...Rindunya...
Thursday, April 11, 2013
...Rindunya...
Setiap
orang mempunyai hati dan perasaan yang berbeza...
Kata hati dan
kata lisan sangat berbeza....
Kata lisan selalunya menipu diri orang
lain dan kekadang juga menipu diri kita sendiri...kata hati lebih
jujur......
Oleh itu, manusia selalu mengikut kata hati...
Betul?? Tak semestinya betul.
Sejujur
mana pun kita, kadang-kadang kita boleh menyakiti hati seseorang..
Jadi, untuk
tidak menyakiti hati seseorang, maka kita perlulah berfikir yang mana
terbaik utk diri kita dan juga orang lain.
Apa
nak buat bila rindu?
Macam-macam boleh buat kalau kita rindukan seseorang.. tapi the best way bila rindu
adalah luahkan pada Yang Maha Esa.
Caranya?
BERDOA
Kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha.
“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”
Jika kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang
dirindui tu dalam doa kita.
Bak kata orang dulu-dulu,
“ingat daku dalam
doamu"
INSYAALLAH
:..Bila
kita sayangkan seseorang, mungkin dia sayangkan orang lain..bila kita
rindukan seseorang, mungkin si dia merindui orang lain..bila kita
mengharapkan seseorang sentiasa berada di sisi kita, mungkin si dia
mengharapkan orang lain berada di sisi dia...:
Kesimpulannya....
JUJURLAH dengan diri sendiri dan orang lain juga.
Posted by CikLieYzaOnline at 8:27 PM 4 comments
Monday, April 1, 2013
Keluar PaGi BaLik PeTaNG, adakaLa SaMPai MaLaM...
Malam ni.. |
Semalam... |
Golf... |
Gitar... |
Inspirasi Untuk BERJAYA |
Semalam..
Hari ni..
dan malam sebelumnya..
dan sebelum belumnya....
macam biasa..
aku masih kat ofis..
stayback siang dan malam untuk selesaikan misi penting..
bertemankan beberapa biji bola golf (untuk senaman hilangkan ngantuk yang berlegar-legar di kepala dan mata)..
bertemankan gitar yang dimainkan tatkala rasa penat melanda..
bukan mudah nak dapatkan ilmu..
bukan mudah juga nak aplikasikan ilmu dalam realiti dunia..
:..Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri dalam perkara yang kita lakukan. Tetapi, adakah kita sedar, sama ada kaedah yang digunakan untuk menguasai suatu pekerjaan itu jalan singkat atau jauh, direct atau alternative? Adakah kita mengenal dan memahami kelebihan dan kelemahan diri sendiri? Adakah kita menjadikan pekerjaan kita hanya semata-mata pekerjaan atau ibadah? Adakah kita menuntut ilmu untuk memenuhi kehendak diri, keluarga atau ilmu?? Cukupkah dengan keputusan yang sedia ada? atau bila ditanya semua persoalan diatas...kita hanya mengangkat bahu dan perkataan seperti 'entah, tak pasti, tak fikir lagi' terpacul dari bibir seorang anak bangsa...:
..................................................................................................................................................................
"Keluar pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang
buat orang yang tersayang
ohhh..bersabarlah
wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih
cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
ohhh...bersemilah
lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih
senang2 duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman
andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung
biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun
rahmat yang Maha Agung..."
Posted by CikLieYzaOnline at 1:56 AM 2 comments
Friday, September 7, 2012
KeMbARa MereNTasi BeNua KehiDuPaN
Sabda Nabi S.A.W:
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan
seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon
pokok, kemudian pergi meninggalkannya”.
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Perhubungan
sesama manusia mempunyai pelbagai nama dan gelaran. Adik-beradik,
ibubapa dan anak, persahabatan dan di antara suami dan isteri. Namun
sejauh manakah perhubungan itu mampu bertahan lama mengharungi arus
cabaran yang tidak dapat diduga?
Di antara insan yang kita kenali sejak kecil, berapa ramaikah yang masih berhubungan dengan kita? Berapa ramai yang kita kenali dahulu telah pun berpisah...ada di antaranya yang tidak akan kembali lagi, telah pun menyahut seruan Ilahi.
(sejadah di kepala fahrin ni milik bing lily okeh.. mampu takkk??? ngeee) |
Matlamat kita di dunia ini bukanlah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bentuk kemewahan untuk kepentingan diri sendiri. Bukan juga untuk mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya pilihan kita. Bukan juga untuk mengembara ke serata tempat di dunia untuk melihat pelbagai keunikan dan kecanggihan tamadun manusia.
Matlamat yang sebenar ...
ialah untuk mengisi masa yang terhad di dunia ini untuk
mencari keredhaan Ilahi. Syurga dijanjikan untuk orang yang beriman dan
neraka buat golongan yang mensia-siakan kehidupannya di dunia ini.
Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah kerana Allah Taala sepertimana
yang kita seringkali lafazkan di dalam doa iftitah tiap kali solat.
Perhubungan yang didasari dengan tujuan untuk mencari keredhaan Ilahi adalah bentuk perhubungan yang paling bermakna. Bayangkan kita mempunyai seseorang yang mampu memperingatkan kita terhadap Allah SWT tiap kali kita alpa. Seseorang yang mampu membawa kita untuk mencapai matlamat kehidupan yang sebenarnya. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, kita tidak akan dilanda gelora kesedihan sepertimana bentuk perhubungan yang lain. Andainya perhubungan kita itu benar-benar kerana Allah SWT, kita pasti akan bertemu semula, samada di dunia atau di akhirat kelak. Yang pasti, perpisahan itu hanyalah sementara.
Alangkah indah andainya kita mempunyai seseorang seperti itu. Seorang sahabat, kakak, adik mahu pun abang, atau ibu bapa yang akan membawa kita ke arah keredhaan Ilahi. Setiap kali kita lalai, kita akan diperingatkan dan dinasihati. Setiap kali kita bertemu dengan dia, terpancar nur iman dan insyaAllah, iman kita akan meningkat. Iman tidak akan sentiasa tinggi dan kita tidak akan sentiasa dekat dengan Ilahi. Hanya peringatan dari seorang yang dekat mampu membawa kita ke arah jalan yang sebenar. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, perpisahan itu hanyalah sementara. Bertemu dan berpisah kerana Allah....
... Bertemu dan berpisahlah kerana Allah S.W.T ...

Namun,
di sebalik keinginan untuk memperolehi bentuk perhubungan
sedemikian,
(yang pasti akan diberkati Allah SWT)......
....renungkanlah persoalan ini....
Berapa ramai yang kita kenali setakat ini dan berapa ramai di antaranya yang kita telah peringatkan akan matlamat mencari keredhaan Ilahi?
Mampukah kita menjadi seorang sahabat mahu pun kakak, adik atau abang, yang seringkali menasihati dan memperingatkan orang di sekelilingnya tentang Allah SWT?
(yang pasti akan diberkati Allah SWT)......
....renungkanlah persoalan ini....
Berapa ramai yang kita kenali setakat ini dan berapa ramai di antaranya yang kita telah peringatkan akan matlamat mencari keredhaan Ilahi?
Mampukah kita menjadi seorang sahabat mahu pun kakak, adik atau abang, yang seringkali menasihati dan memperingatkan orang di sekelilingnya tentang Allah SWT?
... Bertemu dan berpisahlah kerana Allah S.W.T ...
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan.
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu.
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah
jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.
:.. Abu Firas Al-'Amiri ..:
Posted by CikLieYzaOnline at 1:53 AM 2 comments
Wednesday, July 18, 2012
HaLaWaTuL iMaN
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui.

(Ali Imran :92)
Bersedekah merupakan amalan mulia yang sangat dituntut dalam agama
kita.
Islam mengajar umatnya supaya saling bantu membantu sesama kita
supaya kita dapat turut membantu saudara kita yang dalam
kesusahan.
Apabila kita bersedekah kita secara tidak langsung akan dapat
mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sememangnya sangat dituntut
dalam Islam.
Orang kaya akan menjadi semakin rendah hatinya tunduk dan
tidak bongkak dengan kekayaan yang dikurniakan kepadanya, manakala orang
miskin pula hilang dalam diri mereka sifat dengki disebabkan tidak
begitu berada (kaya) yang mana sifat dengki adalah merupakan salah satu
sifat yang buruk dan dicela dalam Islam.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan lagi bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. "

(Al
Baqarah : 261)
Mudah-mudahan kita
tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Jadi
tunggu apa lagi...
JOM KITA PAKAT RAMAI-RAMAI BERSEDEKAH DAN MENGHULURKAN
BANTUAN...
ALLAHUAKBAR!
Posted by CikLieYzaOnline at 1:20 AM 3 comments
Tuesday, July 17, 2012
Di Sebalik Tabir.. A.w.a.L LaGi
"TERLALU TERBUKA: EPISOD KE-6"
:... Jangan lupa saksikan Awal Lagi setiap sabtu jam 8.30 malam..hanya di TV9 Dekat di Hatiku ..:
Shooting: 15 Julai 2012
Lokasi: Starbucks Suria KLCC
Masa: 6pm - 11pm
Masa: 6pm - 11pm
"Producer to be..." Insyaallah (^-^) |
:...Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah
menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka
jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya
kun [jadilah] dalam al-Quran...:
Posted by CikLieYzaOnline at 10:47 PM 2 comments
Tuesday, July 10, 2012
T.E.R.J.U.N ???
TERJUN???
Adakalanya terjun tu best .. tu pun kalau pandai 'landing'..
Kalau tak pandai 'landing', silap teknik boleh memudaratkan si penerjun ataupun lemas.
************************************************************
BIDANG TERJUN???
Hmm.. bidang terjun tak semestinya tak bagus sebabnya dari situlah kita dapat mengukur tahap kepintaran kita dalam menyelesaikan masalah selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sebelum ini kita tahu atau langsung tak pernah kenal.
*****************************
CITA-CITA ATAU ANGAN-ANGAN???
Hasrat hati nak jadi Penerbit Rancangan .. tapi terjadi pulak Pustakawan..
Tapi alhamdulillah dah dapat tukar jabatan..dan juga jawatan..
nak jadi penerbit tapi selalu ditempatkan di bahagian penyuntingan..
dulu pun edit..sekarang pun edit..
bila nak terbitkan rancangan ni..???
wallahualam..
PPAV .. nama macam gah..
tapi .. rakaman yang dibuat tak tera mana pun kahkahkah
kesian kat jurukamera..
mungkin inilah yang selalu diperkatakan..
"kerja kerajaan"..
nak gelak banyak-banyak pun tak boleh jugak..
tunggu aku jadi PEGAWAI baru boleh lakukan pembaharuan..
insyaallah..seandainya Allah izinkan.
***********************************
Mungkin..dulu aku dah berada di landasan..
cuma..haluan tu tak seperti yang aku harapkan..
sebab tu aku tersasar dari perjalanan..
Sekarang ni,
aku cuba untuk menyambung semula perjalanan..
aku akui agak sukar untuk aku bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman..
tapi, aku macam nampak peluang..
Usaha liza usaha..
peluang tak datang selalu..
hidup kita macam pusingan..
sementara nak tunggu peluang tu datang..
kita isikan pusingan dengan ilmu pengetahuan supaya bila datang sahaja peluang..
sekiranya tepat masa dan ketikanya..
dan seandainya rezeki itu milik kita..
maka..
tercapailah impian yang diidamkan..
INSYAALLAH.
"Berdoalah kepadaku, nescaya Aku (ALLAH) memperkenankan doa permohonan kamu."
(Surah Al-Ghafir:60)
Posted by CikLieYzaOnline at 11:52 PM 0 comments
Wednesday, July 4, 2012
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
"Berpisahlah...
nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan.
nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan.
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan~
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang.
Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran !!! "
:... Abu Firas Al- 'Amiri ...:
Alhamdulillah,
sebenarnya dah lama teringin nak ucap tapi sekarang ni baru berkesempatan...
sebenarnya dah lama teringin nak ucap tapi sekarang ni baru berkesempatan...
Dengan lafaz Bismillah
Maka dengan ini,
secara rasminya saya mengucapkan,
secara rasminya saya mengucapkan,
"SELAMAT TINGGAL MALAYSIA"
(untuk seketika)
hikkkkkkssss..
tak sabar nak naik kapai terbang (^-^)
Jumpa lagi di musim akan datang !
INSYAALLAH
~ "Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh......~ "
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh......~ "
Posted by CikLieYzaOnline at 10:17 PM 2 comments
Wednesday, June 27, 2012
"Man jadda wa jada wa man zara'a hasada."
"Belajar, berkahwin mahupun bekerja semuanya ada tanggungjawab kerana kita adalah khalifah dan hamba Allah itu tidak terlepas daripada menunaikan tanggungjawab mereka di dunia dan di akhirat."
Tapi..penat...huuuuuuu..
Macam-macam perkara yang berligar-ligar di otak..hmm, SAH !! Hidup ni memang takkan terlepas daripada masalah.. masalah tu perkara biasa dan masalah sebenarnya "baik" jika kita pandang secara positif.. sebab masalah mampu mengajar kita menjadi lebih matang dan berfikiran luas.. Melalui masalah, kita mampu mencari jalan penyelesaian...
Tapi, hari ni belum jumpa "jalan penyelesaian" lagi huuu..
Entah bila nak temui jalan, entah bila aku mampu selesaikan semua ni~
Telah kujangka tugas diberi, berdebar-debar rasa di hati..
huhuhu
Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku.
AMIN YA RABBAL A'LAMIN.
Posted by CikLieYzaOnline at 9:48 PM 2 comments
Sunday, April 22, 2012
Episod Perigi Cari Timba
Seorang wanita melamar seorang lelaki...
Wanita: Awak!! Jom kita kawen!!!~
...tetapi malunya...
...lelaki itu menolak lamarannya..kahkahkah
Lelaki: "ganasnya..berani awak melamar saya..takut la nak kawen ngan awak oucchhh.."
................................................................................................
Walaubagaimanapun, wanita itu tidak bersedih dan apabila rakan-rakannya menyoal wanita itu,
"Kenapa kau tak berasa sedih ?"
Wanita itu menjawab,
"Kenapa saya perlu berasa sedih? Saya hanya kehilangan seseorang yang tidak pernah mencintai saya, tetapi dia kehilangan seseorang yang betul-betul menyayangi dia.
Hakhakhak..Padan muka dia wakaka...
:...depan orang HARUS berlagak eksyen ('',)...:
......................................................................................
(dalam bilik, nangis sampai bengkak mata)
"uuuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
"..sukarnya..untukku berpisah denganmu..
kau kunci cintaku di dalam hatimu...."
heh :p
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
:... Mengenai jodoh, rezeki dan maut merupakan takdir yang ditentukan Allah dalam diri seseorang. Sebagai seorang insan, kita dituntut supaya bersabar dan berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang sesuai dan diberkati Allah. Janganlah cepat merasa putus asa dan kecewa dengan perkara yang telah terjadi, mungkin disebalik keputusan Allah itu ada hikmah yang sangat besar terkandung didalamnya sedangkan kita tidak mampu untuk menjangkaunya. Jika kita bersabar, insyaAllah pada suatu ketika nanti akan mendapat seorang pasangan yang baik dan soleh. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada Allah setiap kali selesai solat lima waktu. Bermohon kepada-Nya agar dipertemukan dengan seorang pasangan yang soleh dan dapat membimbing keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah SWT. Utamakan agama dalam memilih pasangan hidup daripada faktor-faktor lain seperti harta, pangkat dan sebagainya tanpa was-was. Hiasilah peribadi dengan akhlak yang mulia, bersopan santun serta menjalankan perintah agama. Hanya dengan keperibadian yang luhur dan mulia disenangi dan disukai oleh orang lain. Wallahu 'Alam...:
***************************************************
*Diantara wirid yang perlu diamalkan agar disayangi orang iaitu mengucapkan "Yaa Rahim" sebanyak 100 kali setiap hari, insyaAllah hajat dan kasih sayang ditumbuhkan dalam hati*

Posted by CikLieYzaOnline at 9:35 PM 1 comments
Sunday, March 25, 2012
SeeKor Burung Ke Arasy ALLAH
Apabila seorang mukmin mengucapkan satu kalimah
maka keluarlah dari mulutnya seekor burung hijau.
Burung hijau ni akan naik ke Arasy Allah dan akan berkicauan di bawah Arasy.
Melihat kejadian itu, malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh burung tersebut.
Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, maka malaikat yang menjaga Arasy menghadap Allah SWT dan menceritakan kejadian tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah memerintahkan malaikat agar memberitahu burung tersebut supaya diam.
Apabila perintah itu disampaikan kepada sang burung, maka berkatalah burung itu..
"Wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, aku boleh mendiamkan diriku tetapi dengan satu permintaan".
*****************************************
Malaikat membalas,
"Apakah permintaan itu?".
Sang burung seraya berkata,
"Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malaikat pun membalas,
"Baiklah, aku akan sampaikan kepada Allah."
..................................................................................
Maka beredarlah malaikat dan menyembah Allah lalu disampaikan permintaan tadi kepada Allah.
.......................................................................
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pun menerima permintaan tersebut.
**************************************
Selepas itu, malaikat pun pergi berjumpa dengan sang burung dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaannya.
Maka dengan segera sang burung tidak membuat bising dan ia bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
:....Bayangkan berapa ekor burung yang sedang berzikir dan memohon keampunan buat kita di Arasy sana sekiranya kalimah tersebut menjadi amalan di sepanjang kehidupan kita...:
Wallahua'lam
Posted by CikLieYzaOnline at 8:32 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)