CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 28, 2009

Biarkan kami ketawa...


Assalamualaikum..

Kembali bercerita di laman blog yang kusayangi..
Hari ni hari Ahad bertarikh 28 Jun 2009..
Cuaca hari ni agak mendung..
Hujan nak turun tapi panas taknak mengundurkan diri..
Maka..bercampur aduklah kedua-duanya..
sebab itulah mendung terjadi..
secara saintifiknya, mendung terhasil tatkala proses "perebutan" antara hujan dan panas..
macam perebutan kuasa atau jawatan..
lebih kurang macam itulah hikayatnya..
(Jangan percaya..fakta ini tipu belaka)

Hari ni,terasa agak sedih dan pilu dengan perangai Upik Abu (bukan nama sebenar)..
Marty yang ceria pun dah berduka cita lalu membawa Gloria dan Melman pulang ke angkasa...

Sebenarnya,sepanjang di hutan Afrika..
Marty, Gloria dan Melman sering tertanya-tanya..
mengapa kehadiran mereka tidak disenangi oleh sesetengah arnab comel di sana..
Adakah kerana mereka merupakan haiwan terkenal di New York?

Hari ni,Marty, Gloria dan Melman seolah-olah hilang punca..
Alex The Lion King juga hilang entah kemana..
Puas mereka mencari Alex namun tetap tidak jumpa.

Kelihatan Marty, Gloria dan Melman mempunyai aura yang luar biasa kerana mereka merupakan haiwan peliharaan di zoo New York..
Mereka diajar menari,menyanyi dan membuat persembahan agar dapat menghiburkan orang ramai..

Oleh sebab mereka bukanlah haiwan yang membesar dikalangan spesis mereka, maka wujudlah jurang perbezaan yang jelas ternyata.

Tatkala kapal terbang yang mereka naiki terhempas di hutan Afrika..
Marty, Gloria dan Melman berasa amat gembira seolah-olah mereka kembali bertemu dengan spesis mereka..
Mereka dapat melihat suasana hutan yang mendamaikan dan menyejukkan jiwa..
Mereka juga mendapat ramai kengkawan kerana kecomelan yang ada pada diri mereka..wiwi..perasannya..

Namun,ternyata semua itu hanyalah sementara..
ada singa tua yang berasa sakit hati tatkala melihat kecomelan diri Marty, Gloria dan Melman..

Melman yang bertindak sebagai doktor cuba mengubati sakit singa tua tersebut namun dos yang diberikan agak kurang menyebabkan sakit hati singa tua tersebut kian berpanjangan.

Marty, Gloria dan Melman cuba berkongsi ilmu-ilmu "ceria" yang mereka pelajari di zoo New York suatu masa dahulu..

Mereka mengajar haiwan-haiwan di hutan cara-cara membuat tarian moto moto..

Namun,ada sesetengah pihak yang tersalah faham dan menganggap tarian moto moto adalah bersifat merapu dan lucah kerana ia adalah sejenis tarian blue hippo di dalam sungai...

Seekor gajah yang bergading sari telah membuat laporan kepada raja hutan iaitu Zuba..

Gajah bergading sari tersebut telah menghasut minda Zuba hingga Marty, Melman dan Gloria tidak dibenarkan lagi mengadakan tarian moto moto apatah lagi untuk mengajar haiwan-haiwan di sana..

Sejak peristiwa tersebut,Gloria, Marty dan Melman agak dipinggirkan lalu mereka membawa diri di bawah pohon rendang..

Mujurlah Alex atau nama sebenarnya Alakay masih mahu berkawan dengan mereka walaupun Alex sebenarnya adalah anak kepada Zuba..

Hanya kepada Alex tempat mereka mengadu nasib dan menumpang kasih..

Sebenarnya,
Marty, Melman dan Gloria bukanlah haiwan sempurna..
Mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri..
Mungkin mereka pakar dalam tarian moto moto..
tapi mereka juga mempunyai kelemahan dari segi ilmu hutan..

Pernah suatu ketika..
singa tua enggan berkongsi ilmu iaitu cara-cara memanjat pokok kelapa..
puas Melman, Gloria dan Marty merayu untuk belajar namun setiap saat semangat mereka dipatahkan dan dihancurkan ibarat melenyek ubi kentang rebus dengan senduk kayu untuk membuat kuih keria..

Hakikatnya,Gloria, Melman dan Marty juga mempunyai asas dalam ilmu panjat-memanjat..
Apa yang membezakan ialah mereka pernah memanjat tiang dan bukannya pokok...

Melman, Gloria dan Marty bukanlah haiwan yang sempurna dan baik..
Mereka agak nakal dan kerap kali berbuat kejahatan..
Memang itulah perangai mereka...
Dah banyak duit Alex dan haiwan-haiwan lain mereka kikis untuk berbelanja....
Dah banyak juga kasut selipar itik kuning hilang kerana disembunyikan Gloria..
Dah banyak juga lakonan dan tipu daya yang mereka cipta..

Apa sekalipun...
Melman, Gloria dan Marty amat menyayangi Alex dan haiwan-haiwan di hutan Afrika.....

Kerana....
Disinilah titik pertemuan mereka.......
Disini jugalah memori tercipta......

SEKIAN, WASSALAM

Ku Cek Wa...

Assalamualaikum semua.. (sapa tak jawab..dosa)

Semalam, aku , Sha dan Fahmi melangkah masuk ke Regency Hotel (ejaannya macam mana entah).
Kami ke sana untuk menghadiri ujibakat pencarian IKON RTM.
Kami adalah antara peserta-peserta terawal yang hadir.

Fahmi merupakan peserta yang memegang nombor 0003, diikuti aku 0004 dan Sha 0005.

Nak kata berdebar tu, taklah sangat sebab beberapa hari sebelum ni, kami dah lalui ujibakat untuk penyampai berita di Radio Malaysia Kedahfm.

Jadi, segala perasaan takut dan berdebar dah pun kami campakkan disana.

Semasa menunggu giliran, rasa nak tergelak pun ada. Kami bertiga duduk dalam barisan yang sama. Kemana sahaja kami pergi, pasti akan bertiga. Trilogi Cinta katakan... cewah !

Setelah menunggu buat beberapa ketika, Fahmi diminta masuk ke dalam bilik yang dipenuhi kamera (macam rancangan reality show)..
Memang realiti pun.. Heheh.

Sejenak kemudian..Tatkala pintu dibuka....ku melihat Fahmi melangkah keluar dengan muka skema untuk ke stage kedua...wah..wah..tahniah !!

Kini, tibalah giliran aku pula untuk beraksi disana..
Dengan muka slambernya, aku duduk untuk membaca berita sambil mataku menjerling ke arah kamera sekali-sekala.

Kritikan yang aku dapat daripada para juri:
"suara bagus, intonasi pun ada.."
Yey!! Aku juga berjaya ke stage kedua!!Aku terus keluar dan menekan butang lif untuk ke stage seterusnya.

Tiba giliran Sha pula untuk berentap..tak taulah macammana keadaannya...

Tatkala kumelangkah keluar dari lif berkotak empat segi tu, kelihatan Fahmi berada di depan pintu. Beberapa minit kemudian, kelihatan Sha muncul dari pintu lif dan berjalan menuju ke arah aku dan Fahmi.

Fahmi:
"Ku tak dapat bah..suara perlahan tapi cakapnya laju..muka dan gaya dah macho tahap hero malaya."

Liza:"Cek punya suara bagus..intonasi pun ok tapi tak macam ikon..ikan ada la..heheh"

Sha:"Wa punya mata cantik tapi wa pakai spek.. dia tarak mau terima maaaaa..lu pikir la sendiri"

Akhirnya..dengan kecewanya..ku, cek dan wa pun pulang ke RTM Kedah semula.

TAMAT

p/s: "Stage kedua tu adalah rekaan semata-mata.
Kami dahpun disingkirkan masa stage pertama.wakakaka..."

Thursday, June 25, 2009

Madagascar ESCAPE 2 RTM

Ni gambar kami..
Dari kiri: Marty (Sha), Alex (Abg Nazri), Gloria (Liza), Melman (Fahmi)


Yeyey..!!!!


Akhirnya..

dapat juga ku tonton cerita madagascar ini buat kali kedua..

seronok....

bagi sesiapa yang belum menonton cerita ni..

silalah tengok..

pasti menghiburkan jiwa dan raga..


Babai..

Tuesday, June 16, 2009

B4 N1

Sha, Liza dan Fahmi
(calon-calon kategori B4 N1)

Assalamualaikum semua..

Lama sungguh aku menghilangkan diri dan tak update blog kesayanganku ini.. Hehe.

Bukan dah lupa tapi agak sibuk dengan tugasan-tugasan di Radio Malaysia Kedahfm dengan Latihan Amali selama dua bulan ni.

Selain itu,
cuaca di Kuala Kedah ni agak panas selama beberapa minggu sepanjang aku berada di sini.
Agak kerap aku mengalami sakit kepala dan demam yang mengganggu jiwa dan raga. Ewah.

Sepanjang aku berada di sini,
telah ramai orang yang aku temui dengan pelbagai kerenah yang ada.

Agak memeranjatkan aku pada mulanya namun kini ia sudah menjadi suatu kebiasaan dan inilah yang dikatakan kehidupan...kan..kan..

Banyak ilmu baru yang aku dapat pelajari dan itu semua adalah hasil kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan terutamanya oleh abang dan kakak-kakak disini. Contohnya abang Nazri, abang Faizal, abang Rizal, abang Ice, Pakcik Pauzi, Kak Sya, Kak As, kak Zaida dan sebagainya.

Sebenarnya,
kehidupan sebagai seorang pelajar amat berbeza dengan kehidupan realiti di alam pekerjaan sebenar. Banyak kelainan yang dapat aku rasakan.

Namun,
alhamdulillah kerana kehidupanku disini dipenuhi dengan warna-warni walaupun adakalanya hujan turun tanpa henti. Cewah.

Haaaa..
yang kat atas tu adalah calon-calon B4 N1.

Kalau nak tau,
B4 N1 ni merupakan satu virus yang amat bahaya dan kami bertiga sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan satu antivirus ajaib bagi menangani virus tersebut.

Sekarang ni masih lagi di tahap percubaan.

Oklah, nanti aku sambung cerita lagi.
Nak update blog yang lagi satu lagi pulak.
Nanti merajuk pulak blog tu sebab dah lama kutinggalkan ia sendirian tak berteman.
Ewah.

Sekian, wassalam.

Sunday, May 31, 2009

Inikah Adat Dunia?


"Hidup umpama roda.
Kadang di atas, kadang di bawah."

Itu kata mereka.

Mereka itu siapa?
Itu haaaa..manusia di luar sana.

Hidup ibarat bil air.
Bila bayar bil, air mencurah-curah.
Kolah mandi pasti dipenuhi dengan air.

Bagaimana pula dengan mereka yang tak berkemampuan?
Hmmm..
Bagi penduduk kampung,
telagalah alternatif bagi mereka mendapatkan bekalan air selain sungai.

Bukan mudah nak mengangkut air di telaga.
Lepas mandi pun pasti berpeluh lagi.
Kan..kan..

Hmmm..
apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni???

Semalam,
aku bersama-sama krew Kedah FM ke Tesco Sungai Petani bagi menjayakan Pertandingan Bintang Kecil dan Tesco Talent.

Aku dan Sha (pelajar praktikal) menaiki kereta yang dipandu oleh DJ Ice.
Kami bertiga bertolak dari RTM pada pukul 9.30 pagi.
Laju sungguh DJ Ice pandu kereta.
Lebih kurang sejam, kami dah pun tiba di sana.

Setibanya kami di Tesco,
DJ Ice mengendalikan program sebagai MC.
Aku dan Sha berada di kaunter pendaftaran.
Tugas kami ialah untuk menyerahkan borang pendaftaran kepada peserta-peserta pertandingan.
Juga untuk mencari lagu kepada peserta-peserta yang tidak membawa CD.

Pada awalnya,
kami agak sibuk melayan kerenah-kerenah peserta dan juga ibu bapa yang hadir.
Macam-macam kerenah yang ada.
Tak apalah, kita layannnnnnnn...

Hmm..
bila pertandingan dah mula..
seorang demi seorang penonton yang hadir mula mendekati kami.
Tujuannya ialah untuk mengenali kami.
Hahahaha.
Kami kan dj baru.
heeeeeeeee.
perasan lagi.

Hmm..
puas kami menyembunyikan identiti kami supaya tak dikenali.
tapi, akhirnya penonton dapat tau juga bahawasanya kamilah DJ Liza dan DJ Sha yang cute miut di Kedah FM tu.
heheheheheh...yang ni perasan lagi tinggi.

Bila dah kenal,
haaaaaa... mulalah tu..

Mulanya,
aku hanya berbual-bual dengan peminat.
cewah..
kalau tak sembang, nanti dikatakan sombong pula.

Aku memang suka menyembang.
Jadi, aku pun sembang la selagi boleh sembang.
Sedang aku bersembang dengan sorang peminat ni,
tetiba datang lagi sorang untuk bergambar.
Hahahahahahaha.
Tak tahan aku dibuatnya.
Selama ni,
aku yang berkejar-kejaran untuk bergambar bersama-sama orang..

Sungguh tak kusangka,
ada juga orang yang nak bergambar dengan aku.
kah..kah..kah..

Jadi,
dengan malu-malunya,
aku pun bergambar bersama-sama mereka.
Hehehehe.

Kemudian,
datang lagi yang berbual-bual sambil mengeluarkan buku nota kecil.
Pada mulanya,
dia (lelaki) hanya bertanyakan nama penuh aku.
Jadi, aku pun beritahulah apa nama aku.
Lepastu, siap minta nombor telefon.
Haaaaaa..
yang ni..mana boleh..
Entah sapa-sapa yang datang dari mana-mana..
tetiba minta nombor telefon..
ish...tak boleh..tak boleh..
Jadi, aku pun tolaklah dengan penuh sopan.
Aku kata,
"nanti aku bagi.."

Lepas tu,
datang pula sorang lagi..
juga minta nombor telefon..
yang ni perempuan (lagak gaya sebagai seorang makcik)..
siap hulurkan telefon suruh aku isi.
haih..tergamam aku dibuatnya..
nak tak nak..
terpaksa juga aku isi..

Lepas tu,
datang pula seorang pakcik ni..
tanya latar belakang aku..
lepastu terus mengaku adik beradik..
katanya kami ni saudara-mara.

Lepastu,
ada pula yang datang..
katanya kami satu sekolah..
dia kenal aku..
dan mukanya memang aku kenal..
kami memang satu sekolah.
tapi, masa di sekolah dulu,
kami tak pernah bertegur sapa pun..
tapi, bila kat sana..
habis dia beritahu bahawasanya aku adalah kawannya semasa di sekolah dahulu.
kawan baik...!!!
padahal,
setahu aku..
dia berusia 2 tahun lebih tua dariku..
kalau tak silap la..
Jadi????
Hmmmm...

Kemudian,
datang pula seseorang yang mencuri tangkap gambar aku dan Sha.
kami hanya membiarkan sahaja kerana kami sendiri pun tergamam tak tau nak kata apa-apa.

Kemudian,
datang pula 'buluh miang' yang nak belanja kami makan.
hahahaha..
kesian aku dan Sha..
puas kami melarikan diri daripada 'buluh miang' ni..
satu Tesco kami pusing..
semata-mata nak lesapkan diri..

Kemudian,
masa kami nak makan,
puas kami tukar tempat duduk supaya agak tersembunyi daripada seorang 'buluh miang' ni..

Waktu petang pula,
tatkala Tesco Talent sedang berlangsung,
aku dan Sha telahpun dijemput oleh DJ Faizal untuk duduk di barisan hadapan..
Sekali dengan Kak Hanim..
Juri kami..
hehehehe..
terasa macam kami ni pun juri juga..
heheh.

DJ Faizal telah memperkenalkan diri kami secara rasminya sebagai DJ baru di Kedah FM..
Jadi, dengan segan silunya,
maka terbongkarlah identiti kami pada petang tersebut.
Jadi, disebabkan takut kami dikejar lagi..
maka kami pun hanya duduk di situ dan tak bergerak ke mana-mana lagi.

Tapi kan,
hahahahaha..
masa pertandingan diadakan,
ada la sorang abang ni..
lagak gaya macam penyanyi..
tapi kan,
bila nyanyi..
hahahahahaha...
puas aku gelak..
suara dia...hahahahahaha..
aku ni kira jahat la jugak..
puas aku tunduk ke bawah meja untuk cover gelak..
sebab nanti orang nampak..
maklumlah, duduk di barisan hadapan sekali..
hahahaha..
kesian juri..dia pun tergelak sekali bila tengok aku gelak tak henti-henti..
sepatutnya kami tak boleh gelak..
sebab nanti peserta bertambah gemuruh..
dan..apa pula kata penonton nanti..
tapi, aku tak tahan sangat dah..
memang tak boleh nak control..
puas aku gelak tak henti..
hahahahahahahah.
kalau ada orang komen aku ni suka gelakkan orang nanti..
hahaha..
nasib aku la pasni...
janji aku puas gelak waktu tu...
heeeeeeeeeeeeeee.

"Sebenarnya,
minta maaf ye bang..
saya ni tak tahan nak tergelak waktu tu..
sebab tu saya gelak sakan..
maaf ye, pasni saya tak gelak dah..
heeeeeeee."

Sepanjang aku di Tesco,
aku dihadiahkan cenderamata set alat solek bernilai RM 100.
Hahahaha..
yang ni..lagilah aku nak tergelak..
macam-macam alat solek yang orang tu bagi..
sampaikan ada sesetengahnya aku sendiri pun tak tau apa kegunaannya..
sebab aku bukanlah kaki solek menyolek..
wiwi..
simpan sajalah untuk kegunaanku masa kahwin nanti..
heeeeeeeee.

Aku juga dapat bauhulu dan soya free.

Juga nasi ayam claypot free.

Hmm..
berdasarkan apa yang aku ceritakan ni..
adakalanya aku sendiri pun pelik..

aku bukanlah sesiapa..
aku hanya orang biasa..
bagi yang mengenali aku,
mereka akan tahu siapa aku sebenarnya..

Tapi,
adakah glamor tu penting di dalam dunia?

Bila dah glamor,
semua benda kita dapat free.
semua orang nak bergambar dengan kita.
semua orang nak berbual-bual dengan kita.
semua orang mengaku kita ni adalah saudara mara dan kawan mereka.

Cuba fikirkan,
bila kita tiada apa-apa..
masih adakah sesiapa yang sudi berbuat sedemikian dengan kita?????

Jawapannya???

Wallahua'lam..

Monday, May 25, 2009

Dah Demam Dah..

Assalamualaikum..

Dah demam dah...
Waaaaaaaaa...
Sekarang berada di dalam konti dengan DJ Faizal sampai la pukul 6pagi nanti..
Lepastu nak balik tidur..
Demam..
wuwuwuwuwuwu..
esok bos bagi cuti..
sebab demam tak terperi..
heeeeeeeeeeee..

Sekian,wassalam

Sengal Sendi...

Assalamualaikum semua..

Sekarang berada di konti bersama DJ Sanjay dan DJ Nazri.
Kelakar dua orang abang ni..
riuh rendah jadinya..
asyik gelak tak henti-henti..

Semalam bergandingan dengan DJ Ice dan DJ Daniel dari pukul 10malam hingga 2pagi.
Kemudian sambung pula dengan DJ Faizal hingga 6pagi..
Alhamdulillah..
DJ-DJ disini semuanya baik-baik belaka...
Senang bekerja dengan mereka semua.

Tapi,
tak larat nak cerita apa untuk hari ni sebab letih dan sengal sendi..
macam nak demam dah jadinya..
wuwuwuwuwu..

Tapi kan,
pagi tadi..
abang Daniel belanja aku makan..
sarapan pagi..
hahahahaha...
malu gak tapi aku sendiri yang mintak sebenarnya..
heeeeeeeeeee..

Lepas tu,
terus balik rumah lena..

Sebenarnya,
setakat aku berada di konti kini..
banyak kelemahan yang aku temui dalam diri..
nampaknya..aku kena lebih berusaha keras lepasni..

Emmm..

Sabtu ni nak kena pergi Tesco Sungai Petani..
dengan krew-krew RTM.
Pertandingan Bintang Kecil..

Jadi,
tak dapatlah aku balik kampung minggu ni..

Oklah..letih sangat..

Sekian, wassalam

Saturday, May 23, 2009

Ada Lagiiii....

Assalamualaikum semua..
Sekarang dah pun pukul 3.30 pagi..
juga masih berada di dalam konti bersama DJ Ahmad Pauzi Zakaria.
Segmen Mesra Dinihari.
Tapi, aku hanya menemaninya hingga ke pukul 6 pagi nanti.
Segmen ni, aku tak on air sebab kami tak buka topik.
Hanya putar lagu.
Jadi, cukuplah kalau seorang saja yang mengendalikannya.
Aku pun apa lagi..
Inilah kerja aku..
Buat posting baru.
Ambik kesempatan tumpang ada internet ni ha..
Kan..kan..
percuma..
depan mata...
apa tunggu lagi..
heeeeeeeeee
Hari ni aku masuk kerja awal sikit..
Pukul 8 malam lebih sikit2 macam tu la..
Dan waktu tu..waaaaaa..
bertuahnya aku sebab DJ Makngah Syatirah sedang mengendalikan segmen Mesra Nurani..
Dapat jugak la bergandingan dengan dia buat seketika..
Ish..terharu dan bertuahnya rasa..
Bukan senang tu sebab dialah DJ yang paling terkenal di Kedah FM selain arwah Pak Din..
Bangga aku dapat bergandingan dengan Makngah semalam..
Alhamdulillah..
mungkin inilah takdir dan rezeki dari-Nya..
kan..kan..
Kemudian,
haaaa..
pukul 10malam-2pagi..
yang ni paling rancak..
aku bergandingan dengan DJ Rizal dan DJ Faizal..
segmen Mesra Interaksi, P&P dan Kuiz..
Memang kaw2 gila dan riuh rendah kami bertiga..
banyak dapat panggilan dan SMS yang diterima.
riuh rendah hora-hora..
semua pendengar yang hubungi kami pun turut ceria bersama kami..
heeeeeeee..
sebenarnya,
aku bukannya pandai kendalikan sangat..
tapi, dah ada dua orang abang yang riuh rendah ngan aku..
jadi, aku pun mencelah2 la sama..
tapi memang riuh rendah la segmen tadi..
terima kasih buat dua abang DJ tadi sebab bagi aku join supaya turut gila bersama mereka..
hehehehehe..
Memang puas gelak tadi..
Satu pengalaman berharga..
Kemudian,
beralih ke segmen Mesra Dinihari..
Bersama DJ Ahmad Pauzi..
Sebenarnya,
aku tak tau nak panggil apa kat DJ ni..
mulanya nak panggil uncle..
tapi, dia suruh aku panggil pakcik..
jadi, aku pun hentam kromo la panggil pakcik juga..
heeeeeeee..
Dan apa yang istimewanya,
ramai DJ-DJ disini yang terkejut sebab aku boleh "masuk" dengan pakcik DJ ni..
kata mereka,
bukan senang pakcik ni nak sembang dengan orang..
tapi, dengan aku dia OK dan kami masih boleh bergelak ketawa..
entahlah..aku rasa biasa je..
tak ada apa-apa pun..
hahahahaha...
selalu je jadi kat aku macam ni..
yang mana orang tak ngam dan takut..
yang itulah aku boleh "masuk"..
hahahahaha..
ALHAMDULILLAH..
Dan sekarang ni,
aku berada di dalam konti dengan pakcik DJ tu la..
kesejukkan kami berdua di konti dengan air cond yang dingin.
beku juga aku jadinya..
lupa bawak baju sejuk..
wuwuwuwu
Tadi kan,
aku dijamu kek sebab hari ni besday Mak Long yang jaga kat bahagian teknikal..
konyang den ni ha tolan kek free..
hahahaha...
masa tu tengah bersiaran dengan DJ Rizal dan DJ Faizal.
Ni waktu ni pulak,
pakcik ni nak keluar beli air teh panas..
tapi guard pulak kunci pintu..
hmmmm..
tahan je la kami kat sini..
kan..kan..
heeeeeeee
Dan kepada semua pembaca,
harap maaflah ye kalau posting baru-baru ni hanya berkaitan bidang tugas aku disini sebab inilah hidup yang aku alami kini..
celik-celik mata,
masuk konti..
lepastu bila mentari menyinari hari,
aku pulak yang pejam mata sampai tengahari..
heheheheh...
dah macam kelawar dah aku rasa..
Dan buat semua rakan yang sedang praktikal sekarang ni tak kiralah di mana sahaja anda berada,
sama-samalah kita menimba ilmu sebanyak mana yang boleh..
inilah masanya..
kan..kan...
Tapi,
praktikal ni macam ok la juga sebab penat buat kerja,
balik terus lena.
tak payah fikir assignment lain dah..
heeeeeeee.
Setakat ni,
alhamdulillah..
aku kira ok la disini dan harap2 ia kekal ok buat selama-lamanya sepanjang aku praktikal disini.
kan..kan..
mudah-mudahan..
AMIN...
Dan.
em..
apa lagi nak tulis..
lupa pulak..
Haaa..
aku kat sini juga ada terlibat dengan MCP lagi sekali..
hahahahaha..
sejarah MCP berulang kali..
wuwuwuwuwu..
Katanya,
punca MCP ni sebab muka aku terpampang kat header si studio tu..
hahahaha..
padan muka aku..
nak tumpang glamor sangat..
last-last kena buat MCP..
hahahahaha..
demam lagi la aku lepasni..
Hmmm..
itu sajalah yang dapat aku tulis disini buat ketika ini..
Dan pesanan aku,
"rebutlah peluang yang ada tapi jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas apa jua yang kita lakukan."
Sekian, wassalam.

Friday, May 22, 2009

Macam nak gelak lagi.. heheh

Assalamualaikum semua..


Sekarang jam dah pun menunjukkan pukul 3.36 pagi.

Masih berada di dalam konti bersama DJ Ahmad Pauzi Zakaria dalam mengendalikan segmen Mesra Dinihari bermula jam 2 pagi tadi sampailah ke pukul 6 pagi nanti.


Nampaknya,

kami berdua agak mengantuk malam ni.

Heeeee...

Terasa macam lambat pula jam berjalan pagi ni..

Tiada panggilan yang dibukakan pada malam ni..

Jadi, mungkin sebab tu la mengantuk datang lagi!!!

heeeeeeeeee


Emm...

hari ni, aku masuk ke konti pada jam 9 malam..

berjalan kaki terkedek-kedek keseorangan..

ada la juga dua tiga orang budak lelaki jalanan yang mengacau aku..

tapi, aku buat rilex je..

dalam hati..berdoa sambil mengucap sakan..


Alhamdulillah,

selamat juga sampai ke RTM ni dengan selamatnya.


Bila masuk konti,

kelihatan DJ Zaida sedang mengendalikan rancangan Evolusi Remaja.


Kemudian,

aku bergandingan dengannya dalam segmen Seleksi Dua Evolusi Remaja.

Pertandingan pilih lagu antara DJ..

Hehehehehe..


Pusingan pertama,

aku kalah sebab pendengar yang hubungi kami menyokong lagu kak Zaida..

aku kalah 2-1..


Pusingan kedua,

aku menang penuh..

heheheheh..


Pusingan ketiga,

aku jugalah pemenangnya..


Hahahaha..

Kali pertama masuk bersiaran dalam segmen ni dah pun menang dan berjaya menewaskan kak Zaida..


Kebiasaannya,

rancangan ini dikendalikan oleh DJ Zaida dan DJ Rizal.


Tapi,

DJ Rizal tak sihat hari ni..

Jadi, akulah penggantinya..

wuwuwuwu..perasan je kan..

hahahaha.


Sebenarnya,

saja je tu aku nak buat gimik..


Kebetulan je tu aku ganti dia..

heeeeeee..


Tapi kan,

heheheheeh..

terima kasih buat pendengar yang menyokong aku tadi..

hahahaha..

puas aku promot lagu aku..

akhirnya menang jua..

wah..bestnya..!!!

memang berbaloi..

heeeeeee


Kemudian,

aku bergandingan pula dengan DJ Nazri dalam segmen Mesra Interaksi.


Hahahaha..

kali pertama bergandingan dengan abang Nazri..

lawak je rasa..

masih terasa macam takut-takut sikit..

apa tidaknya..

dari pukul 10 malam sampai 2 pagi kena cakap..

huhuu..takut wooo..


Masa tu kami kendalikan segmen Pilih dan Putar.


Hehehe.

Kalau malam semalam aku main tipu dengan DJ Ahmad Pauzi dengan main hentam je aku letakkan nama-nama semua orang yang aku ingat..

ampun ye..

wuwuwuwu..


Tapi kan,

malam ni..

kami tipu sikit-sikit je pada awalnya..


Masa tengah bersiaran kan,

hahahahaha..

aduh, sekali lagi dapat beberapa panggilan daripada pendengar..

haih..soal selidik latar belakang..

malu..malu..

serba salah jadinya..


Jadi,

semalam..

maka habis bocorlah serba sedikit maklumat peribadi aku..

haih..sembunyi punya sembunyi..

orang asyik nak tanya je..

macam lawak je kan..

aku yang comot2 ni pun orang nak kenal..

hahahahahaha..


Lepas tu,

kiriman SMS lagilah kelakar..

hahahaha..

tak tahan aku baca..

dah la aku kena baca apa yang orang hantar..

abang Nazri pulak asyik gelak je..

heeeeeeeee


Kami buka topik 'Kembara'..

Haih..

pakat tanya habis aku ni orang mana..

abang Nazri pula pecah tembelang yang aku ni pelajar UKM.

wuwuwuwu..


Macam-macam SMS yang aku dapat daripada sahabat Kedah FM ni..

hahahahaha..

nak kenal la apa la..


haih..

dilema..dilema..


Lagi kan,

masa aku tengah bersiaran..

keluarga aku kat rumah pun apa lagi..

asyik SMS hantar mesej gelakkan aku..

wahahahahaha...


Liza yang suka baling batu kat lembu orang sebelah rumah aku ni dah pun jadi DJ untuk negeri Padi Paddy..

hahahahaha..

jap..jap..

aku sendiri pun nak tergelak juga..

hahahahaha...

jadilah..

DJ praktikal..

heeeeeeeeeee..


Emm..

lagi kan,

adik aku ni si Fitri ni pun apa lagi..

terus SMS..


"kakngah, letak la nama aku..aku nak tujukan lagu untuk awek aku.."


hmmm..

menyampah betul aku..

miang sungguh adik aku..

haih..

tapi..sebagai seorang kakngah yang baik..

aku pun tunaikanlah apa yang adik aku nak..

dan adik aku si Fitri tu sangat bertuah semalam sebab aku sendiri yang melaungkan namanya di radio negeri...

waaaaaaaa..

apa tunggu lagi..

motif aku tulis ni???

heeeeeeee...

kalau baca tu,

sila-silalah bayar royalty kat kakngahmu ini..

heeeeeeeee


hmmm..

Macam lawak je kan suara aku yang macam tak cukup umur ni berkumandang di satu negeri..

hahahahaha..

sungguh ku tak percaya aku adalah aku yang sekarang ni..


Dan yang sukar lagi untuk kupercayai..

para pendengar yang telefon memanggil aku DJ Liza..

hahahahahahahahaha..

puas aku tahan gelak setiap masa..

hahahahahaha...

gelak lagi..

hahahahahahaa..

Sekian, wassalam.

Thursday, May 21, 2009

Hahahaha

Assalamualaikum semua..
Baru habis bertugas..
tapi sekarang masih berada di dalam konti.
nak balik..takut..
masih awal pagi..
heeeeeee..
Jadi,
teruskan berada di konti hingga mentari pagi mula menyinari hari..
bersama DJ Sya dalam segmen Mesra Pagi..
Segmen MESRA DINIHARI tadi..
pukul 2 pagi sampai 6 pagi..
hahahahaha..
percaya tak..
aku bergandingan dengan DJ Faizal untuk sama-sama on air..
macam kelakar je..
wuwuwuwuwu..
Walaupun sebelum ni aku dah ada pengalaman on air di Radio MIDAS..
Tapi,
takut gak bila on air di radio sebenar..
radio yang didengari oleh ramai pendengar..
satu negeri..
Jelapang Padi..
heeeeeee...
Terima kasih abang Faizal..
bagi peluang untuk on air dengan tetiba..
Tapi kan,
aduh...
kali pertama on air..
dah dapat panggilan pendengar..
kirim salam..haha..
siap tanya tinggal kat mana..
sekolah kat mana..
rumah yang tepat lokasinya kat mana..
haih..dilema rasa..
Ada gak dapat mesej daripada sahabat kedah fm..
katanya suara aku manja..
hahahahahaha...
malu..malu..
aduh..
macam kelakar je bila dapat berinteraksi dengan pendengar melalui talian telefon..
hahaha..
penat gak rupanya nak melayan para pendengar ni kan..
macam-macam kerenah ada..
nak mengorat la apa la..
haih..
takpala,
anggap je ia sebagai satu cabaran..
penuh dugaan diikuti senyuman..
heeeee
oklah,
sekian wassalam