CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 14, 2011

"...tunggu saya esok..."



Saya..tak pernah minta awak tunggu saya..

Tapi..awak kata..
"saya akan tunggu awak..
saya boleh tunggu awak..
dan..saya sanggup tunggu awak..
dua tahun tak lama..
seumur hidup..saya akan tunggu awak.."

Jumaat malam haritu..
awak call saya..
awak kata..awak baru balik..awak nak jumpa..
tapi..saya tak kerja..
saya ada kat rumah..
tengah tengok tv dengan adik dan mak..

Awak kata..
"saya ada sesuatu nak bagi awak..
saya nak jumpa awak esok..
awak tunggu saya..
esok..awak tunggu saya..
tunggu saya esok..."

Saya letak fon macam biasa.

Keesokkan pagi,
saya dapat panggilan fon..
ayah awak telefon..
ayah awak minta saya datang ke rumah dengan segera.
Ayah awak kata,
lepas solat subuh..awak nak tidur..
letih bawa kereta semalam.
awak minta ayah kejutkan jam 8 sebab nak jumpa saya..
tapi..bila ayah awak kejut..
awak taknak bangun..
tubuh awak terbujur kaku.

Bila saya tiba,
turun sahaja dari kereta,
ayah awak peluk saya..
pelukan ayah awak sangat erat..
jaket saya basah dengan titisan air mata ayah awak.

Kaki saya terasa sangat berat untuk melangkah..
mata saya dah merah..
pipi saya dah basah..

Adik awak,
zulaikha pegang tangan saya kuat..
adik awak bawa saya masuk bilik..
saya nampak sebatang tubuh..
sebatang tubuh yang sedang tidur..
tapi..saya tak nampak muka.

Buka sahaja kain..
saya nampak wajah awak..
awak macam tengah tidur.

Di sebelah awak..
saya nampak kotak merah..

Ayah awak tanya saya..
ada tak awak tinggalkan sebarang pesanan kat saya..
saya kata,
ayat terakhir awak..
awak cakap,
"tunggu saya esok.."

Saya rasa, saya tak mampu tunggu kat situ lama-lama..
saya nak balik..
tapi..ayah awak tak bagi saya balik..
ayah awak kata..
tolong temankan awak sampai urusan terakhir awak..
waktu tu, saya rasa ayah awak sangat teruk.

Awak minta saya tunggu awak..
Ya, saya dah tunggu awak..
saya tunggu orang mandikan awak..
saya tunggu orang kafankan awak..
ayah awak minta saya taburkan kapur barus kat kain putih..
saya juga dah taburkan..
saya juga dah tunggu sampai orang kebumikan awak..

Awak tahu tak,
saya rebah di pusara awak..
adik awak zul iman papah saya..
awak tahu tak betapa teruknya saya rasa..

Selesai semua,
ayah awak minta saya tunggu kat rumah awak..
di hadapan keluarga awak..
ayah awak sampaikan cincin tunang yang awak tak sempat bagi kat saya..
dihadapan keluarga awak..
adik awak sarungkan kat jari saya..
cincin tu muat..
elok-elok dengan jari saya..
hanya DIA yang tahu perasaan saya.

Awak tahu tak..
saya tak tau nak buat apa..
saya dah cuba kuatkan hati tapi air mata tak henti mengalir..

Ayah awak call..
abang awak call..
adik awak call..
tapi..saya tak mampu nak angkat..apatah lagi nak jawab..

Saya dapat SMS..
abang awak minta saya hadir dalam majlis tahlil awak..
awak tahu kan perasaan saya..

Tangan saya gigil bila baca mesej..
air mata mula mengalir..

Saya tahu,
Allah lebih sayangkan awak..
sebab tu DIA ambil awak dari saya..
saya dah cuba kuatkan semangat..
dan saya akan ingat awak..
saya akan tunggu awak..
semoga kita dapat berjumpa di akhirat nanti.

Saya sayangkan awak..
mulai saat ini..
saya akan sentiasa hadiahkan doa untuk awak..
cuma itu saja yang mampu saya buat..
hanya dengan cara ini saya mampu balas keikhlasan awak terhadap saya..

Walaupun awak mungkir janji..
awak tak tunggu saya..
tapi..saya akan anggap cincin tu sebagai bukti yang awak benar-benar nak tunggu saya..
seumur hidup awak..

Semoga roh awak tenang di sana..

Walaupun dah terlambat, tapi saya nak awak tahu..
saya sayangkan awak.

Ya Allah,
kau ampunilah segala dosa Zul Imran Bin Mohd Akram..
tempatkanlah dia bersama-sama para solehin..
semoga rohnya aman di sana.

-Amin-

Saturday, October 8, 2011

Bicara Untuk Esok

Malam ni tepat jam 12.04, maka berakhirlah sudah liku-liku 24 tahun hidupku. Maknanya, aku akan mulakan hidup baru dengan angka '5' dan bukan lagi '4' seperti hari ini. Mungkin, esok masih seperti biasa..meneruskan kehidupan yang entah bila hentinya..terus mengejar cita-cita yang belum sempurna..terus membina kehidupan agar lebih bahagia dan terus berharap agar hari esok masih ada kesempatan dan keampunan dari-Nya.

Hari ini sedikit sayu (mungkin sebab hari ni last muda kekeke)..
sayu mengenangkan ini dan itu..
walaupun badan lebih besar dari kepala tapi dalam kepala ada macam-macam yang nak difikirkan.

Sepanjang 24 tahun hidup di muka bumi,
ada doa yang dimakbulkan..
ada juga yang belum sampai..
ada yang sipi-sipi nak sampai tapi tetap tak sampai..
dan .. ada juga yang mungkin takkan tertunai.

Bila difikirkan secara matang,
barulah nampak kebenaran di sebalik kejadian.

Mungkin..(memang kot)..
inilah yang dinamakan ujian..dugaan atau cabaran.
Memang pahit untuk ditelan..
walaupun setiap kali nak telan rasa macam nak muntah sampai keluar air mata..
tapi..tarik nafas panjang-panjang,pejam mata dan terus telan..

Kata orang, selalunya yang pahit itulah ubat.
Lama-kelamaan mungkin badan akan jadi lebih sihat~

Apapun,
SELAMAT HARI LAHIR LIZA (^-^)
..SEMOGA LEBIH TABAH MENGHADAPI CABARAN MASA DEPAN..
..SEMOGA ANGKA '5' MEMBERIKAN SESUATU YANG BARU..
..SESUATU YANG DIIMPIKAN..

~AMIN~

Tuesday, October 4, 2011

Akhirnya...bukan berakhirnya..

Alhamdulillah..
akhirnya..aku mampu bagi kata dua..ahaks

Semalaman aku berfikir,
apa yang patut aku lakukan..
bak kata pepatah..
"ditelan mati mak, diluah mati bapak"
kalau tak telan..tak luah..diri sendiri yang mati tercekik.

Mungkin..(bukan mungkin..memang kot)
memang sukar untukku buat keputusan bila melibatkan hal adik beradik..
kalau hal melibatkan rakan atau orang luar..
aku tak ambik kisah sangat..
tapi, bila sesuatu hal tu melibatkan darah daging sendiri..
aku akan menjadi sangat serius..

Sebenarnya,
aku pun tak pasti apa yang harus aku lakukan..
aku rasa..ini yang terbaik..
sebab tu aku bagi kata dua.

Mungkin..nampak 'kasar' buat masa sekarang..
tapi..insyaallah akan lebih baik untuk masa akan datang.
itulah yang aku harapkan.

Mungkin..(memang kot)
aku jenis yang tak sampai hati..
berat hati bila terpaksa berkeras dengan adik-adik.

Mungkin ..(memang kot)
sebab aku sayangkan mereka.

Tapi..
sayang macam mana sekalipun..
kena berkeras juga..
kalau tak..sampai bila..

Kenapa la adikku yang sorang ni degil sangat..
kadang-kadang rasa macam letih dah..
dah tak larat nak cakap..
dah penat..

Aku cuma nak didik dia jadi seorang yang bertanggungjawab..
tapi kadang-kadang macam susah ja..

Nampaknya..
dah takdak cara lain..
bak sini kunci..
bagi balik semua kemudahan..
cubalah untuk berdikari.

Mungkin..secara lahirnya..
aku akan nampak terlampau bertegas..
tapi..terpaksa buat jugak macam tu..

Kalaulah adikku faham..
hidup ni tak mudah..
tapi kalau diberi kemudahan..itu satu bonus.
kenapa taknak hargai..
kenapa taknak usahakan ke arah yang lebih baik..

Masa depan..
bermula dengan hari ni..
kalau hari ni macam ni..
esok pun macam ni..
jangan harap masa depan nak berubah..
silap-silap lingkup lagi ada la..

~Haih~

Alahai adik oiiii...

Sunday, October 2, 2011

KeTiKa iNi...

KaDaNG-kaDaNG


Kadang-kadang, perangai aku pelik sikit..
entahlah, mungkin aku terlampau mengikut emosi.

Tapi,
kadang-kadang aku rasa mereka tak nampak..
mereka tak memahami apatah lagi cuba menyelami.

Kadang-kadang, aku penat..
aku letih dan sebab tu aku angin.

Aku letih nak cakap banyak kali..

Bila aku angin..
aku akan diam dan menyendiri..
aku malas nak marah-marah..
apa sahaja yang aku buat selama ni..aku boleh tinggalkan atau biarkan begitu sahaja tanpa rasa rugi.

Secara fizikalnya,
adakalanya aku nampak kerugian itu..
tapi, aku malas nak ambil tahu.

Mungkin aku merajuk..
atau juga mungkin aku dah tawar hati..

Bila aku dah tawar hati..
sangat sukar untuk maniskan kembali..
bila aku dah tawar hati..
aku takkan lagi ambil peduli walaupun aku sedikit rugi.

Kadang-kadang..
aku rasa 'penyakit' ku ini agak bahaya..
tapi..itulah yang aku alami.

Aku pun tak tau macammana nak sembuhkan penyakit ni..
tapi, aku rasa sangat penat dan letih ketika ini.

Kadang-kadang, aku boleh jadi sensitif.
terlalu sensitif..mungkin sebab aku rasa sangat meluat..
berulang kali..perkara yang sama terjadi.

Aku pun tak tau camana nak buat lagi...

~Tabahkanlah hatiku dalam menempuh ujian-Mu ini~


Thursday, September 22, 2011

aKu RaSA LaGi


Aku rasa..
apa yang aku rasa hari tu agak keterlaluan..

Ya, bila aku baca balik..
terasa sangat keterlaluan..
tapi..rasa itu sangat jujur sebab itulah yang aku rasa waktu itu kekeke~

Tapi..aku rasa..
rasa itu ada yang Maha Mendengar..
sebab..sesuatu telah berlaku..ehehehe~

Selagi kita hidup, segalanya takkan berakhir..
suka duka..apa jua rasa..
segalanya pasti akan berlalu~

Selamat Meneruskan Kehidupan..
Dengan Senyuman (^-^)

Tuesday, September 20, 2011

aKu RaSA ....


Aku rasa..
aku nak tukar kerjaya.
entah la..
aku rasa..
aku dah letih..
aku rasa..
aku dah bosan..
aku rasa..
aku dah penat..
penat menunggu sesuatu yang entah bila baru tiba..

Aku rasa..
aku sangat kecewa..

Aku rasa..aku rasa..dan aku rasa.

Perlukah aku rasa begitu?

Entah.

Aku rasa..aku pun tak tau.

Ya Allah Ya Tuhanku,
permudahkanlah urusanku ya Allah.

Amin.

Thursday, September 15, 2011

MoOd : SaKiT LeheaQ JaTuH BaNTai


2 hari ni leher aku agak sakit.
Tapi hari ni bertambah sakit.
Bila mengadu kat sesiapa saja, jawapan yang aku terima..

"..jatuh bantai la tu.."

Selalunya jawapan nilah yang selalu aku dengar sejak aku bayi sampailah dah tua bangka ni.

.........................//////..........................

Kebelakangan ni mood aku tak berapa betul.

Suka ambek makanan tanpa perlu orang pelawa.
Suka makan tak basuh pinggan.
Suka minum order secawan.

Aku syak..aku risau tentang jodoh kot...kottttttttttttt...
tapi dok kalut-kalut aku takdak bf la apa la..
takdak la pulak aku nak pi accept sapa-sapa..*bajet artis banyak peminat huahuahua

Aku syak aku seorang yang hanya mampu untuk menyukai seseorang tanpa disukai kembali.

Aku dah pernah lalui perkara ni..
dan aku rimas..
aku taktau kenapa..
mungkin aku rasa realitinya takdak benda pa pun..
atau dah tak thrill atau dah bosan..

Aku selalu suka seseorang
dan bila aku suka tu..aku akan suka la orang tu...
tapi bila dia dah suka aku..
aku dah tak suka orang tu muahaha

Aku pun hairan
lepastu bila orang tu dah tak suka aku
aku boleh pulak nak pi suka dia balik
(di sini aku ceritakan tentang suka bukan cicicinta~ key)

Aku syak dah berkali-kali dah hal ni terjadi
dulu masa aku tingkatan 1 aku punyalah suka kat sorang ni..
dia masa tu dah tingkatan 5 dan ketua rumah sukan..
sekali bila aku dah 22 dia suka kat aku pulak..
bila tau tu tersangatlah excited..
tapi terus aku tak suka dia dah..hahaha~

Aku memang macam ni
tak reti suka pada yang suka aku
tapi suka pada yang tak suka aku
kalaulah aku tak sayangkan diri sendiri
dah lama aku boh penampaq sedas~

Pendek kata,
aku suka syok sendiri ja.. (^-^)
aku suka perasaan tu..
~cool~
HEHEHE

Lagi sekali...
suka bukan cinta ^___^

Tapi..
aku selalu berharap aku jumpa satu EXCEPTION.

TiTiK.





Tuesday, September 13, 2011

Touch & Go!


Tol campur plus jadi tol
Plus campur tol jadi plus
Plus campur tol campur plus jadi pulas
Plus campur pulas campur tol jadi Tolol.

Saturday, September 10, 2011

SiRi aWaK & Dia : 3 MiNiT aiR MaTa


Awak sayang dia
awak sayang dia sepenuh jiwa
awak sayang dia kalah awak sayang nyawa
awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.

Awak cinta dia
awak cinta dia sampai tahap buang manusia
awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuklah kerja
awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.

Awak suka dia
awak suka dia sangat sampai tidur tak lena
awak suka dia tiada tolok bandingnya
awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.

Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

******************************************

Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa
tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia
awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria
bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera
dalam hidup dia
dalam kisah mereka.

Awak sudahpun menitiskan air mata
walau secepatmana pun awak seka, ia tetap tumpah juga
tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira
perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak sengsara
kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aneh bukan?
awak simpan perasaan
awak duduk menyulam kedukaan keseorangan
tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan
awak diam dan menoleh pun enggan.

Awak cuba pertahankan persahabatan
tetapi dia bila mula bernyawa sudahpun berperangai macam 'bajingan'
bukan awak yang dia perlukan
bukan awak yang berikan dia kegembiraan
walaupun awak sudah banyak berkorban
tetapi ternyata, awak terkorban
permainan?

==========================

Awak, sakit dada?
menahan perasaan yang mencengkam jiwa
menahan sakit yang terpendam di lubuk atma
menahan tumpahnya air mata
mengalir tiga minit dan awak seka
tiga minit untuk hilangkan sakit berapa lama?

Awak, masa untuk tinggalkan segala duka
masa untuk tinggalkan segala nestapa
masa untuk hentikan air mata
masa untuk lupakan segala.

Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu cuma mimpi
kerana bila susah sahaja awak akan dicari
bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri
bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri
bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri
bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.

Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh
gunakanlah senjata awak yang paling ampuh
kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh
sebab awak kuat untuk rempuh.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Awak, di saat awak mahukan secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam
janganlah awak simpan perasaan dendam
bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
bukankah awak masih lagi mampu untuk tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
**...simpanlah...dan jadikan pengajaran mendalam.. **

Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira
sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila
tiada lagi hati yang perlu awak jaga
tak perlu lagi awak membuang masa
mengambil berat pada orang yang tak tahu hargai jasa
mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia
tak perlu lagi awak jaga atas dasar keluarga
tiada.

Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan
awak tidak mampu kawan
awak tidak mampu hadir sebagai lawan
masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.

Selamat jalan.
selamat menemui kebahagiaan
selamat merasai apa itu kesakitan
selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.