Wednesday, November 19, 2008
Andai Kutahu...
Posted by CikLieYzaOnline at 9:19 PM 0 comments
Monday, November 17, 2008
Kisah Kami di K6R114...
Inilah aku dan sahabatku, Ain. Comel kan? Haa..kalau nak tahu, sebenarnya kami berdua memang kuat makan. Tambahan pula, sejak musim peperiksaan tiba. Boleh dikatakan hampir setiap malam kami berdua akan menjejakkan kaki ke kafeteria kolej Aminuddin Baki. Nasi putih, telur dadar dan sup ayam merupakan menu pilihan kami. Ditambah pula dengan air horlick ais. Emmmm..sedapnya. Akhirnya, badan kami berdua sudah bertukar seperti wajah di atas!!! Comel kan??? Hihihihi...
Nurul Azliza Nordin.
Posted by CikLieYzaOnline at 9:32 PM 2 comments
Tahniah Buat Pemenang..!!!
Posted by CikLieYzaOnline at 8:28 PM 1 comments
Sunday, November 16, 2008
Detik jam 5.41 pagi...
Senyum sikit...!!! Hihihihi.. Senyumanku kini tidak seindah gambar di sebelah. Azan subuh sedang dilaungkan sedangkan aku belum sempat menyiapkan Resume sejak semalam. Seingat aku, jam 12.10 minit malam aku mula menulis. Entah apa yang kutulis sehingga mengambil masa yang begitu panjang. Alahai...letihnya aku. Kepalaku mula terasa pening. Apapun, alhamdulillah...kini kerjaku hampir selesai. Kukira hanya tinggal 50% yang belum siap. Hmm.. aku nak solat subuh sebentar. Selepas itu, aku nak tidur..melelapkan mata yang begitu setia terbuka sejak sekian lama. Tapi, kuharap ia kembali terbuka pabila tiba waktunya. Hihihi. Seram pula kalau tak terbuka lagi lepas ni. Tata....
Posted by CikLieYzaOnline at 5:37 AM 1 comments
Doaku di hening syahdu...
"Bagi anakku yang sudah jatuh cinta, rasakan cintamu di dalam hati. Berusahalah untuk melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang menggoda dan tampan. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini. Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah moga dipertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, tatkala jodohmu ada, InsyaAllah...kamu akan dipertemukan dalam hubungan yang diredhai Allah...." -Sedutan tinta daripada sahabat tercinta. Persoalannya kini, mungkinkah dia dah jatuh cinta? Siapakah gerangan si wanita? Itu yang menjadi tanda tanya. Aku pula bagaimana? Biarlah aku begini kekalnya. Buat seketika melupakan memori lama. Hanya pada-Mu aku berdoa. Kurniakanlah aku insan yang terbuka hatinya...membawa daku menuju redha-Nya...Bersama-sama membina istana bahagia...Suatu hari kan kutemu jua..Insan yang kucari sekian lama....(Hihihi..jiwangnya aku...)..Amin..
Posted by CikLieYzaOnline at 3:34 AM 0 comments
Saturday, November 15, 2008
Alhamdulillah..Terima Kasih Ya Allah..
Posted by CikLieYzaOnline at 4:46 PM 2 comments
Friday, November 14, 2008
Resah yang kuubah dalam kata....
Aku baru sahaja selesai membuat nota untuk subjek Penulisan Skrin dan Apresisiasi kuliah Encik Norman. Arghh...!!! Peningnya kepala aku. Risau juga aku dibuatnya. Entah apalah soalan yang akan ditanya nanti. Dalam kesemua filem yang ditayangkan,aku cuma sempat menonton satu filem sahaja iaitu Denias Senandung di Atas Awan. Filem-filem lain aku tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk di studio (alasan...hihihi). Hmm...harap-harap aku dapat jawab soalan dengan baik nanti. InsyaAllah...
Posted by CikLieYzaOnline at 3:49 PM 3 comments
Thursday, November 13, 2008
SetiAp kALi...
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
Setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
Kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
Seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku
Posted by CikLieYzaOnline at 7:10 PM 0 comments
Tuesday, November 4, 2008
Apakah Erti Kehidupan???
Tidak semudah yang difikirkan..
Tidak sepetah mulut bicara..
Tidak selembut lidah berkata..
Ada baik, ada buruk..
Kekadang terjatuh, kekadang tersungkur..
Kekadang melonjak naik tanpa disangka..
Kekadang tersungkur ke bumi tanpa dipinta..
Adakalanya ia ibarat permainan..
Permainan yang menggembirakan..
Tatkala si pemainnya berjaya..
Adakalanya ia ibarat ujian..
Ujian yang menyakitkan tatkala dugaan datang menerpa.. Semua yang berlaku adalah takdir-Nya.. Namun kupercaya setiap sesuatu ada puncanya..
Kekadang manusia terlupa.. lalai dan alpa.. leka dengan arus dunia..
Begitu juga dengan diriku... Aku juga manusia.. Tidak terlepas daripada membuat dosa..
Kini kusedar... Tuhan juga Yang Maha Berkuasa..
Ya Allah..
Ampunilah segala dosa-dosaku sejak ku dilahirkan ke dunia...
Bersihkanlah hatiku daripada noda-noda lama...
Buangkanlah titik hitam yang kian menjalar di dalam hati sekian lama...
Aku ingin kembali ke jalan yang Kau redha..
Aku ingin mengutip semula mutiara iman yang kian hilang entah kemana..
Aku ingin menjadi hamba-Mu yang setia..
Aku ingin lupakan sejarah hitam yang membuatku semakin terseksa...
Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui segala-galanya..
Engkaulah Yang Berkuasa menentukan jalan hidupku di dunia yang fana..
Aku adalah hamba-Mu yang paling hina..
Bukakanlah pintu taubat-Mu buat hamba-Mu ini..
Berikanlah aku peluang untuk mencium haruman firdausi...
Aku bertaubat kepada-Mu Ya Allah..
Terimalah taubatku ini..
Terimalah taubat hamba-Mu ini..
Terimalah Ya Allah..
Aku merayu..
Tunjukkanlah aku ke jalan yang Kau redhai..
Tunjukkanlah aku ke jalan yang benar dan suci..
Jalan yang bukannya menuju ke neraka api-Mu yang pedih..
Ya Allah...
Aku bermohon kepada-Mu Ya Allah..
Berikanlah aku satu peluang lagi...
Untuk aku membaiki diri...
Berikanlah aku peluang untukku..
Berikanlah Ya Allah...
Aku merayu kepada-Mu Ya Allah..
Ya Allah...
Tolonglah hamba-Mu ini Ya Allah...
Bantulah aku Ya Allah...
Aku merayu....
Perkenankanlah doaku ini...
AMIN YA RABBAL A'LAMIN....
Posted by CikLieYzaOnline at 12:25 AM 0 comments
Monday, November 3, 2008
Aku tidak mengerti..
fikiranku keliru...
aku buntu....
entah apa yang bermain di fikiranku..
aku bagaikan hilang arah tujuan..
bagai hilang panduan...
bagai hilang pegangan...
hilang segala-galanya... Tadi,aku ada mesyuarat tergempar dengan ketua program..
tentang kes midas.. tentang kes yang membabitkan diriku...
aku dan semua rakan-rakan disoal siasat.. kata Kak gee (ketua program), kes ini dah melampau.. dah melanggar batasan.. dah melibatkan jenayah..
aku tak tahu apa yang aku fikirkan... entah apa yang kurasakan.. entah apa yang aku inginkan..
selesai mesyuarat tadi, aku masuk ke dalam studio.. semua orang macam pandang semacam saja... kenapa semua ini terjadi???
Ya Allah... kuatkanlah semangatku...
Posted by CikLieYzaOnline at 5:26 PM 0 comments
Saturday, October 25, 2008
Inikah Pengalaman Berharga?
Suasana pada hari ini agak berbeza berbanding hari-hari sebelumnya..
Kalau tidak, setiap hari jumaat aku akan tergesa-gesa mencari bahan berita untuk dikeudarakan..
Selalunya, kuat juga aku merungut di dalam hati..
Ini tak kena, itu tak kena..
Tapi bila tiba masanya aku tak payah cari bahan berita, rasa macam hidup ni terlalu kosong pula..
Seolah-olah dunia ini aku yang punya...
Agak sedikit bosan kurasa...
Pengalaman mengajarku erti kehidupan..
Masih kuingat..
Dahulu,ada seorang abang pernah berkata kepadaku..
"hadiah paling berharga dalam hidup seseorang ialah pengalaman.."
Kini,aku setuju dengan kata-katanya..
Aku akui kebenaran di sebaliknya..
Alhamdulillah..
Hari ni bila aku masuk studio..
Penerbit studio tu yang selalu kupanggil dengan nama "Abang Mie.."
Dia cakap..
"Drama dah dimasukkan ke dalam laman web MIDAS"
Rasa macam nak melompat gembira..!!!
Mana taknya, drama tu hasil tulisan aku..
Akulah pengarah dan penulis skrip drama tu..
Aku juga ada berlakon dalam drama tu..
Aku memegang watak sebagai Mak Kiah..
Seorang makcik tua yang kurasakan sebenarnya kurang sesuai dengan suaraku...
Akhirnya..
Berjaya juga aku mencipta kejayaan di UKM ni.
Bagi diriku,inilah permulaan langkahku untuk terus mara ke hadapan..
Untuk aku mengejar cita-cita dan impian..
Segalanya bermula di sini...
Ya.. di MIDAS inilah aku mula diberi peluang untuk berkarya secara lebih meluas dan terbuka..
Terima kasih MIDAS..
Aku memang sayangkan MIDAS..
Semester hadapan,aku dah bertukar ke Nadi Bangi..
Aku pun tak pasti apakah cabaran yang sedang menungguku di sana...
Apapun,aku doakan moga aku berjaya mengharungi segala onak berduri dan jalan berliku di dunia yang fana ini..
Lihatlah dunia...
Akulah Nurul Azliza...
Akulah director yang perasan tu..
Hihihihihi.....
Sekian,wassalam
-Cik LieYza Director Perasan-
Posted by CikLieYzaOnline at 1:02 AM 1 comments
Friday, October 10, 2008
9 OKTOBER 2008
"SELAMAT HARI LAHIR KE-22"
Khas untuk diriku daripada aku..
"Semoga segala harapan dan impianku terlaksana"
"Semoga doaku diterima"
Amin Ya Rabbal A'lamin
Tulus Ikhlas..
-Cik Lieyza Director Drama-
Posted by CikLieYzaOnline at 5:06 PM 0 comments
Menjahit Katarsis
Kemajuan dikejar di sini sana
Menjadi sasaran matlamat di jiwa
Siapa yang kalah pasti kecewa
Siapa yang menang dijulang tingginya
Namun tanpa kita sedari
Ada yang masih menaruh harapan
Walaupun ia sekadar picisan
Untuk kembali ke pangkal jalan
Hidup di dunia hanya persinggahan
Onak berduri sebagai halangan
Jika diredah tanpa iman
Pastinya tenggelam di jurang dalam
Langit cerah bertukar hitam
Mendung di hati mungkinkah kan hujan
Bergumpalan di langit beraraknya awan
Teduh dan mendung mengiringi perjalanan
Masihkah ada sisa-sisa kehidupan
Untuk ku kutip buat pedoman
Andainya lahir air mata keinsafan
Mungkinkah muncul kembali pelangi kegembiraan
Mungkinkah bintang di langit kembali berkerlipan
Masihkah ada sinar memberi harapan
Agar hari yang ku lalui kini tidak lagi suram
Pengalaman silam kujadikan panduan
Untuk mencari sinar kebahagiaan
Andai jahitan ini dapat menutup kesilapan
Jarum kupegang takkan kubuang
Akan kucari katarsis kehidupan
Tetap berjuang walau keseorangan...
Oleh: Nurul Azliza Nordin
Posted by CikLieYzaOnline at 5:02 PM 0 comments
Monday, October 6, 2008
Lebaran Dalam Kesyukuran
Sebulan berpuasa syawal pun tiba
Sama di rai sanak keluarga
Ayah bonda serta saudara
Malam lebaran hatiku gembira
Sebak di dada juga terasa
Meninggalkan ramadhan sayup rasanya
Masihkah ada peluang untukku menyambutnya
Tahun hadapan masih lagikah diriku bernyawa
Pagi syawal berkumpul di masjid
Sembahyang raya juga bertasbih
Bertahmid dan berzikir tidak dilupa
Mengunjungi pusara yang telah tiada
Sama berdoa moga mereka sejahtera
Menghadap Allah Yang Maha Esa
Kunjung-mengunjungi sesama jiran
Sahabat handai dan juga teman
Dodol, ketupat dan juga rendang
Semua juadah siap dihidang
Menunggu tetamu yang bakal datang
Kanak-kanak mengetuk pintu
Katanya "dah kenyang makcik, taknak masuk biarlah setakat ini"
Ibuku mengerti maksud di hati
Nak duit raya itulah tradisi
Jiran tetangga bertukar juadah
Pinggan-mangkuk bertukar tangan
Biarpun sama juadah setiap rumah
Namun kemesraan itu yang diinginkan
Malam raya menonton Tv
Ada Rosyam Nor berlakon drama
Cerita sedih di aidilfitri
Tak pasal-pasal menangis pula
Habis letih segala urat sendi
Membasuh pinggan di dapur tadi
Tanpa ditunggu-tunggu lagi
Mataku pejam sampai ke pagi
Begitulah kisahku di aidilfitri
-Salam Lebaran..Maaf Zahir Batin-
.: Cik LieYza :.
Posted by CikLieYzaOnline at 5:22 PM 1 comments
Monday, September 22, 2008
Dan Di Situ Ada Doa..
Langit teduh tanpa bicara..
Guruh berdentum bagaikan memberi petanda..
Ada sesuatu yang ingin dikata..
Namun..
Beginilah hidupnya seorang manusia..
Manusia yang sering alpa dan leka..
Lalai dek kemajuan dunia..
Mengejar kemegahan di sini sana..
Azan berkumandang penuh syahdu..
Memanggil umat Muhamad menyegerakan yang fardhu..
Namun jawapan yang didengar tidaklah semerdu..
"Tunggu sebentar"..
Itu bukanlah jawapan yang ditunggu..
Kalam Allah tersusun rapi..
Sering ditempatkan di tempat yang tinggi..
Namun untuk membacanya jarang sekali..
Sekadar perhiasan di alam duniawi..
Kini..
Sejadah terhampar di senja tua..
Doa ditadah pembuka bicara..
Sebelum ajal di hujung nyawa..
Eloklah bertaubat dengan segera..
Pintu taubat masih terbuka..
Untuk hamba-hamba yang dikasihi-Nya..
Apa dikejar ceritera dunia..
Hanya lakonan semata-mata..
Sekadar pentas untuk hambaNya..
Adakah lakonan kita berjaya di akhirnya?
.:Sajak ni tercipta tatkala aku melihat seorang pakcik yang sudah uzur..
.:Keinsafan lahir dari hatinya untuk kembali ke pangkal jalan..
.:Aku doakan agar Allah menerima taubat dan membuka pintu hatinya..
InsyaAllah..
-Cik LieYza-
Posted by CikLieYzaOnline at 3:03 PM 0 comments
Sunday, September 21, 2008
Terima Kasih..
Salam..
Posted by CikLieYzaOnline at 12:43 AM 0 comments
Thursday, September 18, 2008
Kebaikan mengatasi segala-galanya...
Hihi..
Aku mulakan kisahku hari ini dengan sedikit ketawa..
Memang aku nak ketawa mengingatkan apa yang telah berlaku semalam..
Sebenarnya..
Aku pun tak sangka ianya akan terjadi kepada diriku..
Aku di perpustakaan..
Tiba-tiba datang seorang kawan..
Kawan yang aku kenali sejak begitu lama di UKM ni..
Dia segera menghampiriku..
Aku seperti biasa hanya tersenyum..
Memang aku selalu senyum kalau jumpa sesiapa pun..
Sama ada aku kenal mahupun tidak..
Senyumanku tetap kulemparkan kepada sesiapa sahaja di dunia ini..
Maklumlah..
Senyum itukan satu sedekah..
Amal jariah..
Begitu mudah untuk kutambahkan pahala di bulan puasa..
Seketika kemudian..
Kawanku memegang tanganku..
Lalu dia memohon maaf daripadaku..
Aku terpinga-pinga..
Apakah kesalahannya kepadaku?
Kenapa pula aku harus memaafkan insan yang tidak berdosa kepadaku?
Aku ini siapa?
Yang aku tahu..aku hanya manusia biasa..
Rupa-rupanya..
Dialah orang yang ku tertanya-tanya selama ini..
Dialah orang yang menghantar "layang-layang" kepadaku..
Aku bingung..
Bagaimana dia berani berhadapan dengan diriku..
Apatah kekuatan yang membuatnya untuk berhadapan dengan diriku..
Rupa-rupanya dia tidak sanggup menahan air mata..
Tidak sanggup menahan resah di dada..
Dek segala jasaku kepadanya..
Padahal..
Aku hanya membantu sedikit cuma..
Sekadar picisan ku kira..
Namun..
kebaikan yang kulakukan rupa-rupanya masih terasa di hatinya..
begitu terkesan dan menyentuh jiwa..
sehingga dirinya insaf dan memohon maaf..
atas segala dosa yang pernah dilakukannya..
Aku sedar..
aku juga manusia biasa..
bermaaf-maafan adalah lebih baik kukira..
Jadi..
aku segera memaafkan dirinya..
Maka..
Terhubung kemabalilah kasih di antara kami berdua..
Begitulah kisahku..
mungkin ada yang tak faham..
apapun..
aku cuma seorang insan..
tak baik mengaibkan orang..
sekadar ini yang boleh kusampaikan..
pesananku..
berkasih-sayanglah sesama insan...
Posted by CikLieYzaOnline at 10:52 AM 1 comments
Tatkala kabur di pandangan mata...
Komputerku buat hal lagi..
Kali ni dimasuki virus yang kurasakan agak ganas namanya..
"virus IMAUT"
Entah dari mana virus tu datang..
Aku jua tidak sedar bagaimana ia boleh menyerang..
Betapa degil virus yang memasuki komputerku itu..
Walaupun aku dah padam..
tapi ia masih kekal di situ..
mujurlah ia tidak beranak-pinak di dalam pelbagai 'folder'ku..
jika tidak..
menangis lagilah diriku..
baru sahaja aku format komputer tu..
hmmm..
inilah kehidupan seorang mahasiswa..
tanpa komputer..
musnahlah dunia..
gelaplah mata..
sakitlah kepala..
tapi..
dengan komputer juga..
kaburlah mata..
hihi..
tengok..
aku kini sudah macam orang tua..
nak membaca pun terpaksa guna cermin mata..
mengalahkan mak aku yang tua..
dulu..
mak aku pernah berkata..
"liza..masukkan sat benang dalam jarum ni..
mata mak dah tua..
dah tak nampak.."
aku sering ketawa..
tapi sekarang..
barulah ku sedar..
tatkala diri sendiri mengalaminya...
betapa seksanya jiwa..
setiap hari nak pakai cermin mata..
aku gelisah bukannya apa..
bila pakai cermin mata..
hmmm..
aku rasa..
mukaku tak lawa..
hehehe..
macam orang tua..
itu saja..
Posted by CikLieYzaOnline at 10:52 AM 0 comments
Tuesday, September 16, 2008
Hari ini aku mengantuk
Salam..
Hari ni aku rasa mengantuk sangat masa kelas mandarin tadi..Mata aku bagaikan nak pejam bila dengar laoshi mengajar..Mungkin hatiku dah berada di kampung..jasad dah melayang ke kedah cuma roh saja yang masih setia di UKM..Hmm..nantilah aku sambung tulis...Aku sibuk sikit hari ni..Jumpa lagi di lain waktu...
Posted by CikLieYzaOnline at 4:04 PM 2 comments
Kisah dan Teladan...Mari kita baca..!!!
Airmata Nabi Adam a.s
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam.
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya, "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Posted by CikLieYzaOnline at 1:57 PM 0 comments
Monday, September 15, 2008
Setelus Harapan Segunung Impian...
PadaMu Ya Allah..
Kupanjatkan rasa kesyukuranku..
Setinggi-tinggi rasa kesyukuran..
Hanya buatMu..
Daripada aku..seorang hamba..
Di hari ini..
Nafasku masih lagi bernyawa..
Nadiku masihku berdenyut nyata..
Degupan jantungku masih terasa..
Mataku yang tertutup buat seketika..
Terbuka akhirnya..
Mentari cerah senyum semula..
Kicauan burung bersiulan gembira..
Langit luas terbentang nyata..
Semoga hari ini dapat ku jalani dengan gembira..
Tanpa ada duka dan nestapa yang mencela jiwa..
Onak berduri di dunia fana..
Moga aku tak terjerumus ke lembah hina..
Aku adalah harapan keluarga..
Harapan ayah bonda di desa sana..
Menunggu diriku setiap masa..
Masih ku ingat..
Betapa beratnya hati kedua orang tua..
Melepaskan aku ke kota..
Kota yang penuh rona dunia..
Kota yang bisa perjalanannya..
Kota yang bisa mengubah apa sahaja sekelip mata..
PadaMu Ya Allah..
Aku meminta..
Moga amanah yang ku galas ini..
Terlaksana jua di akhirnya..
Bimbinglah aku dalam setiap langkahku..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..
Buat ayah bonda tercinta..
Doa restumu itu ku pinta..
InsyaAllah..
Bila tiba masanya..
Setiap kata akan ku kota..
Setiap janji akan ku laksana..
Semoga harapan dan impianku menjadi nyata..
Agar senyumanmu kembali berbunga..
Luahan Hati..
-Anakmu tercinta-
Cik Liza =)
Posted by CikLieYzaOnline at 5:31 PM 0 comments
Sebenarnya.....
Sebenarnya...
Pensyarah aku yang suruh buat blog ni..
Dr. Mawar Shafei..
Hebat tu..
Penulis cerpen terkemuka Malaysia..
Untuk tulis diari katanya...
Aku bukannya rajin tulis sangat pun..
Dulu..
Selalu juga tulis diari..
Tapi dalam buku kecil..
Masa aku sekolah dulu..
Kalau aku sedih ke..
Aku gembira ke..
Terlebih gembira ke..
Aku tulislah dalam diari tu..
Tapi...
Sekarang ni..
Aku dah ada diari elektronik..
Hehehe..
Terpaksalah aku online setiap hari..
Takut terkubur pula blog aku ni..
Jumaat ni aku dah nak balik rumah kat Kedah..
Rindunya pada keluarga..
Lama tak jumpa..
Buat mak, abah dan adik-adik..
kaklong, abanglong..
serta anak saudara aku Amirul Mukmin yang baru lahir..
Nantikan kepulanganku di desa tercinta minggu depan..
Dapatlah kita sambut raya bersama-sama..
Sayang semua..
Muahhh..!!!
Posted by CikLieYzaOnline at 4:16 PM 2 comments
Studio Baru..Hihi..
Aku tengah buat praktikal kat studio MIDAS Ukm..
Tapi..
Sekarang ni..
Aku dah ada studio sendiri..
Hihihi...
Seronoknya...
Akulah pengarah studio ni..
Hihhiihihii..
Selamat Berpuasa buat semua muslimin dan muslimat..
Puasa jangan tak puasa..!!!
Moga kita semua diberkati dan sentiasa berada di bawah payung rahmatNya...
Salam Ramadhan..
-Cik Lieyza Director Perasan-
Posted by CikLieYzaOnline at 4:05 PM 0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah
Akhirnya...dapat juga aku memiliki blog sendiri..
Walaupun belum siap..hihi..
Terima kasih buat pereka grafik aku..
Fatah Aziz..
dan..
kawan aku..
Ain...
hihi...
jasamu ku kenang selalu..
Posted by CikLieYzaOnline at 4:00 PM 0 comments