Sabda Nabi S.A.W:
“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan
seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon
pokok, kemudian pergi meninggalkannya”.
(Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Perhubungan
sesama manusia mempunyai pelbagai nama dan gelaran. Adik-beradik,
ibubapa dan anak, persahabatan dan di antara suami dan isteri. Namun
sejauh manakah perhubungan itu mampu bertahan lama mengharungi arus
cabaran yang tidak dapat diduga?
Di antara insan yang kita kenali sejak kecil, berapa ramaikah yang masih berhubungan dengan kita? Berapa ramai yang kita kenali dahulu telah pun berpisah...ada di antaranya yang tidak akan kembali lagi, telah pun menyahut seruan Ilahi.
(sejadah di kepala fahrin ni milik bing lily okeh.. mampu takkk??? ngeee) |
Matlamat kita di dunia ini bukanlah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin bentuk kemewahan untuk kepentingan diri sendiri. Bukan juga untuk mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya pilihan kita. Bukan juga untuk mengembara ke serata tempat di dunia untuk melihat pelbagai keunikan dan kecanggihan tamadun manusia.
Matlamat yang sebenar ...
ialah untuk mengisi masa yang terhad di dunia ini untuk
mencari keredhaan Ilahi. Syurga dijanjikan untuk orang yang beriman dan
neraka buat golongan yang mensia-siakan kehidupannya di dunia ini.
Sesungguhnya hidup dan mati kita adalah kerana Allah Taala sepertimana
yang kita seringkali lafazkan di dalam doa iftitah tiap kali solat.
Perhubungan yang didasari dengan tujuan untuk mencari keredhaan Ilahi adalah bentuk perhubungan yang paling bermakna. Bayangkan kita mempunyai seseorang yang mampu memperingatkan kita terhadap Allah SWT tiap kali kita alpa. Seseorang yang mampu membawa kita untuk mencapai matlamat kehidupan yang sebenarnya. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, kita tidak akan dilanda gelora kesedihan sepertimana bentuk perhubungan yang lain. Andainya perhubungan kita itu benar-benar kerana Allah SWT, kita pasti akan bertemu semula, samada di dunia atau di akhirat kelak. Yang pasti, perpisahan itu hanyalah sementara.
Alangkah indah andainya kita mempunyai seseorang seperti itu. Seorang sahabat, kakak, adik mahu pun abang, atau ibu bapa yang akan membawa kita ke arah keredhaan Ilahi. Setiap kali kita lalai, kita akan diperingatkan dan dinasihati. Setiap kali kita bertemu dengan dia, terpancar nur iman dan insyaAllah, iman kita akan meningkat. Iman tidak akan sentiasa tinggi dan kita tidak akan sentiasa dekat dengan Ilahi. Hanya peringatan dari seorang yang dekat mampu membawa kita ke arah jalan yang sebenar. Dan andainya kita ditakdirkan berpisah, perpisahan itu hanyalah sementara. Bertemu dan berpisah kerana Allah....
... Bertemu dan berpisahlah kerana Allah S.W.T ...

Namun,
di sebalik keinginan untuk memperolehi bentuk perhubungan
sedemikian,
(yang pasti akan diberkati Allah SWT)......
....renungkanlah persoalan ini....
Berapa ramai yang kita kenali setakat ini dan berapa ramai di antaranya yang kita telah peringatkan akan matlamat mencari keredhaan Ilahi?
Mampukah kita menjadi seorang sahabat mahu pun kakak, adik atau abang, yang seringkali menasihati dan memperingatkan orang di sekelilingnya tentang Allah SWT?
(yang pasti akan diberkati Allah SWT)......
....renungkanlah persoalan ini....
Berapa ramai yang kita kenali setakat ini dan berapa ramai di antaranya yang kita telah peringatkan akan matlamat mencari keredhaan Ilahi?
Mampukah kita menjadi seorang sahabat mahu pun kakak, adik atau abang, yang seringkali menasihati dan memperingatkan orang di sekelilingnya tentang Allah SWT?
... Bertemu dan berpisahlah kerana Allah S.W.T ...
“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan.
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu.
Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah
jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”.
:.. Abu Firas Al-'Amiri ..:
2 comments:
Kehadapan Bing Mary..
esok den nak berangkat dah.. insyaallah..panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi.. Kalau terbaca post dan komen kat sini, jangan lupa baca sambil pasang lagu yg den letak kat tepi ni.. dah cuba autoplay tapi x menjadi plak. sedih den nak tinggalkan ekau dan masjid kuning.. berat hati nak melangkah pergi tapi demi tugas, den terpaksa pergi juga..nampak x den macam seorang pertiwi negara?huahuahua ~ semoga bing mary sentiasa ceria dan bahagia..doakan yg terbaik untuk bing lily ya~ salam sayang...bing lily from KD (^-^)
Asslammualaikum kak liza aka bing lily...
Siti aka bing mary dah baca dah post ni hari tuh..tapi baru hari ni dapat beri komen..kerana time baca tu ari siti takleh nak komen pape sebab terlampau sedih...then siti memilih untuk tidak berkomen...huhu..so now dah boleh komen dgn keadaan yang tak sedih dah...hahaha...so kak liza jgn nak ngada2...pasti ketemu..kecuali kalau tak nak ketemu sebab tu takleh ketemu...huhu...jaga diri..im at ampang now...kerja...
Post a Comment