Ya..!!! Tahniah buat pemenang...!!!
Itulah ucapan dan lafaz yang yang dapat kulafazkan buat diriku..
Nurul Azliza Nordin...
Hmm.. aku sendiri tidak menyangka bahawa aku bakal mendapat piala Malaysia ini.. Bagi aku, inilah sejarah yang tidak dapat kulupakan sepanjang aku di Universiti Kebangsaan Malaysia..
Anugerah Kredibiliti Terburuk!!! Tidak pernah aku menyangka untuk mengalami peristiwa sebegini. Tidak pernah kuduga akan melalui pahit getir yang menyeksa jiwa dan raga. Pada awalnya aku gembira. Namun di akhirnya aku berduka cita. Suatu tamparan hebat yang terpaksa kulalui jua. Biarpun tiada sokongan, biarpun aku keseorangan namun perjalanan perlu diteruskan. Aku akan jadikan ia sebagai iktibar dan pedoman. Mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Aku yakin ujian ini sebagai rahmat dari Tuhan. Bersabarlah Liza...Bersabarlah menghadapinya..Kuatkan semangatmu. Aku sentiasa ada untuk menyokongmu...!!!
1 comments:
hehe2..sabarlah yer...sabar itu separuh dari iman..."yang baik datang dari Allah..yang kurang itu datang dari diri kita sendiri.."..he2
Post a Comment