CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 22, 2011

aKu RaSA LaGi


Aku rasa..
apa yang aku rasa hari tu agak keterlaluan..

Ya, bila aku baca balik..
terasa sangat keterlaluan..
tapi..rasa itu sangat jujur sebab itulah yang aku rasa waktu itu kekeke~

Tapi..aku rasa..
rasa itu ada yang Maha Mendengar..
sebab..sesuatu telah berlaku..ehehehe~

Selagi kita hidup, segalanya takkan berakhir..
suka duka..apa jua rasa..
segalanya pasti akan berlalu~

Selamat Meneruskan Kehidupan..
Dengan Senyuman (^-^)

Tuesday, September 20, 2011

aKu RaSA ....


Aku rasa..
aku nak tukar kerjaya.
entah la..
aku rasa..
aku dah letih..
aku rasa..
aku dah bosan..
aku rasa..
aku dah penat..
penat menunggu sesuatu yang entah bila baru tiba..

Aku rasa..
aku sangat kecewa..

Aku rasa..aku rasa..dan aku rasa.

Perlukah aku rasa begitu?

Entah.

Aku rasa..aku pun tak tau.

Ya Allah Ya Tuhanku,
permudahkanlah urusanku ya Allah.

Amin.

Thursday, September 15, 2011

MoOd : SaKiT LeheaQ JaTuH BaNTai


2 hari ni leher aku agak sakit.
Tapi hari ni bertambah sakit.
Bila mengadu kat sesiapa saja, jawapan yang aku terima..

"..jatuh bantai la tu.."

Selalunya jawapan nilah yang selalu aku dengar sejak aku bayi sampailah dah tua bangka ni.

.........................//////..........................

Kebelakangan ni mood aku tak berapa betul.

Suka ambek makanan tanpa perlu orang pelawa.
Suka makan tak basuh pinggan.
Suka minum order secawan.

Aku syak..aku risau tentang jodoh kot...kottttttttttttt...
tapi dok kalut-kalut aku takdak bf la apa la..
takdak la pulak aku nak pi accept sapa-sapa..*bajet artis banyak peminat huahuahua

Aku syak aku seorang yang hanya mampu untuk menyukai seseorang tanpa disukai kembali.

Aku dah pernah lalui perkara ni..
dan aku rimas..
aku taktau kenapa..
mungkin aku rasa realitinya takdak benda pa pun..
atau dah tak thrill atau dah bosan..

Aku selalu suka seseorang
dan bila aku suka tu..aku akan suka la orang tu...
tapi bila dia dah suka aku..
aku dah tak suka orang tu muahaha

Aku pun hairan
lepastu bila orang tu dah tak suka aku
aku boleh pulak nak pi suka dia balik
(di sini aku ceritakan tentang suka bukan cicicinta~ key)

Aku syak dah berkali-kali dah hal ni terjadi
dulu masa aku tingkatan 1 aku punyalah suka kat sorang ni..
dia masa tu dah tingkatan 5 dan ketua rumah sukan..
sekali bila aku dah 22 dia suka kat aku pulak..
bila tau tu tersangatlah excited..
tapi terus aku tak suka dia dah..hahaha~

Aku memang macam ni
tak reti suka pada yang suka aku
tapi suka pada yang tak suka aku
kalaulah aku tak sayangkan diri sendiri
dah lama aku boh penampaq sedas~

Pendek kata,
aku suka syok sendiri ja.. (^-^)
aku suka perasaan tu..
~cool~
HEHEHE

Lagi sekali...
suka bukan cinta ^___^

Tapi..
aku selalu berharap aku jumpa satu EXCEPTION.

TiTiK.





Tuesday, September 13, 2011

Touch & Go!


Tol campur plus jadi tol
Plus campur tol jadi plus
Plus campur tol campur plus jadi pulas
Plus campur pulas campur tol jadi Tolol.

Saturday, September 10, 2011

SiRi aWaK & Dia : 3 MiNiT aiR MaTa


Awak sayang dia
awak sayang dia sepenuh jiwa
awak sayang dia kalah awak sayang nyawa
awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.

Awak cinta dia
awak cinta dia sampai tahap buang manusia
awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuklah kerja
awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.

Awak suka dia
awak suka dia sangat sampai tidur tak lena
awak suka dia tiada tolok bandingnya
awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.

Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

******************************************

Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa
tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia
awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria
bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera
dalam hidup dia
dalam kisah mereka.

Awak sudahpun menitiskan air mata
walau secepatmana pun awak seka, ia tetap tumpah juga
tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira
perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak sengsara
kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aneh bukan?
awak simpan perasaan
awak duduk menyulam kedukaan keseorangan
tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan
awak diam dan menoleh pun enggan.

Awak cuba pertahankan persahabatan
tetapi dia bila mula bernyawa sudahpun berperangai macam 'bajingan'
bukan awak yang dia perlukan
bukan awak yang berikan dia kegembiraan
walaupun awak sudah banyak berkorban
tetapi ternyata, awak terkorban
permainan?

==========================

Awak, sakit dada?
menahan perasaan yang mencengkam jiwa
menahan sakit yang terpendam di lubuk atma
menahan tumpahnya air mata
mengalir tiga minit dan awak seka
tiga minit untuk hilangkan sakit berapa lama?

Awak, masa untuk tinggalkan segala duka
masa untuk tinggalkan segala nestapa
masa untuk hentikan air mata
masa untuk lupakan segala.

Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu cuma mimpi
kerana bila susah sahaja awak akan dicari
bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri
bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri
bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri
bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.

Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh
gunakanlah senjata awak yang paling ampuh
kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh
sebab awak kuat untuk rempuh.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Awak, di saat awak mahukan secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam
janganlah awak simpan perasaan dendam
bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
bukankah awak masih lagi mampu untuk tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
**...simpanlah...dan jadikan pengajaran mendalam.. **

Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira
sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila
tiada lagi hati yang perlu awak jaga
tak perlu lagi awak membuang masa
mengambil berat pada orang yang tak tahu hargai jasa
mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia
tak perlu lagi awak jaga atas dasar keluarga
tiada.

Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan
awak tidak mampu kawan
awak tidak mampu hadir sebagai lawan
masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.

Selamat jalan.
selamat menemui kebahagiaan
selamat merasai apa itu kesakitan
selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.