CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 20, 2010

Bukan Milikku


Sekembalinya ku di sini..
Ada sesuatu yang ingin dicoretkan.
Berkurun lama kumenyepi..
akhirnya sejuta makna kutemui..

Dalam usia 24 tahun,
ku masih mencari makna kehidupan..
dan aku...akan terus mencari..

Jatuh bangun, suka duka...
itu semua sekadar ujian.
Adakalanya ia amat perit untuk ditempuhi namun ku masih percaya,
kita diuji kerana kita mampu diuji.

Tak semua manusia mampu bertahan dengan ujian.

Kesenangan juga suatu ujian.
Namun, tak ramai yang sedar mereka sedang diuji.

Kesusahan memang sering dilabelkan sebagai ujian.
Dan .. ramai yang akan merungut kerana diuji sedemikian.

Ya,
dan aku..
alhamdulillah....
masih berdaya menghadapinya.

Moga aku terus bertahan sehingga aku menjadi kebal.