengecewakan kalian semua.

Bukan itu yang aku inginkan.
Tapi, itu yang terpaksa kulakukan.

Aku seorang insan yang tiada perasaan.
SALAH.

Aku masih ada perasaan.
Tapi sukar untukku zahirkan melalui perbuatan.
Apatah lagi untuk menzahirkan melalui perkataan.

Aku kecewa sendirian.

Aku seorang yang degil.
BETUL.

Tapi, aku tak dapat nak ubah kedegilan aku.
MAAFKAN AKU.

"Degil, tak nak ikut cakap, keras kepala, keras hati..
Buat keputusan sendiri...!!!!"

Hmm,
itulah kata-kata terakhir yang aku dapat setelah perbincangan dibuat.

"Ular menyusur di bawah akar,
takkan hilang bisanya.."

Ini kata-kata pertengahan akhir sebelum aku dimarah teruk.

Hmm,
aku terfikir-fikir.
tercari-cari jawapan.

Sebenarnya,
apa yang cuba nak disampaikan???

Seingat aku,
dah 3 kali orang marah atau terasa hati dengan aku menggunakan peribahasa ni.

Ular mana yang menyusur?
Aku ke ular tu?
Akar mana pula yang aku susur?

Hmm,
kalau aku jadi ular,
muat ke aku nak menyusur di bawah akar tu?
Hahahahahahaha...

EM, SALAH AKU.

Haih,
buat apa aku mengeluh kat sini???

Itu yang aku nak.
Itu pilihan aku.
Padan muka aku.
Sekali lagi, gelak kat diri sendiri.

Arrggghhhhhhhhhhhhhhh..
aku nak menjerit.
tapi rahangku sakit.
aku nak pi jumpa doktor.
tapi aku takut.
hari ni, aku dah bertekad.
aku nak pi jugak.
tengok la kalau aku rajin.
kalau aku malas,
esok lusa baru aku pi.
wuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwuwu.

Ada sapa-sapa nak hantar aku pi PK tak???

Soalan tak logik lagi memalukan.

Hmmmmm....

MAAFKAN ANAKMU INI.
MAAFKAN ADIKMU INI.
MAAFKAN KAKNGAHMU INI.
MAAFKAN ANAK SAUDARAMU INI.
MAAFKAN RAKANMU INI.
MAAFKAN AKU LAGI DAN LAGI.

Kadang-kadang,
aku sendiri pun terasa yang aku ni dah banyak berubah.
kadang-kadang,
aku sendiri pun tak percaya ini adalah AKU.

Akukah ini?
Akukah yang suka menyakitkan hati orang ni?

Kenapa aku boleh jadi macamni?

Takkan aku dah 'bertukar' kot???

Em, entah.

MAAFKAN HAMBAMU INI YA ALLAH.

AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSAKU.

AMIN.

Em, di saat ini..
aku teringin nak pergi memancing.
tak kisahlah sama ada tempat tu ada ikan atau tak untuk dipancing,
asalkan aku dapat duduk memancing.
seronoknyaaaaaa......

Em,
tak tau apa yang akan terjadi pada esok hari.

Esok belum pasti.

Tuesday, April 7, 2009

Buat Blog Yang Kusayangi...

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau sendaan dan main-main.."
(Surah Al-Ankabut:64)

Ayat inilah yang menjadi pegangan hidupku selama ini.
Selama nadiku berdenyut.
Selama jantungku berdegup.

Aku akui,
aku seorang insan yang suka main-main.
aku sering menganggap hidup ini satu permainan.
dan aku sebagai pemain..perlu teruskan permainan hingga ke garisan penamat.
walaupun sepanjang permainan ini adakalanya aku kalah..
dan adakalanya aku menang.
tapi itu semua adat permainan.

Namun, di saat ini..
terasa seolah-olah diriku pula sedang dipermainkan..
dunia ini sedang mempermainkan aku.

Mungkin.

Aku tiada jawapan.



Sunday, April 5, 2009

Sakit Gigi Melanda Lagi

Wuwuwuwuwuwuwu...

Kenapa dengan gigi ni?
Sakit tak terperi..
Nak kata berlubang, tak pun.
Nak kata jarang, tak pun.
Nak kata longgar, kukuh saja pun.

Nak menguap pun susah,
terpaksa menguap ala-ala sopan.
nak elakkan sakit yang melanda pipi.
bila menguap..
ngeri je bunyi..
krup krap krup krap bunyi rahang ni....

Nak gelak lagi la payah.
Terpaksa gelak malu-malu kucing.
Cover rahang tak menganga luas.
Nanti sakit, tak tahan diri.

Dah la pipi ni tembam,
harap-harap janganlah bengkak pasni.
nanti bertambahlah comey pipiku ini.
hahahahaha.
aduh, sakit..
tak mau gelak dah la.

Entah apa la yang sakit sebenarnya ni.
Gigi ka, rahang ka atau gusi ka ni?
Haih...
Semua sakit.
Sakit tak terperi..

Wuwuwuwuwuwu...
Sakitttttttttttttttttt Gigiiiiiiiiiiiii........!!!!!