Hari ini bertarikh 31 Mac 2009 jam 2.47 pagi..
Saya yang bernama Nurul Azliza Binti Nordin,
bernombor kad matrik A112812,
nak buat pengumuman..
dan juga pengakuan..
Tak pernah saya buat keterangan bertulis macam ni seumur hidup saya.
Tak pernah saya tulis seskema ini kepada sesiapa termasuklah diri saya sendiri.
Jawab exam pun tak seskema macam ni rasanya.
Tapi, kalau saya tak tulis skema macam ni,
takut nanti orang anggap saya main-main.
Inilah kali pertama dan mungkin juga terakhir saya tulis macam ni.
Saya akui..
saya memang seorang manusia yang suka main-main.
Itulah perangai saya sejak azali.
Mungkin itu juga kelemahan diri saya sendiri.
Susah untuk saya 'serius' melainkan keadaan benar-benar memaksa saya berbuat demikian.
Selama ini,
kalau saya rasa marah kepada sesiapa,
tak pernah saya luahkan secara berdepan.
hanya pensil, pen atau keyboard yang menjadi sasaran..
tempat untuk saya luahkan apa yang terpendam.
Hanya dengan tulisan saya dapat luahkan isi hati saya.
Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata.
Namun,
menulis adalah sebahagian daripada hidup saya.
apa yang ditulis..
itulah yang tersirat di jauh sudut hati..
tulus suci lagi murni.
heeeeeee..
(macam iklan minyak masak pulak)
Semalam yakni 30 Mac 2009 hinggalah ke hari ini setakat jam 2.47 pagi,
saya akui,
ramai yang terluka dek kata-kata saya.
MAAFKAN SAYA.
SAYA TAK BERNIAT MACAM TU.
TAK PERNAH TERLINTAS DI HATI SAYA UNTUK MENGGURIS PERASAAN SESIAPA.
APATAH LAGI NAK MELUKAKAN HATI SEMUA.
Saya tak pernah cuba nak lukakan hati sesiapa..
sebab mak saya pernah berpesan,
kalau kita lukakan hati orang,
kalau orang tu tak maafkan kita,
mati nanti kita akan berada di awang-awangan..
bumi tak pijak, langit tak gapai.
Hari ini,
saya agak 'tension' sebab banyak benda yang menimpa saya.
satu demi satu perkara yang tak diingini berlaku.
penat saya habiskan masa selama 2 hari untuk tulis skrip dan tukar program baru.
terpaksa merayu-rayu cari tetamu.
tapi bila jumpa lecturer hari ni,
dia nak saya buat program lama balik.
walau apa jua alasan yang saya beri,
dia nak juga program lama.
dengan mula malunya terpaksa hubungi ustaz yang nak tolong tu.
cakap tak dapat ambil dia sebagai tetamu.
kesian dia.
hmmm..
terpaksa pula saya pujuk tetamu lama masuk program tu balik.
tapi ya la..
dia dah cakap yang dia ada hal lain.
dia carikan saya tetamu ganti.
bila pergi jumpa,
punyalah berlagak macam serigala.
layan kami sebelah mata.
acuh tak acuh je.
lepas tu, demand tinggi mengalahkan ct nurhaliza.
bila tanya tentang statistik ka apa,
suruh cari sendiri.
padahal, kajian tu kajian dia.
cakap dah la berlagak,
ditambah pula dengan gayanya yang macam 'King',
lagi la tertekan jiwa ni.
lepas tu dia cakap program tu kena mula tepat-tepat pukul 11.30 dan berakhir tepat-tepat pukul 12.
sebab pukul 12 dia nak makan tengahari.
kalau mula lambat,
dia takkan tolong masa program tu nanti.
apa boleh buat,
nak tak nak,
terima je la syaratnya.
masa cakap,
langsung tak pandang mata.
apatah lagi untuk pelawa duduk.
lenguh kaki ni berdiri.
Pastu,
tertekan dengan nadi bangi.
hmmm...
yang ini lagi la.
asyik ubah itu ubah ini.
malas nak ingat hikayat nadi bangi yang pening.
Sejak beberapa hari ini,
banyak perkara yang tak diduga terjadi.
satu demi satu kejutan saya terima.
Saya cuba mengukir senyuman walaupun hati saya agak menderita.
Kadang-kadang,
pernah terlintas di hati saya untuk berdiri di tengah jalan.
biar kena langgar dengan kereta.
biar Tuhan cepat-cepat ambil nyawa.
rasa macam hidup ni dah tak bermakna.
Tapi,
patutkah saya fikir macam tu?
Sepatutnya,
saya bersyukur..
sebab sayalah yang Allah pilih untuk diuji dengan ujian-Nya..
Moon kata..
Mira pesan kat dia,
"Ujian yang Allah berikan adalah tanda Allah sayang"
"Allah takkan uji sesorang itu kalau seseorang itu tak boleh hadapinya"
Jadi,
maknanya saya boleh hadapi ujian tu.
Kalau saya rasa marah,
saya akan merapu..tulis yang bukan-bukan.
sejak kecil memang saya macam tu.
Mungkin sebab saya sukar untuk berterus-terang dan banyak berkiasan..
ramai yang salah sangka dengan tulisan saya.
MAAFKAN SAYA.
SAYA TAK BERMAKSUD BEGITU.
DI SINI, SAYA NAK MINTA MAAF SEKALI LAGI.
MAAFKAN SAYA.
Maafkan saya andai tulisan saya selama ini banyak mengguris hati.
MAAFKAN SAYA LAGI DAN LAGI.
Mungkin dah tiba masanya untuk saya berubah.
Selama ini,
dah ramai orang yang saya kenal,
tapi tak pernah seorang pun yang 'terasa' dengan kata-kata saya.
Tapi bukan untuk hari ini.
Nampaknya...
saya dah buat salah.
saya dah lukakan hati orang yang tak pernah buat salah dengan saya.
Maafkan saya.....
Saya dah salah..
saya tak bermaksud demikian.
Namun,
mungkin salah saya sebab tulisan saya agak samar-samar dan mengelirukan.
MAAFKAN SAYA SEKALI LAGI.
Jauh di sudut hati saya,
tak pernah terniat untuk saya lukakan hati sesiapa.
Inilah kali pertama saya lukakan hati orang yang secara 'direct'..
rasa macam wajar terima 'piala'.
piala terburuk untuk Nurul Azliza.
Apa saya dah buat ni???
Maafkan saya...
Saya tak sengaja...
HARAP DAPAT MAAFKAN SAYA.
Sebab saya takut..
mungkin esok atau lusa Tuhan akan ambil nyawa..
Jadi,
sebelum apa-apa berlaku,
maafkanlah saya.
Saya taknak jadi kelawar yang terbang di angkasa.
MAAFKANLAH SAYA.
Kejadian pagi tadi benar-benar menginsafkan saya.
Hati manusia mudah terluka.
Tulisan manusia amat berbisa.
Terutamanya tulisan saya.
Ya ka?
Heeeeee...
Mulai saat ini,
saya nak berubah.
saya dah insaf.
Tengok..skema tak saya???
MAAFKAN SAYA.