CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 14, 2009

Serba Tak Kena...

Hari ini hari Jumaat.
Hari Jumaat yang penuh keberkatan dan kemuliaan.
Hari yang dianggap mendatangkan seribu rahmat buat umat Islam.

Hari ini juga, semua orang pakai baju warna hijau.
Nampak macam pokok berjalan di sini-sana.
Ada juga yang berlari dan apa-apa sajalah.
Hijau....hmmm..cantik..
Hijau pucuk pisang.
(sponser gamaknya..xpa..UKM kaya..)

Hari ini ada sambutan Maulidur Rasul di UKM.
Tapi, hujan turun dengan lebat mulai subuh tadi.
Perarakan tidak dapat dilakukan.
Pasti !!!
(walaupun aku tiada kaitan dengan perarakan ni walaupun seinci)

Sebenarnya,
bukan itu yang aku nak cerita.

Hari ini hari yang serba tak kena.

Semalam, aku tidur lambat macam biasa.
(dah suratan takdir gamaknya)

Pagi tadi,
lebih kurang pukul 5 lebih,
baru aku habis buat kerja.

Jadi,
demi nak elakkan daripada aku hanyut ke Afrika..
(takut subuh x jaga)..
Aku online baca berita..

Kemudian,
aku "ronda-ronda"...

Ronda sini..
Ronda sana..
Ronda dan terus ronda...
Sempat juga belajar macammana nak hilangkan tekanan jiwa..
Ada orang tu kata..
Suruh cuba buat tarian kucing..

Aku pun cuba la buat..
(pepagi buta dah joget kucing)

Berkesan la juga.
Tapi macam tak cukup suku pula rasa.
(Nampaknya, orang tu pun dah 2x5 ngan aku gamaknya..Siannya..)

Sambil "ronda-ronda"..
Badan aku terasa macam "something" je.
Macam nak demam.
Sakit disini-sana.
Kepala mula berdenyut..
Rasa macam digigit semut..

Pinggang sakit..
kepala sakit..
kaki sakit..
semua sakit...

Mungkin akibat kemalangan semalam.
(nampaknya, hari ni baru dapat rasa kesannya)

Tapi, rondaan tetap diteruskan jua.

Aku singgah sekejap di blog studio.
Baru saja nak "parking",
tiba-tiba aku ternampak namaku tertera.
Selalu saja namaku disalahguna..
Aku sekadar memerhatikan saja.
Mulanya nak balas..
Tapi takut nanti aku pula yang terima akibatnya.
(pengalaman lalu mengajarku erti MANUSIA)
(pengalaman lalu juga dah buat aku trauma)
(pengalaman lalu juga telah bla..bla..bla..)

Dah nak dekat pukul 7 agaknya,
baru aku balas dengan tenangnya..
Tenanglah juga walaupun rasa macam nak marah saja..
Tapi, ada orang berpesan..
nak padam api..kena dengan air..
jangan guna minyak.
jadi..aku guna la air yang dingin camtu..
ala-ala macam air hujan..
free..tak payah bayar.

Em..
berbalik kepada cerita tadi..

Kedengaran laungan azan sedang berkumandang.
Aku pun terus sembahyang.
Aku berdoa kepada Tuhan...
Berdoa moga dijauhkan daripada segala bentuk kejahatan manusia.
Berdoa moga imanku tetap teguh di dada.
Berdoa dan berdoa...

Badanku mulai menggigil..
Gigil dan terus menggigil.
Terasa macam ada yang tak kena.
Sakit sangat..
bukan seperti sakit biasa..

Aku segera mesej Ai Yung.
aku minta dia lambatkan sikit discussion nanti.
kalau ikut perancangan,
Aku, Ai Yung dan Mimi akan berjumpa pukul 8pagi untuk siapkan skrip MCP.
Aku minta dia lewatkan ke jam 8.30pagi.
Sebab aku nak tidur dan rehat..

Badanku semakin kuat menggigil.
Ditambah pula hujan lebat yang turun tak henti-henti.

Terasa sakit yang amat sekali.
(x dapat nak gambarkan kat sini)

Aku pejamkan mata perlahan-lahan.
Terasa diri dah mula nak demam.

Baru sahaja nak lelapkan mata.
Tiba-tiba handphone berbunyi.

Ada rakan yang bertanya pasal Nadi Bangi.
Aku pun cuba menjawab segala bentuk persoalan yang menambahkan lagi "kepeningan" di kepalaku ini.

Dah selesai jawab,
aku cuba lelapkan mata kembali.

Tiba-tiba,
handphone berbunyi lagi.

Ada lagi orang call aku pepagi buta ni.
Haih...

Selesai saja jawab,
handphone berbunyi lagi..
kali ni, ada orang hantar mesej pulak dah...

Aku pun balas la seringkas mungkin.

Tiba-tiba,
handphone bunyi lagi..
terasa diriku seolah-olah dah macam Mawi.

Handphone berbunyi dan terus berbunyi..
Berbunyi tanpa henti..

Seolah-olah hari ini merupakan "Hari Handphone Sedunia"..
Mungkin agaknya..

Bunyi dan terus berbunyi.

Niat di hati nak tidur pun dah tak jadi.

Berbunyi tanpa henti.
Sampailah pukul 8.15pagi..
Mengalahkan menteri.
Hmmm..

Badanku terasa lemah sekali.

Aku segera mesej Ai Yung kembali.
Kali ni, aku minta dia ubah discussion ke waktu petang pula.
Sebab aku tak larat sangat.
Badanku sakit, kepalaku pening.

Ai Yung cakap,
dia dah on the way..
Jadi, aku pula tak sampai hati..

Aku balas mesej Ai Yung,
aku minta dia tunda ke pukul 9pagi.
Bagi aku peluang untuk tidur sekejap pun jadi la.
Dia cakap, OK.

Aku pun terus pejamkan mata tanpa berfikir apa-apa lagi.

Tiba-tiba,
pukul 8.30pagi..
handphone berbunyi lagi.

Ai Yung mesej aku.
Dia kata, discussion tak payahlah buat sebab dia mesej Mimi pun tapi tak dapat.
Dia suruh aku rehat.

Aku terus call dia..

Takut juga kot2 dia merajuk ka..
Hmm.. kasihan dia..
tapi, patutlah dia pergi fac awal hari ni..
rupanya sebab ada siaran MIDAS..

Jadi, taklah aku rasa bersalah sangat membiarkan dia tunggu aku kat sana.
heeeee..
walaupun hakikatnya, aku tetap bersalah sbb asyik tunda dan tunda..
teruknya aku ni..
apa boleh buat..
bukan aku sengaja..

Sedang aku bercakap dengan Ai Yung..
Tiba-tiba handphone aku kehabisan bateri.
Jadi, aku cuba "on" la balik handphone aku tu.

Bila dah on..
tanpa melihat skrin,
terus aku tekan butang hijau sebelah kiri.
terus buat panggilan telefon sekali lagi.
dalam fikiran aku,
sebab tadi aku baru saja call Ai Yung.
Jadi, sudah pasti nombor dia dah "lekat" kat situ.

Bila dah call..
pelik pula rasanya sebab kaum Adam yang jawab.
Ingatkan..mungkin pakwe Ai Yung yang angkat.

Aku pun asyik bertanya,
"Ai Yung ke? Ai Yung?"

Orang tu pula dok jawab,
"Bukan..bukan..."

Jadi, dalam keadaan yang tengah berserabut dan pening,
aku cuba melihat nombor yang tertera di atas skrin.

Oh..Tidak!!!!

Mengapa nombor ini yang aku call???

Dengan rasa malunya,
aku terus berkata,
"maaf..maaf..tak sengaja..maaf...maaf.."

Ayat tu saja yang dapat aku kata.
Kemudian, terus aku letak.
Malu yang teramat sangat.
Mungkin juga sebab nombor "orang tu" yang aku last call hari tu.
sebab tu nombor tu yang keluar.
entahlah...

Lepas tu,
datang pula mesej tak henti-henti..

Mesej dan mesej..
Pasal Nadi Bangi..
pasal itu..pasal ini..

Puas aku menjawab..
Hinggalah ke suatu saat yang mana handphone ku sekali lagi kehabisan bateri.
Terus terpadam..off dan mati..

Yes!!!!
Aku membiarkan sahaja handphone ku mati tanpa dikebumi.
Membiarkan saja dia di atas katil seorang diri..
sunyi..sepi..sendiri...
Waktu kematian adalah sekitar jam 10.45pagi.

Dan aku kembali melelapkan mata dalam keadaan tenang, aman dan kegembiraan di hati!!!

Walaupun sakitku tak henti-henti..
aku tekadkan azam di hati..

"tidur Liza..tidur..tidur..
dah bangun nanti..lega la sakit tu.."

Akhirnya,
berjaya juga aku lelapkan mata ni.

Bila jaga,
dah pukul 1 tengahari.

Sakit masih juga belum reda lagi.

Aku mandi dan bersiap-siap ke fakulti.
Pukul 2 ada discussion dengan LiLian, Kaksu, Ain dan Yen Ping.

Hmm..
sakit sangat badanku ni.

Aku teruskan juga langkahku ini.

Berjalan dan terus berjalan.

Bila sampai,
kami teruskan perbincangan.

Tiba-tiba,
muncul "antu bungkus" yang aku benci..
Dengan muka selambanya buat muka ala-ala kupu-kupu yang comel.

Betul kata cik ct,
"kalau dah rasa diri tu macam ct nurhaliza,jangan la buat-buat tak tahu macam sarah raisudin pulak..Huh!!! tak suka!! tiba-tiba saja rasa panas di hati.. tapi, aku beristigfar banyak2 di dalam hati..tenang liza..tenang...."

Emosi aku agak terganggu dek kerana "antu bungkus" yang berada di depan meja kami.

Puas Lilian memujukku.
Cuba menangkap kembali fikiranku yang asyik terbang entah ke mana bila "antu bungkus" berada di depan mata.
Terima kasih Lilian.

Selesai perbincangan,
aku dan Kak Suhui berjalan pulang ke kolej.

Aku rasa,
aku memang dah tak berdaya.

Kak Suhui menemaniku sampai ke PTSL.
Bimbang sekiranya diriku kemalangan lagi buat kali kedua.
Heeeeee....

Tiba di hadapan PTSL..
Ada pula sebuah kereta yang hampir melanggarku.
Emmm...
kali ni, memang bukan kerana aku cuai.
kalau tak percaya,
Kaksu boleh jadi saksi.

Entah apa-apa je pemandu tu.
Aku yang berjalan kat tepi pun dia nak langgar..
Haih..tak patut..
Nasib baik Kaksu sempat tarik tangan aku.
kalau tak,
mungkin juga sejarah semalam berulang kembali.

Alhamdulillah....

Aku selamat sampai ke bilik dengan amannya..

Tadi,
dalam pukul 7 agaknya,
Moon YM aku..
sian Moon..
terpaksa shooting semula..
sebab studio MENTION kena serang virus..

PKA Moon xda backup kat mana-mana..
Abgmi..abg bad..semua dah cari..
tapi tak jumpa..

Group aku,
alhamdulillah..
cuma muzik,suara dan kredit saja yang "lari"..
cuma nak kena adjust semula..

Hari ni..
aku letih sangat.
lepas Maghrib tadi,
aku terus lena.
Ni baru bangun..
nak sembahyang Isyak pula..

Badan ni pun sakit tak lega-lega.

Tapi tak apa Liza..

DEMI TEKAD YANG TELAH DILAFAZKAN SEJAK PUKUL 3 PAGI KELMARIN,
AYUH KITA TERUSKAN JUGA!!!

SENYUM LIZA...SENYUM...

SENYUMLAH WALAUPUN HATIMU TERLUKA DEK KERANA ANTU BUNGKUS TAK GUNA..

SENYUM SEINDAH SURIA...

SENYUMLAH DI MANA SAHAJA..

KERANA SENYUM ITU SUATU SEDEKAH..

SEDEKAH YANG AKAN MENAMBAHKAN PAHALA..

INSYAALLAH.

Sekian, Wassalam.




9 comments:

Anonymous said...

sabo liza.............
aku pn sm,ari2 y ak lalui skg sume serba x kene..waaaaaaaaaa...
sabo2 erk!

Anonymous said...

at least,
ko nye pka slamat.kire ok ar.
byk grup len y ilang smue.
rs mcm down thp dewa!!!!

adul said...

salam.
lama xmlwt cni.dul bz lak skrgneh..
erm..g klinik taw..
cpt2 smbuh eak.
cayang baby bucuk2 ni!!!
muahhh..
huhuw

Anonymous said...

Liza, hg xyah gi arini.
hg gi pk mek ubt k!!
biar aku settle smue..

ok,take care garnier...
smile...muah!!!

-aku-

daud.montak.zakaria said...

Orang tua2 kata cakap siang, pandang-pandang. Cakap malam, dengar-dengar. Cakap dengan handphone berhati-hati...
(ini hanya berkaitan handphone je..)

CikLieYzaOnline said...

Xpa2..aku ok saja.
baik2 aja kok...
mkn ubt,dh nk lega..

heeee..
ckp siang..pandang2..
phm2....huhu

ct_saggie said...

erm...
trian kucing mmg ternyata berkesan kak...klu org lain xnk cuba..biar kita berdua jer yg buat..sbb dpt hlgkn tekann jiwa...
akk...
hope sgt kita semua dpt siapkan segala tugasan dgn jayanya..
Amin...

CikLieYzaOnline said...

heeeee...

xpe2 ct,
tarian kucing mmg sesuai utk kita berdua..buat je la,asalkan bahagia...heeeee..

moga tugas kita lancar..
huhuhuhu...
byknya kerja...
harap sgt dpt siapkan smua.
mudah2an....
amin ya rabbal a'lamin......

ct_saggie said...

betul222 (suara upin ipin)

heeeeeee

tarian kucing best,..